1

EDUCATION of ELAKSAMANA

2.1

TEKS UCAPAN

Definisi Kata-kata yang mengandungi isi bagi melahirkan berbagai-bagai harapan dan perasaan kepada khalayak tertentu. 1. Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala iaitu hadirin hanya mendengar apa yang diujarkan oleh individu yang berucap. 2. Pengucapan biasanya ada dalam majlis tertentu dan isinya adalah berbeza mengikut kesesuaian majlis. 3. Kandungan pengucapan juga berbeza mengikut tingkat hadirin seperti usia, pangkat, taraf sosial, pendidikan dan lain-lain. 4. Ucapan juga diutarakan berdasarkan tema majlis yang dihadiri. 5. Terdapat beberapa perkara yang melibatkan pengucapan iaitu : y Majlis ataupun situasi yang membolehkan ucapan itu dilangsungkan. y Terdapat kumpulan hadirin sebagai pendengar. y Ada orang yang akan memberikan ucapan. y Terdapat teks ataupun kata-kata yang dituturkan oleh pengucap. y Ucapan itu terdiri dari simbol dan tanda iaitu berupa ayat yang mengikut susunan tatabahasa. y Penerimaan pendengar untuk sedia menerima mesej yang disampaikan pengucap. 2.1.1 Jenis Ucapan

1. Ada juga ucapan berbentuk umum, iaitu komunikasi bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada sekumpulan orang. 2. Ucapan dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu berdasarkan majlis iaitu : y Ucapan rasmi Merupakan penyampaian ucapan dalam majlis formal yang dihadiri oleh tetamu khas atau orangorang kenamaan dan berbentuk komunikasi sehala. Pengucap perlu membaca teks terlebih dahulu dan sewaktu majlis pengucap boleh sahaja terus membaca teks. Teks yang dibaca tidak boleh diubah isi kandungnya yang telah ditulis oleh individu bertanggungjawab. y Ucapan tidak rasmi Merupakan ucapan yang disampaikan secara bebas tanpa terikat kepada sebarang prosedur. Biasanya menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas. Boleh juga diselitkan unsur gelak ketawa dan ucapan ini boleh menjadi komunikasi dua hala iaitu pendengar membalas dan menyampuk ucapan pengucap. 2.1.2 Ciri Ucapan

1. Ucapan sering dikaitkan dengan majlis istimewa seperti memperingati dan mengalu-alukan kehadiran seseorang. 2. Ucapan yang berkesan adalah apabila pengucap bersedia untuk menyesuaikan diri dengan hadirin dan sentiasa berwaspada terhadap paras kefahaman hadirin tentang mesej atau ucapan yang disampaikan. 3. Pengucap juga perlu berucap dengan menggunakan paras sikap yang sama dengan pendengar bertujuan supaya hadirin dapat memahami isi ucapan. 4. Sesuatu ucapan yang baik haruslah mempunyai :
Created by elaksamana@yahoo.com © All Right Reserved Presented 2010

2

EDUCATION of ELAKSAMANA

y Bahasa mudah difahami Bahasa yang digunakan hendaklah mudah difahami oleh sasaran. Bahasa yang mudah bermaksud bahasa tidak bermaksud kiasan, berbunga namun berbentuk padat, ringkas dan sesuai laras bahasa dan tatabahasa mengikut situasi pendengar. y Isi yang bermakna Bermaksud isi pengucapan haruslah sesuai dengan tajuk dan tema majlis semasa. Isi pengucapan harus bersesuaian dengan taraf sosial, pendidikan pendengar. y Struktur ucapan Ucapan hendaklah disampaikan mengikut struktur ucapan yang ditetapkan. Setiap ucapan harus didahului ada pendahuluan diikuti isu ucapan dan penutup. Namun pengucapan haruslah ada rujukan terhadap hadirin seperti tuan puan, sidang hadirin dsb. y Suara jelas Pengucap hendaklah berucap dalam suara yang jelas dan didengari oleh pendengar. Suara merupakan unsur utama keberkesanan pengucapan. Nada suara ditinggikan untuk memberikan nada penegasan agar mesej disampaikan dapat difahami pendengar. y Cara persembahan Merujuk kepada cara pengucap menyampaikan ucapan secara keseluruhannya. Pengucapan hendaklah memperlihatkan keyakinan dan kesungguhan pengucap. Sekiranya isi kandungan berkualiti namun jika persembahan tidak berkualiti, pengucapan akan menjadi pincang. y Keyakinan diri Ucapan hendaklah disampaikan dengan penuh keyakinan tanpa gementar dan gugup. Pengucap perlu bertenang dan stabil emosi sepanjang berucap untuk memastikan persembahan dapat dioptimumkan. Pengucap juga perlu mengelakkan diri dari bertutur dalam nada yang kelihatan gugup. y Gaya penyampaian Gaya penyampaian meliputi pergerakan anggota seperti badan, tangan, kepala, mimik muka, pandangan mata dan senyuman. Gaya dan penyampaian hendaklah seiring dengan isi pengucapan dan gaya yang keterlaluan hendaklah dielakkan. 2.1.3 Format Ucapan

Ucapan merupakan suatu teks yang berformat namun sehingga kini tiada format khusus bagi penulisan teks ucapan. Secara umumnya teks ucapan dapat dibahagikan kepada 3 iaitu pendahuluan, isi kandung dan penutup. Namun terdapat sedikit perbezaan bagi sesetengah elemen iaitu : 1. Permulaan ucapan Ucapan dimulai denga rasa syukur kehadrat ilahi, diikuti kata hormat dan salutasi mengikut protokol iaitu peringkat/taraf hadirin. Pengucap boleh menyatakan penghargaan kepada penganjur dan seterusnya menggunakan penggilan hormat yang betul supaya tetamu tidak kecil hati denga pengucap.

Created by elaksamana@yahoo.com © All Right Reserved Presented 2010

3

EDUCATION of ELAKSAMANA

1 2 3

Tuan Yang Terutama Yang Amat Berhormat (YAB) Yang Berhormat (YB)

4

Yang Berbahagia (Y.Bhg.)

5 6 7 8 9 10

Yang Teramat Mulia (YTM) Yang Amat Arif Yang Arif Yang Berusaha/Yang Berbahagia/Yang Mulia Yang Mulia Yang Amat Berbahagia

Digunakan untuk jawatan Tun, Datuk, Tuan, Yang Dipertua Negeri dan Pesuruhjaya Tinggi Digunakan untuk Perdana Menteri, Timb. Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri Digunakan untuk jawatan YDP Dewan Negara, YDP Dewan Rakyat, YDP Dewan Negeri, Menteri dan timb. Menteri, Ahli Parlimen, ADUN, senator, pegawai undang-undang negeri, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri Digunakan untuk gelaran Tan Sri Dato Prof Dr Hj, Tan Sri Raja, Tan Sri Tengku, Tun Dr, Tan Sri Datuk Patinggi, Tan Sri, Dato Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Datin Paduka Hajah, Datin Digunakan untuk YTM Tengku, YTM Undang Rembau Negeri Sembilan Digunakan untuk Tuan Haki Negara Digunakan untuk Tuan Hakim Besar Digunakan untuk pengerusi majlis, ketua jabatan dan ketua bahagian Digunakan untuk Tengku Raja, Tunku, Engku, Ungku, Datu Digunakan untuk Tun dan Toh Puan

2. Isi ucapan Bergantung kepada majlis dan hendaklah sesuai berdasarkan tajuk dan tema majlis. Contohnya meraikan majlis perpisahan, segala biodata tokoh hendaklah diteliti dan beserta tarikh jikalau boleh bagi memudahkan hadirin membuat perkaitan. 3. Penutup ucapan Bahagian ini merumuskan keseluruhan ucapan dan kenyataan yang hendak diingati biasanya diulang di bahagian ini. Dalam penutup, pengucap tidak perlu menambah isi baru, mengatakan diri tidak bersedia untuk berucap ataupun sebagainya. Akhiri ucapan dengan salam dan berterima kasih kepada hadirin.

Created by elaksamana@yahoo.com © All Right Reserved Presented 2010

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.