You are on page 1of 27

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK

PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan kerja kursus pendek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku dengan
jayanya.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing, En. Aznan Bin Mat Akhir kerana membimbing saya
dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakanrakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan
kerja kursus ini. Tidak lupa saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih dengan warga
S.K Yan Kechil kerana banyak membantu saya dalam menjalankan kajian kes ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu saya
tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semua tidak
saya lupakan.
Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan
kerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi
satu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang
sesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan rakan saya
agar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa
proses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih.

Yang benar,
Mohammad Falakhuddin Bin Haron
(1P7D-MT/PJ/BM)

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK

PENGENALAN
Dewasa ini, masalah disiplin dalam kalangan murid-murid sekolah sama ada
sekolah rendah ataupun sekolah menengah semakin hangat diperkatakan dalam
media massa terutamanya di dada-dada akhbar, kaca televisyen dan lain-lain lagi.
Peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak ini
menimbulkan tanda tanya dan meresahkan semua pihak terutamanya ibu bapa,
pihak sekolah dan masyarakat. Semua pihak mula bingung memikirkan mengenai
punca sebenar berlakunya fenomena ini. Masalah ini semakin sukar untuk
dibendung terutamanya gejala ponteng sekolah. Gejala ponteng sekolah ini
mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain.
Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan
kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun berbagaibagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Gejala tidak sihat ini
juga telah menjadi penyebab kepada pembabitan utama murid-murid dalam pelbagai
kegiatan berunsur negatif seperti penagihan dadah, minuman keras, samseng, seks
bebas, buli dan judi.

Penguatkuasaan peraturan sekolah semata-mata tidak

memadai bagi menangani masalah gejala ponteng sekolah, namun masyarakat


khususnya ibu bapa dan murid juga perlu diberikan kesedaran mendalam
menangani masalah ini.
Tambahan pula pada era globalisasi ini, kemajuan dalam bidang teknologi
maklumat agak membimbangkan beberapa pihak terutamanya ibu bapa dan guru.
Hal ini kerana dengan adanya alat-alat teknologi yang canggih seperti internet dan
telefon bimbit, murid-murid akan lebih mudah terpengaruh dengan perkara-perkara
negatif. Mereka akan menjadikan alat-alat canggih ini sebagai medium untuk mereka
melakukan perkara negatif seperti menyebarkan gambar-gambar yang tidak
senonoh, melayari laman web lucah dan sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa gejala kemerosotan disiplin dan tingkah laku murid sering dikaitkan dengan
teori psikologi perkembangan remaja. Remaja dalam lingkungan umur antara 10
hingga 18 tahun dianggap masa yang paling kritikal dalam peringkat perkembangan
manusia.
2

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK

Oleh itu, semua pihak terutamanya ibu bapa, guru dan masyarakat perlu memainkan
peranan masing-masing bagi memastikan masalah disiplin murid-murid di sekolah
dapat diatasi daripada terus berlarutan, bukannya dengan menuding jari
menyalahkan antara satu sama lain.
Berdasarkan kerja kursus individu bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling
(EDU 3107), kami guru pelatih perlu membuat tugasan yang mana berasaskan 4
aspek orientasi Khidmat Bimbingan & Kaunseling semasa menjalani latihan
praktikum, kami perlu membincangkan persoalan-persoalan seperti berikut :
a. Sejauh manakah penglibatan Guru Biasa sebagai Guru Pembimbing dalam
aspek mengenalpasti masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah.
b. Bandingbeza teori-teori kaunseling. (Teori Behavioris, Teori Pemusatan
Perseorangan dan Terapi Rasional Emotif)

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


SEJAUH MANAKAH GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING DALAM
ASPEK MENGENALPASTIKAN MASALAH YANG BERLAKU DALAM
KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
Selepas meneliti laporan orientasi khidmat bimbingan dan kaunseling, kita
sebagai guru biasa juga boleh memainkan peranan sebagai guru pembimbing untuk
mengenalpasti masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saya bimbang jika masalah
pelajar ini dibiarkan akan berlarutan sehingga mereka memasuki sekolah menengah
dan ke peringkat lebih tinggi.
Masalah yang dikenal pasti di sekolah saya ialah kes ponteng sekolah.
Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh
masalah keluarga seseorang murid itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu
dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anakanak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih
sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga
bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan
keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar.
Selepas meneliti satu per satu permasalahan berkaitan pelajar, saya
merasakan bahawa kita sebagai guru biasa juga boleh berperanan sebagai guru
pembimbing. Jangan terlalu mengharapkan kepada guru bimbingan dan kaunseling
sahaja apabila masalah seperti ponteng sekolah ini berlaku di sekolah yang kita
mengajar. Antara cara mengatasi masalah ini ialah menggunakan pendekatan
penyayang sepertimana yang dinyatakan oleh Abdul Rahman al Nahlawi bahawa
sifat kasih sayang terhadap kanak-kanak merupakan kecenderungan asasi dalam
fitrah manusia dan binatang. (http://i-epistemology.net/attachments/1133_jp-v9n3%20Strategi%20Pendekatan%20Penyayang%20Dalam%20Pendidikan
%20%20Mahyuddin%20Ashaari.pdf). Pendekatan penyayang ini mungkin boleh
membantu murid untuk berubah kepada lebih baik kerana melalui perbincangan
bersama guru bimbingan dan kaunseling. Saya berpendapat bahawa hukuman yang
dikenakan ke atas murid dengan merotan di khalayak ramai tidak sewajarnya kerana
hal ini boleh mengakibatkan emosinya terganggu walaupun tujuan sebenar pihak
4

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


sekolah adalah untuk memberikan pengajaran kepadanya sekali gus kepada muridmurid yang lain. Sepatutnya pihak sekolah harus memberikan perhatian kepada
murid tersebut dengan membuat siasatan penyebab murid itu tidak hadir ke sekolah
dan sebagainya. Bukan dengan mengambil tindakan yang drastik tanpa usul periksa
iaitu merotan di depan semua orang. Tindakan ini boleh juga dikatakan menjatuhkan
maruah seseorang. Dalam hubungan kasih sayang guru kepada muridnya, Ibnu
Khaldun telah menegaskan dalam kitabnya Al Muqaddimmah hukuman yang terlalu
keras ketika mengajar membahayakan murid, lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil,
murid-murid hamba atau khadam (orang suruhan) yang tidak berbakat, jika diasuh
dengan cara menggunakan kekerasan dan paksaan akan sebati dengan kekerasan
pula. Ibnu Khaldun berpendapat bahawa kesan pendidikan dengan kekerasan akan
merosakkan sifat-sifat kemanusiaan pada diri kanak-kanak, sama ada perseorangan
atau

social,

bila

mereka

dikasari

timbul

dalam

diri

kanak-kanak

untuk

mempertahankan diri, menjaga maruah dan kehormatan. Seperti kes murid yang
ponteng sekolah ini, selepas dikasari dengan merotannya, telah timbul dalam dirinya
untuk mempertahankan diri, menjaga maruah dan mendapat kehormatan orang lain
dengan menunjukkan sikap gangsterisme serta membuli rakan-rakan-rakan lain.
Guru biasa boleh mengaplikasikan pendekatan penyayang ini untuk membantu
murid berubah kepada arah kebaikan kerana pendekatan ini mudah untuk
dilaksanakan dengan menjadi pendengar secara empatik. Secara tidak langsung,
guru dapat mendekatkan diri dengan murid dan mengenal lebih mendalam. Murid
akan merasakan bahawa sebenarnya orang sekelilingnya sangat mengambil berat
terhadap dirinya dan menyayanginya. Murid itu juga akan meletakkan kepercayaan
sepenuhnya terhadap kita sebagai gurunya untuk dia meluahkan perasaan.
Seterusnya, cara yang boleh diambil untuk mengatasi masalah murid yang
ponteng sekolah ialah dengan membuat perjumpaan waris. Melalui perjumpaan
waris, guru boleh membincangkan masalah yang dihadapi oleh murid ini. Guru
haruslah menjelaskan bahawa murid ini mempunyai masalah yang berkaitan dengan
latar belakang keluarga dan perlu diberi perhatian serius oleh ibubapa mereka
sendiri. Kita perlu sedar bahawa kewujudan bimbingan dan kaunseling ini bukanlah
sekadar untuk memberikan bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid, namun
kita boleh menjadikan sebagai medium untuk guru, ibu bapa duduk bersama-sama
5

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


anak-anak mereka mendapatkan bimbingan dan kaunseling. Bukan menjadi satu
kesalahan jika ibu bapa juga meminta untuk dibimbing dan mendapatkan nasihat
daripada orang yang lebih berpengalaman seperti guru bagi mengatasi masalah
mereka dengan anak-anak mereka. Tambahan pula, anak-anak ini lebih banyak
meluangkan masa di sekolah bersama-sama guru mereka berbanding berada di
rumah. Oleh itu, guru sering dikatakan sebagai ibu bapa yang kedua kepada muridmurid di sekolah. Berbalik kepada masalah ponteng sekolah ini, dengan membuat
perjumpaan waris, guru boleh menceritakan bahawa perubahan murid di sekolah
begitu ketara lebih-lebih lagi kehadirannya ke sekolah. Melalui perjumpaan ini, guru
boleh cuba untuk selongkar dengan lebih mendalam mengenai keadaan situasi
keluarga murid, seterusnya memberikan nasihat yang sepatutnya kepada ibu bapa
ini

supaya

mereka

sedar

mereka

masih

perlu

bersama-sama

memikul

tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada murid tersebut dalam mendidiknya ke arah
kebaikan. Maka, hasil daripada perbincangan ini sedikit sebanyak boleh membantu
untuk mengatasi masalah murid ini. Selain itu, secara tidak langsung, ibu bapa akan
menyedari bahawa institusi sesebuah kekeluargaan adalah merupakan wadah
penting dalam membantu ahli-ahlinya menghadapi pancaroba dalam kehidupan.
Menurut Everts (1994), terdapat tiga tugas dan peranan keluarga iaitu membantu
ahli-ahli

keluarga

dalam

memenuhi

kehendak-kehendak

individu

serta

perkembangan diri, membimbing dan mengawasi tingkah laku ahli-ahlinya, dan akhir
sekali ialah mendidik individu menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Oleh
itu, peranan yang dimainkan oleh kedua ibu bapa perlu diberi perhatian kerana ianya
penting bagi menentukan keberkesan sesebuah institusi keluarga.
Selain itu, cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ponteng
sekolah ini ialah dengan memanggil murid untuk mengadakan sesi kaunseling
secara individu. Menurut Cottle dan Downie (1970), kaunseling di bawah bimbingan
secara individu merujuk kepada proses perbincangan antara seorang kaunselor dan
seorang kliennya, yang mana kaunselor berusaha menolong kliennya memahami diri
sendiri dan menerima masalah yang dihadapinya, sehingga dia membuat
pertimbangan dan mengambil keputusan daripada pilihan-pilihan yang boleh
membantunya mengatasi masalah. Kita harus sedar bahawa sesi kaunseling tidak
semestinya boleh dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling sahaja, tetapi
6

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


sebaliknya kita sebagai guru biasa juga boleh memainkan peranan tersebut dalam
mengatasi masalah yang berlaku dalam kalangan murid-murid di sekolah seperti kes
ponteng sekolah ini. Berkemungkinan daripada sesi kaunseling secara individu ini
boleh dapat membantu murid daripada terus-menerus bekelakuan negatif di
sekolah. Hal ini kerana sesi kaunseling individu ini akan membuat murid itu membina
kemahiran dan keyakinan untuk menyelesaikan masalah diri sendiri serta membantu
murid supaya membuat keputusan secara rasional dan praktikal. Secara tidak
langsung akan menjalinkan hubungan baik di antara kita dan murid berkenaan sekali
gus mengubah pemikiran tidak rasionalnya yang mana murid membuat andaian
dengan mengatakan bahawa semua guru telah membenci dan tidak menyayangi
dirinya. Maka, di sekolah tiada seorang pun yang dia boleh bergantung harap dan
percayai. Merujuk kepada Pietrofesa (1971) telah menyenaraikan empat jenis
kaunseling individu iaitu kaunseling krisis, kaunseling pembekal kemudahan,
kaunseling pencegahan dan kaunseling perkembangan. Berdasarkan permasalahan
oleh murid tersebut, saya merasakan jenis kaunseling yang sesuai adalah
kaunseling perkembangan yang mana kaunseling ini akan menolong murid itu
membina konsep diri dan perkembangan individu dalam hubungannya dengan orang
lain dan persekitaran.
Cara yang seterusnya yang akan mengatasi masalah murid yang ponteng
sekolah ini adalah peranan guru mata pelajaran bagi kelas subjek ini. Sebagaimana
yang kita tahu, tugas sebagai seorang guru adalah memberikan proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) yang terbaik kepada murid-murid. Oleh itu, bagi murid ini,
saya berpendapat berkemungkinan keinginannya untuk ke sekolah ini terbantut
kerana semua guru mata pelajaran di kelas tersebut telah menjadikannya sasaran
semasa P&P dijalankan. Hal ini sedikit sebanyak boleh mengganggu emosinya
untuk belajar. Murid tersebut merasakan guru-gurunya sengaja menjadikan dirinya
sebagai bahan untuk ditertewakan oleh rakan-rakan kerana murid itu sedia maklum
pencapaiannya dalam bidang akademik tidak cemerlang seperti rakan yang lain.
Selain itu, melalui pemerhatian, P&P yang dijalankan dalam kelas murid itu agak
membosankan bagi kelas yang muridnya lemah seperti subjek ini. Berdasarkan
pembacaan dan pengalaman yang ada, murid-murid ini lebih mudah faham sesuatu
jika mereka belajar daripada aktiviti yang menarik seperti bermain. Maka, sebagai
7

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


seorang guru, kita haruslah merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang
mungkin akan menarik minat subjek ini untuk datang ke sekolah dan akan merasa
satu

kerugian

jika

ketinggalan

di

dalam

kelas.

Guru

perlu

merancang

pembelajarannya secara sistematik sebelum memasuki ke bilik darjah. Perancangan


untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dibuat oleh guru perlu
mengambil pertimbangan dari segi objektif pembelajaran, isi pengajaran, bahanbahan bantu mengajar, aktiviti pembelajaran dan pengurusan kemudahan. Semasa
membuat perancangan P&P ini, perkara yang paling utama yang perlu diambil
perhatian ialah objektif pembelajaran yang mana guru haruslah memastikan bahawa
ianya ditentukan berdasarkan kepada sasaran sukatan pelajaran, pengetahuan
sedia ada murid dan tahap kebolehan mereka. Objektif pembelajaran biasanya
disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu perubahan tingkah laku murid
dapat dikesan secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah
selesai dijalankan. Pemilihan isi pembelajaran yang telah dipilih untuk disampaikan
hendaklah boleh membantu murid-murid mencapai objektif pembelajaran mereka.
Pemilihan strategi dan kaedah mengajar pula berkait rapat dengan pencapaian
objektif pembelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan
guru merancang isi pembelajaran lebih sistematik dan mampu menarik minat murid
ini meneruskan pembelajaran di dalam kelas termasuklah murid-murid yang lain
sekali gus mencapai objektif pembelajaran yang

dikehendaki. Selain itu,

perancangan pengajaran ini meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan bantu
mengajar yang akan digunakan semasa sesi P&P dijalankan di dalam kelas oleh
guru ataupun murid-murid. Dengan adanya bahan bantu mengajar ini, sesi P&P
yang dijalankan akan bertambah menarik dan menyeronokkan murid-murid untuk
belajar.(http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/lima-peranan-guru-sebagaipembimbing-di.html).
Sebagai guru biasa dan bukannya guru bimbingan dan kaunseling yang
terlatih, kita boleh juga membantu, membimbing murid-murid mengatasi masalah
dan membuat keputusan. Guru hendaklah sentiasa peka dan mengambil berat
tentang setiap pergerakan dan tingkah laku murid-murid terutamanya murid-murid di
dalam kelas yang kita mengajar. Sebagai contoh, guru kurang memberikan
perhatian terhadap tingakah laku murid di dalam kelas selama ini dan telah bertindak
8

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


secara drastik dengan terus membawa masalah ponteng sekolah ini ke pihak
atasan. Kita sedia maklum bahawa murid-murid yang bermasalah disiplin ini akan
dikenakan hukuman yang keras seperti dirotan jika dibawa ke pihak atasan iaitu
Lembaga Disiplin Sekolah dan Guru Besar. Hal ini kerana pihak atasan
beranggapan murid ini telah melakukan kesalahan disiplin yang teruk sekiranya
mereka ini telah dibawa untuk dirujuk ke pihak atasan untuk diambil tindakan.
Tindakan yang sepatutnya diambil oleh kita sebagai guru biasa untuk murid ini ialah
mengenal pasti perubahan yang ketara yang dapat dilihat daripada tingkah laku
murid ini, sebagai contoh murid tersebut mula tidak menumpu perhatian semasa
P&P dijalankan, kerap tidur di dalam kelas, bergaduh dan membuli murid-murid lain
dan sebagainya. Selepas membuat beberapa pemerhatian terhadap murid ini, guru
boleh beranjak kepada langkah yang seterusnya iaitu memainkan peranannya
sebagai pembimbing, dengan menyelami masalah yang menyebabkan subjek
bertindak

sedemikian

dan

seterusnya

membimbing

subjek

mencari

cara

menyelesaikan masalah secara positif supaya murid ini tidak mengulangi sikap
negatifnya itu. Bagi murid yang telah mengalami masalah sosioemosi ini, seperti
rasa malu, kecewa, marah dan sebagainya, kita hendaklah membimbing murid ini
supaya dapat membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif dengan murid-murid yang lain.
Memang tidak dapat dinafikan, kita sebagai guru mempunyai pengalaman
hidup yang lebih banyak jika dibandingkan dengan murid-murid. Maka, guru boleh
menggunakan pengalamannya yang lepas dan pengetahuan yang sedia ada tentang
asam garam kehidupan ini, untuk membimbing murid tersebut membuat keputusan
yang

bijaksana

dan

rasional

dalam

mengatasi

masalah

seperti

masalah

keluarganya. Namun, kita perlu ingat dan tahu bahawa kita hanya memberikan
cadangan kepada murid ini mengenai cara mengatasinya, tetapi hak untuk membuat
keputusan adalah di tangan murid itu sendiri. Guru perlu memastikan keputusan
yang dipilih oleh murid ini perlulah berasaskan nilai-nilai murni dan agama.

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


PERBANDINGAN TEORI BEHAVIORIS & TERAPI RASIONAL EMOTIF
Teori adalah satu andaian yang mengandungi beberapa idea untuk
menjelaskan sesuatu kejadian atau sesuatu fenomena. Fungsi sesuatu teori itu ialah
untuk:
(a) menjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa
pemerhatian;
(b) menggunakan sesuatu teori untuk menguasai keadaan tertentu; dan
(c) menggunakan sesuatu teori untuk membuat ramalan.
Sama ada kaunseling memerlukan teori atau tidak bergantung kepada
individu pengamal profesion kaunseling itu sendiri. Misalnya, Arnold Lazarus (1981)
mengatakan bahawa kaunselor atau terapis tidak memerlukan teori. Ada pula yang
mengatakan bahawa pandangan sesuatu teori itu diberikan taraf kepentingan yang
begitu tinggi yang tidak sepatutnya (Smith & Glass, 1977). Pandangan begitu
berasaskan dakwaan bahawa semua kaunselor dan ahli terapis melakukan aktiviti
yang sama, mendapat keputusan yang sama, malah ada yang menggunakan teknikteknik yang tidak bersangkut paut dengan teori yang didukungnya. Ini bermakna
teori yang didukungnya itu nampaknya tidak memberi apa-apa faedah.
Jerome Frank (1971), pula berpendapat bahawa teori amat penting kepada
orang yang mengamalkannya. Baginya, teori itu penting sebab ia memberi erti,
keyakinan, dan halatuju kepada kaunselor. Jadi, kita boleh membuat kesimpulan
daripada keterangan Frank bahawa teori memberi fokus kepada kaunselor tentang
apa yang dilakukannya terhadap kliennya. Dengan demikian, kaunselor dapat
memberi sepenuh perhatian dan tenaga terhadap apa yang difikirkannya menjadi
punca masalah yang dialami oleh kliennya.

10

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


Teori Behavioris, Teori Rasional Emotif dan Teori Pemusatan Perorangan
adalah antara teori-toeri kaunseling yang sering diperbincangkan. Kamus Dewan
(1986) telah mendefinisikan teori sebagai pendapat yang dikemukan untuk
menerangkan sesuatu ilmu pengetahuan ataupun asas-asas kasar yang menjadi
dasar pembentukan sesuatu pengetahuan. Hal ini bermakna teori merupakan suatu
penerangan terhadap sesuatu perkara dan akibatnya boleh didasarkan kepada
tindakan masa hadapan. Muhd Mansur Abdullah ( dalam Sapora Sipon & Hapshah
Yusof 1987) pula mengatakan bahawa hampir keseluruhan teori kaunseling
membicarakan tentang manusia mengubah tingkah laku yang juga meliputi teori
pembelajaran dan teori keperibadian, maka ia menjadi saling berkaitan antara satu
sama lain.
Teori dalam kaunseling juga memainkan peranan yang sangat penting kerana
kaunseling yang berlandaskan teori yang baik akan dapat menghasilkan rawatan
yang berkesan dan diterima ramai. Perkara ini diperkuatkan lagi oleh pandangan Gill
dan Johnson (1977) yang menjelaskan sekiranya kelompok ingin menjadi lebih
kreatif, ia memerlukan asas teoritikal yang kuat dan perlu diterjemahkan dan
dipraktikkan dalam latar belakang sesi kelompok yang sebenar.
Setiap teori yang dinyatakan diatas mempunyai keunikan dan pendekatan
yang berbeza-beza mengikut klien. Teori-teori ini dapat dibezakan dari pelbagai
aspek seperti pandangan sesuatu teori terhadap manusia, pendekatan yang
digunakan oleh kaunselor dan kekuatan serta kelemahan teori tersebut. Saya telah
memilih untuk mengulas 2 daripada 3 teori yang telah dinyatakan iaitu teori
Bahavioris dan teori Rasional Emotif( Kognitif ) mengenai 3 aspek iaitu;
a) pandangan teori terhadap manusia
b) pendekatan yang digunakan kaunselor
c) kekuatan dan kelemahan teori

11

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


Teori Behavioris
Teori behavioris ini bermula dalam tahun 50-an dan awal 60-an. Pengasas
teori ini ialah Burrhus Frederick (B.F.) Skinner. Beliau dilahirkan pada tahun 1904 di
Susquehana, Pennsylvania. Beliau mempunyai latar belakang kawalan tingkah laku
yang ketat. Pada masa kecil, Skinner mempunyai tarikan kepada benda-benda yang
mekanikal.
Apabila dewasa, beliau mempunyai minat mereka cipta alatan. Beliau berpen
dapat bahawa tingkah laku dan personaliti ditentukan oleh keadaan atau kejadian
yang lalu dan yang ada pada masa sekarang dan bukan terpengaruh oleh tarikan
dalaman.Beliau juga berpendapat bahawa pakar psikologi patut memberi perhatian
kepada tingkah laku yang dilihat dan diterangkan.
Mereka

yang

bertanggungjawab

dan

memperluaskan

terhadap

teori

kaunseling tingkahlaku ini ialah Dolland & Miller, 1950; Wolpe, 1958, 1969; Ullmann
& Krasner, 1965;Phillips & Wiener, 1966; Stampfl & Levis, 1967; Lazarus, 1968;
Bandura, 1969;Krumboltz & Thoresen, 1969; Beck, dan Eysenck. Teori ini
bersandarkan kepada teori pembelajaran yang mana ia memberi tumpuan kepada
tingkah laku berdasarkan kepada prinsip-prinsip pembelajaran manusia.
Kaunseling behavioris ini adalah satu proses yang memerlukan pengenepian
pembelajaran yang tidak diterima serta mengilatkan lagi pengalaman pembelajaran
yang membolehkan klien mempelajari tindak balas yang tepat.Tujuan pendekatan
tingkah laku ini adalah menolong manusia sama ada memilikitingkah laku yang telah
diubahsuai bertindak balas atau menghapuskan segala respon yang salah itu agar
dia lebih efektif atau semakin berkurangnya tingkah laku ketewasan-kendirinya
sebagai hasilnya. Justeru itu disyorkan agar ahli psikologi patut memberikan
perhatian dan penumpuan kepada tingkah laku yang dapat dilihat dan boleh
diterangkan.
Teori kaunseling ini secara relatifnya adalah pendekatan baru yang
berlandaskan kepada teori-teori terdahulu, iaitu teori pembelajaran yang dikenal
sebagai fahaman tingkah laku. Berdasarkan teori inilah tingkah laku pada dasarnya
mempunyai kaitan dengan perubahan tingkah laku seseorang. Selagi tidak
12

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


mengetepikan cara klien merasai dan memikirkannya, kaunselor tingkahlaku
menekankan kepada beberapa tingkah laku yang khusus, dan menumpukan
bahawa ia adalah perubahan tingkah laku dalam cara manusia itu berfikir dan
merasai tentang diri.
Pendekatan ini berpendapat bahawa tingkahlaku dan personaliti adalah
ditentukan oleh keadaan ataupun kejadian masa lalu dan juga kejadian yang terjadi
mengubah

tingkah

laku

yang tidak

terselindung kliennya.

Matlamat

utama

pendekatan ini ialah menekankan kepada tanda yang beralih; kadang-kadang


diandaikan bahawa perubahan terhadap tingkah laku tanpa berselindung ituakan
mengakibatkan tindak balas berfikir, tetapi ramai kaunselor tingkah laku yang
tidakmemikirkan tentang tingkah laku subjektif kliennya. Tanda-tanda peralihan
dirujukkan kepada penghapusan masalah tingkah laku klien.
Oleh yang demikian, kaunseling atau terapi tingkah laku menekankan kepada
dimensi kognitif manusia dan memberi beberapa cara berorientasikan tindakan
dalam mengambil langkah tertentu bagi mengubah tingkah laku mereka yang tidak
wajar.

PANDANGAN TEORI TERHADAP MANUSIA


Teori behavioris menganggap manusia sama sahaja, tidak ada yang baik dan
tidak ada yang jahat. Semasa lahirnya mereka adalah saksama, masing-masing
mempunyai potensi seimbang ke arah menjadi sama ada baik ataupun jahat.
Hasilnya,ahli-ahli teori behavioris tidak sepenuhnya memberikan definisi tabiat asas
kemanusiaan

itu

yang

boleh

membantu

teori-teori

mereka

sendiri.

Bagaimanapun,Dustin dan George menyenaraikan empat andaian berhubung


dengan tabiat kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah yang menjadi inti
kepada kaunseling behavioris itu sendiri.
1.Manusia

itu

dilihat

sebagai

manusia

biasa,

tidak

ada

yang

penuhnya jahat atau sepenuhnya baik, tetapi adalah sebagai organism


berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku.

13

sepenuh-

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


2.Manusia berkeupayaan memaham konsep serta mengawal tingkah lakunyasendiri.
3.Manusia berupaya memperolehi tingkah lakunya yang baru.
4.Manusia

mempunyai

keupayaan

untuk

mempengaruhi

tingkah

laku

lainsebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah lakunya sendiri.


Bagi kaunselor behavioris, individu adalah hasill daripada pengalaman. Ahliahli behavioris melihat tingkah laku yang salah terima itu sebagai seseorang yang
mempelajari tingkah lakunya, perkembangan dan pembaikannya adalah sama
dengan sebarang tingkah laku lain. Satu implikasi daripada pandangan begini ialah
tidak adanya tingkah laku yang salah terima bagi diri mereka itu. Selain itu sesuatu
tingkahlaku itu menjadi wajar disebabkan seseorang itu menganggapnya tidak
begitu.Setengah-setengah tingkah laku mungkin dianggap wajar di rumah, tetapi
tidak wajar disekolah, begitu juga sebaliknya.
Implikasi kedua terhadap tingkah laku salah terima begini ialah sebagai
pembelajaran bahawa sesuatu idea yang dibawakan oleh tingkah laku bagi satu
hasil yang memuaskan atau menolong mengurangkan hasil-hasil yang tidak
memuaskan itu daripada terus meningkat. Oleh kerana tingkah laku salah terima ini
dipelajari, mungkin juga tidak perlu di pelajari.
Dalam hubungan dengan tingkah laku begini bagi terapi, ahli-ahli tingkah laku
selalunya menganggapkan paradigma-tindak balas-pendorong merupakan corak
asas pembelajaran bagi semua manusia. Setiap manusia itu bertindak secara
teorinya meramalkan cara untuk apa juga pemberian rangsangan, bergantung
kepada pengalaman-pengalaman masa lalunya serta gerak rangsangnya.
Dalam hal ini, seseorang manusia tidak berbeza daripada haiwan melainkan
tindak balasnya terhadap rangsangannya sahaja yang lebih kompleks dan ia terjadi
pada tahap lebih tinggi daripada sudut organisasinya dan pengkonsepsiannya.
Perlakuan

atau

tingkah

laku

itu

adalah

berfungsi

daripada

rangsangan.

Pengurangan ini merupakan faktor-faktor kompleks yang mempengaruhi tindak


balas manusia terhadap rangsangan serta membenarkan ahli-ahli tingkah laku
menumpukan masalah-masalah yang khusus seperti tindak balas terhadap set
rangsangan yang tersedia itu.
14

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


PENDEKATAN / TEKNIK-TEKNIK YANG DIGUNAKAN KAUNSELOR
Adalah penting bagi seseorang kaunselor itu menentukan tingkah laku yang
manakah yang tidak boleh diubahsuaikan dan dalam situasi bagaimana pula tingkah
laku begitu boleh berlaku. Kebanyakan perangai salah laku mempunyai perasaan
resah dan gelisah di peringkat pangkalnya. Perasaan takut ataupun resah adalah
merupakan satu emosi yang dialami dan merupakan tindak balas terhadap
penggerak nuetral yangdiberikan oleh kaunselor dan ia dibuat beberapa kali dengan
rasa kesakitan.
Mengikut kaunseling Wolpe, penumpuan terhadap membasmi tindak resah
pada kelemahan dilakukan dengan cara memperkenalkan satu tindak balas yang
lebih bersaingan. Menurutnya lagi jika tindak balas penentang kepada tindak balas
resah boleh dibuat dan diwujudkan dalam bentuk mendorongkan terhasilnya
keresahan, ini mungkin akan melemahkan tindak balas penggerak kebimbangan itu
sendiri. Ada beberapa tindak balas yang boleh digunakan dalam proses kaunseling
mengikut Osipow & Walsh (1970) dan Patterson (1973).
1.Mengenal pasti kawasan penggerak yang berkaitan dengan tidak balas resah dan
salah laku berikutnya.
2.Klien diajarkan merelakskan tubuhnya serta menggalakkan dia mempraktikkan
tatacara releks di luar temu bual. Tindak balas releks digunakan untuk bersemuka
dan melemahkan tindak balas penggerak-resah.
3.Dalam satu keadaan releks, kaunselor menyuruh kliennya menggambarkan urutan
kejadian atau peristiwa yang berkaitan dengan tindak balas resah.
4.Perkembangan proses selanjutnya dihentikan apabila klien mengalami resah.
5.Klien mampu mengawal tindak balas resah dengan melawannya semula bersama
releksasi yang diperolehi, asertif ataupun tindak balas seksual.

15

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


Kaunselor behavioris selalunya kurang mengambil berat terhadap proses,
sebaliknya memusatkan segalanya pada matlamat kaunselingnya. Apabila matlamat
kaunseling sudah dikenal pasti semasa proses terapinya oleh klien, keadaan baru
bagi pembelajaran tercipta. Rasionalnya, semua tingkah laku adalah dipelajari
termasuk juga tingkah laku yang tidak diterima itu sendiri.
Kaunseling

behavioris,

suatu

proses

yang

memerlukan

pengetepian

pembelajaran yang tidak diterima serta mengilatkan lagi pengalaman pembelajaran


yang membolehkan klien mempelajari tindak balas yang betul dan tepat. Blackham
dan Silberman (1975) telah memberikan enam langkah bagi menambahkan
frekuensi atau meneguhkan lagi tingkah laku yang diingini.
1.Mengenalpasti dan mencatatkan tingkah laku yang akan diubahnya dalam bentuk
pelaksanaan.
2.Mencapai garis dasar hasrat tingkah laku yang diingini.
3.Mengatur suasana di mana sasaran tingkah laku iu boleh wujud.
4.Mengenalpasti

potensi

rangsangan

dan

perkara-perkara

yang

boleh

memperkuatkan dorongan.
5.Memperkuatkan keinginan sasaran tingkah laku atau penganggaran sesuatu
kejayaan.
6.Menilai kesan peraturan rawatan dengan melihat pembaikan pada rekod
perubahan pada sasaran tingkah laku itu.
Walau hampir semua para ahli kaunselor behavioris mempercayai matlamat
kaunseling mesti diperbaiki mengikut individu kliennya, terapi ini boleh dikatakan
mempunyai lima matlamat umum:
1.Meminda tingkah laku yang tidak diterima oleh semasa berterapi.
2.Membantu klien mempelajari dengan lebih berkesan akan proses membuat
keputusan.

16

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


3.Mencegah dan melindungi dari masalah masa depan.
4.Menyelesaikan tingkah laku yang bermasalah khas, seperti yang diminta oleh
klien.
5.Mencapai perubahan-perubahan tingkah laku yang diterjemahkan kepada tindakan
dalam hidup seseorang.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEORI


Kelebihan teori behavioris ini adalah menggalakkan klien untuk sedar akan
tingkah laku yang perlu diubah. Melalui teori ini juga, klien mampu untuk menilai
perubahan tingkah laku untuk menjadikannya satu yang lazim dalam kehidupan
harian. Contohnya apabila klien sedar akan perlakuannya yang negatif dan
menyebabkan impak kepada orang lain, klien akan mengubah tingkah lakunya
menjadi positif dan diterima oleh orang lain. Justeru itu, klien akan mula menyedari
kekuatan pengukuhan dalam kelompok sebagai satu sumber sokongan psikologi
dan sosial. Klien akan mudah untuk berusaha membentuk, meneguh, meninggalkan
atau mengubahsuai tingkah laku mereka dalam persekitaran
Kelemahan yang paling kerap didengar ialah teori behavioris hanya sesuai
mengubah tingkah laku biasa yang belum berakar umbi dalam diri seseorang.
Kaunseling behavioris tidak menganalisa dengan mendalam tingkah laku tersebut, ia
hanya bersifat sementara. Dalam setengah kes, perubahan tingkah laku mungkin
hanya terjadi dalam jangka masa yang singkat sahaja, selepas itu masalah akan
berulang semula. Kaunseling behavioris pada dasarnya boleh mengawal dan
mengubah tingkah laku, andainya kebolehan ini dimiliki oleh orang yang tidak sesuai
ia akan digunakan dan dimanipulasi untuk kepentingan sesuatu golongan dan ini
pasti akan mengancam kesejahteraan masyarakat.Bagaimanapun seperti yang kita
maklum kaunseling tingkah laku bukanlah hanya satu pendekatan kaunseling yang
ada, ia hanya salah cara yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat murni
kaunseling dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan seimbang.

17

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


TEORI RASIONAL EMOTIF
Teori Rasional Emotif telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada
tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini terbina apabila beliau
mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam
dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau
telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan
dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai
bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah laku kognitif.
Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap
kerana ada individu yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan
psikoanalisis. Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada
kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di
dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan
digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama
di dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat pendidikan
daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah
dengan tepat dan mengajar.
RET juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori
yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori
Psikoanalisis, Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh
teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku.
Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan
dan membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar,
mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak
rasional.
Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang
tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat
mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia
merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat
semula

sistem

kepercayaan

yang

membuatkan

dirinya

menderita

dengan

menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan


18

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang
signifikan dengannya.
Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang
lain dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan
datang. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya
mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana
fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai
seorang guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi
ini.
Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai
keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional.
Tingkah laku rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif,
manakala tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak
gembira dan menghasilkan output.

PANDANGAN TEORI TERHADAP MANUSIA


Hubungan emosi dan pemikiran adalah berhubung rapat dan tidak boleh
untuk dipisahkan. Oleh sebab itu segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak
rasional itu berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dan pembelajaran .
Menurut George

dan Cristiani (1995)

telah

mengandaikan

bahawa

manusia

bertindak sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan
tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan
seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan
tersebut sebagai keperluan yang utama. RET juga memandang bahawa manusia
dilahirkan

dengan

pengiktirafan

diri

beberapa
tetapi

kecenderungan

mereka

akan

ke

arah

perkembangan

mengkhianatinya

disebabkan

dan
oleh

kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang
telah mereka pelajari.

19

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


Menurut Gerald

Corey (1996)

pula

mendapati

bahawa

terapi

RET

berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk


berfikiran secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara
dirinya,

bergembira,

berfikir,

menterjemahkan

diri,

sayang

menyayangi,

berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia
juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka
menangguh

untuk

membuat

sesuatu,

mengulangi

kesilapan,

tidak

sabar,

mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba


mengelakkan pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi.
Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa RET, membuat andaian
tentang gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak
rasional. Hubungan antara emosi dan pemikiran terlalu rapat sehingga tidak boleh
dipisahkan kedua-duanya. Manusia juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk
berfikiran secara lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional. Manusia
sendirilah yang menyebabkan dirinya merasa terganggu dan gangguan itu bukanlah
disebabkan oleh sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri individu itu sendiri.
Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang dikembangkan
oleh Ellis dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa
manusia perlu mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran
yang tidak rasional. Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan
manusia menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem kepercayaan
mereka.
Menurut teori RET, seseorang yang bermasalah akan mempunyai suatu
sistem kepercayaan atau suatu belief system yang penuh dengan kepercayaan
yang tidak rasional mengenai perkara yang dilihat atau dialaminya. Albert Ellis telah
memberikan beberapa idea tentang pemikiran yang tidak rasional, antaranya adalah
seseorang individu mempercayai bahawa ia mesti disayangi oleh orang-orang
penting atau signifikan kepada dirinya seperti ibubapa, adik-beradik dan rakanrakan. Individu juga percaya bahawa ia mesti membuktikan bahawa ia seorang yang
berkebolehan dan berkemampuan. Seseorang individu juga mempercayai bahawa
jika terdapat individu yang lain melakukan kesalahan atau tidak berlaku adil, maka
20

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


seharusnya ia dikutuk dan menyalahkan dirinya dan dilihat sebagai orang yang tidak
baik. Masa lampau juga dianggap sangat penting kerana ia mempengaruhi hidup
seseorang individu. Ellis mempercayai bahawa masa lampau itulah yang akan
menentukan perasaan seseorang individu pada masa kini.

PENDEKATAN / TEKNIK-TEKNIK YANG DIGUNAKAN KAUNSELOR


Teori Emosi Rasional telah memberikan beberapa teknik kepada kaunselor
iaitu teknik kognitif, teknik emotif dan teknik behavioral. Teknik kognitif iaitu
menstruktur semula pemikiran dan kepercayaan tak rasional melalui A-B-C-D-E. A
bermaksud peristiwa yang menggerakkan, B pula sistem kepercayaan manakala C
bermaksud akibat seterusnya D bermaksud mencabar kepercayaan tidak rasional
dan E mempunyai maksud kesan. Contohnya, seorang murid yang telah gagal
dalam peperiksaan UPSR berasa amat kecewa (C) kerana dia mempercayai (B)
bahawa masa depannya sudah terjejas dan bukan kerana peristiwa gagal dalam
UPSR (A). Dalam hal ini kaunselor hendaklah membetulkan sistem kepecayaan (B)
yang tidak rasional itu iaitu dengan mengatakan masa hadapan tidak terjejas
selama-lamanya kerana dia boleh mengambil peperiksaan PMR dan mendapat
kecemerlangan jika berusaha.Kepercayaan baharu ini adalah lebih rasional dan
situasi ini dinamakan D. Setelah mencapai D (kepercayaan rasional) klien akan
mengalami perasaan E iaitu kesan di mana klien berasa tenang dan lega.
Suasana empatiy6 perlu disediakan agar klien dapat merasai kaunselor
sedang mendengar apa yang disampaikan. Terapi RET biasanya menjelaskan tujuan
terapi sebelum meneroka kepada masalah. Kaunselor juga perlu mewujudkan
suasana yang selesa kepada klien dan meminta klien mencerita mengenai
persoalan yang ingin dibincangkan. Selepas bertanya klien apa yang hendak
dibincangkan, kaunselor seterusnya kenalpasti peristiwa yang berlaku A, sistem
kepercayaan klien, kesan kepada emosi dan tingkahlaku.
Terapi RET membenarkan kaunselor megngunakan teknik secara fleksibel.
Kaunselor boleh menggunakan teknik dan prosedur secara elektrik. Kesemua teknik
tingkahlaku boleh digunakan oleh kaunselor RET. Tambahan itu Ellis menggunakan

21

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


berbagai kaedah megajar klien seperti menggunakan pamlet, buku, perakam kaset,
filem, projektor, komputer danlainnya. Untuk menunjukkan pemikiran tidak rasional
klien yang mengganggu kehidupannya. Ellis merasakan teknik seperti kartarsis,
analisis mimpi, perkaitan bebas, interpretasi penentangan dan analisis transferen
berjaya membantu klien mengenali pemikirannya yang tidak rasional tetap
mengambil masa yang lama.

Selepas itu kaunselor RET mula memainkan peranan yang aktif dari segi
mengajar semula klien. Kaunselor menunjukkan punca ketidak rasionalan pemikiran
yang menjadi gangguan hidupnya. Klien ditunjukkan ayat-ayat yang tidak rasional
dan tidak logik yang selama ini telah dihayati oleh klien. Kaunselor akan cuba
membuangkan idea-idea ini dari pemikiran klien, menunjukkan bagaimana berfikir
semula.
Ellis juga menekankan penggunaan tugasan kerja rumah yang diberi oleh
kaunselor. Kerja rumah ini termasuk memberi kerja untuk dicuba oleh klien di luar
sesi, menggalakkan klien mengambil risiko atau membiarkan klien merasa gagal
semasa mencuba sesuatu tingkahlaku.

Kerja rumah juga termasuk melakukan kerja-kerja kognitif seperti membaca


bahan khusus seperti borang menolong sendiri untuk menganalisis konsep ABC dan
bekerja kearah mempertikaikan pemikiran yang tidak rasional. Hasilnya klien
diharapkan dapat mengantikan falsafah yang tidak rasional kepada yang rasional
dan logik. Tambahan itu kaunselor mengarah klien kepada idea-idea utama yang
tidak rasional yang telah menjadi budaya pemikiran masyarakat dan memberikan
idaea yang rasional serta menewrkan perlindungan kepada gangguan pada masa
akan datang.

22

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


KELEBIHAN & KELEMAHAN TEORI
Teori Rasional Emotif bermatlamat untuk mengajar klien berfikir dan
bertingkahlaku secara rasional. Walau bagaimanapun, mereka bebas untuk memilih
antara tingkah laku negatif dan tingkah laku positif. Dengan kata lain mereka diajar
untuk bertanggungjawab atas pemikiran masing-masing dan konsekuen tingkah laku
yang berikutan. Secara amnya, dapat dilihat pendekatan ini cepat sampai kepada
masalah yang dihadapi oleh klien. Oleh itu, penyelesaian masalah juga dapat
dilakukan dengan segera. Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat
digunakan dalam menghadapi gejala yang lain dan kebiasaannya klien akan
merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara
berfikir. Hal ini kerana melalui Teori Rasional Emotif klien diajar untuk menerima diri
sendiri. Khayalan rasional emotif melatih klien untuk berfikir, berasa dan bertindak
sama seperti dalam realiti kehidupan masing-masing.
Walaupun Teori Rasional Emotif mempunyai banyak kekuatan, ia juga tetap
memiliki kelemahan yang tersendiri. Antaranya teori ini kurang sesuai bagi klien
yang tidak mampu melibatkan diri dalam proses kognitif seperti mereka yang
mengalami kerencatan akal, kecederaan otak, psikosis atau mania. Walau
bagaimanapun terdapat klien yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah,
biarpun terdapat juga klien yang tidak begitu sesuai untuk dibantu dengan kaedah
yang sedemikian yang berasaskan kepada logik kerana aras kognitif mereka yang
rendah. Seperti sesetengah kes pula, terdapat setengah klien yang begitu terpisah
dari realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali untuk
dicapai. Klien juga ada yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar
untuk mereka menerima analisa logik dengan baik. Berbeza pula dengan setengah
klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya di
dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup
mereka.

23

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


REFLEKSI
Saya amat bersyukur kerana kerja kursus ini tiba pada masa yang sesuai iaitu
pada awal semester. Pada masa inilah, kita mempunyai masa yang lebih lapang dan
banyak. Oleh itu, kerja kursus ini tidak banyak memberi tekanan kepada saya.
Dalam kerja kursus ini berfokus dalam aspek orientasi khidmat bimbingan &
kaunseling. Dalam tugasan ini, saya perlu menyediakan satu laporan mengenai
aspek orientasi perkhidmatan dan contoh-contoh program yang dianjurkan oleh unit
bimbingan kaunseling sekolah. Ini tidak dapat dinafikan bahawa kerja kursus ini
adalah sangat menarik perhatian saya. Dengan ini, saya mendapat peluang untuk
mengkaji teori-teori kaunseling yang berguna. Saya juga berharap saya dapat
memahami lebih banyak maklumat tentang orientasi khidmat bimbingan &
kaunseling supaya menggunakan pada pelajar-pelajar masa depan.
Semasa menerima kerja kursus ini, En. Aznan Bin Mat Akhir telah memberi
penerangan yang sangat jelas kepada saya. Dengan itu, saya bermula
mendapatkan pelbagai sumber maklumat daripada perpustakaan, laman web serta
menanya soalan pada pensyarah. Dalam proses ini, masalah yang dihadapi oleh
saya ialah memahami maklumat-maklumat yang dapat dicari kerana kebanyakkan
maklumat ini adalah dalam bahasa Inggeris.
Akhir kata, saya ingin meminta maaf

ke atas kesilapan yang saya telah

lakukan kepada ahli kumpulan saya dan rakan-rakan sekalian. Saya juga ingin
berucap terima kasih kepada mereka dan pensyarah kerana memberi sokongan dan
bantuan kepada saya untuk menghabiskan kerja kursus ini.

24

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK


BIBLIOGRAFI
Strategi Pendekatan Penyayang dalam Pendidikan, Haji Mahyuddin bin
Ashaari.
http://i-epistemology.net/attachments/1133_jp-v9n3-%20Strategi
%20Pendekatan%20Penyayang%20Dalam%20Pendidikan%20%20Mahyuddin%20Ashaari.pdf. Dilayari pada 11 Februari 2013.
Peranan Ibu Bapa dalam Menangani Masalah Sosial Remaja, Sapora Sipon.
http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2729/Peranan%20Ibu
%20Bapa%20Dalam%20Menangani%20Masalah%20Sosial%20Remaja.pdf?
sequence=1. Dilayari pada 14 Februari 2013.
Lima

Peranan

Guru

Sebagai

Pembimbing

di

Bilik

Darjah.

http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/lima-peranan-guru-sebagaipembimbing-di.html. Dilayari pada 14 Februari 2013.


Mook Soon Sang. (2010). Bimbingan & Kaunseling Kanak-kanak. Selangor :
Siri Pengajian Profesional.

BORANG REKOD KOLABORASI


NAMA

MOHAMMAD FALAKHUDDIN BIN

HARON
OPSYEN

: MT/PJ/BM

AMBILAN

: JANUARI 2010

MATA PELAJARAN

: EDU 3107 BIMBINGAN & KAUNSELING


KANAK-KANAK

PENSYARAH PEMBIMBING

: EN. AZNAN BIN MAT AKHIR


25

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK

TARIKH

PERKARA
YANG
DIBINCANGKAN

CATATAN

20/1/2013

Menerima soalan tugasan


dan taklimat daripada
pensyarah mata
pelajaran daripada
pensyarah mata
pelajaran En.Aznan B.
Mat Akhir

Tugasan perlu
dihantar
selewat
lewatnya pada
17 Feb 2013.

22/1/2013

Memahami kehendak
soalan tugasan

25/1/2013
10/2/2013

Memikirkan model-model
yang releven untuk
diaplikasikan dalam
menangani masalah
kajian kes

11/2/2011
14/2/2013

Membuat tugasan
mengikut jadual kerja
yang ditetepkan

Membuat jadual
kerja

Membuat
perbincangan
bersama rakan

26

TANDATANGAN

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK

15/2/2013

Menyusun tugasan
Membetul
Membuat pemeriksaan
tugasan dari
segi ejaan
terakhir terhadap tugasan
Membuat
penyusanan
tugasan

16/2/2013

Menyiapkan tugasan

Memeriksa
tugasan

17/2/2013

Menjilid tugasan
Menghantar tugasan

Menghantar
tugasan kepada
pensyarah
pembimbing

27

You might also like