You are on page 1of 1

7.

Mengapakah wujud persaingan negara-negara Eropah untuk mendapatkan tanah
jajahan di seberang laut pada lewat abad ke-19?
PENGENALAN
 Perkembangan kemajuan ekonomi selepas tahun 1870 telah mencetuskan persaingan
antara negara2 Eropah yang berlaku rancak selepas Revolusi Perindustrian
 Penjajahan pada Zaman Revolusi Perindustrian yang bermula semenjak tahun 1870
diistilahkan sebagai Imperialisme Baru.
 Imperialisme- penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang
lemah untuk tujuan mendapatkan keuntungan politik dan ekonomi (terbahagi kepada
Imperialisme lama dan baru)
 Selepas tahun 1870, imperialisme baru berlaku sepenuhnya antara kuasa-kuasa besar
untuk merebut tanah jajahan di Asia dan Afrika
 Imperialisme seberang laut pada abad lewat abad ke-19 telah didorong oleh beberapa
faktor penting.
Faktor2 persaingan negara Eropah mendapatkan tanah jajahan di seberang laut
pada lewat abad ke-19
FAKTOR EKONOMI


Revolusi Perindustrian - menyebabkan pengeluaran pelbagai barangan kilang secara
besar-besaran.
Keperluan Bahan Mentah – spt bijih timah, rempah ratus, getah, kapas, emas –
hamba abdi
Memasarkan Hasil Barangan – mencari pasaran baru – kerana berlaku sekatan
ekonomi di Eropah pada tahun 1880

Penciptaan Telegraf - membawa kepada kemajuan
industri perkapalan –
memudahkan urusan perdagangan – memudahkan proses penyaluran maklumat ke
Eropah

FAKTOR POLITIK
 Simbol Kuasa - Peluasan kuasa dan tanah jajahan yang lebih luas merupakan simbol
kekuatan sesebuah negara - adakalanya telah membawa kepada peperangan
 Kelahiran kuasa baru di Eropah- The Year of Revolution, menyebabkan berlakunya
kebangkitan pembebasan politik dan negara bangsa- telah mendorong pada tercetusnya
Revolusi 1848 - Walaupun gagal tapi telah membuka ruang kepada lahirnya suatu
bentuk pemerintahan baharu yang bersifat lebih terbuka dan kesedaran fikiran bahawa
negara itu boleh di cari dengan menjalankan imperialisme.
 Persaingan untuk mendapatkan kawasan tanah jajahan baru - Perebutan kawasan
antara kuasa Eropah adalah jelas sekali – persaingan atau perebutan kawasan di Afrika
iaitu British, Perancis, Russia, Belgium, Eropah Itali, Jerman dan juga Amerika
Syarikat- juga telah meluaskan kuasa ke India dan negara AT – Cth, Perancis
(Vietnam, Kemboja, Laos), Belanda (INA), Sepanyol & AS(Filipina). *rujuk peta*
KESIMPULAN

Faktor ekonomi merupakan faktor dominan yang memaksa negara-negara besar
khususnya negara Eropah untuk menjalankan imperialisme.
Seterusnya membawa kepada persaingan antara kuasa-kuasa kuat ini hingga beratus
tahun lamanya sehingga abad ke-20 dalam usaha meluaskan tanah dan kawasan koloni
mereka.
Namun begitu, imperialisme yang dijalankan telah membentuk negara-negara yang
wujud hari ini

FAKTOR SISTEM PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN
 Penciptaan Kapal Wap - mempercepatkan kegiatan imperialisme - kapal lebih
selamat dan boleh membawa lebih banyak muatan.
 Terusan Suez - terusan terpenting - merupakan jalan paling singkat dan paling dekat
dengan India, China, Asia Tenggara dan Australia – menyebabkan hubungan Asia
Tengara dengan Eropah semakin pesat

Imperialisme
Kesan Kuasa
Pembukaan
BaratTerusan
Ke Atas Suez
Asia Tenggara,
Pembahagian kuasa penjajah
1914 di Afrika 1885-1914