Pemain Catur- Zaharah Nawawi

Sinopsis
“Pemain Catur” mengisahkan enam beradik yang berbangga dengan keturunan mereka dalam permainan catur. Mereka ialah Uj, Ul, Us, Uk, Ur, dan Um. Ibu mereka sedang sakit dirawat oleh doktor dirumah. Mereka berketurunan al-Hakam iaitu salah seorang daripada pemain shatrani yang disegani beberapa ratus tahun dahulu. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga manakala Um pula ialah anak bongsu. Bagi Uj, Um merupakan adik yang paling mudah dibentuk berbanding dengan adik-adiknya yang lain. Uj berharap Um dapat mengantikannya sebagai tonggak keluarga. Lama-kelamaan Um semakin tertarik kepada permainan catur. Um mahu berjuang bersama-sama bagi menjulang nama al-Hakam yang pernah menjadi juara catur dunia pada abad ke-17. Pada suatu hari, Uj ingin menguji pengetahuan Um dalam permainan catur sambil terus memberikan ransangan kepada Um. Ketika sedang menguji Um, Uk berbisik suatu khabar buruk tentang Um kepada Uj. Uj memaksa Um mengadakan perlawanan secara terbuka untuk memperlihatkan bahawa Um terlalu mentah dalam permainan catur kerana Uj telah memegang gelaran IGM manakala Um masih lagi gelaran FM. Um terpaksa menerima cabaran Uj. Semua ahli keluarga menjadi kelam-kabut kerana tidak menyangka peristiwa itu akan berlaku. Uj yakin dapat mengalahkan Um. Apabila Uj hampir dikalahkan oleh Um, dia menuduh Um sebagai penipu. Kemudian Uj memaksa Um untuk mengaku kalah. Um cuba menenangkan diri di bilik air. Sekembalinya dari bilik air, dia duduk semula di kerusi. Sebaik sahaja duduk sesuatu yang menyakitkan menyembur dibawah meja. Sebotol asid terkuis kaki Um tumpah. Um menggelupar dan meraung kesakitan. Seisi keluarga menjadi gempar, rutup dan ruwet. Tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid itu. Berlaku tuduh-menuduh antara Um dengan Uj. Permintaan Ibu supaya mereka bertenang juga diabaikan begitu sahaja. Keluarga ini terpecah kapada dua, iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang menyokong Um. Manakala keadaan ibu pula semakin tenat.

Tema

Tema cerpen ini ialah keegoaan yang membawa perpecahan keluarga. Disebabkan keegoan Uj yang mendakwa dirinya paling hebat dalam permainan catur menyebabkan adik-beradiknya terpecah kepada dua kumpulan.

Persoalan
Pernyataan Pengabaian terhadap ibubapa Pengkhianatan sesama ahli keluarga Sangkaan buruk yang menjadi punca perbalahan Layanan yang tidak adil terhadap adikberadik Kebangaan terhadap keturunan Huraian/Contoh Uj menyerahkan tanggungjawab untuk mengubati ibunya kepada doctor. “Itu tugas doktor memikirkannya. Kita sudah gaji dua orang doktor keluarga…” (m/s.144) Salah seorang dari keluarga mereka meletakkan asid di bawah meja catur untuk mengenakan Uj ataupun Um. … Sebotol asid yang terkuis kaki Um tumpah. Um menggelupur dan meraung kesakitan. (m/s.151) Uj menyangka Um mahu mengalahkannya dalam permainan catur. “Abang tahu sekarang Um bersungguh-sungguh berlatih untuk mengalahkan abang.” (m/s. 144) Uj sentiasa mengetepikan adik-beradiknya, kecuali Um. Uj menggilap bakat Um dengan apa cara jua. Adik-adik lain tidak sesuai dengan jiwa Uj. (m/s.145) Uj sangat berbangga kerana keturunan al-Hakam merupakan jaguh catur dunia pada zaman silam. “…keturunan al-Hakam … iaitu salah seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani dunia beberapa ratus tahun dahulu.” (m/s.144)

Watak dan Perwatakan
Watak

Uj

Perwatakan Anak tertua dalam keluarga

Panas baran

Bangga akan keturunan

Huraian/Bukti Uj mempunyai lima orang adik beradik … sudah berbulan-bulan abang perhatikan Um mengajak Ul,Us, Uk, dan Ur menjadi pasangan bermain. (m/s. 144) Uj panas baran apabila berhadapan dengan cabaran. Kemarahan Uj yang cuba disimpan dan disembunyikan terjengul juga. (m/s. 144) Uj sangat berbangga dengan keturunannya yang dikatakan yang dikatakan pemain catur dunia. Sebenarnya menurut Uj, moyang kepada moyang kepada moyangnya lebih hebat daripada

Pilih kasih

Tidak sanggup menerima kekalahan

Um

Merendah diri

Abu Bakar Yahya as-suli. (m/s. 144) Uj hanya memberikan perhatian kepada Um. Adik-adik lain tidak sesuai dengan jiwa Uj. (m/s. 145) Uj tidak rela kalah dalam pertandingan catur dengan Um. Strateginya tidak menjadi. Tembok kecundang kian sendeng ke arahnya. (m/s. 150) Um merendah diri dihadapan abangnya, Uj. Um, bagi Abang Uj cuma seperti David the Gnome dalam siri kartun Awang Kenit itu. (m/s. 144) Um sentiasa berfikir tentang kesihatan ibunya. Um memikir bagaiman hendak mengubati ibu yang sedang menderita sakit darah tinggi. (m/s. 155) Um sanggup menerima cabaran untuk berlawan catur dengan Uj. Um terpaksa menerima cabaran yang bertalu-talu. (m/s. 147)

Mengambil berat

Sanggup menerima cabaran

Latar
Latar tempat -Di rumah keluarga Uj. Latar masa -Pada waktu siang dan malam Latar masyarakat -Masyarakat yang mementingkan nama keluarga. -Masyarakat yang pantang dicabar. -Masyarakat yang berpecah akibat salah faham.

Plot
Permulaan -Uj mengajak adik bongsunya, Um yang sedang berada di depan papan catur untuk berlawan catur dengannya. -Um menolak ajakan itu kerana dia tidak berminat. -Um mengatkan dia sedang berfikir tentang kesihatan ibu mereka. Perkembangan -Uj memberitahu adiknya bahawa keluarga mereka merupakan keturunan jaguh dunia. -Uj mengajar Um bermain catur dan Um tertarik kempen mesra catur oleh Uj. Konflik -Uk berbisik kepada Uj kononnya Um tekun menelaah buku besar dan tebal tentang permainan catur untuk mengatasi kehandalan Uj. -Uj marah akan Um disebabkan dakwaan Uk itu. Klimaks -Uj memaksa Um mengadakan pertandingan catur dihadapan keluarga untuk memperlihat Um terlalu mentah untuk berlawan dengan Uj. -Ketika Um mengalih pandangan, buah caturnya dialih. Um cuma mengalih buah ctur itu semula. Kemudian, Uj menuduh Um menipu. -Um terkuis asid yang diletakkan dibawah meja. -Berlaku tuduh-menuduh sesama ahli keluarga tentang asid tersebut. -Ibu yang sedang dalam kesakitan berasa amat sedih akan peristiwa itu. Peleraian -Tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid yang mencederakan Um. -Keluarga itu terpecah kepada dua kumpulan, iaitu yang menyokong Um dan yang menyokong Uj.

Teknik Plot
Teknik Plot Dialog Huraian/Contoh Dialog antara Uj dengan Um “Kira ialah zuriat kebanggaan, kerana mampu meneruskan tradisi keluarga menjadi pemain catur yang disegani.” “Tapi Um tidak tahu apa-apa tentang catur.” (m/s. 145) Unsur saspens berlaku apabila ahli keluarga Uj tertanya-tanya siapa yang meletakkan sebotol asid yang terkena Uj. (m/s 151) Kejutan berlaku apabila semua strategi Uj tidak kena ketika berlawan catur dengan Um dan Um boleh mengalahkan Uj. (m/s. 150)

Saspens Kejutan

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Simile Inversi Bahasa Inggeris Peribahasa Metafora Contoh Bagi Abang Uj Cuma seperti David the Gnome dalam siri kartun… (m/s. 144) … Um bersungguh-sungguh berlatih untuk mengalahkan abang. (m/s. 144) David the Gnome (m/s. 144) Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.(m/s. 147) Mata kasih ibu…(m/s. 146) dan menelan air mata hiba (m/s. 151)

Nilai
Nilai Hormat-menghormati Prihatin Yakin diri Tanggungjawab Tidak berputus asa Huaraian Um menghormati abangnya Uj. Um mengambil berat tentang kesihatan ibunya. Uj sangat yakin bahawa Um tidak dapat mengalahkannya. Uj bertanggungjawab menggaji doktor untuk menjaga ibunya yang sakit. Uj tidak berputus asa mengajar Um bermain catur walaupun Um tidak berminat.

Pengajaran
Pernyataan Kita tidak boleh terburu-buru ketika membuat sesuatu keputusan. Kita tidak boleh bersangka buruk terhadap keluarga sendiri Sebagai ahli keluarga, kita tidak boleh bergaduh antara satu sama lain. Kita hendaklah berfikir sebelum melakukan sesuatu dindakan. Kita hendaklah beruasah mengekalkan nama baik keluarga. Huraian/Contoh Uj terburu-buru mempercayai bisikan fitnah oleh Uk. (m/s. 147) Uj bersangka buruk dengan mengatakan bahawa Um mahu menadinginya dalam permainan catur. (m/s. 144) Ahli keluarga Uj bergaduh disebabkan oleh permainan catur. (m/s. 144) Salah seorang ahli keluarga Uj telah meletakkan sebotol asid dibawah meja catur dan terkena kaki Um (m/s. 151) Uj berusaha untuk mengekalkan kehebatan nama keluarganya dalam permainan catur.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful