You are on page 1of 17

MANHAJ SHAR OLEH AL-KARMN TENTANG AL-TAKRR ALQURN

Siti Nabilah Misnan


sitinabilah@ipb.edu.my
Institut Profesional Baitulmal
Dr Zulkarnain Mohamed
mzbmohamed@gmail.com
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Al-Takrr al-Qurn atau pengulangan dalam al-Quran mendatangkan satu
persoalan besar kerana secara langsung ianya berkait dengan kebenaran
dan hakikat al-Quran sebagai wahyu dan sumber utama perlembagaan
Islam. Oleh itu, persoalan al-takrr al-Qurn seperti yang dibahaskan
oleh al-Karmn dalam kitab al-Burhn perlu dengan penuh kesedaran
diletakkan dalam manhaj, kerangka atau pendekatan kajian yang sesuai,
terutama acuan wahyu, seperti yang ditekankan dalam kajian ini supaya
gambaran sebenar tentang hakikat al-takrr al-Qurn disahkan.
Sehubungan dengan itu, penulisan artikel ini bertujuan untuk
membincangkan berkenaan manhaj shar oleh al-Karmn tentang altakrr al-Qurn dalam kitab al-Burhn. Justeru, kajian ini berbentuk
kualitatif dengan pendekatan tafsir semasa diberikan perhatian sebagai
tambahan kepada kajian tentang sejarah keilmuan Islam yang diperlukan
terlebih dahulu untuk mengabsahkan hujah untuk kitab al-Karmn
dianalisis. Dari segi metodologi, pengumpulan data dilakukan melalui
analisis dokumen dalam usaha memenuhi kerangka pendekatan deduktif.
Sebagai kesimpulan, kajian mendapati bahawa al-Karmn menggunakan
manhaj tradisional, iaitu shar dalam membahaskan al-takrr al-Qurn
dan manhaj tersebut selari dengan persoalan yang disentuh. kajian ini
turut menghujahkan bahawa manhaj shar yang digunakan al-Karmn
mengukuhkan lagi keutuhan perbincangannya tentang al-takrr alQurn. Implikasi kajian ini ialah pentingnya menggunakan pendekatan
yang diperoleh dari sumber Islam sendiri, seperti al-Quran dalam
mengkaji persoalan yang melibatkan kepercayaan, pegangan atau akidah.
Kata Kunci:
Manhaj, mutashabihat,
Mutashabih al-Quran.

al-takrr

al-Qurn,

al-Karmn,

al-Burhan

fi

PENGENALAN
Al-Quran merupakan satu mukjizat terbesar yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w.
Antara tujuan penurunan al-Quran ini ialah sebagai satu pembuktian bahawa Nabi
Muhammad s.a.w telah diutus oleh Allah SWT kepada hamba-Nya supaya beriman kepada-

Nya. Keindahan bahasa yang terdapat dalam al-Quran tidak ada siapa yang mampu
menandinginya sekali gus telah membuktikan kemukjizatan al-Quran. Keindahan al-Quran
tercermin di dalam tema-tema yang terkandung di dalamnya yang mana ia mencakupi
segenap aspek kehidupan manusia. Kehadiran al-Quran juga menjadi salah satu
faktor munculnya ilmu Balaghah. Keindahan bahasa al-Quran membuat
pakar bahasa waktu itu kagum. Al-Quran diakui sebagai kitab yang
memiliki ketepatan dan keindahan berbahasa Arab yang tak tertandingi.
Pakar bahasa Arab yang biasa berbangga dengan keindahan syair mulai
terperanguh dengan keindaahan bahasa al-Quran. Dari sinilah mulai
berkembang benih-benih ilmu Balaghah (Anon. 2015). Justeru, keindahan
mukjizat teragung ini telah menggambarkan kepada kita tentang salah satu cabang ilmu
Balaghah iaitu icjaz al-Quran yang tidak akan pernah habis ditelan zaman. Mukjizat ini
menyingkap isi-isi tersurat dan tersirat yang umumnya tidak diketahui oleh masyarakat
seluruhnya.
Penekanan aspek icjaz al-Quran akan terus berevolusi pada tiap generasi, meskipun
al-Quran telah melalui berabad-abad dari masa penurunannya, al-Quran masih tetap hangat
dikaji, diteliti dan diperbincangkan sehingga hari ini. Dari salah satu icjaz yang terdapat
dalam al-Quran adalah pengulangan yang terjadi pada ayat-ayatnya atau yang lebih dikenal
dalam cabang ilmu al-Quran al-takrar (
) .
PERNYATAAN MASALAH
Balaghah merupakan elemen penting dalam pengucapan seni bahasa
Arab, syair, prosa dan sebagainya. Tradisi sastera Arab ini telah berakar
tumbuh sebelum munculnya Islam lagi. Kedudukan Balaghah begitu besar
dan tidak berubah sehingga kedatangan Islam yag memberikan perspektif
baru terhadap pengertian Balaghah dan pengucapan seni bangsa Arab
dengan turunnya wahyu al-Quran sebagai mukjizat yang mengalahkan
semua ekspresi pada ketika itu. Sehubungan dengan itu, antara elemen
penting dalam Balaghah adalah persoalan al-takrar yang menjadi
perhatian penting dalam tulisan ini. Hasan Bisri (2008) menyatakan
bahawa al-takrar merupakan salah satu bidang dari Balaghah yang
skopnya berkembang dibawa naungan kajian al-Quran. Sekalipun terdapat
perselisihan ulama tentang kewujudan al-takrar dalam al-Quran, ianya masih menjadi pilihan
para ilmuwan untuk membahaskannya (Fadl Hassan cAbbas 1991).
Musyarofah (2010) menyatakan bahawa, al-Quran mengandungi
ayat-ayat yang mempunyai unsur kemiripan adalah suatu fakta yang tidak
boleh dibantah. Dari 114 surah al-Quran seperti menurut al-Khatib alIskafi (w. 420H-1026H), dalam kitab berjudul Durrat al-Tanzil wa Ghurrat
al-Ta'wil hanya sebanyak 28 buah atau sekitar 25% yang tidak
mengandungi ayat yang seumpama sama. Sementara Taj al-Qurra alKarmani (w. 505H) dalam karyanya al-Burhan pula menemukan 11 surah
atau kurang dari 10% yang tidak mengandungi ayat-ayat yang beredaksi
mirip. Konteks kemiripan yang dinyatakan ini termasuklah perbahasan altakrar al-Qurani.

Justeru, al-takrar telah dibahaskan sejak berkurun yang lalu oleh


ulama-ulama terdahulu, sama halnya seperti berkembangnya ilmu
Balaghah. Bermula sejak kurun ke-3H sehingga era mutakhir ini ianya
masih diperbahaskan. Menurut cAdnan Muhammad Zurzur (1981) pula,
antara ulama yang banyak membahaskan perkara berkaitan al-takrar ini
adalah seperti Muhammad ibn cAbd Allah yang lebih terkenal dengan
panggilan Khatib al-Iskafi yang membahaskan dalam kitab Durrat al-Tanzil
wa Ghurrat al-Tawil, Ibn Zubayr al-Gharnati dalam Malak al-Tawil al-Qatic
bi Dhawi al-Elhad wa al-tatil fi Tawjih al-mutashabih al-Lafzi min Ay alTanzil dan Abu al-Qasim Mahmud ibn Hamzah ibn Nasr al-Karmani dalam
al-Burhan. Namun, Taj al-Qurra al-Karmani adalah satu-satunya yang
mengkhususkan satu kitab tentang al-takrar dalam kitabnya yang
dinamakan dengan al-Burhan fi Tawjih Mutashabih al-Quran lima fihi min al-Hujjah
wa al-Bayan.
Kenyatakan tersebut disokong lagi oleh al-Mutiri (t.th.) dalam tesis
PhDnya yang menyatakan bahawa, ulama yang menulis kitab berkenaan
seni mutashabih ini ramai. Namun demikian, kitab yang paling masyhur
dan paling menonjol adalah kitab karangan al-Karmani. Beliau juga
menyatakan bahawa al-Karmani adalah satu-satunya ulama yang
membuat karya khusus mengenai rahsia pengulangan dalam al-Quran.
Karya tersebut merupakan tema khusus yang memuat tentang al-takrar
al-Qurani.
Kitab al-Burhan ini telah memberi kesan di timur negara Islam. AlShathari (2001), menyatakan bahawa kebanyakan penterjemah
menjadikan kitab ini sebagai isu yang menarik untuk dikupas dan
diperbahaskan, sehingga ia memberi kesan kepada lima ulama terkenal
ini, iaitu, al-Fayruz Abadi, Ibn Jamacah, Abu Yahya al-Ansari, al-Zarkashi
dan al-Suyuti. Mereka ini juga adalah ulama yang mentafsir dan
membahaskan ilmu mutashabih dalam ilmu al-Quran yang telah terkesan
dan terpengaruh dengan al-Karmani.
Oleh yang demikian, hasil daripada pemerhatian penulis mendapati
bahawa al-Karmani merupakan satu-satunya tokoh yang membincangkan
secara khusus tentang al-takrar al-Qurani sehingga beliau memberi
pengaruh besar kepada dunia keintelektualan Islam. Malah, kitab beliau
antara yang paling menonjol dan sering kali mendapat perhatian di
kalangan ilmuwan silam dan kontemporari untuk dijadikan sebagai
rujukan dalam membahaskan al-takrar al-Qurani. Oleh yang demikian,
menjadi sesuatu yang menarik di sini untuk penulis mengkaji manhaj
yang diguna pakai oleh al-Karmani dalam karya yang sering kali
mendapat perhatian di kalangan ilmuwan-ilmuwan, khususnya ketika
membahaskan persoalan al-takrar al-Qurani dalam kitab al-Burhan.
PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan pernyataan masalah yang telah diutarakan, penulis


mendapati terdapat beberapa persoalan yang perlu diperjelas dalam
kajian ini, iaitu:
1) Apakah riwayat hidup al-Karmn?
2) Bagaimanakah kitab Asrar al-Takrar fi al-Quran al-Musamma al-Burhan fi Tawjih
Mutashabih al-Quran lima fihi min al-Hujjah wa al-Bayan.
3) Bagaimanakah menganalisis manhaj al-Karmn dalam sharh altakrr al-Qurn.
OBJEKTIF KAJIAN
Oleh yang demikian, kajian ini berhasrat untuk:
1) Mengkaji riwayat hidup al-Karmn.
2) Mengetahui kitab Asrar al-Takrar fi al-Quran al-Musamma al-Burhan fi Tawjih
Mutashabih al-Quran lima fihi min al-Hujjah wa al-Bayan.
3) Menganalisis manhaj al-Karmn dalam sharh al-takrr al-Qurn.
KAJIAN LITERATUR
Terdapat beberapa kajian dan buku-buku ilmiah yang telah ditulis tentang
al-takrar dan kitab al-Burhan. Di antara kajian-kajian terdahulu yang
sempat dirujuk adalah dari sumber tesis Sarjana Muda Pengajian Islam
dan tesis Sarjana Pengajian Islam antaranya menerusi kajian ilmiah Mohd
Kamarul Hafiz Mohd Adnan (2007), yang bertajuk Mutashabih al-Quran:
Kajian Terhadap Kitab al-Burhan fi Mutashabih al-Quran Karya al-Karmani.
Kajian ini adalah satu kajian yang membincangkan isi kandungan kitab
dan pengkaji memberi penumpuan terhadap analisis ayat-ayat
mutashabihat menurut perspektif al-Karmani, iaitu perbahasan mengenai
pembahagian ayat-ayat mutashabih lafzi di dalam kitab al-Karmani
tersebut. Sekali pun terdapat juga perbahasan mengenai biografi dan
kitab
ini,
namun ia merupakan ulasan secara umum sahaja dan
perbahasan berkenaan al-Karmani dan kitab tidak diperjelas dengan lebih
lanjut lagi.
Selain itu, terdapat sebuah tesis yang ditulis oleh Muhaysin (2012)
di Universiti Diyali bertajuk Rudud al-Karmani cAla al-Nuhah fi Kitab
Gharaib al-Tafsir wa cAjaib al-Tawil. Penulisan ini adalah merupakan
sebuah kajian yang membahaskan berkenaan penolakan al-Karmani
terhadap ahli-ahli nahu dalam kitabnya Gharaib al-Tafsir wa cAjaib alTawil. Kajian tersebut dimulai dengan perbahasan tentang al-Karmani dan
kitab Gharaib al-Tafsir wa cAjaib al-Tawil, kemudian diikuti selepas itu
dengan perbahasan tentang manhaj al-Karmani dalam menolak
pandangan ulama nahu dalam aspek ism, fcil dan huruf. Penolakan dan

tarjih yang dilakukan al-Karmani adalah lebih cenderung kepada aspek


nahu bagi makna-makna ayat al-Quran dan qiraat al-Quraniah.
Keunikan perbahasan terhadap isu al-takrar juga menarik perhatian di kalangan
sarjana-sarjana mutakhir ini. Antaranya adalah menerusi tesis PhD Zahazan Mohamed (2011)
dalam kajian beliau yang bertajuk Gaya Bahasa Pengulangan dalam al-Quran: Satu Kajian
Dalam Surah al-Rahman telah memberi penumpuan terhadap pengulangan ayat


. Selain itu, dalam kajiannya beliau telah menyingkap isi tersirat
keistimewaan-keistimewaan yang terdapat pada ayat-ayat yang menggunakan kaedah-kaedah
pengulangan dalam surah al-Rahman dari sudut ilmu al-Macani dan ketepatan
penggunaannya. Hasil kajiannya, membuktikan bahawa gaya bahasa pengulangan yang
diguna pakai dalam surah al-Rahman bukanlah suatu kecacatan ataupun kelemahan dalam
kaedah komunikasi seperti yang didakwa oleh sesetengah orientalis. Namun, dalam
perbahasan ini, beliau hanya memberi penumpuan terhadap gaya bahasa pengulangan dalam
surah al-Rahman yang terdiri dari aspek tatabahasa, morfologi dan semantik. Walaupun
kajian yang dibuat oleh pengkaji terhadap empat orang ilmuwan Islam tentang persoalan gaya
bahasa dalam al-takrar ini, namun ianya masih bersifat umum.

Selain daripada itu, al-Shathari (2001) dalam tesis PhD yang


bertajuk al- Mutashabih al-Lafzi fi al-Quran al-Karim wa Asraruhu alBalaghiah. Kajian ini adalah berkisar perbandingan terhadap lima buah
karya yang membincangkan berkenaan ayat-ayat mutashabihat lafzi
dalam al-Quran. Beliau memulakan perbahasan dengan mengemukakan
perbahasan dalam kitab Durrat al-Tanzil wa Gurrat al-Tawil karangan alKhatib al-Iskafi. Seterusnya kitab al-Burhan karangan al-Karmani, diikuti
selepas itu kitab Malak al-Tawil karangan Ibn Zubayr. Seterusnya, kitab
Kashf al-Macani karangan Ibn Jamacah dan yang terakhir kitab Fath alRahman oleh al-Ansari. Perbahasan secara ringkas al-Shathari utarakan
dalam bab pertama iaitu mengenai biodata penulis, pengenalan kitab dan
isu dan nilai ilmu dalam setiap karya tersebut. Diikuti selanjutnya kajian
mengenai perbandingan lafaz-lafaz mutashabih iaitu dari sudut mufrad
dan jamac, mudhakkar dan muannath, ism dan fcil dan tacrif dan tankir.
Oleh yang demikian, oleh sebab kajian ini menghimpunkan kajian
terhadap lima buah karya, sekalipun kajian terhadap al-Karmani telah
dilakukan, ia masih bersifat umum dan tiada pengkhususan berkenaan
manhaj sharh al-Karmani dilakukan oleh pengkaji tersebut.
Al-Hilwah (2012) pula membahaskan dalam kajiannya Athr al-Takrar fi alTamassuk al-Nassi Muqarabah Mucjamiah Tatbiqiyyah fi Daw'i Maqalat
Duktur Khalid al-Munif tentang kesepadanan teks bahasa melalui strategi pengulangan
dengan mengambil enam makalah penulis Khalid al-Munif. Kajian beliau dibahagikan
kepada dua iaitu kajian teori dan praktikal yang merangkumi al-takrar dari sudut suara,
bentuk dan makna.
Selain itu juga, artikel bertajuk The Genesis and Development of
The Science Of Similarities In The Quran: A Reflection of The Role of alGhernaty and Fadil al-Samarai telah ditulis Zulkifli Haji Mohd Yusoff &
Elgebaly (t.th.). Dalam artikel ini, Zulkifli Haji Mohd Yusoff & Elgebaly
mencari kelainan dalam membincangkan perkara berkenaan kesamaan
ayat-ayat mutashabihat yang berulang-ulang dalam al-Quran dengan

memilih
tokoh Ibn al-Zubayr dan al-Samarai sebagai fokus kajian.
Adapun, kedua-dua tokoh lahir pada zaman yang berbeza. Lahir pada
tahun 627 dan 1933M, jarak perbezaan tahun kelahiran kedua-dua tokoh
yang sungguh ketara, sudah pasti melahirkan ideologi dan keilmuan yang
berbeza ketika mengadaptasi pemaknaan yang tersirat yang terdapat
dalam al-Quran. Kajian perbandingan manhaj antara kedua-dua tokoh ini
jelas dapat dilihat dengan uslub yang dikemukakan ketika menterjemah
makna yang tersirat daripada ayat-ayat mutashabihat dalam al-Quran.
Para ilmuwan dan sarjana Islam seperti yang dijelaskan di atas telah membincangkan
fenomena al-takrar ini. Ada antara mereka yang melakukannya secara ringkas dan yang lain
membincangkannya dengan mendalam. Cuma belum ada di kalangan mereka yang
membahaskan secara terperinci dan mendalam mengenai manhaj yang diguna pakai oleh
al-Karmani tentang persoalan al-takrar dalam al-Quran sekalipun beliau telah
membahaskan secara jelas mengenai rahsia al-takrar ini bermula surah al-Fatihah
hinggalah surah al-Nas. Ketokohan beliau dalam membahaskan al-takrar al-Qurani telah
dimaklumi oleh ilmuwan Islam. Namun, masih menjadi persoalan penulis tentang manhaj
yang digunakan oleh beliau dalam mentafsirkan rahsia al-takrar tersebut.
Oleh yang demikian, bertitik tolak daripada tinjauan terhadap kajiankajian lepas ini, penulis melihat masih belum ada satu kajian khusus yang
membincangkan berkenaan manhaj sharh al-Karmani tentang al-takrar alQurani. Justeru, penulis memilih isu sebagai kajian penulis dalam disertasi
ini.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil kira tradisi keilmuan
Islam yang kukuh, berkait dengan pendekatan tafsir. Tujuannya ialah
mencapai asas yang utuh demi memelihara kitab suci al-Quran sebagai
mukjizat dan wahyu agung. Manakala pengumpulan data dilakukan
melalui analisis dokumen dalam usaha memenuhi kerangka pendekatan
deduktif, iaitu berpandukan pendekatan tafsir semasa yang muktabar
yang dilihat menerusi dua aspek penting seperti:
i.

Memelihara roh al-Quran

ii.

Roh al-Quran tidak mungkin difahami dengan merujuk al-Quran


secara langsung tanpa melalui tradisi ulama tafsir yang muktabar
yang terbukti fahaman mereka tentang al-Quran adalah selari
dengan fahaman sahabat dan ajaran Rasulullah s.a.w. Dengan ini
apa yang ditekankan tradisi keilmuan ulama silam dan kedudukan
al-Karmani dalam tradisi keilmuan Islam tersebut.
Proses memahami al-Quran
Apa yang dimaksudkan dengan proses memahami al-Quran di sini
ialah mengkaji al-takrar al-Qurani dalam hubungan wahyu, iaitu
dengan merujuk tafsir yang muktabar secara langsung, di samping
pandangan ulama yang autoriti dalam al-takrar al-Qurani.

Pendekatan tafsir semasa yang digunakan penulis ini merupakan


peraturan umum yang selari dengan aliran tafsir era moden tetapi selari
dengan roh al-Quran, tafsir Sunni yang muktabar. Dalam hal ini, tradisi
keilmuan yang diambil ialah seperti yang diterokai Yusuf al-Qaradawi yang
membenarkan huraian semasa terhadap al-Quran tetapi memelihara roh
wahyu asal. Diakui bahawa pemikiran al-Qaradawi yang begitu signifikan
dan diterima di alam Melayu. Pendekatan pentafsiran semasa al-Qaradawi
ini merupakan pendekatan bersesuaian dengan peredaran zaman. Seperti
yang dinyatakan oleh Zulkifli Hasan1 (2013) bahawa pemikiran alQaradawi merupakan mujaddid kontemporari yang merangkumi pelbagai
aspek kehidupan dan segenap lapisan masyarakat dan merentasi zaman.
Oleh yang demikian, pendekatan ini dilihat sesuai digunakan dalam kajian
ini.
Selain itu, di samping pendekatan tafsir semasa ini, pendekatan
pensejarahan digunakan bagi tujuan untuk memudahkan kefahaman
tentang idea dan maklumat penting yang terkandung kitab al-Karmani.
Pendekatan pensejarahan ini dilakukan selepas proses pemurnian, untuk
mendapatkan kandungan sebenar kitab al-Karmani susah didapati kecuali
melalui kitab-kitab tahkik yang telah dilakukan. Kajian perbandingan
dilakukan terhadap dua tahkik yang berbeza pengkajinya.
LATAR BELAKANG AL-KARMANI
Pentahkik kitab al-Burhan cAbd al-Qadir cAta menjelaskan bahawa, alKarmani bukanlah orang yang mensyarahkan tahkik Sahih al-Bukhari.
Namun, beliau ialah Mahmud ibn Hamzah ibn Nasr Abu al-Qasim Burhan
al-Din al-Karmani yang mendapat gelaran Taj al-Qurra. Tiada tokoh yang
menceritakan tentang biodata beliau melainkan al-Hamawi dalam Mucjam
al-Udaba (al-Karmani, t.th.). Namun, dalam kitab al-Karmani (2012),
pentahkik menyatakan bahawa al-Hamawi hanya menceritakan biodata alKarmani sekitar tidak melebihi lapan baris ayat dan hanya terkandung di
dalamnya penjelasan nama dan gelaran beliau, serta pujian-pujian.
Manakala Ibn al-Jazari turut menceritakan tentang al-Karmani dalam
tahkiknya Ghayat al-Nihayah dengan terjemahan yang ringkas yang di
dalamnya dijelaskan nama dan gelaran beliau, empat karyanya yang tiga
daripadanya tidak disebut oleh al-Hamawi.
Menurut al-Hamawi (1995) lagi, al-Karmani tidak melakukan
pengembaraan untuk menuntut ilmu dan menyebarkannya menyebabkan
nama beliau tidak begitu dikenali ramai jika dibandingkan dengan para
ulama lain yang merantau ke berbagai daerah untuk menyebarkan ilmu
mereka). Berikut adalah merupakan nas yang dipetik daripada kata-kata
al-Hamawi yang bermaksud:
1 Beliau merupakan seorang Profesor Madya di Fakulti Syariah Dan UndangUndang Universiti Sains Islam Malaysia.

Al-Karmani merupakan salah seorang ulama mulia yang terbilang,


beliau mempunyai banyak penulisan, juga amat dikagumi ramai
kerana dalamnya kefahaman beliau dan kuatnya pengamatan
beliau. Beliau tidak pernah meninggalkan negaranya dan tidak
pernah mengembara. Hidup sekitar tahun 500 H dan meninggal
dunia dalam tahun itu.
Taj al-Qurra ini hidup pada akhir kurun ke-5H dan awal kurun ke-6H.
Walau bagaimanapun, dapatlah disimpulkan bahawa al-Karmani hidup pada
pertengahan kedua kurun ke enam, iaitu di zaman kemerosotan khilafah
Abbasiah. Al-Karmani sangat berpegang teguh kepada pentarbiahan Islam
dan malah beliau tidak pernah culas dalam menunaikan tanggungjawab
sebagai seorang Muslim. Maka faktor inilah yang menyebabkan pegangan
akidahnya kuat, seterusnya menjadikan al-Karmani terus istiqamah dengan
ajaran Islam (al-Karmani t.th.). Secara keseluruhannya, penulis mendapati
tidak disebut dalam sejarah al-Karmani berita dan perkhabaran yang
mengatakan tentang keluarganya secara dekat atau jauh dan keturunan
beliau berasal dari kedudukan yang tertentu atau nama yang terbilang di
negara Parsi atau Arab. Sekiranya tidak disebabkan kerana ilmu yang
dimiliki sehingga tersebar kemasyhuran terutamanya di kalangan pengkaji
ilmu al-Quran, nescaya nama beliau tidak disebut dalam lipatan sejarah
pada hari ini.
DEFINISI AL-TAKRAR AL-QURANI
Perbahasan berkenaan al-takrar dimulakan oleh penulis dengan
membahaskan perkataan al-takrar dari sudut etimologi dan terminologi
terlebih dahulu. Dari aspek etimologi (bahasa), menurut Ibn Manzur
(2003) al-takrar adalah berasal dari kata dasar al-karru (
) - yakurru (

. Adapun, menurut Abu al-Baqa


- karran (
) - takraran ((
dalam Zahazan Mohamed (2011) al-takrar adalah merupakan bentuk
infinitif (masdar) iaitu kata terbitan dari asal perkataan (
) karra. Kata
Nama terbitan ini membawa maksud berlebih-lebihan melakukan
perbuatan mengulangi. Menurut beliau pengulangan ini boleh berlaku
sebanyak dua kali ataupun lebih. Selain daripada itu juga, al-takrar dalam
bahasa Inggeris seperti yang terdapat dalam Kamus Dwibahasa (1995) di
sebut sebagai repitition iaitu yang bermaksud pengulangan.
)

Manakala dari sudut terminologi (istilah), menurut al-Zarkashi dalam


kajian Shukri (t.th), al-takrar diertikan kepada beberapa pengertian iaitu
taraduf (seerti), tamathul (serupa), tashabuh (serupa), itnab (panjang) dan
tawkid (menguatkan) dan antara tujuan al-takrar ini adalah sebagai
memperindahkan sesuatu ungkapan. Al-Karmani (1998) pula menjelaskan
bahawa, pola al-takrar ini ada yang menggolongkan ianya termasuk dalam
ayat-ayat mutashabihat. Selain daripada itu, penjelasan tentang al-takrar
ini dihuraikan lagi dengan pengertian

iaitu

mengulangi lafaz atau yang sinonimnya untuk menetapkan

(taqrir) makna. Selain itu, ada juga yang memakai al-takrar dengan

iaitu menyebut sesuatu dua kali berturut-turut


atau menunjukkan lafaz terhadap sebuah makna secara berulang (Sabt,
1997).
Hasyimi (1999) dalam kajian Nur Faizi (2014) pula menyatakan bahawa
al-takrar di dalam culum al-Quran dan balaghah pada umumnya
didefinisikan sama. Malah, al-takrar adalah penyebutan sesuatu dua kali
atau lebih kerana ada tujuan-tujuan. Dengan demikian jika penyebutan itu
diulang dua kali atau lebih tanpa ada alasan atau tujuan, maka bukanlah
al-takrar yang dikehendaki dalam pengertian culum al-Quran dan
balaghah, pengulangan tersebut disebut sebagai tatwil (memperpanjang)
atau hashw (pemborosan kata).
Oleh yang demikian, berdasarkan pendapat-pendapat di atas,
penulis dapat merumuskan bahawa yang dimaksudkan dengan al-takrar
dalam al-Quran adalah pengulangan kalimat atau ayat dalam al-Quran
sebanyak dua kali atau lebih, sama ada terjadi pada lafaznya atau pun
maknanya dengan tujuan dan alasan tertentu.
SEKILAS TENTANG KITAB AL-BURHAN KARANGAN AL-KARMANI
Kitab ini menggunakan nama lengkap Asrar al-Takrar fi al-Quran al-Musamma al-Burhan
fi Tawjih Mutashabih al-Quran lima fihi min al-Hujjah wa al-Bayan merupakan sebuah
karya yang membicarakan berkenaan ilmu mutashabihat dalam al-Quran. Antara
mutashabihat yang ditekankan adalah al-takrar dalam al-Quran. Kitab ini mengandungi satu
jilid dan dicetak oleh Dar al-Fadilah. Secara keseluruhannya, judul kitab ini menunjukkan
bahawa penulis kitab membincangkan secara khusus tentang penghujahan bagi lafaz-lafaz
yang mempunyai persamaan dan lafaz-lafaz yang berulangan di dalam al-Quran. Ditambah
pula oleh Nur Faizi (2014) bahawa al-Karmani (w. 505H) dalam karya ini telah
membahaskan alasan-alasan balaghiah (retorik) pada ayat-ayat yang diulang di dalam alQuran yang dikaitkan dengan konteks dan sebab turunnya ayat dan kemudian
membahagikannya sesuai surah-surah di dalam al-Quran.
Menyentuh berkenaan naskhah asal bagi kitab al-Burhan (2010) ini, Ahmad cIzz alDin Abd Allah Khalf Allah sendiri menyatakan bahawa terdapat sebanyak tiga belas
naskhah asal kitab al-Burhan yang masing-masing enam daripadanya di Dar al-Kutub wa alWathaiq al-Qawmiyyah, manakala enam lagi di Maktabat al-Azhariyyah dan senaskhah lagi
di Maktabah Shaykh al-Islam cArif dari Madinah al-Munawwarah. Dalam tulisan pentahkik
lain, al-Jamili dalam al-Burhan (1994) menyatakan bahawa terdapat nama-nama lain yang
ditambah bagi judul kitab tersebut. Antaranya, al-Burhan fi Tawjih Mutashabih al-Quran
lima fihi min al-Hujjah wa al-Bayan. Manakala dalam naskhah Maktabah Shaykh cArif di
Madinah al-Munawwarah pula kitab al-Burhan dikenali sebagai al-Burhan al-Quran lima
fihi min al-Hujjah wa al-Bayan. Selain daripada itu, dalam beberapa sumber penterjemah
yang lain iaitu Imam Shams al-Din al-Jazari yang menterjemahkan kitab al-Karmani ini telah
memberi nama kitab ini dengan judul Kitab al-Burhan fi Macani Mutashabih al-Quran.
Pengarang kitab Kashf al-Zunun, Haj Khalifah pula menamakan kitab ini dengan al-Burhan
fi Tawjih Mutashabih al-Quran. Pun begitu, judul lengkap karya asal seperti yang terdapat
dalam salinan manuskrip seperti dalam al-Karmani (2010) menggunakan nama seperti yang
c

telah dijelaskan sebelum ini iaitu al-Burhan fi Mutashabih al-Quran lima fihi min alHujjah wa al-Bayan.
Telah selesai perbahasan berkenaan judul kitab al-Burhan. Seterusnya, menyentuh
berkenaan cetusan idea pengarang kitab terhadap penulisan kitab ini adalah bermula daripada
pembacaan al-Karmani terhadap salah satu daripada karya al-Khatib al-Iskafi yang bertajuk
Durrat al-Tanzil wa Gurrat al-Tawil yang turut membahaskan ilmu mutashabihat
dalam al-Quran. Dalam kajian Mohd Kamarul Hafiz Mohd Adnan (2007) menyatakan
bahawa al-Karmani bukan sahaja merujuk kepada kitab tersebut, bahkan beliau turut
meriwayatkan apa yang diambil dengan menyandarkan kepada penulisnya. Kesan daripada
pembacaan beliau terhadap kitab Durrat al-Tanzil wa al-Ghurrat al-Tawil inilah yang
menjadi faktor utama yang mendorong beliau untuk menghasilkan satu lagi kitab yang lebih
sempurna yang mengumpulkan lafaz-lafaz mutashabih dengan lebih sistematik berbanding
kitab-kitab sebelumnya.
ANTARA MANHAJ AL-KARMANI
Apabila ditinjau, terdapat beberapa aspek perbezaan dan persamaan
dalam kalangan ulama dari sudut karangan mereka baik di sudut huraian,
komentar, model penulisan, susunan topik dan sumber rujukan dan
sebagainya. Justeru, penulis mengemukakan manhaj sharh kitab alBurhan yang mempunyai model dan corak tersendiri dalam
membentangkan persoalan al-takrar al-Qurani. Ini kerana manhaj
merupakan landasan atau kerangka teori bagi melihat cara persembahan
al-Karmani dalam mengupas persoalan tersebut.
a) Ringkasan Syarahan
Selain itu juga, penulis mendapati bahawa al-Karmani kadang-kadang menggunakan istilahistilah tertentu dalam mengungkapkan huraian terhadap perkara yang diperbahaskan. Pun
begitu, disebabkan manhaj yang digunakan oleh pengarang kitab adalah berdasarkan manhaj
ahli tafsir, ia melibatkan ayat-ayat pada surah yang terkemudian telah dijelaskan pada ayat
sebelumnya. Pada keadaan ini beliau tidak lagi mengulangi perbincangan pada ayat tersebut
secara berulang, sebaliknya menyatakan perkara tersebut dengan menggunakan istilah

(qad sabaq) atau

(sabaq). Adapun, penggunaan perkataan

(qad

sabaq) atau ( sabaq) ini banyak didapati dalam kitab karangan al-Karmani ini.
Contohnya, seperti yang terdapat dalam perbahasan dalam surah al-Sajadah
di halaman 205:

(( )(
) () (( (
) :
.
( qad sabaq) atau ( sabaq) bagi

( (
)) . Ayat surah al-Sajadah ini telah

Al-Karmani menggunakan istilah

menjelaskan ayat al-takrar iaitu


diperhalusi perbincangannya di dalam surah Taha di halaman 176 seperti contoh berikut:


(
( ) (

(
( (
) :


(( )) ( )
( )
. )(
Maka, al-Karmani tidak mengulangi perbahasan yang sama atas perbahasan yang
telah dijelaskan. Oleh itu, memadai dengan meletakkan perkataan atau
bagi menunjukkan perbahasan tersebut telah dibahaskan pada ayat-ayat sebelumnya.
Selain itu, kadang kala al-Karmani mengakhiri perbahasan berkenaan persoalan altakrar ini dengan menggunakan ungkapan wa Allah aclam ( ) (seperti
contoh di halaman 153 seperti berikut:

.( () (

) :
b) Penggunaan Riwayat Daripada Qiraat Tujuh
Dalam membahaskan al-takrar dalam al-Quran, al-Karmani telah memanfaatkan berbagai
sumber, iaitu ayat al-Quran, syair dan pendapat tokoh alim ulama masyhur. Pun begitu,
penggunaan bacaan qiraat juga menjadi satu bahagian yang sangat penting untuk memperkuat
sharh al-Karmani. Adapun, dalam hal qiraat, al-Karmani turut memasukkan bacaan qiraat
tujuh2 yang sering dianggap sebagai qiraat mutawatirah, iaitu bacaan al-Quran yang
disandarkan pada tujuh imam: Ibn cAmir, Ibn Kathir, cAsim, Abu cAmir, Hamzah, Nafic dan
al-Kisai (Ade Jamarudin 2011). Adapun, hal yang demikian dapat dilihat dalam contoh
dalam surah Yunus di halaman 142 di bawah:

( ) (
) :

) : 3
() (
2 Qiraat sabcah adalah merupakan tujuh perawi Imam qurra yang meriwayatkan wajahwajah qiraat yang disusun oleh Imam al-Shatibi pada zaman tabicin. Manakala sabcah
ahruf bermaksud penurunan al-Quran dengan tujuh wajah (bentuk) bacaan. Ia bertujuan
memberi keringanan kepada umat Islam ketika itu yang mempunyai pelbagai latar
belakang fizikal dan sosio budaya yang menyukarkan mereka menyebut dan membaca
al-Quran dengan hanya satu bentuk bacaan yang menyukarkan lidah mereka
menyebutnya terutama yang berlainan dengan lahjah (dialek) kabilah mereka
(Shaharuddin Pangilun & Mohd. Mahfuz Jaafar 2014).

3 Beliau ialah Abdullah ibn cAmir al-Shami al-Yahsabi, merupakan seorang tabicin, berkata
Ibn cAmir tentang dirinya: beliau telah dilahirkan pada tahun ke lapan Hijrah. Menurut Ibn
al-Jazari, beliau merupakan seorang Imam besar, seorang pengikut yang mulia, seorang
alim yang masyhur. Ibn cAmir juga seorang sheikh qiraat di Damshiq. Beliau mempunyai
ramai pengikut dalam qiraatnya dan ramai yang bertalaqqi bersamanya (al-Shirazi
2009).

Ibn cAmir dalam ayat ini telah membaca dengan pertambahan huruf waw dengan

bacaan (
) . Manakala contoh kedua terdapat dalam perbahasan
surah al-Kahfi di halaman 171 seperti berikut:



( ) (

) :



(
) : (
. ( 4
Dalam qiraat Hamzah, bacaan dibaca dengan memasukkan huruf ta ke
dalam huruf ta. Namun ia adalah shadh (menyalahi qias).

c) Penekanan Persoalan Tatabahasa Arab (Nahu)


Penekanan terhadap tatabahasa Arab dalam menghuraikan maksud ayat turut dititik beratkan
al-Karmani, ditambah lagi dengan kemahiran dan kemampuan beliau dalam menterjemahkan
makna-makna dalam ilmu macani, ilmu bayan, ilmu nahu dan ilmu sarf. Pendekatan yang
dibawa oleh beliau bertujuan untuk mengungkapkan pemaknaan yang terkandung dalam
sesuatu ayat dengan menggunakan bahasa yang paling sesuai, dan seterusnya dijelaskan
menggunakan kecantikan balaghahnya.
Justeru, tatabahasa Arab (nahu) yang menjadi dasar penekanan alKarmani sepanjang perbahasan kitab al-Burhan antaranya, menghurai kata-kata
dan istilah yang kurang jelas, menjelaskan hubungan antara satu perkataan dengan perkataan
yang lain. Malah, al-Karmani telah menghuraikan makna dan kadang-kadang menjelaskan
lagi kedudukan perkataan dalam struktur ayat al-Quran itu sendiri. Kita lihat seperti contoh
dalam surah al-Baqarah yang terdapat di halaman 70 seperti berikut:

) :


: .( ) (





)
(
( .( ) (


: ) ( (
.
.
. :
4 Beliau adalah Imam Hamzah ibn Habib ibn cImmarah al-Ziyat, juga dikenali
sebagai Abi cImmarah. Berkata Ibn al-Jazari, beliau merupakan Imam Qiraat di
Kufah selepas meninggalnya Imam cAsim dan Imam al-Acmash. Beliau seorang
yang sangat dipercayai, mempunyai hujah yang bernas, seorang yang alim
dalam bab ilmu faraid dan bahasa Arab, banyak menghafal hadis, seorang ahli
ibadah dan zuhud. Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah dan meninggal pada
tahun 156 Hijrah di Kufah (al-Shirazi 2009).

Dalam aspek tatabahasa Arab seperti yang terdapat dalam contoh di atas, al-Karmani
telah menghuraikan makna di sebalik kata (
) yang pada umumnya ia memberi

makna berhenti/berdiam. Akan tetapi dalam surah al-Baqarah ini, maknanya lebih luas iaitu
yang bermaksud tinggal (dalam suatu jangka masa yang panjang). Kemudian, al-Karmani
menjelaskan lagi relevannya dan fungsi huruf waw dalam perkataan )) , iaitu
menghimpunkan di antara perbuatan tinggal di situ dan perbuatan makan buah-buahannya
pada waktu dan ketika itu. Akan tetapi, menurut al-Karmani lagi, sekiranya huruf fa duduk
di tempat waw tadi, ia akan memberi makna berbeza, iaitu perbuatan tinggal mendiami itu
berlaku dahulu dan selepas itu barulah diikuti dengan perbuatan makan. Ini kerana fungsi
huruf fa itu bermakna tertib iaitu berurutan dan tacqib yang bermaksud berkesinambungan.
Oleh yang demikian, perkataan ( )dalam surah al-Acraf ini lebih bermaksud
kepada tempat tinggal.
d) Konkretasi Pandangan
Penulis juga mendapati bahawa al-Karmani turut mengemukakan pendapat ulama-ulama
dalam membincangkan al-takrar dalam al-Quran bagi menyokong hujah-hujah beliau.
Adapun, al-Karmani sebenarnya banyak mengambil pendapat al-Khatib al-Iskafi dalam
menjelaskan huraian-huraiannya. Antara contohnya adalah seperti dalam surah al-Anfal di
halaman 132 seperti berikut:

(() (
(





) :

)) (
(





) :



: : . ((
(
( (
. ( (
Walau bagaimanapun, untuk memperjelas analisis dan memperkuat hujah dan
perbahasannya, penulis mendapati bahawa al-Karmani turut mendatangkan pendapat ulama
lain dengan mengemukakan pandangan-pandangan mereka dalam hal yang sama. Namun
begitu, penulis mendapati bahawa al-Karmani sering menggunakan sighah tadcif (lafaz yang
lemah) dalam huraian tersebut. Lemah yang dimaksudkan oleh penulis ialah, al-Karmani
hanya sekadar menggunakan istilah qila ( )atau qala bacduhum () (
tanpa disebutkan secara jelas pendapat tersebut disandarkan daripada siapa ketika
menaqalkan pendapat ulama.
Namun, ini tidak bermakna bahawa karya al-Karmani ini tidak kuat hasil dari
sandaran hujah yang tidak jelas tersebut. Ini kerana menurut penulis, jika dibandingkan
dengan perbahasan mengenai martabat hadis sahih dalam ilmu hadis itu jelas berbeza dengan
ilmu tafsir. Ini kerana menurut Ibn al-Salah dalam kajian Uthman (t.th), dalam
perbahasan tingkatan hadis pada umumnya, para pakar hadis mengklasifikasikan hadis ke
dalam tiga bentuk, iaitu: sahih, hasan dan dhaif. Malah menurut Khadher Ahmad (2015)
memang diakui bahawa dalam ilmu hadis penggunaan sandaran yang tidak jelas memberi
kesan terhadap status hadis. Walau bagaimanapun, dalam ilmu tafsir didapati bahawa tujuan

utama seseorang tokoh menukilkan pandangan yang pelbagai dari pelbagai tokoh sekalipun
ada yang tidak diketahui secara jelas pandangan siapa yang dimaksudkan adalah untuk
mengemukakan kewujudan pelbagai pandangan terhadap isu yang sedang dibicarakan.
Bahkan, sebahagian ayat al-Quran itu kadang kala tidak dapat dijelaskan maksud sebenarnya,
sehingga mendorong lahirnya banyak pandangan terhadap ayat itu.
Oleh yang demikian, dengan mengemukakan pelbagai pandangan, kita akan dapat
melihat dan memahami sesuatu perkara itu dengan lebih luas dan menyeluruh dan tidak
bergantung kepada satu pandangan yang sempit sahaja. Hanya biasanya, pentafsir pada akhir
perbincangan terhadap perkara tersebut akan mengemukakan pendapat yang paling rajih atau
yang dipilihnya. Pemilihan itu bergantung kepada kecenderungan pentafsir itu.
e) Susunan Urutan Mashaf
Penulis mendapati al-Karmani telah menyusun karya beliau berdasarkan metode penulisan
klasik. Manhaj dari segi penyusunan klasik yang diguna pakai oleh beliau ialah menyusun
secara sistematik ayat perbahasan atau surah mengikut susunan seperti yang terdapat di dalam
al-Quran. Bermula dengan surah al-Baqarah (juzu 1) sehingga surah al-Nas (juzu 30).
Namun perlu diketahui bahawa pemilihan ayat perbahasan yang diketengahkan dalam kitab
ini adalah lebih menjurus kepada ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan al-takrar, iaitu
yang terdiri daripada ayat-ayat mutashabihat dalam al-Quran. Menerusi pembahagian
melalui tertiban surah-surah di atas yang telah dipilih oleh al-Karmani, ternyata ia
memudahkan para pembaca ketika ingin menyorot perbahasan demi perbahasan melalui
susunan surah tersebut.
Adapun, kitab al-Burhan ini adalah merupakan sebuah kitab bagi ilmu mutashabih
yang disusun mengikut lafaz atau lebih dikenali dengan mutashabih lafzi. Al-Karmani
mendatangkan surah, kemudian di dalamnya didatangkan pula ayat-ayat mutashabih
mengikut tertib bacaan dan sehingga selesai sesuatu surah tersebut. Kemudian disusuli
dengan surah yang berikutnya sehingga akhir daripada surah yang terdapat dalam al-Quran.
Adapun, dalam setiap ayat, beliau akan datangkan lafaz-lafaz yang mengandungi mutashabih
tersebut berserta sebab, tujuan dan faedah daripada pengulangan tersebut. Walau
bagaimanapun, penulis mendapati bahawa, aspek ayat mutashabih yang dibahaskan oleh
pengarang adalah lebih menjurus kepada aspek yang lebih khusus iaitu al-takrar dalam ayatayat al-Quran. Dalam setiap ayat yang mempunyai unsur al-takrar itu, pengarang terlebih
dahulu menyatakan ayat tersebut dan diikuti selepasnya dengan ulasan perbahasan
pengarang.
Al-Karmani dalam karyanya (t.th.) mengatakan: Awal surah alQuran adalah surah al-Fatihah, kemudian surah al-Baqarah, kemudian
surah Ali cImran yang diturukan dengan mengikut tertib sehinggalah ke
surah al-Nas. Ini sebagaimana yang tertulis dalam Luh Mahfuz, dan
menurut tertib ini juga Nabi s.a.w membacakannya dihadapan Malakikat
Jibril a.s. apa yang telah dikumpulkannya dari Jibril a.s itu pada setiap
tahun, begitu juga pada tahun kewafatan baginda, baginda
membacakannya sebanyak dua kali.
PENUTUP

Kajian memperakukan bahawa al-Karmani merupakan seorang tokoh


agung yang membahaskan persoalan al-takrar al-Qurani secara khusus.
Malah, kajian ini juga memperakukan bahawa manhaj sharh berkaitan altakrar al-Qurani yang digunakan al-Karmani dalam karyanya al-Burhan
memainkan peranan yang sangat penting dalam memperkukuhkan pengetahuan dan
mengesahkan sesuatu mesej yang disampaikan. Kupasan berkenaan al-takrar al-Qurani
adalah suatu ilmu yang sangat berharga dalam memberi kefahaman yang
mendalam bagi menjiwai setiap mesej tersirat di sebalik bait-bait ayat alQuran. Ini kerana, penyampaian ayat-ayat al-takrar sudah tentu mempunyai kepelbagaian
teknik tersendiri dan mesej yang ingin disampaikan juga sudah tentu berbeza-beza.

RUJUKAN
al-Quran al-Karim.
Anon. 2015. Balaghah, ilmu pengkaji ijaz Quran. Majalah Hidayatullah.
Oktober. http://majalah.hidayatullah.com/2016/01/balaghah-ilmupengkaji-ijaz-quran/ [5 Jun 2016]
Ade Jamarudin. 2011. Tafsir al-Baydawi: Kitab induk di antara berbagai
kitab tafsir. Jurnal Usuluddin, Ed. xvii. No 1: 66-79.
Fadl Hassan cAbbas. 1991. Icjaz al-Quran al-karim. cUman: Dar al-Furqan.
Hasan Bisri. 2008. Asrar al-takrar fi al-Quran. Makalah Balaghah. Bandung:
Universiti Islam Negeri Sunan Gunung Djati.
al-Hamawi, Yaqut.1995. Mucjam al-udaba. Jil. 5. Lubnan: Dar al-cIlmiyyah.
al-Hilwah, Nawal Ibrahim. 2012. Athr al-takrar fi al-tamassuk al-nassi
muqarabah mucjamiah tatbiqiyyah fi daw'i maqalat duktur Khalid alMunif. Riyad: Jamicah Umm al-Qura.

Ibn Manzur, Abi al-Fadl Jamal al-Din Muhammad Ibn Makram. 2003. Lisan
al-cArab. Jil. 9. al-Qahirah: Dar al-Hadith.
Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. 1995. Kuala Lumpur.
al-Karmani, Abu al-Qasim Burhan al-Din Mahmud ibn Hamzah ibn Nasr.
2012. Khat al-masahif. Bahrayn: Jamicah Khidmah al-Quran al-Karim.
al-Karmani, Abu al-Qasim Burhan al-Din Mahmud ibn Hamzah ibn Nasr.
t.th. Asrar al-takrar fi Al-Quran al-musamma al-burhan fi tawjih
mutashabih al-Quran lima fihi min al-Hujjah wa al-Bayan. Misr: Dar
al-Fadilah.
al-Karmani, Abu al-Qasim Burhan al-Din Mahmud ibn Hamzah ibn Nasr.
1994. al-Burhan fi tawjih mutashabih al-Quran lima fihi min al-hujjah
wa al-bayan. al-Qahirah: Markaz al-Kitab li al-Nashr.
al-Karmani, Abu al-Qasim Burhan al-Din Mahmud ibn Hamzah ibn Nasr.
1997. al-Burhan fi tawjih mutashabih al-Quran lima fihi min al-hujjah
wa al-bayan. Misr: Markaz al-Kitab li al-Nashr.
al-Karmani, Abu al-Qasim Burhan al-Din Mahmud ibn Hamzah ibn Nasr.
1998. al-burhan fi mutashabih al-Quran. Mansurah: Dar al-Wafa wa
al-Nasr wa al-Tawzic.
al-Karmani, Abu al-Qasim Burhan al-Din Mahmud ibn Hamzah ibn Nasr.
2010. al-Burhan fi mutashabih al-Quran. Bayrut: Dar al-Sadir.
Khadher Ahmad. 2015. Tabaqat al-Sahihah. E-mel.
Mohd Kamarul Hafiz Adnan. 2007. Gaya bahasa pengulangan dalam alQuran: satu
kajian surah al-Rahman. Kajian Ilmiah, Fakulti
Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
Muhaysin, cAli cAbd Allah. 2012. Rudud al-karmani cala al-nuhah fi kitab gharaib al-tafsir
wa cajaib al-tawil. Tesis Sarjana, Jabatan Bahasa Arab, Jamicah Diyali.
Musyarofah. 2010. Ayat al-Sajadah fi Al-Quran al-karim dirasah
uslubiyyah. Tesis Sarjana, Program Pendidikan Islam, Yogyakarta:
UIN Sunan Kalijaga.
al-Mutiri, cAbd al-al-Muhsin ibn Zayn ibn Mutcab. t.th. al-Tacn fi Al-Quran
al-karim wa al-radd cala al-tacinin fi al-qurn al-rabic cashr al-hijri. Tesis
Dr. Fal, Kuliyyah Dar al-cUlum, Jamicah al-Qahirah.
Nur Faizi, Syamsul Had & Thoyyib. 2014. Bentuk repetisi linguistik dalam
al-Quran. Lingua. Vol. 9 (1) Jun, hlm. 31-40. Yogyakarta: Universiti
Gadjah Mada.

al-Sabt, Khalid cUthman. 1997. Qawacid al-tafsir. t.tp: Dar Ibn cAffan.
Shaharuddin Pangilun & Mohd. Mahfuz Jaafar. 2014. Khilaf makna sab cah
ahruf. E Proceeding International Research Management and
Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, hlm 187-197.
al-Shathari, Salih cAbd Allah Muhammad. 2001. al-Mutashabih al-lafzi fi alQuran al-karim wa asraruhu al-balaghiah. Tesis Dr. Fal, Jamicah Um
al-Qura.
al-Shirazi, Nasr ibn cAli. 2009. al-Muwaddah fi wujuh al-qiraat wa cilaliha.
Bayrut: Dar al-Kutub al-cAlamiah.
Shukri, Ahmad Khalid. t.th. Buhuth al-icjaz wa al-tafsir fi rasail al-nur.
Urdun: Jamicah Urduniyyah.
Uthman t.th. Metode pembuktian kesahihan hadis. Jakarta :Pusat Penilaian
Kemasyarakatan dan Kebudayaan (PMB) LIPI, hlm 133-140.
Zahazan Mohamed. 2011. Gaya bahasa pengulangan dalam al-Quran:
satu kajian surah al-Rahman. Tesis Dr. Fal, Fakulti Bahasa dan
Linguistik, Universiti Malaya.
Zulkifli Haji Mohd Yusoff, M. Y. & Elgebaly, Mohamed Ragaie Ahmed, t.th.
The genesis and development of the science of similarities in the
Quran: a reflection of the role of al-Ghernaty and Fadil al-Samarra'i.
Centre of Quranic Research International Journal, hlm. 49-69.
Zulkifli Hasan. 2013. Yusuf al-Qaradawi dan sumbangan pemikirannya.
GJAT 3(1), hlm. 51-66.

You might also like