You are on page 1of 3

PENGENALAN

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim
nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act merupakan undang-undang tahanan
pencegahan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis
selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan
mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.
Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun
jika diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus
tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di
bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa
kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan
sebarang penahanan di bawah ISA.
Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk
ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama,
ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis
politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. Akta ini merupakan
satu alat yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan
masyarakat awam demi kesejahteraan dan keamanan negara.

SEJARAH PENUBUHAN

ISA Malaysia mula digunakan pada tahun 1960-an yang mempunyai satu tujuan iaitu
untuk mengekang ancaman komunis pada ketika itu. Peruntukkan pencegahan yang
terkandung dalam ISA dikatakan begitu efektif kerana ia telah mampu mengekalkan
kestabilan negara yang baru merdeka walaupun sedang menghadapi ancaman bersenjata
komunis.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada
awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula
digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu ISA telah dipinda sebanyak
lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan
kepada Menteri Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk
kepada mahkamah.

PEMANSUHAN AKTA ISA

Pemansuhan akta isa kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)


2012. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA
dikuatkuasakan "bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan dengan kesalahan
keselamatan bertujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan dan bagi hal-hal berkait".
Akta ini digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Akta tersebut
telah diluluskan di Parlimen pada 17 April 2012, diberikan Perkenan Diraja pada 18 Jun 2012
dan diwartakan pada 22 Jun 2012.
SOSMA ialah sebuah akta "bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan
kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan bagi
hal-hal berkait". Akta ini menyatakan seorang pegawai polis, boleh, tanpa waran, menangkap
dan menahan mana-mana orang yang berkenaan dengan dia mempunyai sebab untuk
mempercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan. Orang itu boleh ditahan bagi tempoh 24
jam untuk tujuan penyiasatan. Pegawai polis boleh melanjutkan tempoh penahanan untuk
tempoh tidak lebih 28 hari, bagi tujuan penyiasatan.
Antara perbezaan akta ISA dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah
Khas) 2012.
1. Tiada seseorang boleh ditangkap atau ditahan atas kepercayaan atau aktiviti
politiknya.
2. Kuasa menteri Dalam Negeri untuk menahan tanpa perbicaraan mana-mana individu
dimansuhkan. Polis diperuntukkan kuasa khas menangkap dan menahan mereka yang
dipercayai terlibat dengan kesalahan keselamatan.

3. Mereka yang ditangkap bebas membuat permohonan habeas corpus di mahkamah dan
boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan di mana kuasa semakan
kehakiman dikembalikan sepenuhnya kepada mahkamah.
4. Klausa sunset bagi tempoh tahanan 28 hari disemak lima tahun sekali dan
hendaklah terhenti berkuat kuasa melainkan, jika, apabila semakan dibuat, suatu
ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen untuk melanjutkan tempoh kuat
kuasa peruntukan itu.
5. Tahanan Polis hanya dibenarkan selama satu hari campur 28 hari bermakna
jumlahnya 29 hari. Ini bermakna tempoh penahanan pertama adalah 24 jam manakala
tempoh 28 hari hanya dibenarkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
6. Polis yang menjalankan siasatan terhadap seseorang hendaklah memaklumkan kepada
waris atau keluarga terdekat secepat mungkin mengenai penangkapan dan penahanan
individu berkenaan dengan tempoh tahanan tidak boleh melebihi daripada 48 jam.
7. Kerajaan akan menubuhkan suatu Jawatankuasa secara pentadbiran untuk menyemak
keseluruhan Akta itu dari semasa ke semasa di mana jawatankuasa tersebut juga
bertanggungjawab untuk meneliti pelaksanaannya serta mengemukakan syor untuk
penambahbaikan. Keanggotaan jawatankuasa itu bukan hanya terbatas kepada agensi
yang berkenaan tetapi juga melibatkan Presiden Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

You might also like