You are on page 1of 20

Kajian Awal Retorika dari Sudut Makna Ayat Pertanyaan (Istifhām

)
Dalam Surah Yusuf: Analisis Balaghah
Nur Farahiyah binti Mat Daud
Kaseh binti Abu Bakar
Abstrak
Al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab yang terkenal dengan keindahan
gaya bahasanya yang tersendiri. Untuk memahami ayat al-Qur’an kita
mestilah mengetahui bahasa Arab sekurang-kurangnya dari sudut ilmu
nahw dan sarf. Namun begitu, dengan hanya mengetahui ilmu nahw dan
sarf, itu belum memadai untuk mendalami makna ayat al-Qur’an
khususnya ayat-ayat retorika yang mempunyai makna kontekstual
(tersirat). Justeru, kajian ini akan membincangkan tentang analisis makna
ayat istifhām dalam al-Qur’an. Kajian ini akan menganalisis makna ayat
istifhām dari sudut balaghah Arab. Metodologi kajian adalah secara
kualitatif deskriptif menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Hasil
kajian mendapati analisis dapat membantu dalam memahami makna
kontekstual (tersirat) ayat al-Qur’an khususnya ayat istifhām. Selain dua
ayat istifhām yang mempunyai maksud sebenar pertanyaan, terdapat ayat
yang terkeluar daripada makna sebenar ayat istifhām dan ini dapat
difahami melalui konteks ayat. Antara makna kontekstual ayat istifhām
dalam surah Yusuf ialah pengakuan, penafian, ancaman, menarik simpati,
ugutan, ejekan dan larangan.
Pendahuluan
Al-Qur’an memiliki keindahan bahasa yang tinggi iaitu bahasa Arab.
Firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat kedua menunjukkan bahawa alQur’an diturunkan dalam bahasa Arab yang mulia:

     

Pengertiannya: Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Qur’an
yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal
untuk) memahaminya.

Al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab supaya dapat difahami makna
dan rahsianya melalui penelitian. Penelitian yang mendalam terhadap
bahasa Arab akan memperlihatkan rahsia dan keistimewaan pemilihannya
sebagai
bahasa
al-Qur’an
(Azhar
Muhammad,
2005).
Antara
keistimewaannya ialah gaya bahasa, seni kesusasteraan dan susunan
perkataannya yang indah dan menarik yang boleh sebut sebagai balaghah
atau retorik.

Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan reka bentuk
analisis kandungan. Bahan yang dikaji atau sampel kajian ini ialah ayat alQur’an iaitu ayat-ayat istifhām yang terdapat dalam surah Yusuf. Tafsir alQur’an dan buku-buku berkaitan dengan tajuk kajian dirujuk bagi
membantu kajian ini. Antaranya ialah Tafsir al-Kasysyaf, al-Balāghah alWadīhah, Jawahīr al-Balaghah dan al-Balaghah al-Musawwarah. Selain itu,
artikel dan prosiding yang berkaitan dengan tajuk kajian juga dirujuk bagi
menambah maklumat kajian. Salah satunya ialah Prosiding Seminar AlBalaghah (Retorika) Arab-Melayu yang diterbitkan Jabatan Pengajian Arab
dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam UKM. Dapatan kajian
kemudiannya dianalisis secara deskriptif.
Tinjauan Literatur
Kajian ini telah dilakukan dengan merujuk kepada beberapa kajian lepas.
Maklumat-maklumat yang diperolehi diolah menjadi satu tinjauan literatur
bagi kajian ini.
a. Definisi balaghah Arab atau retorik Arab
Balaghah secara etimologi adalah berasal daripada perkataan
bahasa Arab iaitu balugha, yablughu, balāghah (‫بلةغة‬-‫ )بلغ–يبلغ‬yang
bermaksud fasih atau lancar dan istilah balāghah (‫ )بلةغة‬pula bermaksud
kefasihan (Hanafi, t.t). Perkataan balāghah (‫ )بلةغة‬juga diserap ke dalam
bahasa Melayu dengan membawa maksud petah atau fasih (bercakap)
(Kamus Dewan, 2008). Manakala balaghah secara terminologi pula ialah
kita mendatangkan makna yang indah, dengan ungkapan yang jelas dan
fasih serta sesuai dengan situasi dan keadaan para pendengar sehingga
memberi kesan di hati mereka (Al-Jārim & Mustafā Amīn, 1998; Sulaimān,
2003). Ucapan yang diungkapkan oleh penutur mampu memberi kesan
kepada para pendengar (lawan bicara) dan ini menyebabkan balaghah

1998: 54). Ahmad. Terdapat tiga cabang ilmu perbahasan dalam balaghah Arab iaitu ilmu maᶜānī. al-qasm (sumpah). Kalam inshā’ ialah satu percakapan yang tidak mengandungi kebenaran dan dusta bagi sesuatu kenyataannya (dalam Salmah Hj. Ilmu al-maᶜānī ialah ilmu yang mempelajari tentang cara kita menjadikan sesuatu ucapan sesuai dengan situasi dan keadaan pendengar (lawan bicara) (Sulaimān. 1998: 55). Istifhām Istifhām (pertanyaan) iaitu salah satu perbahasan dalam inshā’ talabī yang bermaksud meminta maklumat atau pengetahuan tentang sesuatu yang belum diketahui oleh penutur (al-Hāsyimī. pendengar dan suasana. Kalam insha’ Salah satu aspek perbahasan dalam ilmu al-maᶜānī ialah kalam inshā’. 2003) dan secara literalnya boleh ditakrifkan sebagai ilmu yang membincangkan makna sesuatu ayat (Mohd Zaki & Che Radiah. pendengar dan suasana. Maksud setiap ayat akan dipertimbangkan dan dinilai berdasarkan tiga perkara iaitu penutur. Maksud setiap ayat akan dipertimbangkan dan dinilai berdasarkan tiga perkara iaitu penutur. al-ᶜuqūd (perakuan atau perjanjian). Manakala inshā’ ghayr talabī pula mempunyai maksud yang sebaliknya iaitu ujaran yang tidak menuntut atau meminta sesuatu yang belum terjadi ketika permintaan tersebut dilafazkan ( ᶜAbbas. Inshā’ talabī merangkumi lima bahagian perbincangan tentang ayat ujaran yang bersifat permintaan iaitu al-amr (perintah). al-istifhām (pertanyaan). 2013: 4). Inshā’ ghayr talabī membahaskan tentang enam perkara iaitu al-madhu (pujian). Inshā’ talabī ialah ujaran yang menuntut atau meminta sesuatu yang belum terjadi ketika permintaan tersebut dilafazkan ( ᶜAbbas. 2013). Perbahasan dalam ilmu ini lebih menjurus kepada mengenali jenis ayat dan maksud tersirat yang ada padanya. 1999). iaitu ayat pertanyaan biasa yang mengandungi maksud pertanyaan sebenar sepertimana yang digunakan dalam percakapan harian dan ayat pertanyaan yang mempunyai unsur retorik atau balaghah yang hanya dapat difahami oleh pendengar berdasarkan keadaan atau konteks semasa pertanyaan dilafazkan (Mohd . c.dipadankan dengan istilah retorik dalam bahasa Melayu (Mohd Zaki & Che Radiah. al-taᶜajjub (takub) dan al-rajā’ (harapan). 2010: 62). Kalam inshā’ terbahagi kepada dua iaitu inshā’ talabī dan inshā’ ghayr talabī. al-nida’ (seruan) dan al-tamanni (angan-angan). bayān dan badīᶜ. b. Perbahasan dalam ilmu ini lebih menjurus kepada mengenali jenis ayat dan maksud tersirat yang ada padanya. Terdapat dua jenis ayat pertanyaan. al-nahy (larangan). al-dhammu (kejian atau celaan).

2006). Hal ini kerana ayat-ayat ini ada yang mempunyai maksud implisit (tersirat) atau maksud berdasarkan konteks (kontekstual) yang memerlukan kepada pengetahuan ilmu-ilmu bahasa Arab seperti nawh. Allah SWT menceritakan kepada baginda kisah nabi Yusuf a. pemahaman makna tekstual sahaja adalah tidak mencukupi untuk memahami keseluruhan ayat serta teks al-Qur’an (Khoirunnisa Mutiarani. balāghah dan sebagainya untuk memahaminya. Ayat al-Qur’an dan makna kontekstual Kebanyakan pembaca menghadapi pelbagai kesukaran dalam memahami ayat-ayat al-Qur’an. sarf. 2013: 34). dalam komunikasi yang menggunakan istifhām (ayat tanya) dalam kisah nabi Yusuf a. Justeru. dihayati dan dirasai kesannya oleh pembaca (Azhar Muhammad et. iaitu daripada ayat 4 hingga ayat 101. Melaluinya juga makna tersirat yang terdapat dalam gaya bahasa al-Qur’an dapat disingkap seterusnya maksud sebenar ayat tersebut dapat difahami. Tambahan pula.s yang telah mengalami berbagai penderitaan dan menempuh pelbagai ujian tetapi akhirnya . al. Salah satu ilmu yang sangat penting bagi para pembaca dan penyelidik untuk mendalami keindahan bahasa al-Qur’an dan untuk memahami maksudnya ialah ilmu balaghah Arab atau disebut juga sebagai retorik Arab. Surah ini dinamakan dengan ‘Yusuf’ kerana hampir keseluruhan surah ini mengisahkan tentang perihal nabi Yusuf a. Ayat yang mengandungi unsur retorik atau balaghah ini dikatakan mempunyai makna kontekstual kerana ayat ini hanya dapat difahami oleh pembaca atau pendengar berdasarkan konteks ayat. Kajian terhadap al-Qur’an berdasarkan ilmu balaghah Arab adalah sangat diperlukan untuk mengungkapkan kemukjizatan alQur’an serta memahami maksud ayat-ayatnya baik secara tekstual mahupun kontekstual. Surah Yusuf diturunkan dengan tujuan memberi semangat kepada Junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sedang menghadapi ujian pertentangan hebat daripada kaum kafir musyrik.s menggunakan analisis balaghah.Zaki & Che Radiah. 2013).s. kajian ini dilakukan bagi mengkaji makna kontekstual khususnya dan tekstual umumnya. d. Surah Yusuf Surah Yusuf diturunkan di Mekah dan mengandungi 111 ayat.

kejujuran dan imannya yang teguh terhadap Allah SWT (Abdullah Basmeih. Partikel tersebut sebagaimana yang terdapat dalam jadual 1 (Mohd Rosdi. 2013). terdapat beberapa partikel yang digunakan untuk membina ayat tanya. Hal ini kerana kekeliruan pemahaman banyak terjadi terhadap makna sesuatu suatu ucapan disebabkan oleh pemahaman terhadap makna dari aspek tekstualnya sahaja tanpa melihat kepada makna kontekstual yang wujud dan kekeliruan ini lebih membimbangkan apabila melibatkan ayat-ayat al-Qur’an (Khoirunnisa.s. Partikel/Hu ruf ‫أأ‬ ‫هأ م‬ ‫ل‬ ‫ما‬ ‫أ‬ ‫ما أ‬ ‫ذ ا‬ ‫أ‬ ‫ن‬ ‫أ‬ ‫م م‬ ‫مأت؟ى‬ ‫أ‬ ‫أ‬ ‫ن‬ ‫أليا أ‬ ‫ف‬ ‫ك أي م أ‬ ‫أ‬ ‫ن‬ ‫أي م أ‬ Maksud Fungsi Tanya Apakah Kepastian Adakah Maklumat Apa Benda Apakah Benda Siapa Orang Bilakah Masa Bila lagikah Kapastian masa Bagaimana Bagaimana/Kead aan Tempat Di mana Contoh ‫أ أأ أنت فأعل مت هأ أ أ‬ ‫ي؟‬ ‫ذ ا أ م‬ ‫م أ أ أ‬ ‫م ع أل ل ي‬ ‫هأ م‬ ‫د ا؟‬ ‫ضرر ةغ أ د‬ ‫ح ر‬ ‫ل تأ م‬ ‫مي من ل أ‬ ‫ما ت لل م أ‬ ‫س؟ى؟‬ ‫ك ب لي أ ل‬ ‫مو م أ‬ ‫ك أيا ر‬ ‫وأ أ‬ ‫ما أ‬ ‫ن لفي‬ ‫ذ ا ي أ م‬ ‫مو أ‬ ‫فعأرلو أ‬ ‫م م‬ ‫سل ل ر‬ ‫ن ال ر‬ ‫أ‬ ‫ن؟‬ ‫م أ‬ ‫أر أ‬ ‫ضا ل‬ ‫معأ أ‬ ‫ن ال ل‬ ‫ك؟‬ ‫ذي ي ي أت أعأللم م أ‬ ‫أ‬ ‫م ل‬ ‫حان؟‬ ‫مت ل أ‬ ‫مأت؟ى ال م‬ ‫أ‬ ‫أ‬ ‫أ‬ ‫ر‬ ‫أ‬ ‫ن‬ ‫ساع أةل أليييا أ‬ ‫ن ال ل‬ ‫)ي أ م‬ ‫سألون أك ع أ ل‬ (‫ها؟‬ ‫سا أ‬ ‫ممر أ‬ ‫ر‬ ‫ر‬ ‫أ‬ ‫أ‬ ‫وم؟‬ ‫كي م أ‬ ‫ف أ‬ ‫حلك الي أ م‬ ‫أ‬ ‫ن أنافلذ أةر الستعلمات؟‬ ‫أي م أ‬ . Kisah nabi Yusuf a. Terdapat banyak dialog-dialog atau ujaran yang berlaku dalam surah ini antaranya dialog antara nabi Yusuf a.selamat dan berjaya dengan berkat kesabaran. Ayat Istifhām Istifhām atau pertanyaan bermaksud meminta maklumat.s. nabi Ya’kub a. 2009: 62). keterangan atau pengetahuan tentang sesuatu yang belum diketahui oleh penutur (alHāsyimī.s dan ayahnya iaitu nabi Ya’kub a.s dan saudara-saudara nabi Yusuf a.1997: 168) Dalam bahasa Arab. 2005: 12). Ayat tanya juga digunakan untuk mendapatkan kefahaman tentang sesuatu (ᶜAbbas. 1999). Ucapan atau ujaran yang terdapat dalam kisah nabi Yusuf ini tidak dapat difahami hanya secara tekstual sahaja. pembesar Mesir dan isterinya Zulaikha dan lain-lain lagi.s dalam surah Yusuf ini berbentuk cerita dan sangat unik.

ayat ke-91 surah al-Māidah:     2) Larangan. ayat ke-17 surah Tāhā: . 2013: 35). Contohnya.‫أ أنن؟ى‬ ‫م م‬ ‫كأ م‬ ‫ما أ‬ ‫ذ ا‬ ‫لل أ‬ ‫أ‬ ‫أي يي‬ Macam mana Berapa Cara Bilangan Kenapakah Sebab Manakah Penentuan ‫ت أ ألن؟ى ي أ ر‬ (‫م؟‬ ‫كو ر‬ ‫ن للي ةغ رأل م‬ ‫)أقال أ م‬ ‫م‬ ‫ت؟‬ ‫م م ك لأتادبا قأأرأ أ‬ ‫كأ م‬ ‫أ‬ ‫م أ‬ ‫م؟س؟‬ ‫ح ر‬ ‫م م ت أ م‬ ‫ضمر أ م‬ ‫ذ ا ل أ م‬ ‫لل أ‬ ‫ما؟‬ ‫م أ‬ ‫فرلي م أ‬ ‫أ أي يي ال أ‬ ‫ن أ‬ ‫قا د‬ ‫خب ممر أ‬ ‫قي م ل‬ Jadual 1 Bagi ayat pertanyaan. Contohnya. penghinaan. Contohnya. Sekiranya terdapat petunjuk (qarīnāt) tertentu yang menunjukkan ayat pertanyaan mempunyai makna tersirat. Antara maksud ayat pertanyaan yang mengandungi unsur retorik atau bukan pertanyaan sebenar adalah seperti ayat yang membawa maksud perli. maka ayat tersebut bukan lagi berupa ayat pertanyaan yang bermaksud meminta keterangan sesuatu yang belum diketahui. ayat ke-40 surah al-An’ām:     6) Rangsangan. Contohnya. Contohnya. ayat ke-6 surah al-Baqarah:             4) Penafian. mencela. suruhan. larangan. ayat ke-60 surah al-Rahman:       5) Pengingkaran. ayat ke-10 surah al-Saff:             7) Menarik perhatian supaya lebih rasa tenang dan selesa. Ayat tanya yang mempunyai tujuan-tujuan lain yang terkeluar daripada tujuan sebenar ayat tanya adalah seperti berikut: (al-Hāsyimī. terdapat ayat pertanyaan biasa yang mengandungi maksud pertanyaan sebenar sepertimana yang digunakan dalam percakapan harian dan juga ayat pertanyaan yang mempunyai unsur retorik atau balaghah yang dapat difahami oleh pendengar berdasarkan keadaan semasa pertanyaan dilafazkan (Mohd Zaki & Che Radiah. 2009: 66-68) 1) Suruhan. Contohnya. ugutan dan sebagainya. ayat ke-13 surah al-Taubah:           3) Setara. 2013: 34). Contohnya. tetapi mengandungi maksud atau tujuan tertentu Mohd Zaki & Che Radiah.

Contohnya. ‫ ول جير انها جير اني؟‬،‫أهلي‬ 20) # :‫كقول شم؟س الدين الكوفي‬ ‫ما للمنازل أصبحت ل أهلها‬ Peringatan tentang jalan kesesatan. Contohnya: 15) ‫قل ر أ‬ ‫و غ لك أن تفعل كذ ا؟‬ ‫أع أ م‬ ‫ك ير أ‬ ‫س ن‬ Ancaman. ayat 1-3 surah al-Hāqqah:           10) Penyingkiran atau penghindaran. ayat ke-26 surah alTakwīr:    21) Membanyakkan. Contohnya. Contohnya. ayat ke-6 surah al-Fajr:        16) Mendapati sesuatu lambat. ayat ke-7 surah al-Furqan:           14) Mempersenda atau mengejek. ayat ke-214 suarh alBaqarah:           17) Peringatan tentang dosa atau kesalahan. . Contohnya. Contohnya. Contohnya. Contohnya. Contohnya. Contohnya. ayat ke-255 surah alBaqarah:         12) Penghinaan. ayat ke-61 surah al-Baqarah:           18) Peringatan tentang kebatilan. Contohnya. Contohnya. Contohnya: ‫أهذ ا الذي ي مدحته كثيدر ا؟‬ 13) Takjub. ayat ke-40 surah alZukhruf:             19) Penyesalan. Contohnya. ayat ke-13 suarah alDukhān:         11) Penghormatan atau pengagungan.     8) Pengakuan. ayat pertama surah al-Syarh:      9) Pengugutan atau penggertakan.

padahal sesungguhnya kami adalah orang-orang yang menginginkan kebaikan baginya?” Huraian ayat: Saudara-saudara Yusuf a.s. Ya’kub a.‫يييييب فأين القبور ميين عهييد‬ # :‫كقول أبي العل ء المعري ي‬ ‫صاح هذي ي قبورنا تمل الرحييي‬ ‫عاد؟‬ Analisis Makna Ayat Istifhām Dalam Surah Yusuf Kajian mendapati terdapat lima belas ayat yang mengandungi istifhām (pertanyaan) dalam surah Yusuf. Mereka berkata: “Wahai ayahanda. Ayat ke-25:               Terjemahan ayat: Wanita itu (Zulaikha) berkata: “Apakah hukuman (yang sesuai dan munasabah) bagi seseorang yang mahu membuat jahat . Setelah itu.s ke dalam perigi.‫ أ‬.‫ هييل‬.s kerana bapa mereka. mengasihinya melebihi daripada mereka dan mereka telah merancang jahat mereka iaitu mencampakkan baginda a. Ayat ke-11:             Terjemahan ayat: Mereka (saudara-saudara Yusuf) berkata: “Wahai ayahanda. Manakala partikel yang digunakan dalam ayat-ayat tersebut ialah partikel ‫ ميياذ ا‬. apa sebabnya engkau tidak mempercayai kami terhadap Yusuf. Ayat-ayat istifhām ini mengandungi unsur retorik iaitu pertanyaan yang mempunyai maksud yang terkeluar daripada tujuan sebenar ayat tanya dan menjadikannya suatu gaya bahasa yang lebih indah dan menarik dalam menyampaikan maksud tersebut. supaya mereka mendapatkan keizinan bapa mereka untuk membawa Yusuf a. padahal sesungguhnya kami adalah orang-orang yang menginginkan kebaikan baginya?” Ayat istifhām ini digunakan hanya sebagai pancingan dan pengakuan.‫ ما‬dan ‫كيييف‬. padahal mereka mempunyai tujuan lain (sebaliknya) iaitu untuk membuangnya ke dalam perigi. apa sebabnya engkau tidak mempercayai kami terhadap Yusuf.s merasa dengki terhadap Yusuf a. mereka pergi berjumpa dengan bapa mereka untuk melaksanakan rancangan yang telah dirancang.s bersama mereka.

Baginda menggunakan ayat istifhām dalam berdakwah kepada mereka iaitu “Wahai kedua temanku yang sepenjara. tiba-tiba kedua-duanya mendapati suami Zulaikha (Al-‘Azīz) di muka pintu. Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Kuasa. yang segala sesuatu tunduk di bawah kehebatan. Cintanya (yang menurut hawa nafsu) yang tidak berbalas telah menjadikan beliau teramat marah.s dan Zulaikha) berkejaran ke pintu.s dari belakang hingga koyak. lagi Maha Kuasa?” Ayat ini menunjukkan penafian terhadap penyembahan kepada tuhan yang berbilang-bilang dan berpecah belah serta mengajak mereka berfikir tentang Allah. Pada saat inilah.terhadap isterimu melainkan ia dipenjarakan atau dikenakan azab yang menyeksakannya?” Huraian ayat: Zulaikha cuba menggoda Yusuf a. dan hilang pertimbangan tentang apa yang benar dan apa yang salah sehingga menuduh baginda pula. memuja dan menyembah tuhan yang berbilang-bilang yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Tuhan yang Maha Esa. Ayat ke-39:           Terjemahan ayat: “Wahai kedua temanku yang sepenjara.s serta menuduh bahawa bagindalah yang menggoda beliau. Zulaikha berkata menggunakan ayat istifhām iaitu “Apakah hukuman (yang sesuai dan munasabah) bagi seseorang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan ia dipenjarakan atau dikenakan azab yang menyeksakannya?” ayat ini bukan sahaja untuk menunjukkan bahawa dia tidak bersalah. Ayat ke-50: .s telah berdakwah kepada dua orang banduan yang berada bersamanya di dalam penjara. Yusuf a. lagi Maha Kuasa?” Huraian ayat: Ketika berada di dalam penjara. Mereka (Yusuf a. dan Zulaikha menarik baju gamis Yusuf a.s. memuja dan menyembah tuhan yang berbilang-bilang yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Tuhan yang Maha Esa. keperkasaan dan kebesaran kekuasaan-Nya. Baginda telah menggunakan panggilan yang lembut ketika menyapa keduanya bagi menunjukkan persamaan taraf antara mereka ketika itu iaitu sebagai banduan penjara serta menarik perhatian mereka untuk mendengar. tetapi juga sebagai ancaman kepada lelaki yang menolak cintanya iaitu Yusuf a.

s berada di pihak yang benar dan tidak bersalah seterusnya meyakinkan raja bahawa bahawa tuduhan yang dikenakan ke atas Yusuf a. Pertanyaan tersebut bertujuan untuk mengetahui kebenaran dan kepastian berkaitan dengan peristiwa yang menimpa Yusuf a. Penjara itu pula bukan sebagai balasan dari perbuatannya akan tetapi akibat kezaliman terhadap dirinya.                 Terjemahan ayat: Dia (Yusuf a.s. Baginda a.s mentakwil mimpinya melalui utusannya yang datang membawa ta’bir mimpi yang mengagumkan daripada Yusuf a. Ayat ke-51:          Terjemahan ayat: Raja berkata (kepada wanita-wanita itu): “Bagaimana keadaanmu ketika kamu menggoda Yusuf a. .” Huraian ayat: Raja telah mengetahui tentang kebolehan dan ilmu Yusuf a.s adalah palsu.s bertemu dengannya. iaitu “Bagaimana keadaanmu ketika kamu menggoda Yusuf a.s) berkata: “Kembalilah kepada tuanmu dan tanyakanlah kepadanya bagaimana halnya wanita-wanita yang telah melukai tangannya? Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui tipu daya mereka.s menolak untuk keluar dari penjara kecuali setelah raja dan rakyat memastikan bahawa dia bersih dari tuduhan berbuat serong terhadap isteri al-ᶜAziz dan kehormatannya tetap terjaga. Jawapan yang diberikan menunjukkan bahawa baginda a. dan ketika itu baginda a.s untuk menundukkan dirinya (kepadamu)?” Akan tetapi pertanyaan itu sebenarnya ditujukan kepada isteri al-ᶜAziz.s untuk menundukkan dirinya (kepadamu)?” Huraian ayat: Raja telah mengumpulkan wanita-wanita yang melukai tangan mereka di rumah isteri al-ᶜAziz dan bertanya kepada mereka semua tentang kejadian yang berlaku antara mereka dan Yusuf a.s dipenjarakan.s masih di dalam penjara. Lalu baginda a. Lalu raja memerintahkan utusannya membawa Yusuf a.s melafazkan kata-kata yang menunjukkan penafian menggunakan ayat istifhām iaitu “Bagaimana halnya wanita-wanita yang telah melukai tangannya?” Ayat istifhām tersebut digunakan sebagai penafian terhadap segala tuduhan yang dilakukan terhadap dirinya sehingga baginda a.s.s.

Seterusnya Yusuf a.Ayat ke-59:                    Terjemahan ayat: Dan tatkala Yusuf menyiapkan untuk mereka bahan makanannya. Mereka meyakinkan bapa mereka sekali lagi untuk menjaga saudara kecil .s iaitu jika mereka tidak membawa Bunyamin maka baginda tidak akan membantu dan memberi makanan (gandum) kepada mereka lagi selepas ini. Ayat ke-64:            Terjemahan ayat: Bapa mereka berkata: “Adakah aku akan percayakan kamu dengannya pergi bersama-sama dengan akibat selain daripada yang aku percayakan kamu dengan saudaranya dahulu itu?” Huraian ayat: Setelah mereka kembali ke rumah. Setelah mereka masuk menghadap Yusuf a. Dan ketika Yusuf a. Yusuf a.s menyiapkan keperluan mereka. Maka mereka membawa barang-barang yang dapat ditukar dengan bahan makanan. baginda berkata: “Bawalah kepadaku saudaramu yang sebapa denganmu (Bunyamin).s mengatur suatu rancangan untuk mereka tanpa mereka menyedarinya. mereka memujuk bapa mereka supaya mengizinkan mereka membawa Bunyamin ke Mesir untuk bertemu dengan Yusuf a. mereka tidak mengenali baginda a.s meminta dibawakan saudara sebapa mereka (Bunyamin) dengan alasan agar baginda mengetahui kebenaran cerita yang mereka sebutkan berkenaan keluarga mereka. baginda a. tidakkah kamu melihat aku menyempurnakan sukatan dan aku adalah sebaik-baik penerima tetamu. Sebenarnya baginda a.s seperti yang diminta oleh baginda a.s bahkan baginda a. Ayat ini kemudiannya diikuti dengan ancaman atau ayat untuk menakutkan mereka daripada Yusuf a.s.s yang ketika itu menjawat jawatan menteri.” Huraian ayat: Saudara-saudara Yusuf a.s berangkat ke Mesir untuk mendapatkan bekalan makanan dengan perintah bapa mereka kerana ada khabar yang sampai kepada mereka bahawa penguasa Mesir memberikan makanan kepada masyarakat dengan harga yang murah.s bertanya mengenai keluarga mereka seolah-olah tidak mengenali mereka langsung serta melayan mereka dengan baik.s menarik simpati mereka agar kembali lagi kepadanya dengan menggunakan ayat istifhām iaitu “Tidakkah kamu melihat aku menyempurnakan sukatan dan aku adalah sebaik-baik penerima tetamu”.s mengenali mereka semua.

Mereka bertanya. Baginda a.” Huraian ayat: Saudara-saudara Yusuf a. Bunyamin. Hal ini demikian kerana Yusuf a.mereka dengan sebaiknya namun bapa mereka Yaᶜkub a.s. Ayat ke-65:           Terjemahan ayat: Mereka berkata: “Wahai ayahanda.” Ayat istifhām yang digunakan menunjukkan penyesalan mereka terhadap keputusan bapa mereka yang tidak membenarkan mereka membawa Bunyamin sedangkan banyak lagi bekalan makanan yang mereka akan perolehi sekiranya bapa mereka mengizinkan mereka membawa Bunyamin bertemu Yusuf a.s berkata “Adakah aku akan percayakan kamu dengannya pergi bersama-sama dengan akibat selain daripada yang aku percayakan kamu dengan saudaranya dahulu itu?” Ayat ini adalah bermaksud larangan untuk membawa Bunyamin bersama mereka.s mengarahkan seorang pekerjanya memasukkan piala minuman ke dalam karung saudaranya. Setelah mempersiapkan dan menaikkan bahan makanan di atas punggung-punggung unta mereka.s tidak mempercayainya.s telah melayan mereka dengan baik. Yusuf a. Mereka berkata kepada bapa mereka: “Wahai ayahanda. Lalu salah seorang pekerjanya berteriak mengatakan dan menuduh bahawa saudara-saudara Yusuf a. Ayat ke-71:       Terjemahan ayat: Mereka bertanya.s membuat rancangan bagi mengenakan (gurauan) saudara-saudaranya dan membolehkan Bunyamin tinggal bersamanya di istana. apa yang kita kehendaki lagi? Ini dia barang-barang dagangan yang kita jadikan tukaran (bagi mendapat gandum) telah dikembalikan kepada kita. “Apakah benda yang kamu yang kehilangan itu?” Istifhām dalam ayat ini bertujuan sebagai pertanyaan biasa iaitu .s adalah pencuri.s tidak berputus asa dan tetap memujuk bapa mereka. apa yang kita kehendaki lagi? Ini dia barang-barang dagangan yang kita jadikan tukaran (bagi mendapat gandum) telah dikembalikan kepada kita. memulangkan semula barang tukaran yang mereka bawa dan juga telah berjanji akan membantu mereka lagi jika mereka membawa Bunyamin. sambil mengadap ke arah mereka (orang-orang menteri itu): “Apakah benda yang kamu yang kehilangan itu?” Huraian ayat: Sekali lagi Yusuf a.

s menolak permintaan mereka.untuk mengetahui apakah benda yang hilang tersebut. Mereka memujuk Yusuf a.s seterusnya melihat bagaimana reaksi mereka terhadap ugutan tersebut. Lalu mereka berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut .s bersumpah bahawa mereka datang untuk berbuat jahat atau kerosakan dan mereka tidak mencuri.s supaya menggantikan dengan saudaranya yang lain memandangkan mereka telah berjanji untuk menjaga Bunyamin dengan baik sehingga pulang semula ke rumah. dan dahulu pun kamu telah mencuaikan janji dan sumpah kamu dalam perkara menjaga keselamatan Yusuf?” Huraian ayat: Setelah menjumpai piala minuman tersebut di dalam karung Bunyamin maka Yusuf a. Lalu mereka orang-orang menteri itu berkata. “Maka apa balasannya jika kamu betul-betul berdusta?” iaitu “Apa balasannya (jika selepas diperiksa dengan teliti) didapati kamu berdusta dan benar-benar mencuri? Kamu telah menyalahgunakan kebaikan layanan menteri (Yusuf a. Ayat ke-80:                    Terjemahan ayat: Berkatalah ketua mereka (saudaranya yang sulung): “Tidakkah kamu ketahui bahawa ayahanda kita telah mengambil janji dari kamu dikuatkan dengan nama Allah. seperti yang dirancang oleh Yusuf a.s) saudara-saudara baginda a. Lalu mereka menjawab bahawa siapa yang dijumpai piala minuman tersebut dalam karungnya maka dialah yang akan dihukum. Lalu dia menjawab bahawa piala minuman raja yang hilang dan akan memberi jaminan serta habuan kepada sesiapa yang menjumpai dan mengembalikannya.s) terhadap kamu.s menahan Bunyamin daripada pulang bersama saudara-saudaranya yang lain.” Ayat istifhām ini digunakan adalah untuk ugutan dan menakutnakutkan (secara olok-olok. Akan tetapi baginda a. Ayat ke-74:        Terjemahan ayat: Mereka (orang-orang menteri itu) bertanya: “Maka apa balasannya jika kamu betul-betul berdusta?” Huraian ayat: Saudara-saudara Yusuf a.

semasa kamu masih jahil (tentang buruknya perbuatan sedemikian)?” Ayat istiham yang digunakan oleh Yusuf a.s menceritakan kesempitan hidup. Manakala yang membawa mereka berbuat demikian adalah kerana kejahilan mereka sendiri terhadap akibat perbuatan tersebut. Perasaan tersebut menyebabkan baginda a. Yusuf a. dan ini adikku.s berkata: “Tahukah kamu (betapa buruknya) apa yang kamu telah lakukan terhadap Yusuf dan adiknya.s berkata: “Tahukah kamu (betapa buruknya) apa yang kamu telah lakukan terhadap Yusuf dan adiknya. semasa kamu masih jahil (tentang buruknya perbuatan sedemikian)?” Huraian ayat: Setelah saudara-saudara Yusuf a. Ayat ke-89:            Terjemahan ayat: Yusuf a.s berasa hiba dan sedih terkenangkan nasib bapanya. dan dahulu pun kamu telah mencuaikan janji dan sumpah kamu dalam perkara menjaga keselamatan Yusuf?” Ayat istifhām ini menunjukkan peringatan tentang dosa dan kesalahan yang telah mereka lakukan dahulu terhadap bapa mereka iaitu memungkiri janji.s iaitu ketika mereka memisahkan baginda a.s menzahirkan hal dirinya yang sebenarnya. Yusuf a.s bertujuan sebagai peringatan tentang dosa dan kesalahan yang telah dilakukan oleh saudarasaudaranya terhadap baginda a.dan saudaranya yang paling tua berkata: “Tidakkah kamu ketahui bahawa ayahanda kita telah mengambil janji dari kamu dikuatkan dengan nama Allah. Ayat ke-90:           Terjemahan ayat: Mereka bertanya (dengan hairan tercengang): “Adakah kamu ini sebenarnya Yusuf?” Baginda menjawab: “Akulah Yusuf.s dan saudaranya.” . kekurangan makanan yang melanda keluarga mereka dan orang ramai.

” Pertanyaan ini menunjukkan kehairanan dan perasaan tidak percaya mereka terhadap apa yang mereka lihat.s mengenali mereka semua. Ayat ke-109:                      Terjemahan ayat: Maka tidakkah mereka berjalan di muka bumi lalu mereka melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka (yang mendustakan Rasul) dan sesungguhnya akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Ayat ke-107:                Terjemahan ayat: Apakah mereka merasa aman dari kedatangan seksa Allah yang meliputi mereka.Huraian ayat: Setelah mendengar kata-kata Yusuf a. Mereka berasa hairan kerana sejak dua tahun lebih iaitu beberapa kali kedatangan mereka ke Mesir bertemu baginda a. dan ini adikku.s bertanya: “Adakah kamu ini sebenarnya Yusuf?” dan baginda a. atau dari kedatangan Kiamat kepada mereka secara mendadak sedang mereka tidak menyedarinya? Huraian ayat: Ayat ini bermaksud apakah orang-orang yang menyekutukan Allah SWT itu merasa aman dari kedatangan sesuatu yang meliputi (yang akan menimpa) mereka sedang mereka tidak menyedarinya? Ayat istifhām digunakan sebagai ejekan atau sindiran kepada orang-orang yang menyekutukan Allah SWT. lalu mereka melihat bagaimana Allah SWT menghancurkan umat-umat terdahulu yang juga mendustakan para rasul dan orang-orang kafir pun menerima nasib .s. saudarasaudara Yusuf a.s. mereka tidak mengenali baginda a. Maka tidakkah kamu memikirkannya? Huraian ayat: Ayat ini bermaksud tidakkah mereka iaitu orang-orang yang mendustakan Muhammad SAW berjalan di muka bumi.s menjawab: “Akulah Yusuf.s tetapi baginda a.

[Ayat 11]               ‫ما‬ Dari sudut makna. ayat tanya yang digunakan bukan bermaksud pertanyaan sebenar tetapi sebagai ancaman. ayat tanya yang digunakan bukan bermaksud pertanyaan sebenar tetapi sebagai penafian.yang sama. ayat tanya yang digunakan bukan bermaksud pertanyaan sebenar tetapi meminta pengakuan. . Analisis Secara Balaghah Arab Ayat             Partikel yang digunakan ‫ما‬ Hasil analisis Dari sudut makna. ayat tanya yang digunakan bukan bermaksud pertanyaan sebenar tetapi sebagai penafian. Tidakkah mereka memikirkanya? Ayat istifhām ini merupakan suatu ancaman daripada Allah SWT terhadap orang-orang kafir dan mereka yang mendustakan para rasul. Sesungguhnya Allah SWT menyelamatkan orang-orang bertakwa sebagaimana Allah SWT telah menyelamatkan mereka di dunia dan di akhirat itu lebih baik mereka daripada di dunia. [Ayat 39]                  [Ayat 50] ‫ما‬ Dari sudut makna. [Ayat 25]           ‫أ‬ Dari sudut makna.

64]           ‫ما‬ [Ayat 65]       ‫ماذ ا‬ [Ayat 71]        [Ayat 74]      ‫ما‬ Dari sudut makna. ayat tanya yang digunakan merupakan pertanyaan sebenar iaitu untuk mengetahui perkara sebenar. ayat tanya yang digunakan bukan bermaksud pertanyaan sebenar . ayat tanya yang digunakan bukan bermaksud pertanyaan sebenar tetapi untuk menarik simpati agar saudara-saudara nabi Yusuf mengikuti permintaannya. nabi Ya’kub a. 59]            [Ayat Dari sudut makna. ayat tanya yang digunakan bukan bermaksud pertanyaan sebenar tetapi sebagai penyesalan terhadap keputusan bapa mereka.s. yang digunakan pertanyaan sebenar mengetahui barang telah hilang. Dari sudut makna. Dari sudut makna.         ‫ما‬ [Ayat 51]                    [Ayat ‫أ‬ Dari sudut makna. ‫هل‬ Dari sudut makna. ayat tanya merupakan iaitu untuk apa yang Dari sudut makna. ayat tanya yang digunakan bukan bermaksud pertanyaan sebenar tetapi sebagai satu ugutan. ayat tanya yang digunakan bukan bermaksud pertanyaan sebenar tetapi sebagai satu larangan.

ayat tanya yang digunakan bukan bermaksud pertanyaan sebenar tetapi sebagai ancaman daripada Allah terhadap orang kafir dan mereka yang mendustakan para rasul. ayat tanya yang digunakan bukan bermaksud pertanyaan sebenar tetapi sebagai ejekan atau sindiran Allah SWT kepada orang yang menyekutukan Allah SWT. [Ayat 89]           [Ayat 90]                [Ayat 107]                      [Ayat 109] ‫أ‬ ‫كيف‬ Dari sudut makna. . ayat tanya yang digunakan bukan bermaksud pertanyaan sebenar tetapi sebagai menunjukkan rasa hairan. ‫أ‬ Dari sudut makna. ‫أ‬ Dari sudut makna. ayat tanya yang digunakan bukan bermaksud pertanyaan sebenar tetapi sebagai peringatan atas dosa dan kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini.‫أ‬               tetapi sebagai peringatan atas dosa dan kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini. [Ayat 80]            ‫هل‬ Dari sudut makna.

Abdul Hafiz bin Abdullah. ugutan. Fadhl Hassan. ᶜAbbas. 2010. Azhar bin Muhammad. FPBS UPI. Jurnal Teknologi 42 (E) Jun. Maksud ini hanya dapat difahami melalui konteks ayat. Kamarul Azmi bin Jasmi. Khoirunnisa Mutiarani. menarik simpati.t. Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial. Kuala Terengganu: Bayt Al Hikmah. 1998. Kuala Lumpur: Darul Fikir. Abdullah Basmeih. 2006. Azhar bin Muhammad. Al-Balaghah Funūnuha Wa Afnānuha: ᶜIlmu Maᶜani. 2006. Hasil kajian ini dapat membantu dalam memahami maksud sebenar bagi ayat istifhām dan dapat menghayati keindahan ayat al-Qur’an. 2013. semakan. . ejekan dan larangan. Skripsi Jurusan Pendidikan Bahasa Arab. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an. Universiti Teknologi Malaysia. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmiah Al-Khalil. Universiti Teknologi Malaysia. 2005. T. Kamus Kontekstual Lengkap al-Khalil. 1999. Rujukan Al-Qur’an. Ahmad. Analisis Kalam Khabari Dan Kalam Insya’i Dalam Surat Luqman Serta Implikasinya Terhadap Pembelajaran Balaghah. Amman: Dar al-Furqān.Kesimpulan Hasil kajian mendapati bahawa ayat-ayat istifhām dalam surah Yusuf ada yang mengandungi unsur retorik iaitu pertanyaan yang mempunyai maksud yang terkeluar daripada tujuan sebenar ayat pertanyaan. Antara makna kontekstual ayat istifhām dalam surah Yusuf ialah pengakuan. Abdul Wahid Salleh. Sheikh. Penguasaan Pelajar Menengah Aliran Agama Terhadap Pengajian Ilmu Retorik Arab. ancaman. Ilmu Al-Ma’ani. Hanafi Hj. penafian. Ed. Kaherah: Dar al-Jauzī. Sulaiman Shakib bin Mohd Nor. Bushrah bin Basiron. Jawahīr al-Balaghah. Al-Hāsyimī. Beberapa Aspek Keunikan dan Keistimewaan Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran. Dollah.

2005. Bangi: JPATI. Penyunting: Balkis Hj Abu Bakar. 2013. . Hajah.Mohd Rosdi bin Ismail. Kota Bharu: Arabic Language & Consultancy. Prosiding Seminar (Retorika) Arab-Melayu. Zulkarnain Mohamad. 1999. Salmah Hj Ahmad. Rahman dan Che Radiah Mezah. Balaghah Melayu Berdasarkan Balaghah Arab: Satu Pengenalan dalam Ilmu Ma’ani. Universiti Kebangsaan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putera Malaysia. Mohd Zaki Abd. Maheram Ahmad. Pengkayaan Kosa Kata Bahasa Arab Mikro – Teknik dan Aspek. Ilmu al-Ma’ani Kajian Perbandingan dengan Bahasa Melayu.