You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI 2/2015


SK BUKIT JANA
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 22 Mei 2015
: Selasa
: 1.10 hingga 2.00 petang
: Bilik Pusat Akses Sekolah.

Kehadiran :
1. En. Mohd Zolkafli Bin Mohd Razali
2. En.Hazyzyizuan Bin Abu Hassan
3. En.Sultan Bin Haseng

Penolong Kanan Pendidikan Khas


Ketua Panitia
Setiausaha

AGENDA
1.
2.
3.
4.
5.
6.

1.

UCAPAN PENGERUSI
UCAPAN PENASIHAT
PEMBENTANGAN PROGRAM ICT SEKOLAH
LAPORAN PERALATAN ICT
HAL-HAL LAIN
PENUTUP

UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru yang terlibat.
1.2 Beliau berharap kerjasama semua AJK ICT untuk bekerjasama melakukan inovasi ICT khasnya
berkaitan dengan Pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Beliau meminta guru terus menggunakan peralatan dan perisian ICT dalam P&P dengan baik dan
berhemah memandangkan sekolah telah menerima penggantian komputer di makmal sekolah.
2.

UCAPAN PENASIHAT

2.1 Puan Noraidah bt Ayob mangalu-alukan kehadiran semua guru yang terlibat dalam mesyuarat
kali ini.
2.2 Penasihat juga menyatakan mengenai sumbangan sebanyak 5 unit komputer terpakai yang akan
diletakkan di Pusat Aksess.
2.3 Beliau juga mengutarakan pertanyaan mengenai jadual penggunaan bilik-bilik khas terutamanya
Pusat Aksess.
2.3 Beliau turut menyentuh berkenaan peralatan PPSMI terutamanya berkaitan komputer riba,
dimana 8 buah masih boleh digunakan daripada 33 buah yang diterima dan pengagihannya
adalah kepada guru-guru yang terlibat dengan PPSMI sahaja.

3.

PEMBENTANGAN PROGRAM ICT SEKOLAH

3.1 Zoom-A adalah program e-learning yang dijalankan pada setiap tahun dan akan diteruskan pada
tahun ini. Pada tahun ini , 10 tiket tahun 6 akan dibeli dengan nilai RM100 dan akan dipohon
melalui peruntukkan dari akaun PIBG sekolah. ( saya pohon guru-guru tahun 6 menggunakan
kelebihan ini untuk melakukan ujian ringkas atau pengesanan memandangkan di dalam zoom-A
ada koleksi kertas UPSR dari tahun 2005 hingga 2011).
Tindakan : Penyelaras Bestari
3.2 Laman web sekolah iaitu www.skbukitjana.net pada tahun ini tidak akan disambung
memandangkan hanya ada seorang pentadbir sahaja boleh membina dan mengubahsuai laman
web sekolah serta bayaran tahunannya agak mahal. Satu langkah yang terbaik adalah
dipindahkan maklumat ke blog, memandangkan laman blog adalah percuma dan ramai guru
yang tahu untuk mengubahsuai dan mengemaskini blog. Laman web sekolah telah digantikan
dengan laman blog iaitu www.skbukitjanalms.blogspot.com. Jikalau ada maklumat penting yang
hendak dikongsi bersama guru, guru boleh berikan maklumat dalam bentuk softcopy kepada En.
Nur Hafizzan. Dengan merujuk kepada lampiran A iaitu Jawatan kuasa kerja pembinaan laman
blog akan dilaksanakan seberapa segera.
Tindakan : Penyelaras Bestari
3.3 Satu kursus pengenalan blog kepada murid tahun 6 selepas UPSR akan diadakan dan akan
dimasukkan ke dalam Program selepas UPSR. Ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada
murid cara-cara untuk menghasilkan bahan atau maklumat digital selain daripada Microsoft
Office.
3.4 Pada bulan oktober tahun lepas, guru ICT telah mengadakan satu kursus penggunaan Laman
Frog VLE. Namum demikian guru besar mencadangkan satu kursus Frog VLE untuk tahun ini

bagi memantapkan lagi pengetahuan guru-guru terhadap pembudayaan ICT di dalam bilik darjah
di alaf baru. Tarikh kursus yang dicadangkan adalah pada bulan Mac.
3.5 Kata kunci akan diberikan kepada murid selewat-lewatnya pada bulan Mac 2013 memandangkan
penyelaras memerlukan masa untuk menyusun nama-nama murid tahun lepas ke tahun semasa
mengikut kelas baru.
3.6 Sehingga hari ini dua kelas telah menerima kursus Frog VLE iaitu kelas 6 Bestari dan 5 Wira.
Namun begitu, terdapat beberapa masalah semasa menjalankan kursus tersebut iaitu :
i. Perlukan 6 waktu untuk murid mendapat latihan penuh penghasilan laman Frog
ii. Murid bergilir-gilir menggunakan komputer memandangkan satu makmal mempunyai
20 komputer sahaja.
iii. Laman Frog VLE kadang-kadang CRASH dan perlu reset komputer dan buka semula
laman Frog. (kekangan masa)

Tindakan : Penyelaras Frog VLE


4.

LAPORAN PERALATAN ICT

4.1 Pada 14 Disember 2012 yang sekolah telah menerima sebanyak 42 buah komputer makmal
sebagai penggantian keseluruhan komputer yang rosak. Di samping itu sekolah turut menerima 2
buah komputer dan 2 buah projektor untuk kegunaan makmal. Beikutan daripada itu, jika
berlaku sebarang kerosakan komputer yang diterima, sekolah boleh menghubungi terus pihak
pembekal komputer sekolah iaitu Mecca.
4.2 Komputer makmal yang baru akan di pasang e-Rekod yang tujuan dokumentasi.
4.3 Jadual waktu penggunaan makmal sekolah akan disediakan oleh Pn. Ainal Mardziah selaku guru
media sekolah

Tindakan :

5.

Makluman

HAL-HAL LAIN.

5.1 Guru-guru yang menyimpan apa-apa peralatan ICT termasuklah LCD dan penggunaan pusat
akses sekolah perlulah mengisi borang bagi tujuan pemantauan penggunaan peralatan ICT dan
pusat akses.
5.2

ICTL di dalam subjek English pada tahun ini sepatutnya tahun 6, minta guru BI bijak
menggunakan jadual memandangkan komputer di makmal sekolah dalam proses penggantian
dan hanya pusat akses sahaja yang ada menjadi pusat komputer sekolah.

6.

PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh:
.....................................................
En. Hazyzyizuan Bin Abu Hassan
Setiausaha TMK

Disahkan oleh:
......................................................
Pn. Noraidah bt Ayub
Guru Besar

Lampiran A

JAWATANKUASA BLOG SEKOLAH

Penasihat
Pn.Hjh Noraidah Binti Ayub ( Guru Besar )
Pentadbir Blog
En. Hazyzyizuan Bin Abu Hassan ( Guru Penyelaras Bestari )
En. Nur Hafizzan Bin Yusof ( Juruteknik )

Ahli Jawatankuasa Pengisian Blog


En. Sultan Bin Haseng ( Guru Data )
Pn. Ainal Mardziah Binti Ayiyie ( Guru Media )
En. Kamarul Ariffin Bin Che Kamaluddin ( KP PJK )
En.Khairurraihan Bin Muriddun ( Guru Disiplin )

You might also like