You are on page 1of 3

IBNU SINA

Siapakah Ibnu Sina?

Dilahirkan pada 980 SM di Afshana di Uzbekistan


Menggembara ke beberapa bandar di Iran pada umur 21 tahun
Digelar sebagai falsafah Islam tergulung
Disanjung tinggi dalam bidang perubatan dan dikenali sebagai putera doktor perubatan
Menulis kira-kira 276 hasil karya yang ditulis dalam Bahasa Arab kecuali beberapa buku
yang ditulis dalam Bahasa Pari.

Pandangan Ibnu Sina tentang Kebolehan Mental Manusia


Menurut Ibnu Sina, kebolehan mental manusia terbahagi kepada 3 komponen:

1. Komponen Tumbuh-tumbuhan:
Terdapat pada manusia dan tumbuh-tumbuhan
Berfungsi untuk menentukan manusia terus hidup
Proses-prosesnya terdiri daripada pemakanan, pertumbuhan dan pembiakan
2. Komponen Pergerakan dan Kefahaman/ Persepsi: Membolehkan manusia tertarik kepada yang diingini dan mengelak yang
merbahaya
Ia dipermudahkan melalui 5 deria (penglihatan, pendengaran, berbau, rasa,
sentuhan)
3. Komponen Kognitif: Membezakan manusia daripada haiwan
Bersifat aktif dan mendorong kelakuan manusia dan intelek manusia
Kedua-dua itu digelar sebagai kecerdesan.
Ibnu Sina berpendapat bahawa manusia secara semula jadi adalah tidak baik atau tidak
jahat -- lebih cenderung melakukan kejahatan
Manusia dipengaruhi oleh alam sekitar dan pendidikan yang diterima
Jika seseorang membiasakan diri dengan kejahatan, dia akan jahat dan sebaliknya.
Matlamat Pendidikan Menurut Ibnu Sina

Mementingkan perkembangan keseluruhan individu, iaitu fizikal, mental dan


akhlakserta penyediaan individu itu untuk hidup dalam masyarakat melalui pekerjaan
yang dipilih mengikut aptitud atau kecendurangannya.
Pendidikan harus memberi perhatian kepada pembangunan jasmani (latihan fizikal,
makanan, minuman, tidur dan kebersihan)
Pendidikan harus tertumpu kepada perkembangan intelek dan penguasaan pengetahuan,
perkembangan moral serta pembentukan keperibadian yang lengkap dari segi tubuh,
minda dan watak.
Dengan erti kata lain, matlamatnya ialah kelahiran warganegara yang berwibawa, badan
dan minda yang sempurna dan dilengkapi suatu kerjaya.
Peringkat-peringkat Perkembangan Manusia dan Kurikulum

1. Peringkat bayi: 0 2 tahun


Bayi perlu tidur dengan suhu sederhana dan tidak terlalu sejuk
Bilik perlu dilindungi daripada cahaya matahari
Kepala harus tinggi daripada tubuhnya jika letak di katil.
Leher/ anggota badan/ tulang belakang tidak terbelit.
Perlu dimandikan lebih daripada sekali sehari
Ibu perlu menyusu bayinya sejak kelahiran dan secara beransur memberi makanan

selain susu ketika umur 2 tahun.


Kemudian, bayi diberi makanan pepejal seperti roti yang direndam dalam air dan
madu, jus atau susu dan diberi dalam kuantiti yang kecil.

2. Peringkat kanak-kanak: 3 5 tahun


Menekankan kepentingan pertumbuhan fizikal dan motor
Menekankan juga kepentingan permainan dan pendidikan jasmani tetapi perlu
berbeza mengikut umur dan keupayaan
3. Peringkat pengajaran: 6 14 tahun
Merupakan peringkat pengajaran sekolah rendah
Tidak mencadangkan kaedah pengajaran tertentu
Menegaskan keseronokan dan kegembiraan dalam PdP.
Tiga aspek yang ditekankan, iaitu:
(a) Perkembangan moral: - menjauhkan diri daripada pengaruh bahaya

(b) Perkembangan jasmani dan kesihatan:- diberi peluang untuk bermain dan
bersenam pertumbuhan kemahiran motor/ berinteraksi dengan orang lain
(c) Perkembangan minat kepada muzik:- diberi peluang untuk mendengar dan

belajar muzik belajar keharmonian, rentak dan ritma


Kanak-kanak mesti menghafal dan membaca Al-Quran dan mengamalkan segala
yang wajibkan.

4. Peringkat pengkhususan: >14 tahun


Disediakan dengan sesuatu kerjaya
Perlu belajar matematik, penulisan dan kemahiran praktikal seperti perdagangan,

kraf tangan dan membuat barang kemas.


Diberi pilihan mengikut dua jurusan (akademik/vokasional) tidak boleh dipaksa
mengikuti jurusan yang tidak sesuai

Guru dan Kaedah Mengajar


1. Kaedah mengajar:
Menyokong penggunaan logik dalam memperoleh pengetahuan
Tidak mengehadkan kaedah mengajar, boleh guna kaedah syarahan, perbincangan
Menekankan kepentingan pengajaran berkumpulan menggalakkan kanak-kanak

berinteraksi/ tidak bosan


Prihatin terhadap bahayanya hukuman fizikal boleh melahirkan perasaan balas

dendam
Kanak-kanak berkeperluan khas diberi tempat yang istimewa di bawah pengawasan

warden.
2. Guru:
Diberi latihan teori dan moral
Harus terdiri daripada orang yang terbaik, orang beragama, berakhlak mulia, suci
dan mengamalkan nilai-nilai masyarakat jadi teladan kepada pelajar

You might also like