You are on page 1of 10

Panduan Menanam Durian

Dipetik dan diolah dari


BUKU PANDUAN TANAMAN DURIAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Tips Penting Penanaman Durian

Kromolitograf oleh Hoola Van Nooten, sekitar 1863

Disini saya kongsikan cara yang betul untuk tanam anak pokok. Disiplin menanam adalah penting.
Jika silap tanam, pokok akan hidup merana sampai ke tua walaupun ditabur baja, kesan derita pokok
masa kecil akan membekas sampai ke tua. Pokok yang tumbuh dengan subur dan tidak berpenyakit
berpotensi untuk mengeluarkan hasil yang cepat dan bermutu.
Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa arang sebenarnya mempunyai banyak rahsia dan
manfaat. Sifat bagi arang ialah menyerap, ia menyerap apa sahaja yang bersifat negatif yang hampir
dengannya, bahkan partikal ion negatif dalam udara pun diserapnya. Dengan memiliki sifat ini arang
juga bermanafaat untuk tumbuhan, dimana fungsi arang membersihkan unsur negatif jika ditaburkan
rata dipangkal pokok sehingga lingkungan 1 atau 2 kaki garis pusat.
Disamping ia boleh membekalkan lembapan untuk akar pokok apabila diperlukan, dalam masa yang
sama ia membersihkan persekitaran daripada unsur negatif menjadikan pangkal pokok mendapat Ph
neutral, bebas racun, toksid dan tiada kulat beracun. Jika arang terlalu banyak menyerap unsur
negatif ia akan mereput, menjadi lembut dan seterusnya hancur menjadi debu. Maka sudah
semestinya unsur negatif yang diserapnya akan dihadamkan oleh arang itu sendiri kemudian
dineutralkan. Selain dari itu kopi juga mempunyai fungsi yang sama khususnya dalam aktiviti
penanaman pokok durian.
Buah durian merupakan salah satu tanaman yang boleh tumbuh dengan baik di kawasan yang
beriklim tropika, kebanyakan jenis tanaman buah ini banyak terdapat negara Asia, akan tetapi melalui
kemajuan teknologi kini tanaman durian ini mula tersebar di berbagai negara eropah. Buah durian ini
mempunyai ciri bau yang khas tersendiri iaitu memiliki aroma bau yang kuat jika sudah masak
(matang),serta mempunyai kulit keras dan berduri yang turut sama menjadikan namanya durian.
Pokok durian biasanya berbuah satu kali saja pada setiap tahun,akan tetapi terdapat jenis buah
durian tertentu yang boleh berbuah buah sebanyak 2 kali dalam setahun.
Durian merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang paling digemari oleh setiap lapisan
masyarakat di negara ini. Ada yang berpendapat durian berasal dari kepulauan Borneo kerana ianya

banyak didapati tumbuh liar di dalam hutannya dan telah ditanam di Semananjung Malaysia dan
tersebar luas di Asia Tenggara. Umumnya durian terdapat di Gugusan Pulau-pulau Melayu. Nama
saintifik bagi durian ialah Durio zibethinus. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan
buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, Durio graveolens, Durio dulcis
dan Durio kutenjensis

Durian Gondol Lombok, Nusa Tenggara Barat

Semasa belajar di universiti, rakan-rakan saya yang berasal dari luar negeri menggelar durian
sebagai Alien Fruit kerana bentuk dan duri yang unik pada buah tersebut. Perkataan Durio diambil
dari nama durian. Perkataan zibethinus pula diambil dari bahasa itali zibetto atau Civet yang
bermaksud bau yang kuat sementara istilah durian pula dipercayai berkait rapat dengan buahnya
yang berduri. Namun terdapat juga buah durian tanpa duri yang dinamakan Durian Gondol.
Cara penanaman
Tanah yang sesuai seharusnya mengandungi unsur organik dan sedikit pasir disamping berada pada
kawasan yang memiliki ketinggian antara 60 s/d 700 dari ketinggian permukaan laut,curah hujan 1700
s/d 2700 mm per tahun, dengan suhu antara 20 s/d 28 darjah celcius.

Sebelum memulai proses penanaman benih lakukan dulu proses pengolahan tanah dengan
betul.

Bersihkan kawasan tanah dari berbagai rumput dan kayu/sampah yang tidak diperlukan

Lakukan proses penghalusan tanah dengan membajak atau mencangkul secara merata.

Tambahkan baja organik haiwan dan tumbuhan yang sudah terurai dengan baik pada setiap
kawasan penanaman pokok.

Tambahkan batu kapur halus dan garam pada kawasan tanaman, supaya tanah dalam
keadaan neutral dan berkualiti.

Tanah dikorek dengan ukuran 60x60x50 cm sebagai tempat penanaman benih pokok.

Pastikan jarak lubang antara satu dengan yang lainnya paling kurang 11meter supaya nanti
tanaman akan tumbuh dengan baik.

Setelah proses penyediaan lubang selesai, lakukan pemberian pupuk organik pada setiap
lubang tanah dengan ketebalan 2 cm. Ada juga pengusaha tanaman durian memasukkan sekurangkurangnya sekilo ikan mentah ke dalam lubang tanaman sebagai penggalak akar dan baja kepada
pokok yang akan ditanam.

Biarkan tanah tersebut selama 2 minggu, supaya proses penguraian baja berlaku dengan
sempurna.

Pilih benih yang berkualiti kerana ini sangat mempengaruhi pertumbuhan dan hasil yang akan
diperolehi.
Alat yang di perlukan:
1.
Cangkul(boleh pakai yang lebih modern)
2.
Alat pembersih rumput
3.
Gunting pemotong yang tajam
4.
Alat spry/semburan baja dan menyiram
5.
Benih pokok durian
Langkah Penanaman

Sebaiknya awal penanaman bibit di lakukan pada awal musim hujan.


Untuk memulakan proses penanaman anak pokok sebaiknya di lakukan pada waktu pagi hari
jam, 06.00 s/d 09.00, atau pada waktu petang sekitar jam 4.00 bergantung kepada keadaan cuaca.
Penanaman dalam cuaca panas boleh menyebabkan anak pokok layu dan mati.

Pastikan akar tanaman tidak rosak ketika membuka plastik polybeg supaya tanaman tidak
layu/mati.

Setelah proses penanaman pokok selesai, lakukan penyiraman dengan air pada semua
kawasan tanaman.

Pastikan tahap kelembaban tanah berada pada tahap optima. Kawasan tanaman boleh
ditutup dengn jerami atau daun kering. Biarkan jerami tersebut selama 2 hingga 3 bulan untuk
mengekalkan kelembapan untuk menggalakkan pertumbuhan akar.
Langkah Perawatan

Lakukan penyiraman air 3 kali dalam seminggu.

Lakukan pembersihan rumput di area lahan tanah secara berkala.

Lakukan pembajaan tambahan dari unsur organik setiap 1 bulan sekali.

Lakukan semburan kimia anti virus/hama secara berkala.

Lakukan penaburan batu kapur halus dan garam dalam 3 bulan sekali.

Lakukan penggemburan tanah di area tanaman setiap 1 bulan sekali.

Jika tanaman sudah tumbuh besar lakukan pemangkasan pada bagian tanaman yang kurang
baik atau layu.

Jika tanaman sudah mulai tahap berbunga,lakukan penyerbukan secara manual, dengan
cara memakai alat kuas yang halus, sapukan kuas pada bunga yang sudah mekar secara teliti jangan
sampai merosak bahagian yang lain. Bertujuan mengawal bunga daripada serangga / haiwan
perosak. Sekiranya penyemburan tidak berjalan dengan lancar sudah pasti buah yang di hasilkan
juga tidak akan secara maksima.

Jika tanaman sudah mulai berbuah lakukan pemilihan pada buah secara berkala,buang buah
yang tidak sihat supaya tidak menular kepada buah yang lain.

Sebaiknya buah di minimakan kepada 2 atau 3 biji dalam setiap rumpun supaya kualiti buah
dapat ditingkatkan.

Jika buah sudah mula besar, tangkainya perlu diikat dengan tali untuk mengelakkan buah
rosak ketika jatuh ke tanah. Selain itu juga, kerja-kerja mengikat tangkai buah durian yang purata
seberat 10 kg itu dapat mengelakan anda dihantar ke hospital kerana dihempap buah durian
Monthong.

Pokok Durian Dalit

Pokok
Pokok durian yang tumbuh dalam keadaan semulajadi yang boleh mencapai 20 m hingga 45 m. Bagi
pokok durian cantum ketinggian pokok selalunya tidak melebihi 20m. Sebaran kanopi pokok diantara
10 m 12 m (bergantung pada jenis variasi), memang untuk jenis buah durian yang tumbuh secara
semulajadi di hutan kebanyakan memiliki ketinggian antara 20 hingga 70 meter.
Daun

Durian Dalit/durian hutan biasa terdapat di Sabah.

Daun durian adalah ringkas, berselang, susunan daun berkeadaan bertentangan dan saiz daun
berukuran 6 22 cm dan 2.5 cm 8 cm lebar. Di bahagian atas permukaan licin dan sebelah bawah
daun kasar iaitu berwarna perak, kelabu atau kekuningan. Hujung daun berbentuk dempak tirus dan
tulang daun dibahagian bawah permukaan daun jelas kelihatan.
Bunga
Bunga durian akan keluar dicelah-celah bekas ketiak daun pada dahan-dahan yang matang. Satu
jambak bunga mempunyai kira-kira 20 atau lebih bunga. Bunganya berukuran 5 7 cm panjang dan
berbau seperti susu masam.
Buah

Buah Durian Dalit Merah dikenali juga sebagai Tenom Beauty

Buah durian mempunyai pelbagai bentuk mengikut klon iaitu bentuk bulat, oval, oblong, ovat dan
pyriform. Dari segi warna pula, kebanyakan buah durian berwarna hijau, perang, hijau keperangan,
dan hijau gangsa mengikut varieti serta diselaputi oleh duri-duri yang tajam. Terdapat juga buah
durian yang berwarna kuning bahkan ada durian yang buahnya berwarna merah. Masyarakat
tempatan Sabah lebih mengenalinya sebagai durian Dalit, Sukang (Kadazandusun), Lalit (Bisaya) ,
Maraang (Sungai) dan masyarakat Kenyah Sarawak menggelarnya durian Daun.
Buah durian mempunyai isi yang berwarna putih, putih kekuningan, kuning keputihan, kuning oren,
oren dan oren kemerahan mengikut jenis klon. Jangkamasa buah durian gugur kira-kira 90 130 hari
selepas bunga berkembang.
Durian Pelangi

Durian Pelangi terdapat di Papua New Guinea

Isi buah durian jenis durian pelangi papua barat merupakan perpaduan antara merah muda hingga
merah tua dan krem dengan semburat hijau di sudut pongge.
Pada buah durian tertentu jenis durian pelangi warna merah lebih dominan, warna isi durian pelangi
menarik jenis durian pelangi berisi tebal dengan ketebalan mencapai 39 %, buah durian pelangi
mampu bertahan 6-7 hari, lazimnya buah durian pelangi tua mampu mencapai 500 biji durian
semusim dan boleh berbuah 2 kali setahun. Buah durian pelangi lazat, rasa manis dengan texture
lembut.
Keperluan Agroklimatik
Iklim
Durian memerlukan suhu diantara 17 oC hingga 32 oC dan taburan hujan 1700 mm hingga 4060 mm
setahun. Pokok durian tidak tahan kemarau panjang. Walaubagaimanapun, pokok durian
memerlukan musim kemarau yang pendek iaitu 2 hingga 8 minggu dengan taburan hujan yang
rendah untuk mengalakkan pengeluaran bunga.
Tanah
Pokok durian boleh tumbuh diatas pelbagai jenis tanah dan tanah lom liat berpasir yang mempunyai
saliran yang baik didapati sangat sesuai untuk pentumbuhan dan penghasilan buah yang berkualiti.
Bagi jenis tanah gambut dan tanah bris adalah tidak sesuai untuk tanaman durian. Sistem saliran
yang tidak sempurna hendaklah dielakkan kerana akar durian sangat sensitif terhadap air yang
bertakung. Ia akan menggalakkan serangan penyakit akar dan batang iaitu Phytophthora palmivora.
Tanah yang mempunyai pH 6 hingga 7 adalah sesuai. Kawasan yang cerun landai dan rata adalah
baik untuk durian tetapi kawasan cerun 18 darjah adalah tidak sesuai.
Kawalan rumpai
Pada peringkat awal (pada tahun pertama) pertumbuhan pokok durian, rumput di sekeliling pokok
hendaklah selalu dibersihkan setiap kali sebelum dibaja secara manual, bagi pokok yang berumur 2
tahun ke atas tidak digalakkan menggunakan cangkul kerana ianya akan mencederakan akar yang
aktif mengambil makanan. Manakala di kawasan pokok durian yang matang, rumput dipotong dalam
tempoh sebulan sekali dengan menggunakan Service Cut/Rotaslasher.
Pemangkasan
Pemangkasan dilakukan di peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang
mempunyai batang utama yang tegak dan dan dahan-dahan primer yang bersudut mendatar. Kerja
pemangkasan pokok durian bermula selepas 6 bulan ditanam di ladang.
Pemangkasan pokok matang selalunya dibuat selepas musim buah dengan membuang tunastunas air yang tidak produktif, dahan-dahan yang patah, layu, berpenyakit disamping memberikan
pengudaraan yang baik serta membolehkan pancaran matahari menembusi kanopi.
Jenis pemangkasan yang biasa diamalkan adalah:
1. Pemangkasan pembentukan batang utama di awal pertumbuhan.
2. Pemangkasan penjagaan seperti membuang tunas-tunas air yang tidak produtif, mati dan
berpenyakit.Mengurangkan penggunaan racun kimia.

Tujuan pemangkasan ialah:


Membentuk dan mengawal pembentukan pokok.
Membuang tunas air yang tidak produktif, reput, berpenyakit dan mati.
Memberikan ruang pengudaraan yang baik pada pokok.
Mengalakkan pengeluaran buah yang banyak, berkualiti dan baik.
KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL
Kematangan:
Pokok durian yang ditanam dari benih cantuman biasanya mengeluarkan hasil pada tahun ke enam
selepas ditanam walaupun kadangkala ada pokok yang boleh mengeluarkan hasil pada umur 4 atau
5 tahun selepas menanam. Pokok dari benih anak biji pula mengeluarkan hasil selepas 7 10 tahun
menanam.
Hasil:
Hasil pada peringkat awal pengeluaran adalah tidak menentu dan rendah ( 10 60 buah sepokok)
dan boleh meningkat kepada 50 100 buah/pokok pada umur 10 tahun. Pokok durian yang
menjangkau umur 20 tahun atau lebih boleh mengeluarkan hasil sehingga 100 200 buah sepokok
semusim. Walau bagaimanapun hasil berubah dari tahun ketahun mengikut keadaan cuaca.
Musim Buah
Pokok durian mengeluarkan hasil yang tidak menentu, iaitu pengeluaran yang tinggi pada satu tahun
dan berkurangan pada tahun berikutnya. Di bahagian utara seperti Kedah, Perlis dan Penang. Musim
utama ialah dari bulan April hingga Julai sementara dibahagian selatan ialah pada bulan Jun hingga
September. Di setengah kawasan dimana terdapatnya musim kemarau pada pertengahan tahun
musim berbuah akan jatuh pada hujung tahun iaitu bulan November hingga Januari. Pokok dokong
memerlukan musim kering yang jelas ( 3 - 4 minggu ) untuk pengeluaran bunga. Hujan pada waktu itu
boleh memberi kesan kepada pembentukan buah.
Pendebungaan Berbantu
Pada keadaan biasa dimana beberapa campuran klon ditanam di sesuatu kawasan pendebungaan
berbantu tidak diperlukan memandangkan bilangan buah yang keluar adalah tinggi. Jika sekiranya
terdapat dimana pada awal penghasilan hanya terdapat kekurangan bunga maka pendebungaan
berbantu boleh diamalkan.
Penuaian
Di Malaysia amalan yang biasa ialah dengan membiarkan buah jatuh ke tanah bagi mendapat buah
yang matang (optimum) untuk dimakan segar. Buah durian boleh juga dipetik dengan memotong
buah apabila mencapai peringkat matang melalui beberapa kaedah dan dibiarkan tangkainya jatuh
sebelum digunakan. Buah durian ini biasanya boleh dituai setelah buah itu jatuh(maka dari itu saya
sarankan supaya buahnya di ikat),dan boleh di anggarkan bermula dari bunga yang sedang mekar
harum semerbak mewangi lagi nyaman dan menyegarkan itu pada kadar 4 hingga 5 bulan. Catatan
yang betul dapat memberi panduan penuaian yang betul tanpa menunggu buah jatuh. Penting untuk
mengelak penuaian awal sebelum cukup usia kerana buahnya tidak matang dan tidak berkualiti. Perlu
diingat juga sebaiknya ketika memetik buah menggunakan alat gunting yang tajam, potong pada
bagian tangkai buah jangan sampai melukakan buah yang lain.
Kumpulkan hasil tuaian pada tempat yang sejuk,untuk proses pemasakan(supaya buah matang)
cukup anda letakkan pada ruangan yang tidak terkena sinar matahari secara langsung Pastikan juga
ruang tempat penyimpanan itu tidak lembab secara berlebihan, supaya buah cepat matang dan tidak
mudah busuk. Biasanya buah akan matang(masak)sekitar 2- 3 hari. Sekiranya buah sudah masak,
makanlah hasil tanaman anda dengan senyum lebar tanda kesyukuran. Ketika itu ketawalah
seadanya meskipun anda sedang sendirian.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN PENYIMPANAN
Penyimpanan
Buah durian yang luruh ke tanah apabila sudah masak boleh disimpan diantara 1 4 hari pada suhu
ambien (28oC) mengikut klon. Suhu yang rendah (5 - 10oC) boleh memanjangkan tempoh
penyimpanan ke 2 - 4 minggu. Buah durian yang hampir matang sepenuhnya hendaklah disimpan
pada suhu yang lebih tinggi (15C) bagi mengelakkan kesan sejukbeku. Pada suhu ambien buah-

buah ini boleh disimpan diantara 1 2 minggu terpulang kepada peringkat kematangan semasa
memotong.
Variasi Durian Dari Thailand

Durian Chanee D123


atau Gibbon (Ungka) dipercayai mendapat namanya kerana buah durian selalunya keluar di hujung
dahan/ranting seolah-olah seekor ungka yang bergayut di atas pokok.
Durian Kanyao (Long Peduncle) D158
Dalam bahasa Thai, Kan bermaksud Peduncle/tangkai manakala Yao bermaksud Long/panjang.
Jadi, asal namanya bertepatan dengan rupa bentuknya yang dimana tangkainya adalah lebih panjang
dari varieti yang lain.
Durian Monthong D159
atau Golden Pillow (Bantal Emas), mengikut bahasa Thai, Mon bermaksud pillow (bantal) dan
Thong bermaksud Gold (emas) . Jadi, Monthong dinamakan bersempena dengan rupa bentuk
buahnya. Ia dikatakan berbentuk seperti bantal manakala isinya berwarna kuning keemasan.
Durian Kradumthong
atau Golden Button (butang emas). Dalam bahasa Thai, Kradum bermaksud button (butang)
manakala Thong bermaksud Gold (emas) kerana putiknya adalah kecil dan bulat, kelihatan seperti
butang pada baju orang China dahulu kala.
Jenis-jenis durian
Kaedah Pembiakan Klon Durian
Kaedah Pembiakan Klon Durian :
Kaedah utama pembiakan klon pokok durian adalah dengan menggunakan kaedah cantuman mata
tunas. Kaedah ini dapat menghasilkan pokok yang mewarisi ciri-ciri induk dengan lebih cepat. Pokok
penanti yang digunakan akan menjadikan bahagian batang dan akar klon menjadi kuat, pokok rintang
penyakit dan menghasilkan buah bermutu.
Berikut disenaraikan 10 klon durian yang sesuai untuk tanaman komarsial.
Klon

Nama biasa

D24

D99

Kop Kecil

Saiz buah

Ciri isi

Sederhana Warna kuning, isi tebal bertekstur


halus, rasa lemak manis, sedikit
(1-2 kg)
pahit dan aroma kuat

Ciri khas
Duri tajam, biji besar, mudah
merekah dan masak tak
serata

Sederhana Warna krim kekuningan, isi


Buah berjambak, biji leper
sederhana tebal, bertekstur halus, atau kesep
(1-2 kg)
basah, rasa lemak manis dan

aroma kuat
Besar
D123 Chanee

Tuan Mek
D145
Hijau/Beserah

(2-4 kg)
Sederhana
(1-2 kg)

Kan Yau/Tangkai
Panjang

D159

Besar
Mon Thong/Bantal
Mas
(4-6 kg)

D169 Tok Litok


Raja
D197 Kunyit/Musang
King
D175 Udang Merah

Warna kuning keemasan, isi


sederhana tebal bertekstur halus, Buah dempak di tangkal dan
rasa lemak manis dan aroma
di hujung
harum

Sederhana Warna kuning keemasan, isi tebal


dan tekstur berserat, rasa manis Tangkai panjang 15-17 cm
(1-2 kg)
dan kurang aroma

D158

Durian Mas Hjh.


D168
Hasmah

Warna kuning keemasan, isi tebal


bertekstur sederhana halus, rasa Buah besar dan biji kecil
lemak manis dan aroma kuat

Sederhana
(1-1.5kg)

Warna kuning, isi tebal bertekstur


halus, rasa manis berkrim dan
kurang aroma

Buah besar mencapai 4-6


kg/biji

Mudah dibuka. Isi sederhana


Buah sederhana besar,
besar, pejal, berwarna kuning oren, bulat, kulit berwarna hijau
sederhana tebal dan rasa lemak
perang, tangkai pendek dan
manis dan sedikit pahit.
kecil (4cm.

Sederhana Warna kuning, isi tebal dan


Duri tajam, biji besar, mudah
berserat, rasa lemak manis, sedikit merekah dan masak tak
(1-2 kg)
pahit
serata
Besar
(2-2.5 kg)

Warna sangat kuning, isi tebal


Warna isi terlalu kuning dari
bertekstur halus, rasa lemak manis biasa, harga mencecah
dan pahit
RM30/kg

Isi berwarna kuning, tebal, ira


berbentuk bujur. Kulit
sederhana
isinya halus, lembik, rasanya lemak berwama hijau perang dan
(1 1/2-3kg)
manis.
durinya pendek.

Klon durian yang belum disenaraikan dalam senarai daftar Jabatan Pertanian
Ochee/ Duri Hitam

Isi durian Ochee

Klon ochee telah mula disebarkan di utara Malaysia sejak tahun 80an.. mula menjadi masyhur sejak
tahun 2005 dengan harga yang agak mahal sekitar rm40 sekilo. Durian Ochee berwarna merah tua
yang cukup menarik dengan isinya yang lemak lembut tanpa urat dengan haruman yang cukup
aromatik.
Berbunga 2 kali setahun dengan peratusan yang tinggi akan menjadi buah. Antara klon durian yang
terkategori berkualiti tinggi. Bahkan pengusaha tanaman ini perlu teliti kerana buah yang banyak akan
mengakibatkan dahan akan patah kerana buah durian ochee 90% gred A. Pohon ochee akan mula
berbuah pada tahun ke 5 selepas ditanam. Buah durian Ochee tahan lasak dengan perubahan cuaca
berbeza dengan kebanyakan jenis durian yang agak sensitif.
Kelemahan pokok ini ialah pokoknya yang mudah diserang penyakit memerlukan penjagaan yang
teliti. Dahannya agak rapoh, mudah patah dan perlu kayu sokongan terutama ketika berbuah. Ia juga
memerlukan pembajaan yang kerap. Kadar kandungan isi ochee juga lebih tinggi berbanding
Musangking walaupun Musangking lazimnya memiliki biji yang nipis. Tempoh permatangan lebih
kurang 120 sampai125 hari..peka kpd perubahan cuaca. 2 kali berbuah setahun satu kebiasaan.

Durian kura kura

Durian Kura-kura

Pohon durian ini banyak ditemukan di hutan Malaysia milik penduduk asli setempat. Ciri khas pohon
durian kura-kura, ia berbuah di pangkal pohon. Warna buahnya sama seperti buah durian pada
umumnya, isinya berair dan rasanya manis. Durian dengan nama latin Durio testudinarium ini di
daerah asalnya sering ditemukan di pinggir aliran sungai.

You might also like