You are on page 1of 1

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan pendekatan Didik Hibur (DH) dalam pengajaran
danpembelajaran membaca bahasa Melayu (BM) kepada murid program LINUS.
LINUSakronim bagi ‘Literasi and Numeracy Screening’, merupakan program
pemulihan yangdirangka untuk membolehkan murid Tahap 1 sekolah rendah
memperoleh kemahiranasas membaca dan mengira. Aspek seni bahasa dalam
rangka Kurikulum StandardSekolah Rendah (KSSR) memasukkan elemen seni
bahasa. Oleh hal yang demikian,pendekatan DH sebagai satu alternatif strategi
pengajaran membaca supayapembelajaran bahasa Melayu menjadi lebih seronok,
kecindan, dan santai untuk diikutioleh murid. Guru boleh menyampaikan unsur DH
dan seni bahasa secara nyanyian,berlakon, bercerita, bermain, berpuisi, melukis,
drama pendek, serta kombinasi strategivisual, audio, kinestetik dan taktikal (VAKT).
Dalam rangka kertas kerja ini, DHberdasarkan nyanyian lagu kanak-kanak
diterapkan untuk penguasaan kemahiranmembaca daripada konstruk 1 hingga
konstruk 12 yang terdapat dalam tahapkemahiran membaca program LINUS.
Pemilihan seni kata lagu merupakan satuinstrumen strategi bacaan. Hal ini
demikian kerana seni kata lagu yang dibaca olehmurid merupakan lambanglambang tulisan. Lambang-lambang tersebut diucap ataudiungkap secara
bersahaja. Membaca, mengingat dan memahami serta menaakulhuruf, membaca
perkataan, sehinggalah membaca ayat penuh akan menjadi lebihmudah dengan
pendekatan pengajaran secara DH. Justeru, empat elemen motivasiinstrinsik, iaitu
cabaran, ingin tahu, kawalan dan fantasi, menjadi landasan teori DH.Cabaran
merupakan aktiviti yang mengandungi tujuan pembelajaran bermakna, ingintahu
pula menggunakan deria kognitif, yang mana murid sedar pengetahuan
belumsempurna atau ke langkah penyempurnaan. Manakala kawalan pula
bermaksudmemberi autonomi dalam pembelajaran dengan cara murid mampu
memilih carabelajar dan menangani situasi pembelajaran. Konsep fantasi pula
menggunakan imejmental dan khayalan bayangan situasi sebenar. Secara
rumusnya, pendekatan DHdapat diaplikasikan kepada murid LINUS biasa atau LINUS
tegar yang mengikutipembelajaran secara berasingan. Malah DH juga untuk murid
kelas LINUS keseluruhansebagai satu daripada strategi pelepasan dalam ujian
saringan peringkat satu,peringkat dua dan peringkat tiga. Apabila murid melepasi
ujian saringan satu, dua dantiga, murid LINUS boleh berada dalam kelas biasa atau
kelas perdana.