You are on page 1of 2

1

Rekabentuk Penyelidikan - Kajian Kuantitatif, Kualitatif dan Gabungan
KAJIAN KUANTITATIF (positvis)
Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat
kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan
memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi
kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.
Jenis-jenis kajian kuantitatif:
i) Kajian Deskriptif (Tinjauan)
ii) Kajian Korelasi
iii) Causal Comparative (Sebab-akibat)
iv) Kajian Eksperimental
KAJIAN KUALITATIF (interpretatif)
Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat
kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis
dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel
bagi kajian ini lebih kecilberbanding kajian kualitatif.
Jenis-jenis kajian kualitatif:
i) Etnograf
ii) Kajian Tindakan
iii) Kajian Kes
iv) Sejarah
v) Naratif
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF
i) Bentuk Data
KAJIAN KUANTITATIF
Data berbentuk angka yang boleh diukur.
KAJIAN KUALITATIF
Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang
direkod dalam bentuk gambar atau video.

Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji. v) Metodologi Kajian KAJIAN KUANTITATIF Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi. . iv) Peserta Kajian KAJIAN KUANTITATIF Penyelidik bukan peserta kajian. KAJIAN KUALITATIF Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.2 ii) Instrumen Kajian KAJIAN KUANTITATIF Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. KAJIAN KUALITATIF Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian. iii) Reka bentuk Kajian KAJIAN KUANTITATIF Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut. KAJIAN KUALITATIF Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian. KAJIAN KUALITATIF Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu. KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD) Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian.