You are on page 1of 7

PENGENALAN

Khemah adalah tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan


mempunyai kemudahan asas yang minima, tak kira apa bentuk dan jenis
tempat perlindungan itu.Khemah yang terdiri daripada lembaran tekstill
atau bahan-bahan lain yang dihampar dan dilekatkan pada rangka tiang
atau diikat pada tali penyokong .Selalunya khemah kecil mungkin tegak
bebas atau terus diikat pada tanah ,manakala khemah besar biasanya
ditambat menggunakan tali giuk pada pancang atau pasak khemah. Pada
awalnya khemah digunakan sebagai rumah bergerak oleh orang-orang
nomad sejak zaman besi lagi. Selain itu, khemah juga sering digunakan
oleh orang-orang yang mengadakan aktiviti perkhemahan, terutamanya
pasukan beruniform.
Khemah untuk perkhemahan rekreasi terdapat dua kategori. Khemah
penyandang belakang adalah jenis yang paling kecil dan paling ringan , ia
juga boleh dibawa kemana-mana sahaja dengan basikal, bot atau sandang
di belakang. Jenis yang kedua adalah besar, khemah-khemah yang berat
biasanya dibawa didalam sebuah kereta atau kenderaan lain, ia juga
bergantung kepada saiz khemah dan pengalaman seseorng. Khemah
biasanya boelh dipasang diantara 5 ke 25 minit , pemasangan khemah ini
juga bergantung kepada orang yang memasang. Ada sesetengah khemah
mempunyai tiang yang boleh dilipat dan berspring yang boleh dipasang
dalam beberapa saat sahaja, tetapi mengambil masa yang lama untuk
disimpan. Khemah adalah sangat penting apabila kita pergi melakukan
sesuatu aktiviti yang mengambil masa beberapa hari,terutamanya di
kawasan hutan.

JENIS-JENIS KHEMAH DAN FUNGSINYA


1. Ridge Tent (khemah tiang)
Mempunyai tiang yang melintang disepanjang bumbung
Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah
dibawa dan dilipat.
Sesuai untuk khemah perubatan, urusetia dan servis.

2. Dome Tent (khemah kubal)


Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai
dan fleksibel.
Ringan, mudah dibawa dan sesuai dignakan untuk
perkhemahan.
Memerangkap udara panas didalam khemah dan menghalang
angin sejuk daripada menerobos.
Sesuai digunakan di kawasan pergunungan air berbatu.
Memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang
sejuk.

3. Frame Tent(khemah rangka)


Khemah
jenis
besar
yang
selalu
digunakan
untuk
perkhemahan keluarga.
Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas akan
dipasang kemudian.
Khemah ini sesuai digunakan untuk majlis perkahwinan atau
pun majlis besar-besaran.

4. Khemah iglu
Sesuai digunakan di tempat pergunungan air berbatu dan juga
tempat bersalji.
Memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang
sejuk.
Memerangkap udara yang lebih panas didalam khemah dan
menghalang angin sejuk daripada menerobos.

5. Khemah phonco berbentuk A


Khemah yang sering digunakan oleh tentera yang sesuai
digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai.
Memberikan kitaran udara yang agak baik di tempat-tempat
yang panas.

KESELAMATAN KHEMAH
1.Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit,
kerana ini akan menyebabkan kita menjadi "point of contact" sekiranya
berlaku kilat atau petir, menjadi penampan sekiranya berlaku ribut atau
angin yang kuat.
2. khemah hendaklah didirikan dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak.
Lagi jauh lagi baik. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah
tebing yang curam. Kerana tebing-tebing ini berpotensi untuk runtuh bila
berlaku hujan atau sebagainya.
4. Hindari dari berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila
masa saja binatang hutan akan melalui denai berkenaan. Yang paling
bahaya adalah kumpulan gajah. Dalam sekelip mata saja khemah yang
didirikan akan ranap kerana gajah akan berjalan berkumpulan. Jadi
Jarakkan dari denai sekurang-kurangnya 4 ke 5 meter.
5. Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari
khemah untuk mengelak percikan bunga api dan membakar khemah.
6. Jangan sekali-kali membawa masuk api ke dalam khemah seperti
lampu gas atau minyak, dapur gas atau minyak, menghisap rokok dan
sebagainya. Benda-benda ini bukan saja penyebab kebakaran tetapi juga

sekiranya khemah bertutup rapat, ianya akan menghabiskan oksigen dan


mengeluarkan karbon dioksida dan meracuni udara di dalam khemah.
7. Hindari berkhemah di padang-padang lalang atau resam kerana lalang
atau resam kering mudah terbakar. Begitu juga di tengah-tengah padang
lapang kerana kemungkinan disambar petir adalah besar.
8. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah untuk
mengelak dari sebarang binatang atau serangga berbisa memasuki
khemah.
9. Jangan mendirikan khemah di bawah pokok yang mati. Pokok yang mati
memang mereput dan akan patah pada bila-bila masa saja. Kemungkinan
besar akan menghempap khemah.

TUJUAN BERKHEMAH
1. Untuk meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan Yang Maha Esa, Pencipta
Alam Semesta dan segala isinya.
2.
Untuk
meningkatkan
pengetahuan
dan
keterampilan serta
mengembangkan sifat kepemimpinan, kepercayaan diri dan rasa tanggung
jawab.
3. Untuk rekreasi dan mengisi waktu luang dengan kegitan yang
bermanfaat serta untuk melatih kemampuan diri dalam mengatasi
tantangan - tantangan yang ada.
4. Dapat meningkatkan rasa cinta kepada lingkungan dan masyarakat
sekitar agar lebih peduli terhadap keseimbangan dan kelestarian
lingkungan.
5. Dapat membangun kepribadian diri untuk menjadi pribadi yang lebih
baik serta meningkatkan keterampilan gotong royong atau kerjasama
dengan kelompok.
6. Dapat meningkatkan pengetahuan dan keterampilan, khususnya
keterampilan dalam berkemah, bersosial dan sebagainya.
7.Dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesame sendiri tidak mengira
bangsa ataupun agama.

KESIMPULAN
Aktiviti perkhemahan adalah sesuatu aktiviti yang sangat penting kepada
semua masyarakat ,kerana ia mempunyai banyak manfaat kepada semua
masyarakat yang boleh membantu kita ke arah yang positif .Dalam aktivi
ini,kita akan mendapat ilmu pengetahuan yang baru dalam kehidupan kita
dan juga kita akan mengetahui betapa indahnya alam yang telah dicipta
olehNya. Selain itu, hubungan sesama masyarakat juga akan lebih erat
yang menyebabkan kita saling mengenali antara satu sama lain.
Seterusnya, sikap tanggngjawab dalam diri juga akan bertambah dan
segala aktiviti yang dijalankan juga berjalan dengan lancer.

LAPORAN KEMBARA ALAM


(CSR)
NAMA: SITI AISHAH A/P BAH LAP
NO.MATRIK: E20161015132
NAMA PENSYARAH: EN.MUHAMMAD IKHWAN MUIZ BIN
MUHD
ROSDI
GROUP: L