1

PENDAHULUAN

Islam diturunkan bagi menjaga kemaslahatan manusia. Oleh itu
berbagai cara dan kaedah yang diwahyukan oleh Allah adalah bertujuan memelihara
kepentingan manusia. Antaranya ialah hukuman Qisas dan Hudud. Hukuman ini
telah ditentukan bagi kesalahan apa dan kadar hukumannya berdasarkan ayat -ayat
al-Qur¶an dan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Konsep Hukum Jenayah Islam iaitu Qisas, Hudud, Diyat dan Ta¶zir
sememangnya adalah paling tepat dan bersesuaian dengan umat Islam. Semua
undang-undang yang diperintahkan oleh Allah bertujuan untuk membentuk akhlak
manusia supaya berasa insaf dengan kesalahan yang dilakukan.

Justeru itu, tugasan ini akan menerangkan lebih lanjut dan secara
mendalam perincian tentang :
Konsep Hukum Jenayah Islam ( Qisas dan Hudud)

Jenis-jenis pembunuhan dan hukumannya.

Maksud, pensabitan dan hukuman salah satu jenayah Hudud : Mencuri

Kebaikan pelaksanaan Hukum Qisas dan Hudud.





2

1.1 Hukum Jenayah Islam : Qisas
Pengertian Qisas

Qisas bermaksud sama, seimbang, setara. Dari segi bahasa, Qisas
ialah memotong. Dapat difahami di sini bahawa Qisas adalah hukuman yang
sama rata, seimbang untuk kedua-dua pihak, dan setara.

Menurut Dr. Wahbah Zuhaili (2004) Qisas dari sudut bahasa beerti
perturutan kesan dan ia digunakan dengan makna pembalasan kerana orang
yang menjalankan Qisas akan menurut kesan jenayah seseorang
penjenayah, lalu memperlakukannya sama seperti jenayahnya. Ia juga beerti
bersamaan. Daripada pengertian ini pembalasan Qisas dipakai menurut
syara

. Ia adalah membalas penjenayah sama s eperti perbuatannya iaitu
bunuh.

Pandangan Hashim Mehat.( t.thn), dari segi bahasa Qisas bermaksud
memotong dua secara sama banyak seperti gunting memotong kain atau
kertas secara sama banyak atau sama ukuran luasnya. Manakala dari segi
istilah pula, Qisas bermaksud hukuman balas yang boleh disamakan dengan
"law of retailiation" atau "law of revenge or Vengeance."

Dari segi sudut syara¶ pula, hukuman yang ditetapkan oleh syarak
melalui nas-nas al-Qur¶an dan hadis-hadis Nabi s.a.w. kerana kesalahan-
kesalahan yang melibatkan hak individu. Dari sudut perundangan Islam,
takrifan Qisas merujuk kepada suatu undang-undang yang wajib
dilaksanakan untuk menunaikan hak manusia .

Qisas ialah kesamaan dan adil, dinamakan qisas ialah untuk mengadili
pihak
1
. Ahmad Fathi Bahansi (1983) berkata qisas diambil dari perkataan
"qassa" yang memberi maksud mengikut. perbuatannya iaitu membunuh.


1
). Al-Qurtubi dalam Kitab Jami͛ al-Ahkam al-Qur͛an.
3

Qisas juga diertikan sebagai kesalahan yang dikenakan hukuman
balas iaitu membunuh dibalas dengan bunuh (hutang nyawa dibayar dengan
nyawa), menghilangkan salah satu dari anggota orang lain, atau
melukakannnya, atau mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut
jenis kesalahan yang dilakukannya. (Kitab al -Fiqhu`alal Mazahibil Aba`ah:
5/244)

Inilah dia definasi qisas secara umum. Ianya satu hukuman yang
dikenakan dengan balasan yang seimbang. Sebagai contohnya, kalau ia
melibatkan pembunuhan, maka ia akan dibalas dengan bunuh. Kalau ia
melibatkan kehilangan anggota badan, maka balasannya juga adalah
menghilangkan anggota badan si penjinayah yang terbabit.
2


Hukuman Qisas

Dalam qanun jinayah syar`iyah, hukuman Qisas adalah seperti
hukuman Hudud, iaitu hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah dan
RasulNya dengan berlandaskan nas-nas al-Qur¶an dan hadis Rasulullah
s.a.w. kerana melakukan kesalahan-kesalahan yang melibatkan hilang nyawa
seseorang manusia atau binasa tubuh badan mereka.

Orang yang wajib dikenakan hukuman Qisas adalah tertakluk di bawah
kesalahan-kesalahan berikut:

i. Orang yang membunuh manusia dengan sengaja.

ii. Orang yang menghilangkan salah satu anggota badan orang lain
dengan sengaja.

iii. Orang yang melukakan atau mencederakan anggota badan orang
lain dengan sengaja.


2
). http://alkhatab.tripod.com/bah1bab3qisasfasal1pembunuhanper98103/
4

Hukuman orang yang melakukan pembunuhan.

Mengikut peruntukkan yang disebutkan dalam qanun jinayah syar`iyah,
mereka yang melakukan pembunuhan wajib dikenakan ke atasnya hukuman
qisas, iaitu pembunuh tadi dibalas dengan hukuman bunuh. Hukuman ini
adalah berlandaskan firman-firman Allah Taala berikut:

a) Firman Allah Taala yang bermaksud: Wahai orang-orang yang
beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman Qisas (balasan yang
seimbang) dalam perkara orang yang mati dibunuh . (al-Baqarah : 178)

b) Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan di dalam hukuman Qisas itu
ada jaminan kehidupan bagi kamu wahai orang -orang yang berakal fikiran
supaya kamu bertaqwa. (al-Baqarah : 179)


Jenis-jenis pembunuhan

Dalam undang-undang jinayah syar`iyah, pembunuhan terbahagi kepada tiga
jenis:
1) Pembunuhan dengan sengaja (qatlul amdi).

2) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja (qatlul syabhil `amdi).

3) Pembunuhan yang tidak sengaja (qatlul khata`)









5

Kesalahan-kesalahan di bawah Hukuman Qisas

Qisas terbahagi kepada dua iaitu membunuh dan mencederakan.

Membunuh pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu membunuh
dengan sengaja, separuh sengaja dan tidak sengaja. Ketiga -tiga kategori ini
juga termasuk di dalam kesalahan hudud. Dalam konteks kecederaan
ini,hatta luka-luka kecil sekalipun perlu diqisas juga.Ini bersandarkan dalil
surah al-Maidah ayat 45.

Terdapat perbezaan yang amat ketara antara Hudud dan Qisas dari
segi pelaksanaan. Hukuman Hudud bersifat kekal. Tiada siapa pun boleh
mengurang, menambah atau membatalkan hukuman tersebut sekiranya si
tertuduh telah sabit kesalahannya. Namun bagi kes Qisas, hukumannya boleh
digugurkan sekiranya mendapat pengampunan daripada si mangsa. Ini
kerana dalam Hukuman hudud hak Allah adalah lebih menonjol daripada hak
manusia, sementara dalam Qisas pula hak manusia lebih menonjol daripada
hak Allah.Yang dimaksudkan dengan hak Allah di sini adalah hak masyarakat
umum atau orang ramai. Satu perkara yang menarik dalam hukuman Qisas
adalah si pesalah boleh merayu kepada si mangsa un tuk menggantikan
hukuman qisas dengan diat. Diat di sini adalah ganti rugi ataupun pampasan
dalam jumlah tertentu kepada si mangsa.
3














3
). http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/12/1_1354.html
6

1.2 Hukum Jenayah Islam : Hudud
Pengertian

Perkataan hudud adalah kata jamak dari kata hadd. Pada dasarnya,
hadd bererti pemisah antara dua hal atau yang membezakan antara sesuatu
dengan sesuatu yang lain. Dalam pengertian ini, boleh juga diertikan dinding
rumah atau batas-batas tanah.

Menurut pengertian bahasa, hadd bermaksud untuk mencegah, atau
menyekat di antara dua perkara atau benda, dan ia juga membawa maksud
halangan.
4


Dari sudut makna bahasa, hadd bererti cegah. Hukuman -hukuman
yang dijatuhkan kepada pelaku-pelaku maksiat disebut hudud kerana
hukuman tersebut dimaksudkan untuk mencegah agar orang ya ng dikenakan
hukuman tidak lagi mengulangi perbuatan yang sama yang menyebabkan dia
dihukum. Hadd juga bererti kemaksiatan itu sendiri, sebagaimana firman Allah
S.W.T
5
;
´Ó´1´V ´T"´P´` ´äBb ´A´
B´´¬´)´M´lV N ´Ó´O´AMAH
´´´.´´P´· ´äBb ´´=´1´´·b.´
´´B´o1´O ´ó´·´1´´O ´.¬´l´1´·
´´´´´
Maksudnya : «««Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu
menghampirinya. demikianlah Allah menerangkan ayat -ayat hukumNya
kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. (al-Baqarah : 187)




4
).

5
). Sayid Sabiq (2001), Fiqih Sunnah Jilid 9-11, Kuala Lumpur : Victory Agencie, h.13.
7

Menurut istilah syara¶ pula, hadd adalah pemberian hukuman dalam
rangka hak Allah.
6

Hudud menurut istilah umum ialah hukuman tertentu terhadap
perbuatan jahat, iaitu suatu bentuk hukuman keseksaan yang mana bentuk
dan kadarnya telah ditentukan oleh Allah S.W.T. dan syar a¶ dan ia mestilah
dilaksanakan untuk menjaga hak Allah S.W.T. dan kepentingan masyarakat
awam.
Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan oleh Allah
dalam al-Qur¶an dan hadith. Hukuman ini adalah hak Allah. Ia tidak boleh
ditukar ganti dan tidak boleh diubahsuai dan dipinda. Hukuman Hudud tidak
boleh dimaafkan oleh sesiapapun. Mereka yang melanggar peraturan -
peraturan yang telah ditetapkan Allah dan rasul -Nya adalah golongan orang
yang zalim. Buktinya ialah firman Allah iaitu ;
´Ó´1´V ´T"´P´` ´äBb ´A´
B´´"´P´1´´V P ¬´ÿ." ´P´´´1´·
´T"´P´` ´äBb ´Ó´´´´O0"´0´
´ò´´ ´´¬´/´1´´´OBb ´´´´´
Maksudnya : «««. Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu
melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan -aturan hukum Allah,
maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Baqarah : 229).






Kesalahan-kesalahan yang dikenakan Hukuman Hadd

6
). Bahawa telah ditetapkan hukuman tersebut demi kemaslahatan masyarakat dan demi terpeliharanya
ketenteraman umum. Ini merupakan sebahagian tujuan agama Islam sendiri. Oleh sebab hukuman hudud
didasarkan atas hak Allah, maka ia tidak boleh digugurkan oleh mana-mana pihak baik individu ataupun
masyarakat.
8

Al-Qur¶an dan Sunnah telah menetapkan hukuman tertentu untuk kesalahan -
kesalahan tertentu. Kesalahan-kesalahan tersebut disebut sebagai dosa yang
mengharuskan adanya hukuman.
Kesalahan-kesalahan tersebut :
1. Mencuri

Mencuri ialah memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan
atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk
menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.Mencuri merupakan
perbuatan keji yang ditegah sama sekali. Orang yang didapati bersalah
kerana mencuri akan dipotong tangannya. Firman Allah ;

´H´HB´´OBb." ´C´HB´´OBb."
Pb´¬´´´´CBB´ B´o´·´·´P´·"0
/´äb´´´¬ B´o´) B´Ó÷´AH dA´N´ò
.¬´.ÿ ´äBb N ´äBb." ´´·´´´´
´óT´N´= ´´´´
Maksudnya : Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka (hukumannya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang
mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah.
dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(al-Maidah : 38).









2. Merompak (hirabah)
9

Merompak ialah keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk
mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
Hukuman terhadap mereka yang merompak, sebagaimana dalam al-Qur¶an ;
B´o´ò´l Pb´´´´´´¬ ´´´´C´äBb
´´¬´)´HB´´´ ´äBb ´´0䬴´.H."
´´´¬´´´´´·." ß´´ ´´´H1.Bb
b´TB÷´´ ´"0 Pb´¬´1´1l´· ´""0
Pb´¬´P´1÷´´· ´""0 ´´´´l´V
´ó´··´P´·"0 ò´·´1´¬´H"0."
´¬´.ÿ Xb´`1´. ´""0 Pb´¬A´o´· ´´´ÿ
´´´H1.Bb P ´´´O´ß ´ó´·O
´´´´´. ß´´ B.M´òHPOBb P ´ó´·O."
ß´´ ´×´M´.1´Bb ´LbAM´´ ´óT´´´´
´´´´
Maksudnya : Sesungguhnya balasan bagi orang-orang yang memerangi Allah
dan RasulNya serta membuat kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas
bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau
disalib (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan
kaki secara bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang dari
negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman
yang demikian itu adalah suatu kehinaan bagi mereka di dunia dan di akhirat
kelak mereka akan beroleh azab seksa yang amat besar . (al-Maidah : 33)





3. Berzina
10


Zina ialah melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut
hukum syarak atau persetubuhan haram secara sengaja yang dilakukan oleh
orang yang mukallaf pada kemaluan manusia tanpa hak milik yang sah pada
hukum dan persetubuhan cara haram.
Hukuman bagi penzina,bagi lelaki dan perempuan masih belum
berkahwin, hukuman sebatan dikenakan ke atas mereka. Sekiranya penzina
itu, lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin dan bercerai, masing -
masing duda dan janda, hukuman yang dikenakan ialah rejam. Ini
berdasarkan firman Allah S.W.T :
´´/´´OBb." ´´´´V´0´·
´´´´A´´OBb ¬´ÿ
´ò´P´´äB÷´´õ
Pb"´P´´´´1´´BB´ ´¬´·´T`1´´
1´´´)´H"0 ´ò´P1´.ÿ P ´´T´
Pb"´P´÷´´ ´´´´¬´N´´´ÿ"0´
ß´´ ´ò¬´M´P´OBb P´´/´=
´¬´·q´´.¬´1´· ´ò´¬´o´OBb ´""0
´V´´´·´ ´äBb ´¬´==1 dAM´P´´
´´´´
Maksudnya : Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara
perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara
kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. kemudian kalau
keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka
kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka
sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan
keluar (dari hukuman itu). (an-Nisa¶ : 15)




11


4. Menuduh orang berzina (qazaf)

Bagi orang yang menuduh orang lain berzina dikenakan hukuman
sebat sebanyak lapan puluh kali. Firman Allah ;
´´´´C´äBb." ´´¬´ÿ´M´·
´6´×o÷´´´o´OBb ´ò´ó ´óO
Pb¬´V´0´· ´´´´)´H"0´)
.´äb´P÷´´ ´ó´´"´P´1´¬BB´
´´´´1´./"ó 1×´B´b´¬ ´N."
Pb¬´1´Ó´lV ´ò´==1 ´×´P´÷´´
boP´)"0 P ´Ó´´´´O0"´0." ´ò´´
´´¬´l´´´A´´OBb ´´´
Maksudnya : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada
perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak
membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka dengan lapan puluh
kali sebatan dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka itu selama-
lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (an-Nur : 4).

5. Murtad (riddah)

Jelas melalui firman Allah di bawah bahawa orang yang murtad ialah
orang yang berpaling dari agama Islam dan menjadi kafir.
¬´ÿ." ´T´PV´M´· ´ò´N1´ÿ ¬´´
´´=´1·´T ´6´o.T´ .¬´´."
´M´´C´m ´Ó´´´´O0"´0´
´6´´Ó´= ´ó´·´1´´o´´"0 ß´´
B.M´òHPOBb ´×´M´.1´Bb." P
´Ó´´´´O0"´0." ´1´´´´"0
´HB´1OBb P ´ò´´ B´·T´´
´."´B´b´´. ´´´´´
12

Maksudnya : ««Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah)
dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka
orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di
dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka yang kekal mereka di
dalamnya (selama-lamanya).(al-Baqarah : 217)
6. Minum arak

Menurut definisi yang diberikan oleh jumhur ulama¶, arak ialah segala
bahan yang memabukkan sebab meminumnya, baik yang diproses melalui
buah tamar, anggur, gandum, nira, tapai, beras atau sebagainya, baik
memabukkan dengan meminumnya ataupun tidak, minumn ya sedikit atau
banyak.

Hukuman bagi orang yang mabuk adalah dikenakan sebatan lapan
puluh atau empat puluh sebatan. Setiap minuman yang memabukkan adalah
haram dan najis. Walaupun diminum sedikit dan tidak memabukkan.
Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a. w. yang bermaksud :

³Tiap-tiap sesuatu yang jika diminum banyak boleh memabukkan,
maka sedikitpun haram.´
7


³Setiap benda yang memabukkan itu adalah arak. Dan setiap arak itu
adalah haram.´
8
.

Firman Allah S.W.T ;
B÷´P"0´´´· ´´´´C´äBb
Pb´¬´o´ÿb.´ B´o´ò´l ´M´o·´6Bb
´M´´´T´o´OBb." ´LB÷´ò1.Bb."
´ò´O´´1.Bb." ´´´¬´H ´¬´.ÿ
´V´o´´ ´¬´´´M´´OBb

7
). Hadith riwayat An-Nasaai dan Abu Daud.

8
). Riwayat Ibn Umar.

13

´`¬´Ó´¬´1´¬BB´ ´ò´N´1´´O
´´¬´´1´´´V ´´´´
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak,
dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang
anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu,
hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.(al-Maidah : 90)

2.1 Qisas : Jenis-jenis dan hukumannya

Pembunuhan ada 3 jenis :
1. Membunuh secara sengaja (Qatlul µamad)
2. Pembunuhan seumpama sengaja (Qatlul syibhul µamad)
3. Pembunuhan secara tidak sengaja (Qatlul Khatha¶)

1. Membunuh secara sengaja (Qatlul µamad)

Pembunuhan secara sengaja bermaksud seseorang membunuh orang
lain dengan sesuatu yang pada umumnya dapat membunuh orang lain; atau
seseorang memperlakukan orang lain yang pada umumnya perlakuan itu
dapat membunuh orang lain. Pembunuhan secara sengaja ada t iga jenis :

Pertama :

Memukul dengan alat yang biasanya dapat membunuh seseorang.
Misalnya pedang, pisau tajam, pistol, dan sesuatu yang biasanya dapat
digunakan untuk membunuh.

14

Atau memukul orang dengan benda berat dan besar yang boleh
mengakibatkan terbunuhnya orang, seperti benda-benda dari besi.
Contohnya, kayu yang berat, batu besar atau kayu yang besar dan lain -lain.

Pembunuhan yang dinyatakan merupakan jenis pembunuhan secara
sengaja dan dikenakan hukuman pembunuhan secara sengaja.

Kedua :

Membunuh seseorang dengan alat yang biasanya tidak dapat
membunuh seseorang, akan tetapi ada indikasi lain yang umumnya boleh
menyebabkan terbunuhnya seseorang. Seperti tongkat yang di dalamnya ada
besi yang berat, atau di kepalanya ada paku yang bes ar.

Atau pemukulannya dilakukan secara berulang -ulang yang biasanya
dapat membunuh seseorang, seperti dengan batu yang dilemparkan
berulang-ulang, yang umumnya boleh membunuh seseorang, atau batu yang
pinggirnya dibuat lancip seperti pisau. Semua ini di anggap bahagian dari jenis
pembunuhan secara sengaja.

Diriwayatkan dari Anas: "Seorang Yahudi telah menyepit kepala
seorang perempuan dengan dua batu. Kemudian ditanyakan kepadanya,
siapa yang melakukan hal ini? Ia menjawab, "Si fulan atau fulan, hingga
menyebut nama seorang Yahudi". Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau
telah menyepit kepalanya?" Yahudi itu akhirnya mengakui perbuatannya.
Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk menyepit kepala Yahudi itu
dengan dua buah batu. "

15

Ketiga :

Memperlakukan seseorang dengan suatu perbuatan yang biasanya
perbuatan itu dapat membunuh seseorang, seperti mencekik lehernya,
menggantung lehernya dengan tali, atau melemparkan seseorang dari tempat
yang tinggi, seperti dari puncak gunung atau bangunan -bangunan yang tinggi,
dilempar dari kapal terbang, atau menenggelamkan seseorang ke dalam laut,
atau melempar seseorang ke dalam api. Perlakuan tersebut boleh juga
dengan cara memenjarakan seseorang di suatu tempat dan tidak diberi
makan dan minum hingga batas waktu yang seseorang tidak mungkin
bertahan dan akhirnya mangsa meninggal. Perbuatan lainnya adalah seperti
memberikan minuman beracun, atau perbuatan-perbuatan lain yang biasanya
boleh menyebabkan terbunuhnya seseorang.

Hukuman Pembunuhan Sengaja

Hukuman bagi pembunuhan secara sengaja, pembunuhnya akan
dibunuh. Dalam kes pembunuhan secara sengaja wajib dijatuhkan qisas bagi
pelakunya, iaitu membunuh si pembunuhnya sebagai balasan atas
perbuatannya membunuh orang dengan sengaja, jika wali orang yang
dibunuh tidak memaafkannya. Apabila ada pengampunan, maka diyatnya
harus diserahkan kepada walinya, kecuali jika mereka ingin bersedekah (tidak
menuntut diyat).

Dalilnya adalah firman Allah s.w.t :
16

"Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah
memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu
melampaui batas dalarn membunuh".
9


"Diwajibkan atas kamu qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh".
10


"Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu".
11

Qisas adalah sebanding iaitu membunuh si pembunuhnya. Imam
Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Nabi s.a.w. bersabda
:"Barangsiapa yang terbunuh, maka walinya memiliki dua hak boleh meminta
tebusan (diyat) atau membunuh si pelakun ya".

Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Syuraih al -Khaza'iy berkata,
aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: " Barangsiapa tertumpah darahnya
atau tersakiti, maka dia boleh memilih salah satu dari tiga pilihan, sama ada
qisas (balas bunuh) atau mengambil tebusan (diyad),atau memaafkan, jika
ingin yang keempat, maka kuasailah dirinya (dibuang) ".

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pembunuhan yang disengaja wajib kena
qisas kecuali diampunkan oleh wali yang dibunuh ".

Persoalan sekiranya orang Muslim membunuh orang kafir


9
). surah al-Israk : 33

10
). al-Baqarah : 178

11
). al-Baqarah : 179)

17

Kafir harbi
12
:

Kafir harbi yang tidak diberi jaminan keamanan, maka seorang muslim
atau kafir zimmi, tidak dihukum bunuh kerana membunuh kafir harbi tersebut.
Kafir harbi fi'lan, iaitu orang kafir yang memusuhi negara Islam secara
langsung contohnya suku-suku semasa zaman Rasulullah s.a.w. yang
mengumumkan perang terhadap mereka. Sebab bagi kafir harbi fi¶lan tidak
ada khilaf
13
untuk memerangi mereka di mana pun mereka berada.

Kafir ghairu fi¶lan, yakni kafir yang tidak memerangi I slam, jika ia bukan
kafir mu'dhid
14
, maka jika seorang Muslim membunuhnya, maka seorang
Muslim itu tidak dihukum bunuh kerana membunuh orang kafir tersebut. la
hanya menyerahkan diyat yang jumlahnya separuh dari diyat seorang Muslim.
Diriwayatkan dari `Amru bin Syu'aib dari bapanya dan dari datuknya,
bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang kafir separuh diyatnya seorang
Muslim".

Alasannya kerana kita tidak mengumumkan perang terhadap mereka
dan antara kita dengan mereka (kafir harbi) tidak terjadi perang la ngsung.

Oleh kerana itu, seorang Muslim secara mutlak tidak dibunuh kerana
membunuh kafir harbi yang tidak memiliki perjanjian. Dalilnya, bah awa
Rasulullah s.a.w. telah menyebutkan dengan jelas dalam hadithnya, bahwa
seorang Muslim dan kafir mu'dhid tidak dibunuh karena membunuh seorang
kafir. Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali r.a, bahwa Nabi s.a.w. bersabda:

12
). Kafir yang tidak diberi jaminan keamanan mahupun hak-hak umum dari daulah Islam, dan juga tidak ada
jaminan khusus bagi orang kafir tersebut dengan kafir zimmi atau dengan kafir musta'min.
13
). perbezaan pendapat
14
). orang kafir yang berada dalam perjanjian dengan negara Islam
18

"Perhatikan, seorang mukmin tidak dibunuh karena membunuh seorang kafir,
demikian pula kafir yang memiliki perjanjian ".

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang muslim tidak dibunuh kerana
membunuh seorang kafir, demikian pula kafir yang memiliki perjanjian ".

Maksud dari hadis ini adalah seorang Muslim tidak dibunuh kerana
membunuh orang kafir, sama juga keadaannya seorang kafir yang memiliki
perjanjian (kafir harbi yang terikat dengan perjanjian, baik kafir yang
mendapat jaminan keamanan, mahupun kafir zimmi). Ini adalah dalil, bahwa
seorang Muslim dan kafir mu'dhid tidak dibunuh kerana membunuh kafir
harbi.
Kafir zimmi atau Kafir musta'min :

Jika ia seorang kafir zimmi, maka ia memperoleh perlakuan sama
seperti seorang muslim dalam hal penjagaan terhadap dar ah, harta, dan
kehormatannya. Darah mereka haram atas kaum Muslim, seperti halnya
darah seorang Muslim.

Imam Bukhari meriwayatkan dari 'Abdullah bin `Amru dari Nabi s.a.w
bersabda: "Barangsiapa yang membunuh kafir mu'ahid, maka dia tidak akan
mencium bau syurga, padahal bau syurga tercium dari jarak 40 tahun
perjalanan".

Imam Tirmidzi meriwayatkan dalam Shahihnya dari Abu Hurairah, dari
Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda: " Perhatikanlah, barangsiapa
membunuh kafir mu'ahid, maka ia mendapat celaan dari Allah dan RasulNya.
19

Sungguh aku berlindung dari celaan Allah, dan ia tidak akan mencium bau
syurga, padahal bau syurga tercium dari jarak 40 tahun perjalanan ".

Dua hadis ini jelas menunjukkan keharaman membunuh kafir mu'ahid
dan zimmi, dan memberi ancaman yang keras atas pembunuhan yang
menimpa kafir mu'ahid dan kafir zimmi, kerana terdapat hadis -hadis yang
menunjukkan bahawa orang yang melakukan perbuatan itu akan kekal di
dalam neraka dan diharamkan syurga ke atasnya.




2. Membunuh seumpama sengaja (Qatlul syibhul µamad)

Membunuh seumpama sengaja adalah pembunuhan yang sengaja
dilakukan tetapi menggunakan alat yang umumnya tidak secara pasti dapat
membunuh seseorang. Perbuatannya itu hanya untuk menyeksa seseorang
sahaja atau untuk memberi pelajar an tetapi melampaui batas (lupa diri).
Seperti memukul dengan tongkat, cemeti, kerikil, tangan kosong atau dengan
sesuatu yang umumnya tidak boleh mematikan dan tidak ada indikasi lain
yang pada umumnya juga boleh menyebabkan kematian. Jika seseorang
terbunuh dengan cara seperti ini, maka pembunuhan ini tergolong
pembunuhan seumpama sengaja. la sengaja memukulnya akan tetapi tidak
untuk membunuhnya.

Disebut juga 'amad al-khatha', atau khatha' al-'amad, kerana ada unsur
sengaja dan tidak sengaja. Pelakunya sengaja melakukan, dan tidak sengaja
pula membunuhnya. Abu Hurairah berkata: " Dua orang perempuan dari suku
Hudzail saling membunuh, salah satunya melempar pihak yang lain dengan
20

batu. Kemudian terbunuhlah seseorang di antaranya beserta janin yan g ada
di dalam perutnya".

Rasulullah s.a.w. menetapkan bahawa diyat janinnya adalah
membebaskan seorang kanak-kanak lelaki atau seorang kanak-kanak
perempuan dan menetapkan diyat bagi perempuan itu kerana
ketidaksengajaannya.





Hukuman Membunuh Seumpama Sengaja

Pelaku yang membunuh seumpama sengaja wajib membayar diyat
iaitu menyerahkan 100 ekor unta dan 40 ekor di antaranya mestilah yang
bunting. Hadd (hukuman) ini didasarkan pada riwayat Imam Ahmad dan Abu
Daud dari `Amru bin Syu'aib dari bapanya dan dari datuknya bahawa Nabi
s.a.w. pernah bersabda: "Diyat pembunuhan seumpama sengaja sangat berat
seperti pembunuhan secara sengaja, tetapi pelakunya tidak dibunuh. Hal itu
supaya syaitan jauh dari manusia sehingga tidak ada bala s dendam atau
pengangkatan senjata".

Imam Bukhari meriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Amr bah awa Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Perhatikanlah, orang yang terbunuh seumpama sengaja
atau terbunuh kerana cemeti, atau tongkat, maka diyatnya adalah 100 ekor
unta, dan 40 ekor di antaranya sedang mengandung".
21


Islah tiada wajib qisas (balas bunuh) tetapi diwajibkan ke atas keluarga
pembunuh membayar diyat mughallazah (denda yang berat) dengan secara
beransur-ansur selama tiga tahun.

Diyat itu boleh dibayar selama 3 tahun dengan ansuran setiap tahun
1/3nya.
15





3. Membunuh secara tidak sengaja (Qatlul Khatha¶)

B´ÿ." ´.CAH V¬´ÿ´´o´O ´"0
´V´1´l´· B´1´ÿ´´ÿ ´N´l B4´´´. P
¬´ÿ." ´V´1C B´o´ÿ´´ÿ B4´´´.
´M·´M´´1´ Ó´ÓC.H
Ó×o´ÿ´´ÿ ´´·´T." ´´o´1÷´´ÿ
bß`l´l ´´´0´b´´"0 oN´l ´"0
Pb¬´C´P´´´· P ´´T´ ´.CAH ¬´ÿ
ÿó´¬C ó."´P´´ ´ò´N´O .¬´´."
´´´ÿ´´ÿ ´M·´M´´1´ Ó´PC.H
Ó×o´ÿ´´ÿ P ´´l." ´.C´m ¬´ÿ
´ó´¬C ´ò´P×o´×´) ó´·×o´×´)."
´C´dM´.ÿ ´´·´P´ ´´o´1÷´´ÿ
bß`l´l ´´0´b´´"0 ´M·´M´´"ÿ."

15
). http://alexandre-alfian.blogspot.com/2010/01/definisi-jinayat.html
22

Ó´PC.H Ó×o´ÿ´´ÿ P ¬´o´ ´ò´O
´P´´· ´òB.M´´´ ´´´´´M´·A´
´´´´´´´)B´1´1´ÿ 1´)´¬V .¬´.ÿ
´äBb N ´.CAH." ´äBb B´oT´1´´
BdoT´P´= ´´´´
Maksudnya : Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin
membunuh seorang mukmin yang lain kecuali dengan tidak sengaja dan
sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka
(wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba
yang beriman serta membayar µdiyat¶ (denda ganti nyawa) yang diserahkan
kepada ahlinya (keluarga si mati) kecuali jika mereka sedekahkan
(memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari
kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beri man, maka (wajiblah
si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang
hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja
itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan
mereka, maka wajiblah membayar µdiyat¶ (denda ganti nyawa) kepada
keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam
pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan
dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut -turut;
(hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat
(membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana. (an-Nisa¶ : 92)

Pembunuhan secara tidak sengaja bermaksud pembunuhan yang tidak
ada unsur membunuh ialah perbuatan yang tidak ditujukan kepada seseorang
tetapi seseorang mati kerana perbuatannya.

23

Pembunuhan secara tidak sengaja juga bermaksud ialah perbuatan
seseorang yang diharuskan baginya untuk melakukannya yang tidak
ditujukannya kepada seseorang yang lain.
16


Contoh pembunuhan secara tidak sengaja :

Apabila seseorang berada di dalam hutan melempar batu tiba -tiba
orang yang terkena batu tersebut mati.

Apabila seseorang mengundurkan kereta dan ternyata me mbunuh
seseorang yang ada di belakangnya.

Apabila seseorang ingin membunuh seseorang akan tetapi ternyata
mengenai orang lain, dan akhirnya orang lain yang menjadi korban(terbunuh).
Pembunuhan seperti ini termasuk pembunuhan yang tidak disengaja.
17

Pemburu yang menembak seekor rusa, lalu terkena manusia, maka
orang itu pun mati disebabkan tembakan itu.

Seseorang menggali sebuah perigi, lalu terjerumus masuk manusia ke
dalam perigi itu, maka orang itu pun mati di dalamnya.

Seseorang memasang jaring at au perangkap di tempat yang tidak
dilalui oleh manusia untuk menangkap binatang buruan, lalu tersangkut atau
terperangkap manusia di dalam jaring atau perangkap tadi, dan orang itu pun
mati di dalamnya.

16
). http://alkhatab.tripod.com/bah1bab3qisasfasal1pembunuhanper1041063/
17
). http://www.bicaramuslim.com/bicara7/index.php?sid=178414fd5d552dd5fef2436d23095e94
24


Maka dalam kes ini kesemua orang yang mati dan terbunuh dalam
kemalangan yang disebutkan di atas adalah termasuk dalam kes
pembunuhan yang tersalah (qatlul khata`) yang tidak boleh dikenakan
hukuman qisas ke atas orang yang memasang jaring atau perangkap itu.

Keadaan tertentu dalam masalah pembunuhan secara tidak sengaja :

1. Apabila kita sebut pembunuhan yang tersalah atau pembunuhan secara
tidak sengaja, walaupun hukuman qisas tidak dikenakan, tetapi sekiranya
berlaku seorang anak tersalah membunuh ayah atau ibunya, maka harta
pusaka ayah atau ibunya tadi terhalang. Maknanya, anak tersebut tidak
boleh mewarisi harta pusaka daripada ayah atau ibunya yang dibunuh
secara tidak sengaja.



2. Termasuk juga dalam kes pembunuhan yang tersalah atau pembunuhan
secara tidak sengaja (qatlul khata`) ialah pembunu han yang dilakukan
dengan sengaja oleh orang yang bukan mukhallaf
18
contohnya seorang
kanak-kanak, atau seorang yang gila memukul atau menetak, atau
menembak orang yang lain, lalu orang itu mati disebabkan pukulan, atau
tetakan atau tembakan kanak-kanak atau orang gila tadi, maka
pembunuhan ini juga adalah termasuk dalam kes pembunuhan yang
tersalah atau pembunuhan secara tidak sengaja (qatlul khata`) yang tidak
boleh dikenakan hukuman qisas ke atas kanak-kanak dan orang yang gila
itu.

18
). kanak-kanak dan orang gila
25


Hukuman pembunuhan dengan sengaja

Dalam nas al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w, hukuman yang wajib
dikenakan ke atas orang yang melakukan pembunuhan dengan sengaja
(qatlul `amdi) adalah tertakluk ke atasnya empat jenis hukuman:
a) Qisas atau kemaafan dari warisnya orang yang dibunuh.
b) Dosa (azab)
c) Kifarah
d) Terhalang daripada mewarisi dan menerima wasiat dari orang yang
dibunuh, sama ada pembunuhan itu sengaja atau tidak sengaja.
19





2.2 Jenayah Hudud : Mencuri

Islam sememangnya melindungi harta kerana harta adalah tunjang
kepada kehidupan. Islam juga melindungi hak milik individu dan tidak boleh
dicuri hartanya dari bukan pemiliknya. Dengan demikian, Islam sesungguhnya
melarang keras dan tidak menghalalkan seseorang merampas hak milik
orang lain dengan apa cara sekalipun. Justeru, Islam telah mengharamkan
perbuatan mencuri, merampas, meragut, menipu, riba¶, rasuah, mengurangi
timbangan dan sebagainya. Islam menganggap semua perbuatan yang
disebutkan atau yang ditegah oleh Islam adalah mengambil h ak milik orang

19
). Op.Cit
26

lain merupakan suatu kejahatan atau dikira dosa dan memakan hak milik
orang lain adalah haram.

Islam memberi hukuman berat atas perbuatan mencuri iaitu hukuman
potong tangan terhadap pencuri. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T ;

´H´HB´´OBb." ´C´HB´´OBb."
Pb´¬´´´´CBB´ B´o´·´·´P´·"0
/´äb´´´¬ B´o´) B´Ó÷´AH dA´N´ò
.¬´.ÿ ´äBb N ´äBb." ´´·´´´´
´óT´N´= ´´´´
Maksudnya : Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka (hukumannya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang
mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah.
dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana .(al-Maidah : 38).







Definisi mencuri

Mencuri ialah mengambil barang orang lain secara sembunyi -
sembunyi. Mencuri menurut bahasa iaitu memindahkan secara bersembunyi
harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan
niat untuk menhilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

Contonya mencuri dengar yang pernah berlaku dan dinyatakan di
dalam al-Qur¶an ;
27

´N´l ´¬´ÿ H.M´o´´Bb ´´´o´´OBb
´´=´´´Ó´V"0´ ´LB÷´´ ´´´´Ó´ÿ
´´´´
Maksudnya : Kecuali syaitan yang mencuri dengar percakapan (malaikat di
langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang
nyata kelihatan.(al-Hijr : 18).

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula mencuri ialah mengambil hak
orang dengan tidak setahu atau dengan tidak mendapat kebenaran orang
yang empunya. Kedua, mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu
secara sembunyi-sembunyi atau curian barang atau apa-apa yang dicuri;
hasil mencuri.
20


Ibnu Arafah berkata : Pencuri menurut orang Arab adalah orang yang
datang dengan sembunyi -sembunyi ke tempat simpanan barang orang lain
untuk diambil simpanan itu.

Persamaan definisi menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua dan Ibnu
Arafah, mencuri mempunyai tiga unsur ;
i. Mengambil hak orang lain.
ii. Cara mengambilnya secara sembunyi -sembunyi.
iii. Milik orang lain itu berada di tempat penyimpanan.

Pensabitan hukuman mencuri

Jenis-jenis pencurian
Pencurian terbahagi kepada dua jenis ;
i. Pencurian yang ada keraguan padanya.
ii. Pencurian yang harus dikenakan hukuman hadd.


20
). http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=curi
28

Pencurian yang ada keraguan padanya ialah pencurian yang syarat -syarat
untuk dijatuhkan hukuman hadd tidak cukup. Oleh sebab tidak cukup syarat
dijatuhkan hukuman hadd maka pencuri itu dikenakan keraguan ke atasnya sahaja.
Rasulullah s.a.w. telah memberi keputusan pada hukum pencuri buah -buahan yang
masih berbuah di pohonnya dan pencuri kambing di tempat ternakan.
Pencurian buah-buahan yang masih berbuah di pohonnya, Rasulullah s.a.w.
telah membebaskan hukum potong tangan ke atas pencuri tersebut di mana pencuri
buah-buahan itu telah memakan buah itu tanpa membawa pulang semasa pencuri
itu sangat memerlukan buah tersebut disebabkan dia lapar atau ketiadaan duit, oleh
yang demikian pencuri itu tidak dikenakan apa -apa hukuman. Namun sekiranya,
pencuri itu membawa pulang buah itu maka dia dikenakan hukuman dan dikenakan
tanggungan buah-buahan dua kali ganda dari apa yang dicuri.
21

Pencurian kambing di tempat ternakan, Rasulullah s.a.w memutuskan agar
bayaran balik dua kali ganda ke atas kambing yang dicuri. Malahan, pencuri tersebut
haruslah disebat bagi peringatan untuk dirinya dan pengajaran bagi orang lain.
Rasulullah juga memutuskan agar pencurian kambing dari kandangnya disabitkan
dengan hukuman potong tangan apabila kambing yang dicurinya telah mencapai
satu nisab.
22
Penjelasan ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Nasa¶I dan Imam
Hakim.
Namun bagi kes pencurian yang dikenakan keraguan padanya, hukumannya
adalah di bawah kuasa qadhi (pemerintah)
Pencurian yang harus dikenakan hukuman hadd pula terbahagi kepada dua
iaitu pencurian sughra
23
dan pencurian kubra
24
.

Syarat-syarat Melaksanakan Hukuman :

i. Pencuri telah baligh (cukup umur).

21
). Ibid,Fikih Sunnah , h. 201.
22
). Ibid, h. 202.
23
). Kecil : yang mana wajib dikenakan hukuman potong tangan.
24
). Besar: yang mana disebut merompak yakni hirabah yang dibincangkan dalam hukum hudud yang lain.

29


ii. Pencuri sempurna akal, bukannya orang gila.

iii. Sebab mencuri bukan kerana terlalu lapar atau terlalu miskin.

iv. Harta yang bernilai dan ada pemiliknya.

v. Mencuri dengan kehendak sendiri, bukannya dipaksa.


Sifat-sifat barang curian

Terdapat dua keadaan barang curian ;

1. Barang curian yang bernilai, boleh dipindahkan milikkan kepada orang
lain dan halal dijual.
Terdapat beberapa perkara yang dikhilafkan mengenai barang curian ;
i. Pencuri arak dan babi tidak boleh dikenakan hukuman potong tangan
walaupun arak dan babi itu dimiliki oleh kafir zimmi kerana memiliki dan
menggunakan arak dan babi sama ada pemilikannya ke atas orang
Islam mahupun kafir zimmi adalah jelas diharamkan Allah.

ii. Pencuri alat muzik seperti gitar, piano, seruling dan lain -lain lagi tidak
dikenakan hukuman potong tangan kerana alat -alat ini sebenarnya
tidak boleh digunakan dalam Islam. Namun ada sebahagian pendapat
ulama¶ membolehkan alat-alat muzik digunakan tetapi pencuri alat-alat
tersebut tidak dikenakan hukuman hadd. Alasannya kerana terdapat
syubhah dalam masalah ini dan syubhah boleh menggugurkan hadd.

iii. Mengenai pendapat pencuri itu masih kecil yang merdeka dan belum
mumayyiz, menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Syafi¶e mengatakan,
30

tidak ada hukuman bagi pencuri kanak-kanak yang merdeka dan belum
mumayyiz kerana tidak menepati syarat -syarat untuk dilaksanakan
hukuman.

iv. Imam Malik mengatakan bahawa orang yang mencuri anak kecil yang
merdeka tetap dijatuhkan hukuman potong tangan kerana anak kecil
dianggap harta yang berharga.
25


v. Pencuri mashaf, menurut Imam Abu Hanifah pencurinya tidak
dikenakan kerana mashaf dianggap hak milik bersama dan semua
orang mempunyai hak terhadap mashaf itu. Imam Malik, Imam Syafi¶e,
Abu Tsaur, Abu Yusuf dan Ibnu Munzir berpendapat pencuri mashaf
tetap dihukum potong tangan apabila harga mashaf dikira mencapai
satu nisab.



2. Barang curian yang mencapai satu nisab, satu nisab dikira tetapan
untuk menegakkan hukum hadd. Barang curian ini semestinya barang yang
bernilai untuk dijual atau digunakan.

Walau bagaimanapun, para ulama¶ berbeza pendapat mengenai
ukuran satu nisab ini. Jumhur ulama¶ berpendapat hukuman potong tangan
tidak boleh dijalankan kecuali dalam pencurian;

Satu per empat (¼) dinar emas
Tiga dirham perak

25
). Ibid, h. 210.
31

Atau barang yang sebanding dengan harga ¼ dinar emas atau
tiga dirham perak.

Menurut pendapat Ahnaf, satu nisab dalam pencurian yang diharuskan
hukuman potong tangan adalah sepuluh dirham ke atas. Jadi, barang yang
dicuri sekiranya di bawah nilai sepuluh dirham tidak dikenakan hukuman
tersebut. Ini berdasarkan keterangan yang diriwayatkan oleh Baihaqi,
Thahawi dan Nasa¶I dari Ibnu Abbas dan Amru bin Syu¶iab.

Akan tetapi, Hasan Basri dan Daud Az-Zhahiri berpendapat bahawa
hukuman potong tangan itu adalah pada setiap pencurian baik di atas atau di
bawah nilai satu nisab. Maksud hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, ³ Allah melaknati pencuri. Pencuri telur
dihukum potong tangan dan pencuri unta dipotong tangan.´

Mengenai pendapat Hasan Basri dan Daud, jumhur ulama¶ memberi
jawapan bahawa A¶masy telah meriwayatkan hadis yang menjelaskan
maksud µbaidhah¶ dalam hadis di atas ialah µtopi diperbuat dari besi¶ untuk
berperang bukannya µtelur¶. Nilai topi tersebut sememangnya lebih tinggi dari
harga telur. Mengenai unta yang dinyatakan ialah harga yang sebanding
dengan unta ialah beberapa dirham.


Satu per empat dinar itu mempunyai nilai khusus iaitu tiga dirham.
Semasa zaman Rasulullah s.a.w, satu dinar bersamaan dua belas
dirham.
26
Abu Hanifah berpendapat bahawa satu nisab yang dijatuhkan
hukuman potong tangan ialah sepuluh dirham atau satu dinar atau sebanding
nilai tersebut.

Pelaksanaan hadd pencuri

1. Pihak yang dicuri barangnya menuntut ;

26
). Imam Syafi͛e dalam kitab Raudhah.
32


Hadd mencuri tidak dilaksanakan kecuali ada pihak yang dicuri
barangnya menuntut atau tuan empunya barang menuntut barang yang telah
dicuri.

2. Dua orang saksi yang adil atau ;

3. Pengakuan dari pencuri itu ( iqrar), cukup hanya sekali pengakuan;
Menurut Imam Malik, Nabi Muhammad s.a.w telah menjatuhkan
hukuman potong tangan terhadap pencuri barang milik Sofwan dan di dalam
sumber ini tidak dinyatakan Baginda menyuruh agar pencuri tersebut
mengaku lebi dari sekali.

Imam Ahmad, Ishak dan Ibnu Abi Laila berpendapat haruslah pencuri
itu membuat pengakuan dua kali bagi dijatuhkan hukuman ke atasnya.








Hukuman mencuri

Sekiranya pencuri tersebut menepati syarat -syarat untuk dilaksanakan
hukuman ke atasnya maka perlu ditegakkan hadd iaitu memotong
pergelangan tangan pencuri berkenaan. Firman Allah ;

´H´HB´´OBb." ´C´HB´´OBb."
Pb´¬´´´´CBB´ B´o´·´·´P´·"0
/´äb´´´¬ B´o´) B´Ó÷´AH dA´N´ò
33

.¬´.ÿ ´äBb N ´äBb." ´´·´´´´
´óT´N´= ´´´´
Maksudnya : Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka (hukumannya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang
mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah.
dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana .(al-Maidah : 38).

Hukuman ini tidak boleh digantikan dengan hukuman yang lain
ataupun yang lebih ringan daripadanya dan tidak boleh ditunda pelaksaannya.
Sekiranya dia mencuri buat kali kedua, maka potonglah pergelangan kaki
kirinya. Sekiranya dia mencuri lagi, maka hendakl ah dipenjara.

Imam Syafi¶e mengatakan sekiranya dia mencuri maka potonglah
tangan kirinya, kemudian mencuri lagi potonglah kaki kanannya, sekiranya
masih mencuri lagi masukkanlah ke dalam penjara.

Hikmah hukuman potong tangan
Qadhi µIyadh berkata ;
³Allah menjaga dan melindungi harta dengan mewajibkan memotong tangan
pencurinya dan hukuman itu tidak dijalankan selain kesalahan mencuri seperti
meragut, merompak dan menyamun´.
27


3. Kebaikan pelaksanaan Hukum Qisas dan
Hudud

Al-Maraghi dalam Tafsirnya pernah berkata µ Sesiapa yang membenci hukum
berdasarkan firman yang Allah s.w.t. turunkan dan menyembuyikannya, lalu dia
mengambil hukum yang lain, seperti orang Yahudi yang menggantikan hukum rejam
yang dikenakan ke atas penzina yang sudah berkahwin, mukanya akan dicoreng-

27
). Syarah Muslim karangan Imam Nawawi.
34

coreng dengan arang. Begitu juga mereka yang menyembuyikan hukum rejam ke
atas pembunuh tetapi yang satu lagi akan dikenakan denda penuh atau yang lain
hanya setengah sahaja. Allah s.w.t menetapkan persamaan hukum bagi semua
orang. ¶

Syed Qutub pernah menyatakan dalam kitabnya Fi Zilal al-Quran, syariat
Islam menggambarkan suatu sistem yang ditegakkan di atas pengetahuan Ilahi yang
mengetahui hakikat manusia dan keperluan-keperluannya serta mengetahui hakikat
alam tempat manusia hidup. Justeru tiada satu pun daripada urusan kehidupan yang
terluput daripada sistem ini dan tiada suatu percanggahan yang merosakkan berlaku
melalui sistem ini.

Hukuman Qisas dalam kes membunuh orang akan menjamin orang lain terus
dapat hidup dengan aman damai. Manakala hukuman Qisas terhadap anggota
badan yang tersirat di dalam firman Allah mata dengan mata, hidung dengan hidung,
telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan segala luka ada qisasnya adalah
menjamin persamaan dalam hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
dan tentu sekali ianya amat adil dan memuaskan semua pihak.


Melaksanakan hukuman Qisas juga terhadap sama ada terhadap nyawa dan
anggota badan menunjukkan bahawa kemuliaan nyawa manusia dan kesucian
tubuh badannya tidak boleh ditukarganti dengan hukuman lain selain dari hutang
nyawa dibayar dengan nyawa, hutang darah dengan darah (Hashim Mehat.
t.thn).Qisas juga menjamin kelangsungan hidup begitu juga hukuman Hudud yang
diperintahkan oleh Allah. Hukuman qisas diadakan untuk melindungi jiwa yang tidak
berdosa.

35

Hukuman Hudud yang disyariatkan bertujuan memberi pengajaran dan
peringatan kepada pesalah dan masyarakat supaya tidak lagi mengulangi kesalahan
yang sama. Perkara ini juga dilihat sangat positif untuk diamalka n bahkan tiada
sesiapa pun yang mampu menandingi hukum yang Allah telah tetapkan.

Hukuman yang dikenakan ke atas pesalah pula sangat bertetapan dengan
kesalahannya seperti mencuri dipotong tangan, ini kerana tangannya yang berbuat
salah dan jika tidak ditegah maka akan berlanjutan kes-kes kecurian. Maka dengan
sebab itulah Allah memerintahkan agar memotong tangan si pencuri. Perintah ini
membawa maksud yang sangat jelas supaya si pencuri berasa insaf untuk tidak lagi
mengulangi kesalahan yang sama dan masyarakat yang melihat tangannya dipotong
akan timbul perasaan gerun untuk melakukan kesalahan yang sama.

Qisas dan Hudud bukanlah sia-sia diperintahkan oleh Allah bahkan
kebaikannya adalah untuk menjamin keharmonian, keamanan dan kesejahteraan
masyarakat dan negara. Selain itu, pembalasan yang setimpal dengan kesalahan
yang telah dilakukan dan untuk menjadi contoh dan teladan kepada individu supaya
tidak melakukan jenayah juga sebagai bukti keadilan dan kebaikan hukuman Allah
s.w.t. Di samping itu, hukuman Islam dijalankan juga bertujuan u ntuk menjamin
ketenteraman hidup masyarakat serta menjauhkan rasa tidak puas hati, dendam dan
hasad dengki.

Qisas dan Hudud juga mampu dilihat sebagai sesuatu yang sangat baik untuk
dilaksanakan dalam sesebuah pentadbi ran kerana ia mampu menolak keburukan,
dosa dan penyakit dari masyarakat, kerana kemaksiatan apabila telah berleluasa
dalam masyarakat maka akan Allah akan menggantikannya dengan bencana dan
musibah menghapuskannya kenikmatan dan ketenangan dan mampu menciptakan
suasana aman dalam masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang berpegang
kuat dengan hukum-hukum Islam. Untuk menjaga hal ini maka solusi terbaiknya
adalah menegakkan dan menerapkan Hudud dan Qisas.
36





















PENUTUP

Secara kesimpulannya, hukum Qisas dan Hudud memang terdapat banyak
kebaikan yang wajar dilaksanakan. Namun, kadang kala terdapat banyak rintangan
dan bantahan untuk merealisasikan hukuman ini.

37

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapatlah disimpulka n bahawa
konsep hukuman Qisas dan Hudud mempunyai banyak persamaan tetapi perlu
diteliti rangkuman jenayahnya. Hukuman yang disyariatkan oleh Allah s.w.t kepada
manusia bukanlah sekadar sia-sia sebaliknya untuk menjaga kepentingan dan
menjamin keselamatan serta kebahagiaan manusia untuk hidup di dunia ini.















REFLEKSI

Syukur ke hadrat Illahi, akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus
Pendek Pengajian Islam 2 (Fiqh 2) dengan jayanya. Namun terdapat banyak
kelemahan yang peru diperbaiki sela ma menyiapkan kerja kursus ini, antaranya
ialah :

38

1. Kekangan masa yang sangat terhad
Masa yang diberikan sangat pendek namun seharusnya dibaiki supaya
membuat tugasan lebih awal.

2. Komitmen tugasan lain
Sememangnya terdapat lambakan kerja yang perlu disiapkan dan dihantar
pada tarikh yang sama dan menimbulkan kekeliruan untuk menyiapkan sesuatu
tugasan. Namun harus diperbaiki dengan pembahagian tugasan dengan lebih teliti.

3. Sumber-sumber rujukan
Terdapat banyak sumber rujukan yang didapati dan menimbulkan juga
kekeliruan berkenaan tajuk jenayah Hudud iaitu mencuri, namun dapat diatasi
dengan perbincangan bersama-sama rakan-rakan, pensyarah dan mencari
maklumat tambahan di internet.

Keseluruhannya, saya mendapati proses untuk menyiapkan tugasan i ni
sangat mencabar dan sememangnya begitu baik kandungan yang diletakkan dalam
tugasan ini. Ini kerana saya semakin mengetahui tentang hukum jenayah dalam
Islam dengna lebih mendalam dan merasakan tajuk ini sangat penting dan menarik.
Dan ia juga dikira menambahkan lagi kefahaman saya berhubung tajuk ini.
BIBLIOGRAFI
Apakah Itu Hukum Hudud. (2001, Mac 13). Diakses pada 25 Mac 2010,
dari http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=1475
Alfian. (2010, Januari 10). Definisi Jinayat. Diakses pada 24 Mac 2010,
dari http://alexandre-alfian.blogspot.com/2010/01/definisi-jinayat.html
Bah I - Bab 3 - Qisas - Fasal 1 - Pembunuhan - Per 106(4) - 107(2)(i). Diakses pada 25 Mac 2010,
dari http://alkhatab.tripod.com/bahibab3qisasfasal1pembunuhanper10641072i/
Fauwaz Fadzil Noor. (2009, May 29). Hukum Kaffarah Pembunuhan Tidak Sengaja.
Diakses pada 23 Mac 2010, dari http://fauwazfadzil.blogspot.com/2009/05/hukum-kaffarah-
pembunuhan-tidak-sengaja.html
39

Hukum Jenayah Islam. Diakses pada 26 Mac 2010 dari http://www.tranungkite.cjb.net/
Hukum Qisas. Diakses pada 27 Mac 2010, dari
http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=11&t=6954&start=0&st=0&sk=t&s
d=a&sid=178414fd5d552dd5fef2436d23095e94
Ilmu Islam ; Jenayah ; Pengertian Jenayah. Diakses pada 24 Mac 2010,
dari http://www.islamgrid.gov.my/articles/law/jenayah-pengertian-hukum.php
Mahir Danial, (2009, Disember 21), Fiqh Jenayah : Qisas dan Diyat Menurut Islam dan Undang-
Undang Tort Sivil: Suatu Kajian, Diakses pada 25 Mac 2010,
dari http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/12/1_1354.html
Membunuh mukmin dan hukumQisas. (2009, Julai 3). Diakses pada 27 Mac 2010, dari
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/07/03/membunuh-mukmin-dan-hukum-q
isas/
Nur Dewi Ratih, Rahma Fitriana Sari, Faeruzy Arnandi, Viki Suryo Bawono, Ria Huriah. ( 2008, Jun 5).
Hukum Qishash. Diakses pada 24 Mac 2010, dari
http://tafany.wordpress.com/2008/06/05/hukum-qishash/
Sayid Sabiq terjemahan oleh Moh. Nabhah Husein. (1987). Fikih Sunnah Jilih 9-11. Kuala Lumpur :
Victory Agencie.
Sheikh M. Abdul Athi Buhairi terjemahan oleh Juhan Che Yaman. (2008). Tafsiran Ayat-ayat Yaa
Ayyuhal-Laziina Aamanuu. Kuala Lumpur : Al-Hidayah.
Siri 4 Undang2 Jenayah Islam- Qisas,Di'at Dan Takzir. (2009, September 6).
Diakses pada 27 Mac 2010, dari http://ibnuzack.blogspot.com/2007/09/siri-4-undang2-
jenayah-islam-qisasdiat.html
Tahukah Anda Apa itu Hudud? (2010, Mac 4). Diakses pada 26 Mac 2010,
dari http://ekonomisyariat.com/belajar-islam/tahukah-anda-apa-itu-hudud.html
Tengku Zulkarnain. (2009, April 16). Membunuh Tidak Sengaja. Diakses pada 22 Mac 2010,
dari http://tengkuzulkarnain.net/index.php/artikel/index/17/Membunuh-tidak-sengaja
Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr. (2009). Majalah Solusi Isu 7. Atlas Al-Quran ; Kisah Nabi Musa.
Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr. (2009). Majalah Solusi Isu 15. Jinayat ; Pelaksanaan Hukum Berkenaan
Qisas. Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr. (2009). Majalah Solusi Isu 16. Jinayat ; Qisas selain Nyawa.
Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.













40



















Sign up to vote on this title
UsefulNot useful