You are on page 1of 5

KERTAS KONSEP

BADAN KHAIRAT SURAU AL-AMIN (BAKSA)


TAMAN DESA ALAM, SEKSYEN U12
SHAH ALAM SELANGOR

Disediakan Oleh:
Mansor Mohamad
Pengerusi BAKSA
Mei, 2009

1.0

PENDAHULUAN
Khairat kematian adalah satu organisasi yang biasanya ditubuhkan dalam sesebuah kampung,
mukim atau taman perumahan di mana masjid atau surau adalah merupakan institusi penaung
kepada badan khairat kematian. Badan ini berfungsi untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk
kewangan dan tenaga pakar bagi menguruskan kematian. Khairat kematian adalah satu sistem
yang sangat berkesan dalam pengurusan jenazah terutama sekali dari aspek hukum syarak,
disamping dapat mengurangkan beban kewangan dan emosi kepada keluarga si mati. Secara
tradisinya jemaah dalam satu khariah masjid adalah ahli kepada badan khairat kematian yang
menyumbang wang kepada tabung khairat kematian.

2.0

TUJUAN
Tujuan penubuhan badan khirat kematian adalah seperti berikut:
i. Membantu dalam menguruskan kematian ahli dan keluarga ahli dari aspek pengurusan
jenazah dan bantuan kewangan.
ii. Membantu ahli daan keluarga dalam menganjurkan majlis bacaan Al-Quran, Surah Yassin,
tahlil arwah dan lain-lain.
iii. Menganjurkan kursus pengendalian jenazah kepada ahli.
iv. Mengamalkan sunnah dan mengeratkan ukhwah Islamiah di kalangan warga Desa Alam
khasnya dan umat islam amnya.

3.0

NAMA
Badan ini dinamakan Badan Khairat Surau Al-Amin, Desa Alam atau

4.0

singkatannya BAKSA.

ALAMAT
BAKSA akan beroperasi di alamat Surau Al-Amin, No. 2, Jalan Pegaga U12/5, Desa Alam, Seksyen
U12, 40170 Shah Alam, Selangor.

5.0

KEAHLIAN BAKSA
5.1

Umum
Keahlian badan khiarat ini adalah terbuka seperti berikut:
i.

Semua anak kariah Surau Al-Amin yang terdiri dari penduduk Desa Alam dan Cahaya
Alam.
ii. Terbuka kepada umat Islam yang berminat;
iii. Ahli bersendirian; dan
iv. Ahli berkeluarga.
5.2

Maksud-Maksud Keahlian
Anak Kariah Surau Al-Amin
Pemilik Rumah yang tinggal di Desa Alam dan Cahaya Alam; dan
Penyewa Rumah di Desa Alam dan Cahaya Alam.
1

Ahli Bersendirian
Orang dewasa berumur 18 75 tahun

Ahli Berkeluarga
Suami, isteri dan maksima tiga (3) orang anak; atau
Bapa atau Ibu dan maksima tiga (3) orang anak.
Pengecualian:
o
Ibu-bapa, ibu-bapa mertua dan adik-beradik Ketua Keluarga yang tinggal
bersama tidak di kira sebagai Ahli Berkeluarga.
o
Mereka disebut di atas dikira sebagai satu keahlian atau pelan yang berasingan
jika berhasrat menyertai BAKSA.
Anak-anak (yang akan di bayar oleh pihak insuran jika berlaku kematian)
Bayi berumur 6 bulan sehingga berumur 17 tahun, dan/atau;
Anak-anak yang masih belajar di kolej, institut latihan dan universiti, umur layak di
lanjutkan sehingga 23 tahun,
Anak sendiri Ketua Keluarga (suami/bapa/ibu) dan/atau;
Anak tiri dan anak angkat Ketua Keluarga (suami/bapa/ibu) setelah mendapat
pengesahan dari Pengerusi BAKSA.
Anak Ke-4 dan Seterusnya
Bagi Ketua Keluarga yang mempunyai lebih dari 3 orang anak, maka anak yang ke-4
dan seterusnya jika berhasrat dilindungi di bawah BAKSA, dikira sebagai satu plan
berasingan bagi setiap tambahan seorang anak.
Ketua Keluarga
Bermaksud Suami atau Bapa (jika ketiadaan isteri) atau Ibu (jika ketiadaan suami)
5.3

Umur Layak
i. Dewasa dari 18 tahun hingga 75 tahun.
ii. Anak-anak yang berumur dari 6 bulan sehingga 17 tahun (akan dibayar pihak insuran
jika berlaku kematian).
iii. Anak-anak yang masih belajar di kolej, institut latihan atau universiti sehingga umur
23 tahun (akan dibayar pihak insuran jika berlaku kematian).
iv. Bagi ahli khariah yang berumur melebihi umur 75 tahun digalakkan menyertai BAKSA
dengan menyumbang kepada Tabung Ehsan tetapi tidak layak menyertai insuran
takaful.

6.0

SUMBANGAN AHLI
i. Setiap ahli yang menyertai BAKSA akan dikenakan bayaran berjumlah RM 50.00 setahun.
ii. Dari jumlah diatas, sebanyak RM 15.00 akan dicarumkan ke syarikat takaful yang
menawarkan produk khairat kematian.
iii. Sejumlah RM 35.00 lagi merupakan sumbangan ahli kepada Tabung Ehsan.
iv. Bagi ahli yang berumur melebihi 75 tahun, bayaran yang dikenakan berjumlah RM 35.00
sahaja iaitu merupakan sumbangan ahli kepada Tabung Ehsan.

Contoh Skala Pembayaran setahun kepada ahli adalah seperti berikut:


KATEGORI KEAHLIAN
1. Ahli bersendirian
2. Ahli berkeluarga (maksima 3 orang anak)
3. Ahli berkeluarga bilangan anak lebih 3 orang:
Contoh: 4 orang anak
i. Ahli berkeluarga dengan 3 orang anak; dan
ii. Anak ke-4.
Contoh: 5 orang anak
i. Ahli berkeluarga dengan 3 orang anak; dan
ii. Anak ke-4; dan
iii. Anak ke-5.
4. Ahli berumur lebih 75 tahun

BAYARAN
TAKAFUL
(RM)
15.00
15.00

SUMBANGAN
TABUNG EHSAN
(RM)
35.00
35.00

15.00
15.00

35.00
-

65.00

15.00
15.00
15.00
0

35.00
35.00

80.00
35.00

JUMLAH
(RM)
50.00
50.00

Carta 1

7.0

TEMPOH SAH PERLINDUNGAN


i.

Tempoh perlindungan oleh syarikat insuran adalah dari 1 Julai tahun semasa sehingga 30 Jun
tahun berikut.
ii. Oleh yang demikian bagi ahli yang memperbaharui keahlian (renewal), tempoh perlindungan
adalah sepanjang masa selagi mana ahli memperbaharui keahlian sebelum 15 Jun tahun
semasa.
iii. Untuk ahli yang baru berdaftar, tempoh perlindungan oleh syarikat insuran bermula 1 Julai
tahun semasa walaupun pembayaran telah dibuat kepada BAKSA sebelum tarikh berkenaan.
Jika berlaku kematian dalam tempoh selepas pembayaran sehingga 30 Jun tahun semasa
maka pihak insuran tidak akan membuat sebarang pembayaran, bagaiamanapun pihak
BAKSA melalui Tabung Ehsan akan memberikan sumbangan berdasar skala bayaran di Carta
II.
8.0

SYARAT DAN KELAYAKAN TUNTUTAN


Sekiranya berlaku kematian, maka ahli atau ahli kelurga ahli akan diberikan wang tuntutan
seperti berikut:
KELAYAKAN

TAKAFUL (RM)

1. Ahli berumur 18 65 tahun


a. Ahli
b. Pasangan
2. Ahli berumur 66 75 tahun
a. Ahli
b. Pasangan
3. Anak-anak 6 bulan 17 atau 23 tahun
4. Ahli berumur melebihi 75 tahun
a. Ahli
b. Pasangan

JUMLAH (RM)

1 000.00
1 000.00

500.00
500.00

1 500.00
1 500.00

500.00
500.00
500.00

500.00
500.00
500.00

1 000.00
1 000.00
1 000.00

0
0

500.00
500.00

500.00
500.00

Carta II

TABUNG EHSAN
(RM)

Tuntutan hanya yang boleh dibuat oleh:


i. Suami, isteri atau anak yang dewasa.
ii. Sekiranya ahli yang meninggal tidak berwaris, maka sesiapa juga yang menaggung
perbelanjaan pengebumian ahli adalah dibenarkan untuk menuntut bayaran dengan syarat
dijamin oleh dua (2) orang ahli dengan keterangan bukti yang menyakinkan.
iii. Hanya satu pembayaran khairat kematian sahaja dikeluarkan bagi satu kematian. Segala
tuntutan pembayaran hendaklah disertakan atau dibuktikan dengan sijil kematian.
9.0

SYARAT-SYARAT MEMOHON KEAHLIAN


i.

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Keahlian BAKSA/DA/01 dan dihantar ke


Ahli Jawatankuasa BAKSA.
ii. Setiap borang permohonan mesti disertakan dengan bayaran penyertaan secara tunai atau
cek berpalang.
iii. Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat yuran telah dijelaskan dan
alamat baru hendaklah diberitahu untuk mudah dihubungi.
iv. Sekiranya ahli berhasrat untuk menarik diri, maka dia TIDAK BOLEH menuntut segala bayaran
yang telah dibuat.
10.0

KEWANGAN
i.

Sumber kewangan BAKSA akan diperolehi melalui:


a. Sumbangan ahli di dalam Tabung Ehsan.
b. Sumbangan derma, sedekah dan infaq dari individu atau syarikat.
c. Lain-lain ikhtiar dan pendapatan yang halal.

ii.

Sumber kewangan BAKSA akan dibelanjakan atas tujuan:


a. Bayaran kepada ahli melalui Tabung Ehsan seperti dalam Carta II.
b. Bayaran untuk menghantar atau menganjurkan kursus berkaitan pengurusan jenazah dan
kursus-kursus lain yang difikirkan perlu.
c. Lain-lain perbelanjaan yang difikirkan perlu dan mendapat persetujuan Ahli
Jawatankuasa BAKSA.

iii. Sumber kewangan BAKSA tidak boleh dibelanja untuk tujuan persendirian samada untuk
bayaran pendahuluan, pinjaman peribadi atau lain-lain urusan.
iv. Tahun kewangan BAKSA akan bermula dari 01 Julai tahun semasa hingga 30 Jun tahun
berikutnya.
11.0

MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada individu-individu seperti berikut:

1.
2.
3.
4.

NAMA
Mansor bin Mohamad
Hj. Sulaiman bin Abu
Ustaz Mohd Sabirin bin Nordin
Muhammad Afif bin Yusoff

JAWATAN
Pengerusi BAKSA
Setiausaha BAKSA
Pengerusi Surau Al-Amin
Setiausaha Surau Al-Amin

NO. TELEFON
012-2586650
019-2106441
013-3334273
019-3880727