You are on page 1of 3

ABDUL KADIR BIN MAHMOD

M20161000707
QSE6024 - Pengujian Dalam Sains Sukan

SOALAN 4 : Bincangkan kepentingan Pengujian, pengukuran dan penilaian


dalam bidang sains sukan.
Kepentingan pengujian, pegukuran, dan penilaian dalam sains sukan boleh
dilihat dari beberapa aspek seperti :
1- Mengetahui tahap seseorang atlit atau peserta. Dengan pengujian dan
penilaian yang dibuat, kita dapat mengetahui tahap seseorang itu dan
boleh dijadikan sebagai panduan untuk merangka program untuknya.
2- Mengetahui kesan latihan. Setelah menjalani satu program latihan
dalam satu tempoh masa, pengujian perlu dijalanlankan untuk
mengetahui sejauh mana keberkesanan latihan itu. Keputusan
pengujian itu akan dibandingkan dengan data pengujian sebelum
menjalani program latihan. Dengan itu, kita dapat mengetahui
keberkesanan latihan itu.

Kepentingan 3P dalam bidang sains sukan:

Motivasi - Sekiranya 3P digunakan dengan sebaik-baiknya, kesannya dapat meningkatkan


motivasi individu yang terlibat. Walaubagaimanapun, elakkan dari memberi penilaian yang negatif
sebaliknya berikan penilaian yang positif bagi meningkatkan motivasi diri individu. Individu yang
gemar membandingkan hasil pengujian terhadap diri sendiri juga dapat membantu individu
tersebut untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Penilaian terhadap arahan dan program - Keputusan ujian membantu dalam memberi tafsiran
tentang keberkesanan arahan pengajaran atau sesuatu program. Penilaian keberkesanan arahan
pengajaran atau program ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mencari metod
penyampaian arahan pengajaran atau program yang lain dalam usaha meningkatkan prestasi
sesuatu sukan/program.

Diagnosis - Pengukuran yang dibuat dapat membantu dalam mengenalpasti


kelemahan/kelebihan seseorang individu atau kumpulan. Diagnosis yang dibuat sebelum
pengajaran dapat membantu dalam pemilihan pendekatan yang akan digunakan semasa sesi
latihan atau pembelajaran. Pendekatan yang lebih sesuai dapat digunakan dan seterusnya dapat
mengoptimakan keputusan yang dikehendaki.

Klasifikasi - Melalui 3P yang dibuat, keputusan yang diperoleh dapat digunakan dalam
mengelasan atlit atau individu mengikut tahap penguasaan mereka. Pengelasan ini dapat

memudahkan guru/jurulatih untuk memberi program latihan yang sesuai agar dapat membantu
atlit/pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka.

Pencapaian - Keputusan yang diperoleh dari 3P dapat menentukan pencapaian


pelajar/atlit.Pencapaian ini seterusnya dapat menentukan samada objektif sesuatu program atau
matlamat individu itu dicapai ataupun tidak.

pendekatan 3P dalam bidang pendidikan dan sains sukan yang mantap perlu melalui proses
pengujian, pengukuran dan penilaian. penggunaan prosedur ujian berterusan bagi mengukur
komponen kecergasan contoh kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular,
kelembutan, komposisi lemak badan, koordinasi keseimbangan, ketangkasan, kuasa, masa
reaksi, kepantasan dan bidangan sains sukan. oleh itu pengukuran dan penilaian komponen
tersebut adalah penting dalam kurikulum dan pendidikan jasmani dan sains sukan. penilaian
perlu diadakan bagi menentukan prestasi kecergasan fizikal pelajar dan keberkesanan
pengajaran. guru perlu memahami konsep 3P kerana ianya adalah satu proses membuat
keputusan mengenai prestasi pelajar. penilaian yang berkesan memerlukan prosedur ujian yang
baik. hanya dengan prosedur ujian yang baik dan mudah digunakan serta difahami sahaja yang
dapat menghasilkan skor ujian kecergasan fizikal yang kekal dan boleh dipercayai.
KEPENTINGAN PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM BIDANG SAINS
SUKAN
Pengujian, Pengukuran, dan Penilaian adalah sangat penting dalam bidang Sains Sukan kerana
dapat meningkatkan prestasi seseorang atlit untuk lebih cemerlang. Disamping itu juga melalui
ilmu Sains Sukan ianya dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia untuk
mengekalkan gaya hidup cergas menerusi bidang kesihatan dan gaya hidup bersukan.

Secara amnya, Sains Sukan adalah satu cabang ilmu yang berpaksikan bidang sukan. Terdapat
beberapa pecahan kecil dibawah bidang Sains Sukan. Antaranya adalah anatomi, psikologi sukan,
perubatan sukan, fisiologi, biomekanik dan juga pemakanan sukan.
Apakah kepentingan pengujian, pengukuran dan penilaian dalam bidang sains sukan?
Seperti sedia maklum,Sains Sukan adalah berpaksikan bidang sukan yang mempunyai cabang yang
pelbagai. Sehubungan dengan itu, senang untuk dikatakan bahawa pengujian, pengukuran dan penilaian
dalam bidang sains sukan adalah sangat penting. Seseorang atlet itu bukanlah hasil pembentukan
daripada sebuah mesin, sebaliknya dibentuk menerusi satu sistem yang sistematik. Bagi mengenalpasti
tahap atau prestasi seseorang atlet, pengujian perlu ditadbir dan pengujian yang akan ditadbir adalah
berdasarkan aspek yang ingin dikaji dan difahami. Berbekalkan bateri ujian atau kaedah pengukuran
yang mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, maka prestasi atau tahap seseorang
atlet itu dapat dikenalpasti setelah dinilai menggunakan data yang diperolehi. Penilaian yang dilakukan itu
dapat menentukan prestasi atau tahap seseorang atlet yang juga boleh digunakan untuk
membandingbeza di antara dua orang atau lebih atlet pada ketika itu atau boleh dijadikan satu penanda
aras bagi atlet lain. Sehubungan itu pengujian, pengukuran dan penilaian adalah penting dalam bidang
Sains Sukan.

Kepentingan pengujian, pengukuran dan penilaian dalam bidang sains sukan

Pengujian, pengukuran dan penilaian dalam bidang sains sukan sangat penting kerana ia dapat
menaikkan prestasi atlet dari semasa ke semasa. Sebagai contoh penilaian dibuat mengikut prosedur
ujian piawaian yang betul untuk mengetahui keadaan semasa kecergasan altet tersebut sebelum
memasuki pertandingan. Justeru itu, ia dapat mengesan lebih awal dan memberi perhatian terhadap
latihan yang bersesuaian serta memberi fokus terhadap otot-otot tertentu dalam meningkatkan kemahiran
atlet. Contohnya di sekolah, hasil pengujian dan pengukuran penting untuk menunjukkan akauntabiliti
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Kecergasan fizikal pelajar dapat diukur dan dinilai
menggunakan bateri ujian dan prosedur ujian yang lebih sistematik. Dari segi pengukuran, ia dapat
membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan atlet. Hasil daripada pengujian dan pengukuran,
atlet dapat meningkatkan kecergasan motor dari aspek kepantasan, ketangkasan, keseimbangan, kuasa,
masa reaksi dan koordinasi. Selain itu, melalui pengujian, pengukuran dan penilaian ia dapat membantu
atlet itu memilih jenis sukan yang bersesuaian yang memberi kelebihan dan kekuatan dalam dirinya
setelah diuji. Namun begitu, sekiranya prosedur penilaian dibuat mempunyai kebolehpercayaan dan
kesahan, pengujian itu adalah lebih bermakna. Oleh itu, pengujian, pengukuran dan penilaian secara
tidak langsung memperkembangkan kecergasan fizikal secara menyeluruh dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani dengan berkonsepkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

You might also like