You are on page 1of 16

TUGASAN 2

Kanak-kanak yang baru lahir merupakan makhluk yang paling lemah. Anak
haiwan seperti rusa, boleh berjalan bersaingan dengan ibunya beberapa minit selepas
dilahirkan. Seseorang kanak-kanak pula mesti didukung ke sana ke mari sepanjang tahun
pertamanya di dunia. Ikan paus dan gajah pula menjaga anak-anak mereka kurang dari
sepuluh tahun. Jika seorang kana-kanak terpaksa berdikari dalam umur yang sebegitu
muda, besar kemungkinan, dia tidak boleh betahan lama di dunia ini. Proses pertumbuhan
di kalangan manusia memakan masa yang lebih lama kerana kehidupannya nanti adalah
lebih rumit. Pertumbuhan kanak-kanak yang normal mempunyai empat proses utama
iaitu fizikal, mental, emosi dan sosial. Setiap proses saling berkaitan antara satu sama lain
bagi membolehkan kanak-kanak tersebut mencapai kesempurnaan sebagai kanak-kanak
yang normal.
Kesempurnaan kanak-kanak jelas kelihatan ketika dia dilahirkan. Pada peringkat
awal kelahirannya, bunyi yang kuat akan menyebabkan dia menangis dan pelukan yang
erat akan menjadikannya tenang. Pada waktu tersebut, anggota dan minda mempunyai
hubungan yang akrab. Kematanganlah yang akan menguatkan perhubungan antara
anggota dan minda kanak-kanak seterusnya disertai dengan pelbagai perasaan yang
wujud dalam diri kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak akan mula belajar bertindakbalas
dengan perasaan gembira, malu, takut, minat terhadap sesuatu dan sebagainya. Kanakkanak juga mulai belajar dengan akalnya dan ini akan mempengaruhi cara dia berfikir
dan bertindak. Pada beberapa peringkat, kuasa minda akan lebih pantas dari anggotanya
yang mampu membuatkannya sentiasa aktif. Pada peringkat yang tertentu pula,
adakalanya anggotanya lebih pantas berbanding dengan daya pengawalan mindanya yang
akan menjadikan kanak-kanak tersebut kekok dan tidak tentu arah.
Walaupun kesemua ibu bapa di dunia ini mengharapkan kesempurnaan yang jitu
dalam setiap zuriat yang dilahirkan namun memperolehi kanak-kanak berkeperluan khas
sebagai anak seharusnya bukanlah sesuatu yang dimalukan. Perasaan sedih, malu dan
kecewa lazimnya membaluti perasaan ibu bapa yang terlibat. Mereka dilihat sebagai

penglibatan aktif pelajar dan kaedah pengajaran khas. kurikulum khas. Kanak-kanak berkeperluan khas juga seperti kanak-kanak normal yang mempunyai aras potensi kendiri yang tertentu dalam diri setiap individu. Justeru itu. Anakanak sebegini jarang menerima sokongan moral danm kasih sayang daripada pihak ibu bapa. seiring dengan kepesatan era teknologi maklumat masa kini. . emosi dan sosial mereka. ibu bapa seolah-olah dilihat sebagai penghalang atas kemaraan potensi kanak-kanak berkeperluan khas ini. Yang paling penting.7% berusaha mendapatkan rawatan untuk anak mereka dan 81. para ibu bapa dan guru mestilah tahu dan berupaya mengenalpasti kategori-kategori manakah yang berpadanan dengan kanak-kanak tersebut dan ciri-cirinya bagi memudahkan urusan semua pihak dalam membantu kanak-kanak sebegini. Satu kajian telah dijalankan oleh Universiti Kebagsaan Malaysia berhubung dengan tinjauan tentang sejauh manakah perubahan persepsi ibu bapa terhadap anak-anak berkeperluan khas masa kini. ramai kanak-kanak berkeperluan khas yang terbiar dan terabai akibat kejahilan para ibu bapa menyelami apakah bentuk layanan. intelek. Selangor. Namun.8 % ibu bapa mendaftarkan anak mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. menggunakan kepakaran dari pelbagai bidang. Pnedidikan kahs menuntut ciri-ciri seperti berikut guru dilatih khas untuk program pendidikan khas. bantuan dan sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak dalam golongan ini. Kajian tersebut telah melibatkan 137 ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas (cacat) dikawasan Lembah Klang. Hasil kajian menunjukkan perubahan sikap yang positif ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang berkeperluan khas masa kini iaitu 81.enggan menerima hakikat kekurangan yang terdapat pada kanak-kanak tersebut. objektif pengajaran khas. 68. Hasilnya. Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pendidikan khas yang mampu memenuhi perkembangan fizikal. ramai para ibu bapa bersifat lebih terbuka tentang hal ini apabila meyedari ia akan melibatkan masa depan anak-anak ini.8% menyatakan anak berkeperluan khas harus menerima rawatan pemulihan sebaik sahaja kecacatan dikesan.

Kanak-kanak pintar cerdas ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu fenomena yang abstrak. Pakar psikologi mengistilahkan pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Kanak-kanak dalam kategori ini lebih disanjung dan diberi perhatian berbanding kanak-kanak lainnya. ibu bapa dan masyarakat ternyata lebih menghargai kehadiran kategori ini daripada tiga kategori sebelumnya. . kanak-kanak bermasalah pendengaran. Ia sentiasa berubah dan semasa ke semasa. kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan kanak-kanak pintar cerdasatau berbakat. kebolehan akedemik pemikiran kreatif dan produktif. kanak-kanak bermasalah penglihatan. Ahli biologi mennyifatkan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang individu untuk mengadaptasi dan memanipulasi keadaan dan perubahan persekitaran. kepimpinan. aras yang tinggi dalam tanggungjawab kepada tugas dan aras kreativiti yang tinggi. Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982). Berdasarkan Kamus Dewan. Ia bukan sahaja berasaskan kecerdasan tetapi juga merangkumi keupayaan intelek yang umum. Tiada satu konsep yang khusus untuk pintar-cerdas/berbakat .Terdapat empat kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu. kanak-kanak pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai interaksi tiga kelompok sifat manusia iaitu kebolehan intelek umum yang atas purata (murid yang mempunyai IQ melebihi 120 dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar cerdas). istilah pintar didefinisikan sebagai cekap dan pandai. Cerdas pula membawa maksud akal yang sempurna. seni tampak dan lakonan dan keupayaan psikomotor. Kesemua kategori ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu untuk disuaipadankan dengan kanak-kanak yang dirasakan mempunyai masalah seperti yang telah dinyatakan di atas. Walaupun kanak-kanak pintar cerdas digolongkan dalam kumpulan kanak-kanak berkerperluan khas.

Ia juga boleh dikenal pasti berdasarkan ramalan guru. Boleh menggunakan alat-alat. Mereka mempunyai tahap imaginasi yang tinggi dan kurang mengikut idea orang  lain. Mereka juga mempunyai sifat kelakar. Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pintar Cerdas Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh dilihat beberapa ciri-ciri yang penting dari sudut emosi dan sosialnya. Mempunyai perbendaharaan kata yang luas dan dapat menggunakannya dengan  tepat. berfikir dengan jelas. . Boleh mencipta banyak generalisasi dan menggunakannya dalam situasi yang  baru. mengenali perkaitan dan    memahami makna. Mereka   juga berminat mengetahui pelbagai hal. Memerhati dengan teliti dan peka dengan persekitaran. Cara-cara untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas adalah berdasarkan ujian-ujian piawai tentang keupayaan umum pencapaian kreativiti kecenderungan dan personaliti. Sangat berminat dengan bahan-bahan bacaan terutama bahan di peringkat yang  tinggi. perkataan dan idea dengan cara yang baru. Antara sifat-sifat positif yang ada pada kanak-kanak pintar ialah:   Mereka dapat mempelajari sesuatu perkara dengan cepat.Pintar cerdas merangkumi satu kombinasi umum yang istimewa dan tinggi (superior general abilities) aptitud atau bakat pencapaian kreatif pada tahap yang tinggi dan bermotivasi tinggi untuk belajar dan terus berjaya. Mempunyai konsentrasi yang lama dalam satu-satu bahan yang menarik minat  mereka. Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan banyak bertanya soalan. Mereka boleh memberi sebab. Mempunyai kemahuan untuk mencapai yang terbaik. rakan sebaya dan kendiri. ibu bapa.

kita mesti mengolah pemahaman itu untuk diri kita sendiri. Mempunyai watak kepimpinan dalam pelbagai aktiviti dan selalu meminta pendapat serta idea orang lain Kepelbagaian Kecerdasan Mengikut Howard Gardner “Saya mahu anak-anak saya memahami dunia tetapi bukan hanya kerana dunia itu menarik dan minda ingin tahu manusia.. Manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir . Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah diwarisi. Jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ.. manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh dan begitulah juga sebaliknya. Akhirnya. Ilmu pengetahuan tidak seperti moraliti. juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). tetapi kita perlu memahaminya jika kita mahu mengelakkan kesilapan masa lalu dari berulang dan bergerak ke arah yang lebih produktif.” (Howard Gardner 1999: 180-181) Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Perkara yang penting ialah memahami dan mengenalpasti siapa kita dan apa yang boleh kita lakukan. Kajian yang telah dijalankan oleh beliau merangkumi pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa. Pemahaman tersebutlah akan menjadikan kita insan dalam dunia yang tidak sempurna yang boleh memberi kesan baik atau buruk. Beliau telah mengutarakan lapan kecerdasan manusia yang boleh dikembangkan sepanjang hayat manusia. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya telah dilahirkan oleh ibu bapa yang kedua-duanya adalah dari golongan profesional. Sesetengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam sesetengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lainnya. Saya mahu mereka memahaminya supaya mereka akan menjadikannya tempat yang lebih baik. Menurut Gardner.

tabiat dan hasrat orang lain. Contohnya seperti Jackie Chan. Mereka juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dan mental. Kelapan-lapan kecerdasan tersebut adalah saling berkait secara kompleks apabila seseorang melakukan sesuatu aktiviti. Kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuk atlit. ii. juruterbang. seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia berkebolehan untuk bercerita dengan baik. Kecerdasankecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner adalah seperti berikut: i. bagi sesuatu kecerdasan tersebut seseorang mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Secara teori. motivasi. Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan interpersonal berkait rapat dengan emosi dan membolehkan seseorang itu memahami perasaan. orang-orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik perlu belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersukan dan tarian. Seterusnya mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. penari. Kecerdasan Kinestetik Kecerdasan ini melibatkan penggunaan keseluruhan dan sebahagian anggota tubuh badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. pengukuhan.1994. akrobat.semua kecerdasan ini boleh dikembangkan dalam diri manusia jika pelbagai keadaan seperti penggalakan. pelakon. Tambahan pula. Kecerdasan kinestetik ini boleh dilatih kepada seseorang individu sejak kecil lagi. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh badan. Mereka lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan. menari. pegawai polis dan askar. pengkayaan. Contohnya. gimrama dan lain-lain. pengajaran dan pembelajaran adalah sesuai menurut kata Armstrong. . Dato’ Lee Chong Wei dan Dato’ Nicole David. dalam kecerdasan linguistik.

berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. . mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan. iv. bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah pergaulan. Secara keseluruhannya. Contoh individu yang ternama seperti Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah dan Jean Piaget. Kecerdasan interpersonal dimiliki juga penting kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti ahli politik. kecerdasan ini membantu kita bersosial dengan orang lain. Muridmurid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran. orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun selain suka bersendirian. Contohnya pengarang. kaunselor dan ahli psikologi. pakar motivasi. Biasanya. Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan ini merupakan kesedaran tentang diri sendiri. iii. suka kesunyian dan suka bermonolog. Walau bagaimanapun mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. usahawan. peniaga. pengacara. prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Menurut Gardner. Selain itu. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat-saat yang diperlukan. Kecerdasan Logik-Matematik Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan mereka mampu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Nawawi. seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi pemimpin dan pandai memberi nasihat. Contohnya Dato’ Aznil Hj.

Mereka di dalam golongan ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan mudah dan baik. menyoal. menganalisis. . Kemahirannya meliputi mendenganr. Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. penaakulan dan nombor. mereka juga mampu menggubah rentak dan tempo serta mudah kenal dan mengingat nada-nada bunyi atau muzik. Contohnya saintis. bersiul. Ramlee. mengingati melodi. irama. komposer. Mereka amat sensitif dengan bunyi di persekitaran mereka. Mereka berkemahiran untuk menyanyi. Contoh individu terkemuka ialah Al-khawarizmi dan Sir Isaac Newton. kecerdasan ini berjalan di struktur yang hampir serupa dengan kecerdasan linguistik. Kecerdasan Muzik Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk muzikal. Menurut Gardner. Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik. Kecerdasan Verbal-Linguistik Mereka yang berada di dalam kategori ini berkebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Ramli MS. vi. mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. mendengar dan mengecam melodi. Contohnya Tan Sri P. membezakan antara bunyi dan cipta muzik. memahami struktur dan rentak muzik. mensintesis. abstrak. Mereka sering berjaya menjadi selebriti yang terkenal seperti penyanyi. mengubah muzik. arkitek dan doktor. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Selain itu. jurutera. Individu ini sering bertanya tentang pelbagai fenomena yang dilihat berlaku di sekeliling dan suka mengklasifikasikan objek untuk mudah mengira. penulis lirik dan pengarah teater. Mreka berupaya untuk menggemari. penggubal lagu. v.Mereka yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan.

bercakap. wartawan dan peguam. Ia juga memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. bentuk. menerangkan. Peka kepada warna. viii. melakar. Mereka mampu membuat andaian atau hipotesis mengenai pelbagai perkara seperti tafsiran mengenai alam. mengambil nota. Kebolehan mereka di dalam kategori ini termasuk membaca. Seseorang yang mempunyai kecerdasan verballingusitik yang tinggi mampu memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. mendengar kuliah dan berbincang serta berdebat tentang apa yang mereka pelajari. pensyarah. melukis dan menterjemah imej secara visual. model dan corak. bentuk. bercerita. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik menerusi membaca. kesusasteraan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks. Kecerdasan Naturalis Mereka yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora. Hijjaz Kasturi dan Leonardo Da Vinci. Contohnya A. menulis. video dan filem. Ia berkait rapat dengan penguasaan bahasa. Individu yang mempunyai kecerdasan visual-ruang memiliki keupayaan berimaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. fauna dan . vii. memahami carta dan graf. mengingat maklumat dan memahami perkataan. menulis. Samad Said. Za'ba dan William Shakespeare. carta. ahli pelayaran. imej. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Contohnya Dato’ Dr. corak dan ruang yang terdapat di sekeliling. Mereka berkebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Osman Awang. Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang. Sheikh Muszafar. garisan. Mereka ini gemar melihat peta. angkasawan dan termasuklah juga pelukis dan arkitek. Kecerdasan Visual-Ruang Kebolehan untuk berfikir secara gambaran. Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang. gambar.

Peranan Ibu Bapa Dalam Membantu Kanak-Kanak Pintar Cerdas Ibu bapa boleh mengaplikasikan teori kepelbagaian kecerdasan untuk menyediakan anak-anak mereka ke arah pendidikan. Contoh individu ialah Muqqorabin dan Charles Darwin. Tidak semua anak-anak mempunyai kekuatan dalam dua bahagian tersebut. ix. ahli botani. ibu bapa sering melabelkan anak-anak mereka sebagai kurang pandai sedangkan anak-anak tersebut berkemungkinan besar amat cemerlang dalam bahagian yang lainnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti di luar kelas. Socrates dan Einstein. Mereka sangat sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubung-kaitkan antara kehidupan. erti kehidupan. ahli geologi dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi. nelayan. Mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Kecerdasan Eksistensialis atau Spiritual Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya dan menimbulkan persoalan berkaitan hasil-hasil pemerhatiannya terhadap persekitarannya atau mengenai segala kewujudan manusia. Mereka mempunyai sikap prihatin dan penyayang yang tinggi terhadap alam. Kebiasaannya. flora dan fauna. para ibu bapa kerap memberi fokus kepada bahagian linguistik dan logikal matematik sahaja. Contohnya Plato. Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam. Ibu bapa perlu menukar stigma tersebut dengan memperakui cara pembelajaran anak-anak bukan hanya terhad kepada linguistik dan logikal matematik . Contohnya seperti ahli biologi. mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Jika dua bahagian tersebut kurang dikuasai.galian dengan mudah.

anak-anak seperti itu mungkin akan mendapat gred yang rendah kerana tidak mampu menggambarkan kehendak ayat tersebut. mengenalpasti kecerdasan anak mereka. anak-anak dengan kecerdasan ruang mungkin tidak memahami apa maksud ayat tersebut. Kecerdasan Pelbagai adalah satu cara untuk ibu bapa meletakkan rangka kerja di sekitar kanak-kanak untuk menarik minat anak anda terus belajar. Sebagai contohnya. Jadi apa yang perlu ibu bapa lakukan? Pertama. Jika berdasarkan kaedah yang ada sekarang. akan dapat membantu mereka belajar dengan lebih mudah dan cemerlang. Berupaya menemui kaedah yang sesuai untuk anak-anak. Ia adalah semata-mata tentang menjadikan pembelajaran yang menarik untuk kanak-kanak. kanak-kanak mempunyai kecerdasan kinestetik boleh memahami lebih baik persegi jika mereka diajar untuk membuat persegi dengan menggunakan jari mereka sendiri. Apabila aliran maklumat yang datang kepada kanakkanak mengikut laluan yang betul maka proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi mudah untuk difahami mereka. jika sekolah mengajar tentang konsep persegi dengan ayat seperti ini: "Bentuk A di mana semua pihak adalah panjang yang sama dan pada sudut tepat antara satu sama lain". . Setiap anak mempunyai minat yang berlainan dan cara pembelajaran yang berbeza. Mengapa? Ini kerana kanak-kanak tersebut boleh menggambarkan ruang menggunakan batang mancis bagi membantu mereka memahami persegi dan bukannya secara logikal. Walau bagaimanapun. Ayat ini dengan mudah dipecah difahami oleh seorang kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan logik-matematik yang tinggi dan dia berupaya menentukan bentuknya. kanak-kanak tersebut diberikan batang-batang mancis. Setiap kanak-kanak akan belajar dan berkembang dengan cepat.sahaja. mereka mampu menerangkan konsep ayat tersebut dengan jelas dan nyata. Begitu juga. Ibu bapa perlu menggunakan teknik yang betul bagi setiap jenis kecerdasan untuk mendidik anak-anak mereka. Namun.

Penyediaan sudut pengayaan di dalam kelas amat membantu. 4. kaedah projek dan inkuiri-penemuan boleh dilaksanakan bersama kanak-kanak tersebut. Ini merupakan program latihan bagi meluaskan cara dan tahap pemikiran kanak-kanak. Aktiviti pendedahan. Murid diberi kebebasan untuk memilih bidang yang diminati untuk dipelajari. Sebagai aktiviti pendedahan yang maksima. Program Percepatan Habiskan kurikulum yang perlu dengan cepat supaya kanak-kanak ini boleh ditumpukan kepada aktiviti atau program yang lain. membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap. Penuhkan sudut-sudut tersebut dengan pelbagai maklumat dan aktiviti yang menarik minat kanak-kanak. Latihan berkelompok. Kemudian. Penyelidikan masalah sebenar. beri mereka latihan dan bimbingan khusus cara-cara untuk menjalankan penyelidikan tentang suatu permasalahan sebenar. Pelbagai aktiviti pemikiran kreatif dan kritis. 2. majalah dan pamplet. guru boleh menganjurkan sesi lawatan. menyediakan pelan tindakan. Mengambil masa yang lama untuk . Bahagikan kanak-kanak ini kepada beberapa kumpulan kecil. penyelesaian masalah.Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Yang Boleh Dilaksanakan Terhadap Kanak-Kanak Pintar Cerdas 1. Aktiviti ini boleh dilakukan dalam kumpulan-kumpulan kecil atau secara berpangan. ceramah. tanyangn filem dan sebagainya selain dari menyebarkan dan menyediakan pelbagai buku. menjalankan rancangan penyelidikan. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah. 3. memahami masalah yang dibentuk.

realiti dan . “Personal Computers Help Gifted Students Work Smart” telah memfokuskan kepada kelebihan komputer dalam memenuhi keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas antaranya ialah teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu untuk berinteraksi dengan gambar. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmati dan menjalani pembelajaran yang lebih sempurna. melangkaui sebahagian daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa tersebut digunakan untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi tahapnya. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebih muda memasuki tahun satu persekolahan. Memahami kanak-kanak tersebut secara individu merupakan idea yang baik untuk melihat bagaimana ia boleh mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang intelektual mungkin dapat memahami konsep-konsep abstrak tetapi mungkin tidak dapat menangani konsep-konsep yang lebih emosional. Komputer dan Kanak-kanak Pintar Cerdas Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk. 6. perkataan.sesuatu perkara akan menimbulkan kebosanan di dalam diri kanak-kanak pintar cerdas. nombor atau sebarang medium yang memberi keselesaan kepada pelajar. melangkaui kelas. Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas. Program Pengelompokan Mengumpulkan kesemua kanak-kanak pintar cerdas dalam satu kumpulan dan mereka diberi bimbingan yang sesuai oelh guru-guru yang terlatih. 5. Masalah Sosial dan Emosi Yang Dihadapi Oleh Kanak-Kanak Pintar Cerdas Kanak-kanak pintar cerdas juga mempunyai sering dilihat menimbulkan masalah sosial dan emosional yang boleh mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial.

Adakalanya mereka dilihat kurang menghormati mereka yang lebih berusia. Mereka juga bersikap seolah-olah sentiasa tahu mengenai sesebuah buku tetapi pengetahuan itu tidak berkaitan langsung dengan topik perbincangan di dalam kelas. Sekiranya tidak dibenarkan mereka akan mempersoalkan mengapa ia tidak boleh dilakukan. Kesimpulan Kesimpulannya. Mereka dilihat sukar menerima kegagalan dan sering berasa terganggu dengannya. gender dan isu-isu lainnya. Pelbagai . Mereka mahu membuat sesuatu perkara mengikut caran mereka sendiri. Mereka berpotensi untuk menjadi terlalu mengarah dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain. Kadangkala mereka boleh menjadi seorang pengacau atau suka menimbulkan masalah kerana berasa bosan dan terkongkong. Namun mereka berbeza dalam aspek emosi dan sosial. Kadangkala mereka tidak mahu memberhentikan sesuatu aktiviti dan memulakan aktiviti yang lain apabila mereka mulai bersikap terlalu autokratik dan terlalu inovatif. mereka juga tidak mendengar sesuatu arahan dengan teliti kerana mereka fikir mereka sudah sedia maklum apa yang perlu dilakukan. kanak-kanak ini akan mudah berasa bosan jika diberi tugasan yang sama sahaja. golongan pintar cerdas mempunyai ciri fizikal yang agak sama dengan golongan biasa. Selain itu. Seorang anak berbakat mungkin boleh menyertai dalam perbualan orang dewasa tentang masalah-masalah seperti pemanasan global atau kelaparan dunia dalam satu minit dan minit seterusnya pula boleh menangis dan merengek kerana barang permainannya hilang. Oleh kerana mereka dapat melihat sesuatu perkaitan yang orang lain tidak dapat lihat maka mereka mahu menggunakan masa yang banyak untuk membincangkan hal tersebut tanpa mengambil kira sensitiviti dan keperluannya. masa depan. Kebiasaannya.yang mengarah kepada keprihatinan mereka tentang kematian.

Dimensions of emotional intelligence and their relationships with social coping among gifted adolescents in Hong Kong. Journal 0f Youth and Adolescence. Faktor persekitaran seperti ibu bapa..aspek boleh diulas dalam ciri-ciri kognitif dan afektif kanak-kanak pintar cerdas.Kuala Lumpur: DBP. Bee. (2002). The growing child: An applied approach (2nd ed. & Callow.. T. C. (1992). (1999).. B. G. & Kline. J.). MA:Allyn. jika yang sebaliknya berlaku. Gallagher. A. Namun. MA:Allyn. guru-guru dan masyarakat perlulah bijak mengatur strategi dan pendekatan yang bersesuai dengan masalah yang dihadapi golongan ini.. Bakat-bakat golongan ini perlulah diasah dan dicungkil agar bakat-bakat ini berkembang dan memyumbang kepada pembangunan negara. . J. Ciri-ciri seperti sensitif. S. W. 22(1).). Chan. hilanglah aset berharga negara kita. & Koh. & Gallagher. Masyarakat sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada kanak-kanak ini. Boston. 32(6). Davis. Jika masalah ini berlarutan. Bakat ini tidak akan berkembang sekiranya tidak didedahkan dengan aktiviti dan pengalaman yang bersesuaian dengan bakat-bakat mereka. Chua. Middleton.409. A. (2003). 18-21. (1999).). Boston. Intellectually superior children and behavioral problems and competence. New York: Longman. sukar bergaul dan sebagainya perlulah diambil langkah atau intervensi bagi mengelakkan masalah berpanjangan. G. Teaching the gifted child (4th ed. S. H.. London: Fulton.). Gallucci. Kelebihan yang ada menjadikan golongan kanak-kanak pintar cerdas sering dipandang tinggi dan dikagumi oleh masyarakat. Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan: Bacaan asas. Roeper Review. B. masyarakat akan mudah memandang negatif dengan kehadiran kanak-kanak pintar cerdas di dalam komuniti mereka. R. Itulah harga yang harus dibayar apabila kita menjadi golongan pintar cerdas. A (1998). A. Education of the gifted and talented (4th ed. T. D. Educating the gifted and talented: Resource issues and processes for teachers (2nd ed. Clark. T. (1994). & Rimm. N.

Zentall.). S. London: Fulton. A.. M. S.. (2003). . 24(3). Emotional and social characteristics of boys with ADHD and giftedness: A comparati ve case study. Grskovic. A. Moon. & Stormont. S. Hall. Supporting the child a/exceptional ability (2nd ed. 26(1). Petaling Jaya: Pustaka Islam.. S. 207-247. A. (1998). Nik Azis Nik Pa (1990).Leyden.. Recent dissertation research in gifted studies: The contribution of emotional intelligence to the social and academic success of gifted adolescents. Journal/or the Education a/the Gifted. Roeper Review. 1. (2001). 53. Woitaszewski. M. Program pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan praktik. S.