You are on page 1of 7

Tugasan Satu

Pilih satu jurnal yang berkaitan tentang gejala sosial remaja dan membuat ulasan
jurnal tersebut.
1.0

PENGENALAN

Menurut ahli psikologi yang terkenal Norm Chomsky, alam remaja merupakan alam transisi
daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa. Remaja pada umumnya merujuk kepada
golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan 'remaja'
berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. Golongan ini
sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi
dewasa. Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai
perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat
daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa
"bermasalah".
Justeru, jurnal ini telah menjelaskan tekanan emosi yang dialami oleh remaja dan kesan
tekanan tersebut kepada diri remaja dan juga kepada pihak yang lain.

Tekanan emosi

merupakan tekanan yang negatif, baik dari segi mental, fizikal atau emosi, merupakan satu
faktor penting yang boleh menggugat keharmonian kualiti kehidupan seseorang remaja.
Selain itu, tekanan merupakan satu reaksi negatif manusia terhadap rangsangan daripada
sosial, suasana persekitaran, ganjaran yang tidak mencukupi, gaya hidup yang terlalu
mendesak dan sebagainya. Ia juga boleh dikatakan sebagai gangguan emosi terhadap
seseorang remaja. Oleh hal yang demikian, gangguan emosi yang berlaku dalam kalangan
remaja perlu ditangani dari awal. Tekanan emosi sekiranya tidak diuruskan pada peringkat
awal, boleh menjadi parah dan seterusnya menular kepada masalah mental.

2.0

APA YANG DIFOKUS

Jurnal ini memfokuskan kepada punca berlaku tekanan emosi, simptom-simptom tekanan
emosi dan cara mengatasi tekanan emosi oleh remaja itu sendiri.
2.1

Punca berlaku tekanan emosi

Terdapat beberapa punca yang dapat dibincang dalam jurnal ini yang menyebabkan
berlaku tekanan kepada remaja iaitu daripada faktor persekitaran luar mahu pun
dalam diri manusia itu sendiri. Remaja mengalami tekanan emosi yang memuncak
disebabkan perubahan fisiologi dan psikologi yang berlaku ke atas diri mereka.
Perubahan yang pesat berhubung dengan kematangan seksual juga menyebabkan
remaja tidak pasti tentang dirinya, keupayaan dan minatnya.

Perubahan ketika

zaman remaja, menyebabkan jangkaan dan aspirasi masyarakat terhadap golongan


ini semakin tinggi.

Keadaan ini menyebabkan remaja merasa lebih tertekan

emosinya apabila mereka cuba memenuhi aspirasi diri mereka, aspirasi ibu bapa
dan aspirasi masyarakat. Jika remaja gagal mencapai aspirasi-aspirasi ini, remaja
akan mengalami kekecewaan.
Seterusnya, faktor keluarga turut menyumbang kepada tekanan emosi
remaja. Sekiranya keluarga bahagia, maka emosi remaja stabil, tetapi jika keadaan
keluarga tidak bahagia dan berada dalam keadaan kucar-kacir, maka mengganggu
emosi remaja.

Peristiwa yang berlaku dalam keluarga selalunya melibatkan

perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan seseorang remaja.


Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri
atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan,
penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis
kewangan dan lain-lain.

Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang

dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang remaja. Peristiwa
yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka
akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi
emosi, murid akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah
dan lain-lain lagi.
Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang
mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan
perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak2

kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan ini berlaku.
Dari segi tingkah laku, remaja berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara
satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan
emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang
mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan
kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak
yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang
lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Tambahan pula, faktor yang tidak kurang pentingnya, yang boleh memberi
tekanan emosi kepada remaja ialah faktor akademik. Dalam peringkat usia begini,
remaja sedang berhadapan dengan dunia akademik.

Oleh kerana, tuntutan dan

harapan diri sendiri, ibu bapa, guru dan masyarakat yang terlalu tinggi untuk melihat
golongan ini berjaya dengan cemerlang, boleh menyebabkan emosi remaja tertekan.
Selain itu, personaliti yang dimiliki oleh seseorang turut boleh menjadi punca
kepada tekanan emosi. Disamping itu, konflik yang dialami oleh manusia juga boleh
menyebabkan tekanan emosi. Konflik ini bermaksud ialah apabila manusia terpaksa
membuat pilihan dan pilihan itu pula sukar untuk ditentukan. Tekanan emosi boleh
juga disebabkan oleh faktor luaran seperti faktor persekitaran.

2.2

Simptom tekanan emosi

Simptom tekanan boleh dikenal pasti berdasarkan tiga kategori tindak balas, iaitu
fisiologi, psikologi dan tingkah laku. Tindak balas fisiologi terhadap tekanan ialah
menimbulkan symptom-simptom kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi dan
tahap kolesterol dan gastrousus seperti sakit perut, cirit-birit, sembelit, loya dan ulser
perut.

Melalui kajian yang dibuat dalam jurnal tersebut mengenai tanda-tanda

remaja mengalami tekanan dari sudut fisiologi ialah remaja yang sering mengalami
masalah kesihatan seperti sakit perut, sakit kepala dan bisa-bisa seluruh badan.
Tanda-tanda fizikal yang lain menurut kajian ini ialah kaki dan tangan kerap berpeluh,
cepat berasa letih dan tidak bermaya, tidak nyenyak tidur, berat badan yang
menyusut atau berat badan naik mendadak, berasa sesak nafas dan tangan sering
menggeletar.
Tindak balas psikologi pula terhadap tekanan ialah perubahan-perubahan
emosi yang berlaku seperti perasaan tidak puas hati, mudah marah, merasa kecewa
dan berputus asa dan murung. Akibat tindak balas psikologi, seseorang remaja tidak
3

boleh menyesuaikan diri dengan rakan sebaya sehingga menimbulkan masalah


untuk bergaul, mudah cemas, merasa diri terdedah kepada bahaya dan ancaman,
cepat marah dan mengalami kemurungan. Selain daripada itu, simptom tekanan juga
boleh dilihat dari aspek tingkah laku. Antara kategori tingkah laku akibat daripada
tekanan emosi ialah peranan pelajar seperti prestasi dalam pelajaran merosot,
penggunaan dadah dan rokok, ponteng sekolah, kurang berdisiplin, vandalisme,
samseng, terlibat gejala sosial dan lari dari rumah. Remaja yang mengalami tekanan
emosi akan menunjukkan tingkah laku merokok bagi tujuan meredakan tekanan.
2.3

Kesan tekanan emosi

Tidak ada manusia yang dapat mengelakkan diri dari tekanan.

Seperti yang

dinyatakan oleh Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life "No one can
live Without experiencing some degree of stress at all. "Tekanan boleh membawa
kesan yang positif bagi sesetengah Individu kerana Ia boleh mendorong seseorang
untuk

memperbaiki

pencapaian

diri,

menghadapi

cabaran

dan

membuat

penyesuaian dengan corak kehidupan yang sentiasa berubah (Iohnson, 1997).


Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang mengalaminya
mungkin mendatangkan kesan yang negatif.

Terdapat sesetengah remaja

melakukan cara yang tidak sihat untuk rnengatasi gangguan tekanan yang akhimya
cara sedemikian mendatangkan kesan negatif kepada diri mereka sendiri contohnya
dengan mengambil dadah dan alkohol, tidur dan makan berlebihan atau menahan
lapar. Penemuan data kajian-kajian lalu menunjukkan tekanan yang dialami oleh
remaja mempunyai kaitan dengan penghargaan kendiri yang rendah dan masalah
penyalahgunaan. Tekanan yang tidak terkawal boleh mendatangkan implikasi yang
negatif kepada remaja yang mengalaminya.

Justeru, identifikasi awal kepada

simptom-simptorn tekanan boleh membantu remaja berkenaan.


Antara kesan daripada seseorang mengalami tekanan ialah mengalami
gangguan tidur.

Pelajar tersebut tidak dapat tidur dengan betul dan ini akan

menyebabkan matanya merah dan selalu berair dan pelajar itu juga mungkin selalu
kelihatan kehausan dan keletihan disebabkan tidak cukup tidur.

Kesan yang

seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap kejadian-kejadian biasa.


Apabila seseorang pelajar itu mengalami tekanan emosi dia akan menunjukkan
reaksi-reaksi yang abnormal dan berlebihan. Contohnya marah dan maki hamun
mana-mana pelajar jika terlanggarnya di tangga.
Kesan yang seterusnya ialah remaja sebegini akan menunjukkan rasa tidak
gembira terhadap pencapaian diri.
4

Walaupun mereka telah menunjukkan

pencapaian yang cemerlang di akademik ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri


tidak akan menghayati dan menghargainya pencapaian tersebut dan hanya
mengambilnya tanpa makna. Pelajar-pelajar yang telah mengalami tekanan emosi
akan mengalami keletihan yang melampau dan kurang bertenaga, menunjukkan
tingkahlaku gelisah seperti mata berkelip-kelip dan menggeleng-gelengkan kepala,
sakit perut atau saklt kepala pada setiap hari atau pada setiap minggu, menunjukkan
tingkahlaku untuk mendapatkan perhatian seperti tingkahlaku agresif, tidak berupaya
rnembuat keputusan dan hilang sifat kelucuan. Kewujudan salah satu atau
sebahagian daripada perkara-perkara yang dinyatakan menunjukkan bahawa
individu tersebut berkemungkinan mengalami tekanan. Pelajar yang mengalaminya
berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami
gangguan tekanan.
Pengenalpastian

kesan-kesan

yang

dinyatakan

bukan

sahaja

dapat

memudahkan golongan ibu bapa membantu pelajar yang tertekan bahkan pelajar
yang menyedari bahawa mereka menunjukkan simptom-simptom tersebut boleh
mendapatkan bantuan lebih awal sebelum kesan negatif yang mungkin berlaku
akibat tekanan berlaku pada diri pelajar.
2.4

Cara mengatasi tekanan emosi

Setiap individu mudah mengalami gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak
menguruskan sesuatu perasaan itu dengan sebaiknya.

Kini kebanyakan remaja

telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya


secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya.
Antara- langkah yang boleh diambil oleh guru, ibubapa, remaja dan pihak sekolah
adalah amalkan sikap kepimpinan demokratik, mengelolakan banyak aktiviti
kumpulan, menggunakan percakapan yang sesuai, guru membantu murid yang
bermasalah, peranan unit bimbingan dan kaunseling, murid bersifat self-efficacy.
Guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa
suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan pelajar.
Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan
menggalakkan pelajar-pelajar berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan
untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik
ini juga mendorong remaja berinteraksi di antara satu sama lain, dan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti kumpulan. Selain itu, ahli keluarga juga perlu bersifat
demokratik dalam membuat sesuatu keputusan mengenai masa depan anak

mereka. Ibu bapa perlu memberi kebebasan untuk memilih kerjaya yang disukai dan
hanya menjadi fasilitator kepada anak dalam menjayakan cita-cita mereka.
Tambahan pula, kaunselor sekolah juga mempunyai peranan yang penting dalam
membantu pelajar menangani tekanan emosi. Kaunselor sekolah dengan kerjasama
Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-program
yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan
tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai
masalah

gangguan

emosi

untuk

meningkatkan

pencapaian

akademik,

membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal


tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.
Remaja yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan
kaunseling di sekolah mahupun di luar.

Mereka ini perlu mendapatkan

perkhidmatan kaunseling daripada ahli psikologi dan kaunselor bertauliah.


Kerjasama dengan ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat
bimbingan daripada kaunselor yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga
perlu diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak
mereka. Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa
juga cadangan untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersamasama.
Akhir sekali, percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru
dengan pelajar adalah diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak langsung.
Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah
menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan
pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya, guru boleh menggunakan
modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi
kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan
perlu adil dan bersesuaian.

3.0 PENUTUP
Oleh hal yang demikian, bagi memastikan tekanan emosi tidak menjadi lebih serius dan
mengganggu kehidupan, hal ini perlu ditangani dan diuruskan dengan mengenal pasti
puncanya terlebih dahulu. Apabila puncanya diketahui, lebih mudah untuk seseorang itu
6

menguruskan masalah tekanan emosinya. Usaha yang sistematik perlu untuk membentuk
kekuatan remaja dari segi mental, emosi, rohani, fizikal, motivasi, nilai, sahsiah dan
semangat remaja sebagaimana acuan yang dikehendaki agama dan negara. Ini kerana
tekanan emosi wujud dari dalam diri remaja dari segi jiwa yang tidak tenteram kerana
keadaan keluarga yang tidak stabil dan harmoni, kebosanan dengan routine harian dalam
dunia akademik, persekitaran yang tidak selesa dan kurang bimbingan, sokongan serta
kumpulan contoh dalam menuju ke arah remaja yang cemerlang.