You are on page 1of 2

HARI AKHIRAT SATU KEPASTIAN

Sebelum berlaku kiamat, bencana dan pancaroba menyelimuti


manusia.Peperangan dan persengketaan berlaku sesama manusia dengan
dasyatnya.Akhirnya berlakulah kiamat dengan tiupan sangkakala yang
pertama diikuti dengan kebangkitan semula selepas tiupan tang kedua
oleh malaikat Israfil.Selepas itu bumi berubah dengan alam yang baru
seperti yang dekehendaki Allah.Iman tarmizi dan muslim melaporkan
sebuah hadis,semasa beliau Ibrahim, beliau terus bertanya Nabi
Muhammad, Ya rasul Allah, di manakah manusia semasa itu? beliau
berkata, di atas sirat(jambatan.Sirat adalah suatu jalan atau jambatan
yang terletak di atas neraka jahanam dan semua manusia melaluinya.
Di padanng Mahsyar, keadaan manusia berbeza-beza mengikut amalan
yang dilakukan. Nabi Muhammad bersabda. Pada hari akhirat manusia
dikumpulkan menjadi tiga golongan iaitu berjalan kaki, berkenderaan dan
berjalan di atas muka-muka mereka. Para sahabat bertanya Wahai
Rasullulah, bagaimanakah manusia berjalan di atas muka-muka mereka?
beliau menjawab, Yang maha berkuasa yang menjalankan manusia di
atas kaki-kaki mereka juga berkuasa menjalankan manusia di atas mukamuka mereka.Alangkah sukarnya mereka semasa itu kerana mereka
terpaksa menjaga diri mereka daripada bonggol dan duri di atas
tanah.( Hadis riwayat Tarmizi)
Pada hari akhirat, setiap nabi dikurniakan Allah dengan Telaga khas
sebagai tempat minuman nabi itu beserta dengan umat beliau. Nabi
Muhammad turut dikurniakan dikenali sebagai telaga al-Khautar. Beliau
berkata akulah orang pertama dating ke telaga itu dan setiap yang melalui
tempatku akan meminumnya pasti tidak akan dahaga selama-lamanya
kecuali orang yang murtad. Aku pun berkata Celaka, celaka bagi mereka
yang merubah ajaran agama selepas peninggalanku.( hadis riwayat
Bukhari dan Muslim.)
Di samping itu, Allah mengizinkan golongan tertentu memberi syafaat
iaitu kesejahteraan dan kebaikkan. Syafaat yang paling agung dikenali
sebagai syafaat Uzma khusus buat Nabi Muhammad S.A.W. Beliau berkata
Sesungguhya pada hari akhirat matahari mendekat dan kepanasan
menyebabkan keringat keluar sampai ke paras telinga manusia .Pada saat
itu mereka menemui nabi Adam untuk meminta tolong dan Adam berkata
aku tidak mampu menolongmu. Mereka pun pergi menemui Nabi Musa
dan beliau menjawab seperti Nabi Adam. Kemudian mereka menemui Nabi
Muhammad dan beliau terus menggunakan syafaat beliau supaya
dipercepatkan perhintungan ke atas semua manusia. Di kala itu beliau

mendapat tempat yang terpuji daripada Allah dan pujian daripada semua
makhluk.( hadis diriwayat Daud dan al-Hakimi)
Selepas itu perhintungan pun dilakukan secara adil oleh Allah. Amalan
manusia ditimbang. Allah berfirman yang bermaksud, kami meletakkan
timbangan secara adil pada hari akhirat dan setiap jiwa tidak dizalimi
sedikit pun.Sekiranya amalan itu hanya seberat biji sawi, pasti kami akan
mendatangkan pahalanya.Cukuplah kami sebagai pembuat perhintungan.
(al-anbiyak ayat 47)