You are on page 1of 2

Kajian Kualitatif GC8014

TRANSKRIP
Hari

: Khamis

Tarikh

: 28 April 2016

Lokasi

: Bilik Siswazah UKM

Perbualan dengan pelajar PhD Semester 1 Sesi 2015/2016. Atas permintaan responden temu
bual dijalankan secara tidak formal.
MFH Mohammad Fairus Hamdan
SA Sallehudin Ali

SA : Nama saya Sallehuddin bin Ali, saya seorang pelajar sepenuh masa, umur saya 26 tahun,
masih bujang, dan mempunyai minat yang mendalam terhadap pendidikan. Boleh panggil saya
Din. InsyaAllah 3 tahun lagi boleh panggil saya Dr. Din. Hehehee..

MFH : Baiklah En Din, apa yang membuatkan En Din ingin menyambung pendidikan peringkat
tertinggi ni?

SA : Pertama sekali sebab saya disarankan oeh seorang penemuduga untuk menjadi seorang
ahli akademik semasa saya menjalani satu temuduga kerja di sektor kerajaan.

MFH : Owh begitu, adakah itu satu2nya sebab mengapa En. Din ingin menyambung PhD?

SA : Tak, banyak faktor yang mendorong minat saya untuk terus sehingga keperingkat ini,
contohnya saya mendapat galakan daripada penyelia saya di peringkat sarjana. Beliau telah
memberikan sokongan dan galakan kepada saya untuk sambung pengajian ke peringkat PhD.
Tambahan pula saya berasa seperti masih ada lagi yang kurang atau lebih mudah saya berasa
masih kurang lagi ilmu pengetahuan saya khususnya dalam penyelidikan. Saya juga ingin
mencabar diri saya, walaupun semasa di sekolah dahulu saya bukanlah tergolong dalam
kalangan pelajar yang cemerlang, saya mampu untuk berada di pengajian peringkat PhD. Dan
yang terakhir kerana saya berasa yakin dan telah bersedia untuk meneruskan pengajian
setelah mendapat keizinan dan sokongan kuat daripada kedua ibubapa saya.

MFH : Waw... hebat.. saya tertarik dengan kata2 En. Din tentang masih kurang ilmu
pengetahuan khususnya dalam penyelidikan, memang En. Din berminat untuk menjadi
seorang pengkaji.

SA : Kalau diberikan peluang siapa yang tak nak... Sebab itulah saya datang ke UKM. Umum
mengetahui bahawa universiti ini merupakan universiti penyelidikan yang terkemuka di
Malaysia, dan saya cukup bertuah diterima masuk ke sini. Dalam semester ini, kelas-kelas yang
disediakan banyak membantu saya untuk menjadi penyelidik. Disamping itu juga saya rasa
mampu untuk meneruskan pendidikan ini kerana yuran pengajiannya yang amat berpatutan.

MFH : Baiklah.. menyebut pasal kewangan, setahu saya belajar ke peringkat ini, memerlukan
kos yang tinggi. Jadi bagaimana En. Din menampung perbelanjaan harian, kerana sefaham
saya En. Din adalah penuntut sepenuh masa?

SA : Perit memang perit la.. Tapi Alhamdulillah seperti yang saya maklumkan tadi kedua ibu
bapa saya yang menjadi penyokong untuk saya terus sehingga kini. Saya amat terhutang budi
dengan mereka. Walaubagaimanapun, saya sedang berusaha untuk memastikan saya terpilih
bagi mendapat bantuan-bantuan pengajian seperti MyPhD atau Zamalah atau menjadi
research assistant kot la mana-mana pensyarah perlukan khidmat saya.

MFH:Owh.. sy MyBrain, MyPhD biasa saya dengar... Zamalah tu apa yea En Din.

SA : Ala, saya bukan taknak jawab.. tp masa mencemburui la... saya ada kelas nie... tp kalau
awak nak maklumat lanjut, boleh la google kan zamalah tu. Sem nie dah tutup bulan Feb 2016
dahulu... dia bukak balik tak silap bulan Julai 2016... semester depan... jadi bersiap sedialah
mana-mana yang berhajat... Maaf yea...

MFH : Ala saya baru je nak belanje minum... Okey la kalau macam tu... terima kasih yea En.
Din. Semoga 3 tahun nanti saya panggil Dr. Din, tak pun Dr. SA...

SA : Fuhhh.. Tu cabaran tu... doakan saya berjaya yea... Amin...

You might also like