You are on page 1of 18

SOALAN 1(A

)
Keberkesanan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Adalah Hasil Kerjasama Dan
Kolaborasi Semasa Warga Sekolah. Sebagai Seorang Guru Kelas, Jelaskan Bagaimana Anda
Memainkan Peranan Dalam Membantu Guru Bimbingan Dan Kaunseling Mengenalpasti MuridMurid Yang Memerlukan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Anda.

Bimbingan ditakrifkan sebagai suatu faktor yang disedari dan disusun dalam
persekitaran sekolah untuk membantu klien untuk menyesuaikan diri dalam semua aspek
hidup. Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia juga merupakan
sebahagian daripada proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan sistematik. Ia
melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi
menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi
penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.
Perkataan kaunseling pula berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling"
yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian
yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti
kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin
agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan
kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara
sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk
mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling
merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa
konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan,
pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang
yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu
adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan
menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan
dihadapi oleh klien atas keputusannya itu. Kaunseling merupakan satu proses interaksi yang
membolehkan individu memahami diri dan situasinya.

Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang sentiasa memaparkan berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti vandalism. pergaduhan. Para pelajar terdedah kepada berbagai-bagai pengaruh seperti media massa. Ini amat menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini. rakan dan sebagainya. internet. pelbagai masalah sosial dialami oleh pelajar. Jadi dalam senario seperti ini.Rajah 1 : Konsep Asas Bimbingan Dan Kaunseling Dalam usaha ke arah mencapai status negara maju. pembunuhan diri dan sebagainya. Bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian . khidmat bimbingan dan kaunseling seharusnya diadakan dan diwujudkan untuk membantu pelajar menangani cabaran-cabaran baru yan dihadapi oleh mereka. ponteng sekolah.

Saya sebagai guru kelas turut memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. tersusun dan sistematik. Selain itu. Dalam melaksanakan aktiviti bimbingan bukan sahaja hanya guru kaunseling yang memainkan peranan yang penting bahkan juga dengan guru kelas juga harus saling bekerjasama dan saling berunding untuk menolong pelajar-pelajar yang mengalami masalah mendapat panduan atau nasihat untuk menyelesaikan masalah.seseorang. Sesentengah pelajar yang berasal dari keluarga yang bahagia dan pula yang berasal dari keluarga yang porak peranda. ia akan dijalankan oleh seorang kaunselor professional iaitu kaunselor yang berlesen dan pernah menghadiri kursus bimbingan dan kaunseling. minat . Dalam usaha bimbingan ia bertujuan membantu seseorang individu melalui daya usahanya untuk mengembangkan kebolehannya serta membuat penyesuaian diri dengan kehendak masyarakat. Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses pendidikan yang berlanjutan.bakat dan sahsiah yang berbeza. ada pelajar bersifat periang dan ada pelajar yang bersifat pendiam. sebagai seorang kaunselor yang professional dia akan menolong dengan sistemataik berasaskan prinsip psikologi. bimbingan juga boleh ditakrifkan sebagai suatu faktor yang disedari dan disusun dalam persekitaran sekolah untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dalam semua aspek hidup. Dalam sesi kaunseling. secara tidak langsung dengan bimbingan dari guru maka pelajar dapat memilih dan merancang hidup mereka dengan berkesan dan berkebolehan berfikir secara rasional. Selain itu. Selain itu. Jadi memandangkan senario di atas maka perkhidamatan bimbingan amat diperlukan untuk membantu pelajar menikmati perkembangan yang menyeluruh dan sihat dari segi jasmani. Ini adalah kerana melalui bimbingan maka ia dapat menolong pelajar memahami maklumat tentang pendidikan. Kaunseling merupakan satu proses perhubungan atau pertemuan secara bersemuka antara kaunselor dengan klien yang manghadapi masalah peribadi atau masalah akademik dengan tujuan menolong dan membawa perubahan tingkah laku pelajar untuk menyelesaikan masalah. rohani dan intelek. bimbingan juga merupakan proses menolong individu-individu untuk memahami diri dan dunia mereka ini adalah kerana seperti yang kita fahami para pelajar di sebuah sekolah berasal dari latar belakang yang berlainana dan mempuntai kebolehan. Meskipun guru kelas tidak mempunyai kelayakan serta kemahiran khusus . pekerjaan dan sosial semasa mereka membuat pemilihan keputusan. emosi. Sebagai contohnya. Jadi. Ini adalah kerana bimbingan merupakan tanggungjawab bersama bukan hanya satu pihak sahaja.

Saya sebagai seorang guru kelas. melakukan Ujian Personaliti untuk mengkaji aspek bukan kognitif seperti aspek afektif. Seorang guru kaunseling tidak mungkin dapat melihat keperluan semua murid-murid yang berada di sekolah. emosi dan sikap seseorang murid. Pengumpulan maklumat oleh guru kelas ini amat membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk membuat semakan serta digunakan sebagai rujukan untuk tindakan susulan. 22 asas minat dan skala 89 kerjaya. perkhidmatan bimbingan di sekolah bukan semata-mata dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling sahaja. saya juga akan melakukan Ujian Kecerdasan untuk mengukur darjah kecerdasan murid seperti yang disarankan oleh Terman dan Binet. Contohnya. guru kelaslah yang berfungsi sebagai mata dan telinga untuk guru bimbingan dan kaunseling. Kedua-dua ujian ini digunakan untuk mendapatkan maklumat peribadi serta nilai sikap murid.untuk mengendalikan program bimbingan dan kaunseling di sekolah. Seterusnya Ujian Minat untuk menilai minat murid terhadap sesuatu aktiviti atau kerjaya seperti Career Assessment Inventory (CAI) yang mengandungi tiga bidang. Selain itu. Segala maklumat yang diperoleh akan saya berikan kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk tindakan selanjutnya. merangkumi enam tema am. sama ada dalam bentuk sesi kaunseling atau dalam bentuk intervensi yang lain. The Survey of Personal Values (SPV). namun peranan guru kelas dalam menjayakan program-program tersebut tidak dapat dinafikan. Tugas seorang guru bukan hanya sekadar mengajar di kelas atau memberi ilmu kepada murid-murid sahaja. Kemudian. Antara peranan utama yang dapat dimainkan oleh guru kelas adalah sebagai pengumpul maklumat murid serta mengenalpasti masalah murid-murid di bawah jagaannya. Setiap guru sama ada guru mata pelajaran atau guru kelas mampu memainkan peranan sebagai guru pembimbing dengan mengambil kira pengalaman hidup dan kematangan emosi serta kognitif masing-masing. motivasi. Guru kelas boleh membantu guru bimbingan dan kaunseling dengan mengumpulkan pelbagai maklumat mengenai murid-murid mereka. Sepertimana yang telah diketahui. malah semua guru yang terlatih berperanan sebagai guru bimbingan ataupun guru pembimbing. Murid boleh diuji memalui ujian pencapaian akademik iaitu ujian sumatif dan ujian formatif. saya akan menggunakan ujian psikologi atau ijian diagnosik untuk menganalisis masalah tingkah laku yang berlaku dalam bilik darjah dengan terperinci. . Oleh itu. dan The Mooney Problem Check Lists (MPCL).

turut menggunakan Ujian Diagnostik untuk mengesan punca kelemahan atau masalah penguasaan kemahiran pembelajaran murid. Segala maklumat yang diperolehi dari ujian yang dijalankan akan diberikan kepada guru kaunseling supaya maklumat-maklumat yang diperoleh dapat memudahkan sesi kaunseling. Rajah 2 : Jenis-jenis Ujian Selain ujian. saya sebagai guru kelas akan menggunakan teknik pemerhatian untuk mengenalpasti murid-murid yang memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Akhir sekali. Dengan mengadakan ujian-ujian seperti yang dinyatakan diatas. Selain itu. Guru kelas merupakan seorang individu yang meluangkan masa yang berlebihan dengan anak muridnya daripada guri-guru lain termasuk . Keputusan ujian ini penting bagi guru untuk merancang aktiviti pemulihan. Ujian Aptitut Perkeranian.Ujian Saringan digunakan untuk mengasingkan murid-murid yang cerdas dengan murid yang kurang cerdas. maka saya sebagai guru kelas dapat mengenalpasti murid-murid yang memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Pemerhatian boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah kajian yang boleh digunakan untuk mencari kebaikan dan kelemahan murid dan menentukan faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu masalah tingkah laku berlaku. Ujian Aptitut Seni. dan Ujian Aptitut Muzik yang mana digunakan untuk mengukur potensi murid dalam bidang tertentu. melakukan Ujian Aptitut Khas seperti Ujian Aptitut Mekanikal.

guru juga boleh menggunakan kaedah temubual dengan murid-murid yang mempunyai masalah tingkah laku ini. Para murid juga berasa lebih selesa untuk bercakap dengan guru kelasnya daripada guru-guru lain. ibu bapa atau penjaga. rakan sebaya dan pihak lain untuk mendapatkan maklumat. pemerhatian ini juga penting kerana ia dapat menolong guru kelas mengawal tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah. Pemerhatian seperti ini penting bagi guru kelas untuk menentukan kekerapan. Data yang dikumpul melalui teknik pemerhatian adalah sangat penting kerana ia memudahkan guru kaunseling untuk merancang tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah tingkah laku yang berlaku. Temubual ini boleh dijalankan antara guru kelas murid bermasalah. . tempoh langsungnya serta intensiti sesuatu salah laku yang telah dikenal pasti. Sebagai seorang guru kelas ia lebih mudah untuk berkomunikasi dengan anak muridnya.guru kaunseling. Berikut disertakan satu contoh borang pemerhatian untuk meneliti tingkah laku bermasalah yang digunakan oleh guru kelas. Nama Murid : Pemerhati : Aktiviti : Tingkah Laku :  Peristiwa Tarikh Pemerhatian : Masa : Mata Pelajaran : – peristiwa yang berlaku sebelum  Tingkah Bermasalah tingkah laku bermasalah Laku  Kesan-kesan daripada tingkah laku bermasalah Rajah 3 : Borang Pemerhatian Tingkah Laku Bermasalah Selain kaedah pemerhatian. Selain itu. Guru kelas merupakan satu insan yang harus mengetahui segala maklumat berkaitan dengan anak muridnya. Guru kelas boleh mengenal pasti ciri-ciri perkembangan murid daripada bidang afektif dan psikomotor Ianya boleh dibuat di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah.

Contoh Dokumen Sekunder ialah biografi murid. Rajah 5 : Borang Rekod Anekdot . Dokumen Utama dan Dokumen Sekunder. laporan guru dan senarai semak. pemerhatian ataupun rujukan dokumendokumen utama. Dokumen Sekunder merupakan laporan ditulis berdasarkan temubual. anekdot dan kad kumulatif. analisis yang dibuat oleh guru kelas terhadap sesuatu tingkah laku masalah murid berdasarkan dokumen-dokumen yang telah dikumpulkan mengenai muridmurid yang biasa menunjukkan salah laku di sekolah.Rajah 4 : Teknik Ujian Bukan Ujian Kajian dokumen ialah. Menurut Bailey (1978). Dokumen Utama merangkumi autobiografi murid. Manakala. dokumen ini terbahagi kepada dua iaitu.

Ini adalah kerana melalui kaunseling ialah bantuan yang diberi kepada murid-murid biasa yang sedang dalam perkembangan dan pertumbuhan mental. emosi. matlamat Bimbingan dan Kaunseling ialah memupuk kebolehannya menyelesaikan masalah diri sendiri. sebagai guru kelas. intelek . kejiwaan dan kerohanian. kita sentiasa harus mengetahui kemahiran-kemahiran asas seperti kaunseling dan bimbingan. peningkatan ilmu pengetahuan dalam profesionalisme keguruan dalam kalangan guru-guru amat penting. sosial. membantu pelajar menguasai pelbagai kemahiran asas untuk menyesuaikan diri serta menggunakan pelbagai sumber yang sedi ada untuk mencapai kesejahteraan hidup. Oleh itu.Secara kesimpulannya. . Kesimpulannya. seseorang guru perlu memiliki tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugas mereka. Sebagai guru yang berprofesionalisme. fizikal.

Jadi. ujian ini akan membantu kita untuk melihat apakah keputusan yang mempengaruhi traittrait atau ciri-ciri personaliti yang telah ditetapkan di dalam IPS dan juga dalam SDS. Bersandar. Walaupun alat ukuran SDS mempunyai 192 item berbanding VPI 160 item. Ujian personaliti ini adalah ujian yang mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Agresif. Tujuan mengadalan ujian ini adalah untuk mengukur minat kerjaya atau jenis personaliti seseorang. Responden baru berumur 10 tahun dan belajar di kelas 4 Kenanga. Investiatif (I). Jantina responden adalah perempuan. Kritik Diri. iaitu. Ketahanan. Menolong. Intelektual.SOALAN 1(B) Anda dikehendaki mentafsir dua inventori iaitu minat kerjaya dan inventori personality sidek ke atas seorang murid di sekolah. Responden adalah berbangsa India. Analisis dapatan dan jelaskan hubungan ciri-ciri personality murid berdasarkan inventori yang telah dijawab oleh murid Saya sebagai seorang guru pelatih telah mengadakan satu ujian personaliti ke atas seorang responden. Introvert. Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti berikut. Autonomi. Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-ciri atau trettret personaliti individu. Inventori Personaliti Sidek atau singkatannya IPS misalnya mempunyai 15 skala yang mampu mengenal pasti 15 ciri-ciri personaliti individu. Analitikal. Mengawal. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori yang telah digunakan ke atas responden ini sebagai ujian ialah Inventori Personaliti Sidek dan Inventori Minat Kerjaya. Struktur dan Pencapaian. Responden juga adalah pelajar di Sekolah Kebangsaan Convent Butterworth 1 (M). Artistik (A). ia hanya mengandungi 6 sub-skala pengukuran iaitu Realistik(R). Manakala Inventori Minat kerjaya merupakan satu alat ukuran yang telah dibina oleh John L. Sokongan. Ekstrovert. Responden telah menawar diri secara sukarela untuk menduduki ujian personaliti itu. Alat ukuran ini juga mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. .Holland. Kepelbagaian.

Pada masa yang sama. Sebagai contoh. responden bijak dalam menjaga hati individu yang lain supaya tidak berlaku sebarang ketidakfahaman antara satu sama lain. Ini menjelaskan bahawa alat ukuran VPI lebih ekstensif berbanding alat ukuran SDS.Sosial (S). Skor sebanyak 40 peratus termasuk dalam kategori skor sederhana. berani dan tidak suka dimanipulasi. Dalam kebanyakan hal. Enterprising (E) dan Convensional (C). responden hanya memiliki skor 40 peratus sahaja untuk trait agresif. Maksudnya. Trait agresif ialah trait personaliti yang menunjukkan individu terlalu kritikal terhadap orang lain. individu selalunya menuntut haknya tetapi pada masa yang sama. INVENTORI PERSONALITI SIDEK 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 Jadual 1 : peratus yang dipungut oleh responden Pertama sekali laporan akan menunjukkan keputusan pada trait agresif. tegas. Menurut keputusan ujian ini. hati dan perasaan orang lain dijaga. responden mampu mempertahankan hak dan pendirian sendiri semasa bercampur di dalam sesuatu kelompok. Perkara ini menunjukkan bahawa responden adalah seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. responden mahukan sesuatu perkara di dalam satu mensyuarat dan pada masa yang sama responden pandai untuk .

Perkara ini menunjukkan bahawa responden tidak sangat bergantung kepada orang lain. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 100 peratus. individu selalunya mendapat nasihat daripada orang lain terutama individu yang mempunyai autoriti.bertolak ansur sambil menjaga hati individu lain yang mungkin kurang setuju dengan pendapat responden. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. responden akan membaca tajuk serta isinya pada akhbar dengan teliti. Analitikal ialah trait personaliti yang menunjukkan individu sangat sensitif kepada persekitaran. Seterusnya. Trait yang seterusnya ialah trait autonomi. Perkara ini menunjukkan bahawa responden sukakan kebebasan sepenuhnya dengan segala tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian. Dalam membuat sesuatu keputusan. Skor sebanyak 80 peratus termasuk dalam kategori skor tinggi. Responden mungkin juga menunjukan minat dalam perkara-perkara seperti topik-topik yang memerlukan penganalisisan untuk mengetahu sesuatu isi secara mendalam. Seterusnya ialah trait bersandar. responden suka untuk bebas memilih apa-apa sahaja yang dia boleh tentukan untuk aktivitiaktiviti hariannya. dalam sesuatu situasi. Perkara ini menunjukkan bahawa responden mempunyai minat uang tinggi untuk menganalisis sesuatu perkara. Autonomi ialah trait personaliti yang menunjukkan individu lebih sukakan kebebasan dalam tindakkanya dan dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti hariannya. Individu ini tidak juga selalu meminta orang lain menunjukkan arah yang harus ianya tuju. Contohnya. Trait bersandar ialah trait personaliti yang menunjukkan individu itu suka bergantung kepada orang lain dan memerlukan bantuan orang lain dalam membuat keputusan. keputusan untuk trait analitikal yang diperolehi responden ialah sebanyak 80 peratus. suka membuat pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan. Skor ini termasuk dalam kategori sederhana. Maksudnya. Responden mungkin akan menanalisis dahulu sebalum menerima beberapa orang untuk menjadi rakannya tanpa menyelidik dan menganalisis setiap individu tersebut. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 60 peratus sahaja. Maksudnya. responden .

Perkara ini menunjukkan bahawa responden tidak berasa selesa dengan perkara-perkara yang bersifat teoritikal. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. responden lebih gemar membuat kerja di luar kelas berbanding mendengar pdp di dalam kelas yang menerangkan secara teori sahaja. Perkara ini menunjukkan bahawa responden merupakan seorang yang sosial. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 100 peratus. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 100 peratus sahaja. berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai. Responden amat gemar jika pengajaran itu adalah berbentuk praktikal. Trait introvert bermaksud trait personaliti yang menunjukkan individu suka mengelak situasi-situasi yang akan memaksa mereka . responden kerap berkomunikasi dengan semua individu di sekolah Convent. responden boleh berkomunikasi dengan individu yang lain dengan kekerapan untuk berkomunikasi adalah sangat tinggi. Trait yang seterusnya ialah trait ekstrovert. Sebagai contoh. Maksudnya. kawan atau guru jika mempunyai masalah. responden akan mudah merasa bosan dengan pengajaran berbentuk teori. aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas dengan aktiviti yang berulang. Responden mungkin boleh berkomunikasi dengan semua individu yang sudah lama dikenali atau yang baru dikenali. Seterusnya ialah trait intelektual. Tahap keyakinan responden juga dalam keadaan sederhana untuk membuat keputusan dan juga memilih apa-apa jawapan di dalam kehidupannya. Trait intelektual bermaksud trait personaliti yang menunjukkan individu berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan cabaran daripada segi intelektual. Individu lebih berminat dan selesa dengan kerja-kerja yang mencabar. Dia juga suka berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa tidak selesa duduk bersendirian. Kerja yang dipilih selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran. Skor ini termasuk dalam kategori skor tinggi. Sebagai contoh. Trait yang seterusnya ialah trait introvert.meminta pendapat dan nasihat individu lain secara sederhana untuk membuat sesuatu keputusan. Maksudnya. Trait ekstrovert ialah trait personaliti yang menunjukkan individu suka dikelilingi. kerja-kerja yang melibatkan pergerakan dan pertukangan. Maksudnya. responden meminta nasihat daripada ibu bapa.

Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 60 peratus sahaja.berkomunikasi di samping suka bersendirian menyelesaikan sesuatu tugas. Maksudnya. Sebagai contoh. Maksudnya. responden masih lagi suka untuk bersosial dengan individu-individu yang lain. Trait yang seterusnya ialah trait ketahanan. Skor ini termasuk dalam kategori skor sederhana. Individu adalah seorang yang ‘adventures’. Perkara ini menunjukkan bahawa menunjukkan ciri-ciri ketahanan responden adalah pada tahap sederhana sahaja. responen akan berasa selesa dengan kumpulan dia apabila tiba giliran responden untuk memberi pendapat dan dia akan menolong rakan kumpulannya untuk bercakap. responden mampu untuk bertahan dari segi . Maksudnya. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa responden merupkan individu yang suka melibatkan diri dalam perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang ramai. Sebagai contoh. responden juga akan menolong ahli kumpulan lain semasa pembentangan. Individu suka kepada perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. Responden adalah seorang yang berani untuk menempuh cabara-cabaran yang boleh memberi manfaat kepada dirinya dan suatu pengalaman yang baru untuk dia mempelajarinya. responden mampu dan suka melakukan sesuatu yang baru untuk dirinya. kawad kaki. Trait kepelbagaian ialah trait personaliti yang menunjukkan individu dapat menghayati berbagai-bagai situasi bagi mendapatkan pengalaman yang baru ke arah perubahan yang berterusan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 80 peratus sahaja. Perkara ini menunjukkan bahawa responden dapat menghayati situasisituasi yang dapat memberikannya peluang untuk pengalaman-pengalaman baru. responden suka menyertai aktiviti-aktiviti seperti perkhemahan badan beruniform sekolah. kelas responden telah membuat satu perbincangan kumpulan untuk sesuatu subjek. dan sebagainya kerana dia berani dan suka untuk menambah pengalaman yang baru untuk dirinya. Skor ini termasuk dalam kategori skor rendah. Trait ketahanan bermaksud trait personaliti yang menunjukkan individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas. Selain itu. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 20 peratus sahaja. Seterusnya ialah trait kepelbagaian.

Maksudnya. . Trait kritik diri bermaksud trait personaliti yang menunjukkan individu yang tidak stabil dari segi emosi dan psikologi. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 100 peratus. Skor ini menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinannya adalah pada tahap sederhana. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. Skor ini menunjukkan bahawa responden adalah individu yang mempunyai keinginan untuk mencurahkan simpati. Skor ini selalunya dikaitkan dengan individu yang stabil dari segi emosi dan psikologinya. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 70 peratus sahaja. jika responden mengalami masalah maka responden akan percaya pada diri sendiri dan mengambil keputusan yang tepat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Skor ini termasuk dalam kategori yang sederhana. memberi bantuan serta membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain.mental dalam menghadapi situasi-situasi yang menimpanya dan ada juga sesetengah waktu responden tidak mampu untuk menghadapinya. Maksudnya. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 60 peratus sahaja. Seterusnya ialah trait menolong. kasih sayang. sebagai seorang manusia responden boleh menerima yang dirinya boleh memimpin orang dan boleh dipimpin oleh orang lain. Responden tidaklah terlalu mengawal sesuatu untuk kepentingan dirinya sendiri. Skor ini termasuk dalam kategori yang sederhana. Trait menolong ialah trait personaliti yang dikaitkan dengan individu berkeinginan untuk menunjukkan atau meluahkan simpati. Trait yang seterusnya ialah trait mengawal. kasih sayang juga memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain. Maksudnya. Responden suka meringankan tulang untuk membantu individu yang memerlukan bantuannya. Trait mengawal bermaksud trait personaliti yang menunjukkan individu suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin. Seterusnya ialah trait kritik diri. responden mempunyai ciri-ciri seorang insan yang baik hati dan tahap belas kasihan yang tinggi.

Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 70 peratus sahaja. Skor tinggi menunjukkan individu adalah seorang yang bermotivasi tinggi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat. Skor ini menunjukkan ciri-ciri sokongan individu berada pada tahap tinggi. responden ini adalah seorang yang pandai membina semangat untuk dirinya bagi mencapai sesuatu matlamat. rutin. Responden gemar akan sesuatu yang memerlukan daya saing untuk mencapai sesuatu objektif yang tersendiri. Maksud trait struktur ialah trait personaliti yang menunjukkan individu suka kepada kekemasan. . Individu lebih gemarkan kepada aktiviti atau kerja-kerja yang tidak berulang-ulang. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa responden adalah individu yang jujur dalam menjawab kesemua soalan ujian ini. Maksunya. Trait yang seterusnya ialah struktur. Trait sokongan ialah trait personaliti yang menunjukkan individu memerlukan perhatian. difahami dan mendapat simpati. berulang-ulang dan terperinci. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 30 peratus. kebersihan serta perkara-perkara yang berstruktur. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi.Seterusnya ialah trait sokongan. Maksudnya. Kerja-kerja yang tidak berstruktur adalah minat responden. mahukan status yang tinggi dan suka persaingan. Maksud trait pencapaian ialah trait personaliti yang menunjukkan individu bermotivasi. Trait yang seterusnya ialah pencapaian. Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Skor ini termasuk dalam kategori yang tinggi. Responden mungkin adalah individu yang kita boleh percayai berdasarkan kesahihan keputusan yang responden telah perolehi. Keputusan ujian menunjukkan bahawa responden hanya mendapat keputusan sebanyak 80 peratus sahaja. dan terperinci. Skor ini menunjukkan individu adalah seorang yang suka kepada perkara-perkara tidak berstruktur. responden merupakan seorang yang mempunyai keinginan untuk dikasihi. simpati dan ingin dikasihi. Perkara yang terakhir untuk ujian ini dikaji ialah penipuan. Responden hanya memiliki sebanyak 20 peratus sahaja.

responden masih mempunyai masalah besar dari segi keyakinan diri.Secara keseluruhannya. sosial dan juga enterprising. CONVENTIONAL ENTERPRITISING SOSIAL ARTISTIK INVESTIGATIF 23 24 25 26 27 28 Jadual 2 : peratus yang dipungut oleh responden dari ujian SDS 29 30 . didapati bahawa responden merupakan seorang yang artistik. Perkara ini harus dibendung supaya responden dapat menempuhi kehidupan yang sukar ini dengan baik. Selain itu. Responden tidak terlalu kerap merasa rendah diri dalam sesuatu situasi. responden boleh menjalankan kehidupan seperti biasa kerana responden masih boleh berkomunikasi walaupun masih ada sedikit kesan introvert dalam dirinya. Ujian personaliti ini perlu diambil kira oleh kaunselor jika ingin membantu responden dalam mengurangkan masalah yang dihadapinya. responden juga tidak seka kepada aktiviti-aktiviti yang berstruktur dan berulang-ulang. ujian personaliti jenis IPS ini telah membantu kita untuk mengetahui serba sedikit kekurangan dan kelebihan yang ada pada individu yang diuji. Setelah meneliti keputusan responden dari ujian minat kerjaya. Pada pendapat saya. Walaubagaimanapun.

muzik. Ia mempunyai kebolehan di dalam hubungan sosial untuk menyelesaikan masalah. lembut. Cita-cita reponden juga hendak menjadi sebagai seorang penyair.Kelompok kerjaya responden PERSOLANITI ARTISTIK Individu yang tergolong dalam personaliti artistik pula merupakan individu yang suka aktivitiaktiviti yang bebas. bebas dan mempunyai kebolehan di dalam artistik dan muzik. drama dan juga penulisan. Mereka tidak begitu berminat kepada jenis-jenis perkeranian dan perniagaan. perkakas dan mesin. latihan. Responden juga merupakan salah seorang dari kelab koir sekolah. tidak teratur. Kebolehan artistiknya digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Ia menganggap dirinya sebagai ekspresif. tidak bersistematik dan kabur. Tingkah lakunya pula mirip kepada aktivitiaktiviti seperti seni. ia sangat benci kepada aktiviti-aktiviti Conventional. perkembangan. original. tidak terikut-ikut. Di samping menghargai nilai-nilai estetika. pemilihan di samping mengelakkan diri daripada aktiviti yang sistematik dan teratur yang melibatkan benda. Holland pula . PERSONALITI SOSIAL Personaliti sosial pula lebih mengutamakan aktiviti yang memerlukan dan mempengaruhi orang lain kepada bentuk memberitahu. Jadi mereka lebih suka pekerjaan dan suasana artistik supaya dengan itu boleh melahirkan segala potensi dan kebolehan mereka dengan bebas.

Responden suka untuk menolong kepada individu yang memerlukan pertolongannya. didapati bahawa responden suka untuk bergaul. PERSONALITI ENTERPRISING Personaliti jenis Enterprising sukakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk memanipulasikan orang lain untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu atau keuntungan ekonomi. responden merupakan seorang yang sosial. baik hati. Deia juga sangat suka dengan kerja kumpulan. murah hati. ingin menguasai orang lain. interpersonal dan juga daya pujukan tetapi kurang kebolehan di dalam perkaraperkara saintifik. saya sebagai guru pelatih mendapat tahu bahawa responden merupakan seorang yang mempunyai minat terhadap artistik. responden juga pandai dan mahir memaniulasi orang lain. suka berkawan. Selain itu. memimpin dan mengurus orang lain. Seterusnya adalah. Ini kerana. Setelah meneliti keputusan dari ujian inventori minat kerjaya dan inventori personaliti sidek. Selain itu. Skor yang diperoleh dalam trait ekstrovert ujian IPS adalah sebanyak 100 peratus dan ini merupakan skor yang tinggi. memahami orang lain. Dengan itu.menyatakan bahawa personaliti jenis ini suka menolong orang lain. Sifat-sifat menarik yang terdapat pada diri mereka ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi sesuatu. Beliau juga mendapat skor yang tinggi dalam trait intelektual iaitu 100 peratus dan trait struktur 30 peratus. personaliti responden dan minat responden adalah sama dalam bidang artistik. Dia juga mempunyai minat dalam mempengaruhi. mempunyai kecekapan mengajar tetapi kurang dalam bidang mekanikal dan juga saintifik. sudah tentulah mereka mempunyai sifat-sifat seperti kerjasama. suka berbahas. responden juga merupakan seorang enterprising. suka menonjolkan diri dan suka bercakap. bertanggungjawab serta saling memahami dan bijaksana. suka menolong. Responden juga tidak suka terhadap ativiti yang berulang-ulang dan dia selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti dalam apa jua tugasan yang diberi. Mereka mempunyai kebolehan dalam kepimpinan. Maka. suka mengembara. Dalam ujian IPS. idealistik. Dia juga suka untuk bergaul dengan semua orang dengan hati yang terbuka. bercita-cita tinggi. daya pujukan tinggi. Mereka sangat bencikan aktiviti berbentuk simbolik dan pemerhatian sistematik. mengarah. responden suka berkerja dan berinteraksi dengan rakan sekelasnya. lemah lembut. .