You are on page 1of 7

PERJANJIAN SEWA

BERTARIKH PADA _1_HARIBULAN
_MEI_20_16_

DIANTARA

MUHAMMAD ZULHUSNI BIN ZULKIFLY

DAN

WAN AFIQ MUZANI BIN WAN AZMI

*** DOKUMEN INI HENDAKLAH DICOP DAN
DIMATIKAN SETEM ***

PERJANJIAN SEWA

Perjanjian ini dibuat pada 01 Jun 2016 sehingga 31 Mei 2017 selama satu (1)
tahun di hendaklah memperbaharui satu (1) bulan dari tarikh tamat tempoh
perjanjian.

Diantara Muhammad Zulhusni Bin Zulkifly beralamat di No. 53, Jalan Sena 4,
Taman Sena 4, 01000 KANGAR, Perlis (MyKAD: 880404-09-5365 (selepas ini
disebut sebagai Pemberi Sewa) sebagai satu pihak dan Wan Afiq Muzani Bin
Wan Azmi beralamat di No. 53, Jalan Sena 4, Taman Sena 4, 01000 KANGAR,
Perlis (MyKAD: 880404-09-5365) (selepas ini disebut sebagai Penyewa)

1.0

BAHAWASANYA
1.1

Pemberi Sewa adalah pemilik sah dan berdaftar bagi premis di alamat
di bawah dan Pemberi Sewa bersetuju menyewakan kepada Penyewa
dan Penyewa bersetuju menyewa dari Pemberi Sewa untuk seluruh
ruang Premis serta menggunakan segala kemudahan yang ada di
alamat No. 23, Lrg. 13A, Taman Sri Wang, 02600 ARAU, Perlis yang
terdiri di atas Geran No. 3255 Lot 5622, Mukim Arau, Perlis.

1.2

Penyewa bersetuju membayar kepada Pemberi Sewa sewa bulan
sebanyak Ringgit Malaysia: Satu Ribu Tiga Ratus Sahaja (RM
1,300.00) sebulan dan hendaklah di bayar sebelum atau pada awal
bulan, 01 Haribulan setiap bulan.

1.3

Penyewa hendaklah mendepositkan kepada Pemberi Sewa sejumlah
Ringgit Malaysia: Satu Ribu Tiga Ratus Sahaja (RM 1,300.00)
cagaran

sebagai

perjanjian ini.

tambahan

Penyewa

setelah

menandatangani

1.4

Penyewa hendaklah mendepositkan kepada Pemberi Sewa wang
berjumlah Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja (RM 500.00) sebagai
deposit air dan elektrik.

1.5 Jumlah tersebut hendaklah dikembalikan kepada Penyewa dengan
tanpa faedah pada penamatan penyewaan ini atas akujanji-akujanji dan
syarat-syarat Penyewa yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

2.0

MAKA PENYEWA DISINI BERSETUJU DENGAN PEMBERI SEWA
SEPERTI BERIKUT:

2.1 Membayar sewa pendahuluan pada hari seperti mana diTETAPKAN.

2.2 Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon
yang dikenakan pada premis tersebut semasa penyewaan ini berjalan.

2.3 Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan/atau bersama untuk
membayar bayaran sewa dan bayaran perenggan (2.2).

2.4 Tidak menggunakan dan/atau membenarkan kedai tersebut dan/atau
sebahagian premis tersebut digunakan untuk apa pun jenis perniagaan
yang melanggar undang-undang atau urusan jenis perniagaan yang
telah dipersetujui tanpa kebenaran bertulis dari Pemberi Sewa.

2.6 Tidak

membenarkan

dan/atau

melaksanakan

apa-apa

perubahan

tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam premis
tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran bertulis dari Pemberi Sewa.

2.7 Tidak akan meletak dan/atau menyimpan didalam premis apa jua
bahan yang melanggar undang-undang kerajaan dan/atau bahan yang
mudah meletup dan/atau yang mudah sangat terbakar kecuali setelah
memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran dari
pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Pemberi Sewa.

2.8 Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Kedai tersebut
sebagaimana ditentukan oleh Pemberi Sewa. Menjaga dan memastikan
keadaan di dalam Kedai tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini
supaya sentiasa berada didalam keadaan baik dan boleh diduduki
(susutan biasa sama ada kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain
bencana alam dikecualikan).

2.9 Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan
apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan
yang menyalahi undang-undang di premis tersebut yang mana ianya
boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang
penduduk di kawasan tersebut.

2.10 Membenarkan Pemberi Sewa atau wakil yang telah diberikan kuasa
olehnya atau pekerja-pekerja yang diupah pada bila-bila masa sahaja
yang

munasabah

memasuki

premis

tersebut

untuk

membuat

pemeriksaan atau pembaikkan kepada rumah tersebut yang mana
Pemberi Sewa menganggap mustahak.

2.11 Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan
oleh penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat
dengan kebenaran Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang
ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik
kepada

Pemberi

Sewa

semua

perbelanjaan-perbelanjaan

yang

dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh
penyewa.

2.12 Menyerahkan kembali premis tersebut dengan keadaan baik, bersih dan
aman

kepada

Pemberi

Sewa

apabila

perjanjian

penyewaan

ini

ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian.

3.0

TANGGUNGJAWAB PEMBERI SEWA

3.1 Akan membayar, Cukai Tanah yang dikenakan ke atas premis tersebut.

3.2 Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Premis
tersebut yang mana ianya bukan di sebabkan oleh kelalaian dan juga
membaiki apa-apa kerosakan biasa yang disebabkan oleh “Fair Wear
dan Tear” dan Pemberi Sewa bertanggungjawab bagi mengawasi dan
mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke atas kedai tersebut di
sepanjang tempoh penyewaan ini.

3.3 Pemberi Sewa akan mengembalikan wang cagaran kepada penyewa
pada hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat
dimana wang cagaran boleh digunakan oleh Pemberi Sewa bagi
menjelaskan

sewa

premis

yang

tertunggak

dan/atau

untuk

perbelanjaan membaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada
perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak penyewa, kakitangan
dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas
penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini
dan/atau perbelanjaan yang di tanggung oleh Pemberi Sewa untuk
tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian
ini ditandatangani.

3.4 Memastikan langkah-langkah keselamatan kedai telah dibuat sebelum
Penyewa mendiami premis seperti pemasangan pintu berada dalam
keadaan baik, sistem pendawaian kedai dan bekalan air boleh
digunakan dengan baik dan selamat.

4.0

PERSETUJUAN PEMBERI SEWA DAN PENYEWA

4.1 Pemberi Sewa hendaklah menyerahkan kunci kepada penyewa selepas
penyewa membayar wang cagaran melainkan dipersetujui bersama
oleh kedua-dua pihak.

4.2 Sekiranya Perjanjian ditamatkan oleh Pemberi Sewa atau Penyewa,
adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk menyerahkan kunci
premis kepada Pemberi Sewa atau wakilnya dengan segera.

4.3 Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke
bulan berikutnya maka penyewa bertanggungjawab membayar pada
tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan dengan Pemberi Sewa.

4.4 Pemberi Sewa berhak untuk menamatkan penyewaan ini sekiranya
berlaku pelanggaran atau bila mana Pemberi Sewa berkehendaklah
semula premis tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan
tidak kurang dari satu bulan (1) notis kepada penyewa.

4.5 Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis tidak
kurang dari satu (1) bulan kepada Pemberi Sewa.

4.6 Penamatan oleh Penyewa tidak akan mengecualikan penyewa dari
membayar kepada Pemberi Sewa apa-apa bayaran yang tertunggak
seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.

4.7 Sebarang pertikaian diantara Pemberi Sewa dan Penyewa mengenai
Penyewaan premis tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan
baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai hendaklah diselesaikan
melalui timbangtara.

PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut
dalam perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada
haribulan dan tahun yang tersebut di atas.

Perjanjian ini telah difahami, dipersetujui akur dan ditandatangani pada tarikh 30
APRIL 2016.

PENYEWA

PEMBERI SEWA

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX…
MUHAMMAD ZULHUSNI BIN
ZULKIFLY
MyKad : 880404-05-5365
5776
3 DISEMBER 2015 DISEMBER 2015

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
NONISOHAILA BINTI
IBRAHIM
MyKad : 741019-02-

*** KOSONGKAN RUANGAN INI ***