You are on page 1of 27

AMSU5103

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER I / 2016

AMSU5103
KAEDAH PENGAJIAN USULUDDIN

NO. MATRIKULASI

CGS01311025

NO. KAD PENGNEALAN

751007-11-5183

NO. TELEFON

019-446 1973

E-MEL

mohd.sukri75@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN
TERENGGANU

AMSU5103

ARAHAN

Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA


PENILAIAN (ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK.
Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan
oleh Fakulti bagi tugasan kursus berkenaan.

Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK
termasuk rujukan.

Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New


Roman dan langkau baris 1.5.

Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.

Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang
wajar.

Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat


APENDIKS.

AMSU5103

Isi kandungan
BIL

PERKARA

01

PENGENALAN

02

KONSEP

HALAMAN
3

ILMU

TASAWUF

DAN

PERINGKAT

DALAM

DAN

BENTUK PENYELEWENGAN DALAM PENGAMALAN AJARAN

12

PENGAJIANNYA
03

SEJARAH

KEMUNCULAN

ILMU

TASAWUF

KEPENTINGANNYA
04

TASAWUF
05

FAKTOR

YANG

PENYELEWENGAN

MENYUMBANG
DALAM

BERLAKUNYA

PENGAMALAN

14

AJARAN

TASAWUF
06

TARIQAT

TASAWUF

YANG

DIISYTIHARKAN

SESAT

DI

1`8

KAEDAH UNTUK MEMBENDUNG PERKEMBANGAN TARIQAT

21

MALAYSIA
07

TASAWUF YANG SESAT


08

KESIMPULAN

25

AMSU5103

1. Pengenalan
Perkembangan tasawuf pada akhir-akhir ini hampir menyentuh semua lapisan
masyarakat. Hampir semua dalam kalangan masyarakat kita mengenal bahkan tidak
kurang yang secara praktik masuk dalam wilayah tasawuf. Malangnya ada sebahagian
kecil kelompok akhir zaman ini membawa praktik kehidupan sufistik yang menjauh
daripada kehidupan duniawi, kemasyarakatan, pembangunan dan teknologi. Adakalanya
tasawuf dijadikan jalan keluar (way out) sebagai pelarian daripada tanggungjawab sosial
dengan alasan tidak ingin terlibat dalam fitnah, maksiat, riba, dosa dan segala macam
kekalutan yang terjadi di tengah-tengah umat. Namun kekuatiran mula muncul apabila
tasawuf tersebut turut melibatkan lapisan masyarakat yang benar-benar tidak mengetahui
ilmu agama. Gejala inilah yang telah menular sejak kebelakangan ini di sebahagian
masyarakat kita. Tidak kurang juga antara mereka yang hanya ikut-ikutan berbaiat untuk
berzikir dalam sebuah tarekat. Lebih parah lagi orang yang membaiat (mursyid) orang
awam tersebut juga tidak memiliki ilmu agama yang cukup. Masalah kajian adalah untuk
menjelaskan konsep ilmu tasawuf dan peringkat dalam pengajiannya, dan menerangkan
sejarah kemunculan ilmu tasawuf dan kepentingannya. Manakala tujuan kajian adalah
untuk membincangkan bentuk-bentuk penyelewengan dalam pengamalan ajaran tasawuf,
menghuraikan faktor-faktor yang menyumbang berlakunya penyelewengan dalam
pengamalan ajaran tasawuf, mengenal pasti tariqat-tariqat tasawuf yang diisytiharkan
sesat di Malaysia dan mengemukakan kaedah untuk membendung perkembangan tariqat
tasawuf yang sesat.

AMSU5103

2. Konsep ilmu tasawuf dan peringkat dalam pengajiannya.


2.1 Konsep Ilmu Tasawuf
Dari segi bahasa terdapat sejumlah kata atau istilah yang dihubungkan orang dengan
tasawuf. Harun Nasution misalnya menyatakan lima istilah yang berhubungan dengan
tasawuf, iaitu al Suffah (ahl al-suffah) iaitu orang yang ikut berhijrah dengan Rasulullah
SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah; saf iaitu barisan yang dijumpai dalam
melaksanakan solat berjamaah; sufi iaitu bersih dan suci; sophos (bahasa Yunani:
hikmah); dan suf (kain wol kasar).
Dari segi istilah, tasawuf dapat didefinisikan dari tiga sudut pandang. Pertama, sudut
pandang manusia sebagai makhluk terbatas; kedua, sudut pandang manusia sebagai
makhluk yang harus berjuang; dan ketiga, sudut pandang manusia sebagai makhluk
bertuhan.
Jika dilihat dari sudut pandang manusia sebagai makhluk yang terbatas, maka tasawuf
dapat didefinisikan sebagai upaya mensucikan diri dengan cara menjauhkan pengaruh
kehidupan dunia akan memusatkan perhatian hanya kepada Allah swt. Selanjutnya jika
sudut pandang yang digunakan adalah pandangan bahwa manusia sebagai makhluk yang
harus berjuang, maka tasawuf dapat didefinisikan sebagai upaya memperindahkan diri
dengan akhlak yang bersumber dari ajaran agama dalam rangka mendekatkan diri kepada
Allah swt. Dan jika sudut pandang yang digunakan adalah manusia sebagai makhluk
bertuhan, maka tasawuf dapat didefinisikan sebagai keadaan fitrah (perasaan percaya
kepada Tuhan) yang dapat mengarahkan jiwa agar selalu tertuju pada kegiatan-kegiatan
yang dapat menghubungkan manusia dengan Tuhan.
2.2 Peringkat Dalam Pengajian Ilmu Tasawuf
2.2.1 Syariat
Ini adalah ilmu. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal haram,
sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu, kita tidak tahu
macam mana hendak beramal mengikut cara yang Allah swt mahu. Kalaupun kita
sudah cinta dan takut dengan Allah swt dan kita terdorong untuk menyembah-Nya,
4

AMSU5103

kita tidak boleh berbuat demikian ikut sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta
sendiri. Allah swt tidak terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam dan
kita mesti belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat biji
benih.
2.2.2 Tarekat
Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan secara istiqamah dan
bersungguh-sungguh, difahami, dihayati. Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan.
Pengamalan ilmu ini dinamakan juga tariqat wajib dan ia tidak sama maksudnya
dengan tariqat sunat yang mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi
amalan setengah pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih
tadi [syariat] hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokok yang
bercabang dan berdaun.
2.2.3 Hakikat
Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan syariat itu
hingga ia naik ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi sebatang pokok yang bercabang
dan berdaun, maka kalau cukup syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan
buah.
Buah tariqat adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian
maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar, maqam redha,
maqam tawakkal, maqam tawadhuk, maqam syukur dan berbagai-bagai maqam lagi.
Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja [sebiji buah sahaja] atau boleh jadi
akan terhasil beberapa maqam berbeza dari satu pokok yang sama.
Hakikat juga adalah satu perubahan jiwa atau perubahan peringkat nafsu hasil
dari syariat dan tariqat yang dibuat dengan bersungguh-sungguh, istiqamah, faham
dan dihayati.
2.2.4 Makrifat
Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat dirasai secara
istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang tertinggi hingga dapat

AMSU5103

benar-benar mengenal Allah swt dan rahsia-rahsia-Nya. Orang yang sudah sampai ke
tahap ini digelar Al Arifbillah.
Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan ini bermula dari yang lahir dan
berakhir dengan yang batin. Syariat dan tariqat itu terletak dalam kawasan lahir. Hakikat
dan makrifat pula menjangkau ke dalam hati dan rohani. Kita juga dapat lihat bahawa
peringkat syariat dan tariqat adalah peringkat-peringkat yang agak mudah dicapai kerana
ia hanya melibatkan usaha lahir. Tetapi untuk mencapai peringkat hakikat dan makrifat,
ia agak lebih sukar dan lebih rumit.
Kesukaran ini ialah kerana pertama, ia memerlukan istiqamah dalam beramal dan
kedua kerana ia memerlukan juga amalan batin atau amalan hati atau apa yang
dinamakan hikmah. Amalan yang berhikmah ialah amalan yang dihayati dan dijiwai,
yang mempunyai roh dan rasa-rasa. Tanpa kedua-dua perkara ini iaitu istiqamah dan
hikmah, tariqat tidak akan dapat melonjak ke peringkat hakikat dan seterusnya ke
peringkat makrifat.
Itu sebabnya ramai orang yang berjaya sampai ke peringkat tariqat iaitu boleh berilmu
dan beramal tetapi tersekat di situ sampai ke tua tanpa dapat meningkat ke peringkat
hakikat. Sudah beramal selama 50 hingga 60 tahun tetapi tidak juga lahir akhlak dan
tidak juga dapat mencapai maqam-maqam mahmudah. Dalam ertikata yang lain, mereka
sudah beribadah berpuluh-puluh tahun tetapi ibadah mereka belum menghasilkan buah
iaitu akhlak.

AMSU5103

3. Sejarah kemunculan ilmu tasawuf dan kepentingannya.


3.1 Sejarah Kemunculan Ilmu Tasawuf
Tasawuf mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri. Tasawuf bermula dari
gerakan zuhud dan berkembang menjadi gerakan tasawuf. Perkembangan tasawuf di
dunia Islam dapat dikelompokkan ke dalam beberapa tahap seperti berikut:
a. Tahap Zuhud.
Tahap awal perkembangan tasawuf dimulai pada Abad Pertama Hijrah hingga Abad
Kedua Hijrah. Pada Abad Pertama dan Kedua Hijrah ini belum boleh disebut sebagai
Gerakan Tasawuf tetapi lebih tepat disebut sebagai Gerakan Zuhud. Gerakan Zuhud ini
muncul pada awalnya di Madinah, Kufah dan Basrah. Kemudian berkembang di
Khurasan dan Mesir.
Perkembangan tasawuf di Tahap Zuhud ini boleh dibahagikan kepada dua zaman pula
seperti berikut:
i.

Perkembangan pada zaman sahabat.


Beberapa para sahabat tergolong dalam golongan sufi, antaranya:

ii.

Abu Bakar as-Siddiq

Umar al-Khathab

Usman bin Affan

Ali bin Abi Thalib

Salaman al-Farisy

Abu Dzar al-Ghifari

Perkembangan pada zaman tabiin.

AMSU5103

Mereka adalah murid di kalangan para sahabat. Mereka ini juga dikenali
sebagai sufi sejati. Tokoh-tokoh Ulama Sufi Tabiin, antaranya:

Al-Hasan a-Basri (22H-110H)

Rabiah alAdawiyah; wafat pada tahun 185H

Sufyan bin Said al-Tsauri (97H-161H)

Daud al-Thaly; wafat pada tahun 165H

Syaqiq al-Bulkhi; wafat pada tahun 194H

b. Tahap Tasawuf.
Jika Abad Pertama dan Kedua Hijrah disebut fasal Zuhud maka Abad Ketiga dan
Keempat disebut sebagai fasal tasawuf. Praktis kerohanian yang pada masa sebelumnya
digelari dengan berbagai sebutan seperti zahid, abid, nasik, qari` dan sebagainya, pada
permulaan abad ketiga hijrah mendapat sebutan sufi. Hal itu dikerana tujuan utama
kegiatan rohani mereka tidak sematamata kebahagian akhirat yang ditandai dengan
pencapaian pahala dan penghindaran siksa, akan tetapi untuk menikmati hubungan
langsung dengan Tuhan yang didasari dengan cinta. Cinta Tuhan membawa konsekuensi
pada kondisi tenggelam dan mabuk ke dalam yang dicintai (fana fi al-mahbub). Kondisi
ini tentu akan mendorong ke persatuan dengan yang dicintai (al-ittihad). Di sini telah
terjadi perbedaan tujuan ibadah orang-orang syariat dan ahli hakikat. Dan pada masa ini
tasawuf baik dalam pengertian maupun perilaku telah menyebar luas hampir ke seluruh
wilayah islam tak terkecuali alam melayu.
c. Tahap Tasawuf Sunni.
Fasal ini disebut sebagai fasal konsolidasi yakni memperkuat tasawuf dengan
dasarnya yang asli iaitu al-Qur`an dan al-Hadits atau yang sering disebut dengan
tasawuf sunni yakni tasawuf yang sesuai dengan tradisi (sunnah) Nabi dan para
sahabatnya. Fasal ini sebenarnya merupakan reaksi terhadap fasal sebelumnya di mana
tasawuf sudah mulai melencong dari koridor syariah atau tradisi (sunnah) Nabi dan
sahabatnya. Tokoh tasawuf pada fasal ini adalah Abu Hamid al-Ghazali atau yang lebih
dikenal dengan Imam al-Ghazali. Ia dilahirkan di Thus, Khurasan. Ia hidup dalam
8

AMSU5103

lingkungan pemikiran mau pun mazhab yang sangat hitorigen. al-Ghazali dikenal
sebagai pemuka mazhab kasyf dalam makrifat. Tentang kesunnian al-Ghazali
dikomentari oleh muridnya Abdul Ghafir al-Faritsi, Ahirnya al-Ghazali berkonsentrasi
pada hadith Nabi al-Mushthofa dan berkumpul bersama-sama ahli Hadith dan
mempelajari kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih al-Muslim. Dia menerima tasawuf dari
kelompok parsi menuju tasawuf sunni. Itulah sebabnya ia banyak menyerang falsafah
Yunani dan menunjukkan kelemahan-kelemahan aliran batiniyyah. Di antara buku
karangannya adalah Tahafut al-Falasifah, al-Munqidz Min al-Dlalal dan Ihya` Ulum alDin.
d. Tahap Tasawuf Falsafi,
Pada tahap ini di Abad Keenam, tasawuf falsafi merupakan perpaduan antara
pencapaian pencerahan mistikal dan pemaparan secara rasional-filosofi. Ibnu Arabi
merupakan tokoh utama aliran ini, disamping muridnya, al-Qunawi.
e. Tahap Tarekat.
Kejayaan tasawuf pada abad ke tujuh dan sesudahnya di kalangan bangsa arab, segala
hal yang disandarkan pada Rasulullah SAW baik secara hak mau pun batil, hal tersebut
masih memerlukan penyempurnaan kerana kejayaan tasawuf pada abad sebelumnya
terjadi di kalangan bangsa Arab dan non-Arab. Hal ini merupakan hasil dari suatu
perkembangan semula jadi yang terjadi dalam sejarah perkembangan budaya.
e.

Abad Kesembilan, Kesepuluh Hijrah dan Sesudahnya.


Tasawuf dan perkembangan agama dalam zaman moden. Barang kali tidak ada orang

yang meragukan tentang betapa pentingnya peranan agama dalam konteks modern, dari
sudut pandang ini, peranan agama minimal sebagai:
1. Penyeimbang rohaniah sebagai akibat dari kemajuan hidup di segala bidang di
zaman modern.
2. Salah satu unsur peredam daya rusak manusia akibat nafsu yang dimiliki oleh orang
perseorangan.

AMSU5103

Sesungguhnya demikian justru yang sangat menentukan potensi esensial yang


terkandung dalam agama bagi manusia, kapan saja dan di mana saja potensi sensial
agama yang dimaksud adalah dapat menciptakan rasa keterhubungan dengan yang
diyakini sebagai Tuhan dalam sebuah bentuk pengalaman rohaniah yang mencerahkan
batin. Akhirnya, kalau hal ini diakitkan dengan tasawuf, maka sebenarnya, potensi
spiritual yang terkandung dalam tasawuf memiliki peluang besar untuk mengisi fungsi
pengembalian dua macam jati diri diatas, iaitu jati diri manusia moden dan jati diri umat
Islam yang dicita-citakan.
3.2 Kepentingan Ilmu Tasawuf
Antara kepentingan dan tujuan mendalami ilmu tasawwuf adalah:
1. Agar ummat islam dapat menjalani hidup dengan baik dan seimbang selaras dengan
identiti mereka yang difirmankan Allah swt:
"dan demikianlah kami telah menjadikan kamu satu ummat pertengahan"
(Surah Al Baqarah: Ayat 143)
Ummat

pertengahan

adalah

ummat

yang

bersikap

sederhana

dalam

urusan

kehidupan, tidak terlebih dan tidak terkurang. Mereka dapat mengimbangi antara urusan
dunia

dan

urusan

akhirat.

Mereka

mengambil

kedua-duanya

tetapi

mereka

mengutamakan akhirat kerana akhirat itu "khairun wa abqo". Mereka tidak mengabaikan
dunia, malah menjadikan dunia sebagai "mazraa'tul akhirat".
Mereka sedar jika mereka tidak menguasai dunia nescaya ianya akan dikuasai oleh
ummat lain yang akan mengancam keselamatan ummat islam dan keutuhan syariat islam
itu sendiri. Sebagaimana yang dapat kita lihat pada hari ini, kuasa kuffar laknatullah
sedang menggayang daging ummat islam seluruh dunia terutama di palestin, syria,
afghanistan dan sebagainya.
2. Agar ummat islam bukan hanya ummat yang berdoa semata mata kepada Allah swt
tanpa adanya usaha yang bersunguh sungguh. Mereka tidak semata mata berdoa tetapi
mereka terus berusaha kerana mereka faham maksud firman Allah swt:

10

AMSU5103

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum itu sendiri
yang berusaha mengubahnya".
(Surah ArRa'd: Ayat 11).
Mereka juga faham apa yang dilarang oleh Saidina Umar r.a:
"janganlah seseorang daripada kamu duduk tanpa berusaha mencari rezeki sambil
berdoa "Ya Allah, kurniakan rezeki kepadaku" maka sesungguhnya kamu mengetahui
bahawa langit tidak menurunkan hujan emas dan perak".
Agar kita memahami dan mengerti tentang pengertian ibadah itu sendiri dalam
lingkungan yang luas. Mereka memahami ibadat itu sebagaimana yang tersebut dalam
hadith Rasulullah SAW daripada Abi Said al-Khudri, sabda baginda:
Peniaga yang benar sifatnya lagi amanah adalah bersama sama para nabi, para
siddiqin dan para syuhada
(Riwayat at Tirmizi)
Dr. Yusuf Al Qardawi dalam bukunya Al Ibadah Fi Islam telah memetik apa yang
ditulis oleh Syaikh Islam ibnu Taimiah dalam risalahnya Al Ubudiah, katanya:
"Ibadah adalah satu nama yangmerangkumi bagi semua perkara yang dikasihi dan
diredhai Allah daripada perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan, batinnya dan
zahirnya, sembahyang, zakat, puasa, haji, bercakap benar, menunaikan amanah,
berbuat baik pada ibubapa, menghubung silaturrahim, setia pada janji, menyuruh
berbuat baik, baik pada jiran tetangga, anak yatim, orang musafir, orang miskin,
hamba sahaya dan binatang, berdoa, berzikir, membaca dan seumpamanya itu adalah
ibadah.
Begitu juga cintakan Allah dan rasul-Nya, takutkan Allah, kembali kepada-Nya,
ikhlas beragama kepada Allah, sabar terhadap hukuman-Nya, syukur atas nikmat-Nya,
redha dengan qada'-Nya, bertawakkal pada-Nya, berharap pada rahmat-Nya, takut
pada azab-Nya dan seumpama itu adalah beribadah kepada Allah".
4. Memahami benar-benar pengertian sebenar zuhud, uzlah dan tawakkal. Dengan itu
tidak menjadikan mereka lemah, tidak menjadikan mereka miskin dan makan bantuan
11

AMSU5103

orang lain, tidak menjadikan meraka jahil bebal dan mereka tidak dikuasai oleh orang
kafir tetapi mereka menguasai orang kafir. Mereka sanggup berkorban bukan
dikorbankan sebagaimana yang berlaku pada ummat Islam hari ini.
5. Dengan kefahaman yang benar terhadap tasawwuf ini berlandaskan Al Quran,
Sunnah dan sirah rasul dan disusuli dengan penghayatan, meletakkan ummat Islam
sebagai sebaik baik ummat. Pada ketika itu, ummat umat lain akan tertarik dan
terpesona dengan "khairun ummat" ini dan seterusnya akan berlakulah apa yang
difirmankan Allah swt:
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, kamu melihat manusia
masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai"
(Surah An-Nasr: Ayat 1-2)
4. Bentuk penyelewengan dalam pengamalan ajaran tasawuf.
4.1 Akidah tentang Allah swt
Seorang sufi meyakini Allah swt dengan aqidahnya yang beraneka ragam. Di
antaranya adalah hulul (inkarnasi) seperti mazhab al-Hallaj, dan juga wahdatul
wujud yang mengajarkan ketidakterpisahan antara Khaliq dan makhluk. Inilah aqidah
terakhir yang berkembang sejak abad ketiga hingga kini. Akhirnya, setiap tokoh aqidah
ini mencatatnya dalam kitab, seperti Ibnu Araby, Ibnu Sabin, Al-Tilmasy, Abdul Karim
al-Jaily, Abdul Ghani al-Nabalisy, dan juga majorit pimpinan tarekat sufi kontemporari.
4.2 Akidah tentang Rasulullah SAW.
Aqidah tentang Rasulullah SAW pun diyakini oleh seorang sufi dengan aqidah yang
beraneka ragam. Di antara mereka ada yang meyakini bahwa Rasulullah SAW tidak tidak
mencapai martabat dan kondisi para sufi. Rasulullah SAW tidak mengetahui ilmu-ilmu
para sufi, seperti yang diungkapkan oleh Busthamy:
Kami menyelami lautan yang para nabi berhenti di pantainya.
Di anatara mereka ada juga yang meyakini bahwa Muhammad adalah puncak jagat
raya ini. Dialah Allah swt yang bersemayam di atas Arasy. Langit, bumi, Arasy, kursy
12

AMSU5103

(singhasana), dan seluruh yang ada diciptakan dari cahaya Muhammad. Muhammadlah
yang pertama maujud. Dialah yang bersemayam di atas Arasy Allah swt. Demikianlah
aqidah Ibnu Araby dan sufi sesudahnya.
Bahkan Ibn Taimiyah mengimformasikan pada masa hidupnya banyak di antara kaum
sufi yang meminta agar dapat memperoleh apa yang diberikan Allah swt kepada RasulNya dan mengharap agar diberi mushaf-mushaf untuk disebarluaskan. Gagasan tersebut
banyak dipengaruhi oleh teori-teori kenabian di kalangan para filasof, sehingga mereka
sampai pada kesimpulan bahwa pintu kenabian selalu terbuka dan tidak mungkin
tertutup.
4.3 Ibadah
Menurut keyakinan sufi bahwa solat, puasa, haji dan zakat adalah ibadah-ibadah
orang awam, sedangkan mereka menyebutkan dirinya sebagai kaum khusus. Oleh
kerananya mereka memiliki tatacara ibadah tertentu.
Setiap sufi mensyariatkan syariat-syariat tertentu dalam ibadah untuk mereka
seperti zikir tertentu dengan tatacara tertentu, khalwah, memakan makanan tertentu,
pakaian khusus, dan halaqah atau perkumpulan tertentu.
Tujuan ibadah dalam ajaran tasawuf adalah untuk mengikatkan hati pada Allah swt
untuk menerima ajaran secara langsung menurut kepercayaan mereka, fana dalam Allah
swt, mencari berita ghaib dari Rasulullah SAW, dan berakhlak dengan akhlak Allah swt.
Sehingga, seoranag sufi dapat menyingkap rahsia penciptaan, melihat setiap malaikat,
dan mampu mengatur alam ini. Tidak penting dalam ajaran tasawuf sekiranya syariat
seorang sufi bertentangan dengan kenyataan syariat Nabi Muhammad SAW. Maka,
khamar, berbaurnya lelaki dan wanita dalam halaqah atau majlis zikir, semua itu tidak
penting kerana seorang sufi memiliki syariatnya sendiri-sendiri yang diterima secara
langsung dari Allah swt.
4.4 Halal dan Haram
Tidak ada sesuatu yang haram bagi penganut wahdatul wujud dalam ajaran tasawuf,
kerana setiap sesuatu pada hakikatnya adalah satu. Oleh kerananya, di antara mereka ada
13

AMSU5103

yang penzina dan homoseks, ada yang menyetubuhi keldai-keldai secara terang-terangan,
serta ada yang berkeyakinan bahwa Allah swt telah membebaskan tanggungjawab
darinya dan menghalalkan apa yang Allah swt haramkan pada orang lain.
5. Faktor yang menyumbang berlakunya penyelewengan dalam pengamalan ajaran
tasawuf.
Hasil dari penelitian Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, penyelewengan dalam pengamalan ajaran tasawuf berkembang hasil dari
faktor-faktor berikut:
5.1 Teosofi
Tasawuf Teosofi menjadi punca utama kepada penyelewengan dalam ilmu
tasawuf dan kepada muncul ajaran-ajaran sesat yang mana ia didapati dipengaruhi
oleh pengaruh Greek, Parsi, Yahudi, Kristian dan Hindu Buddha.
Faktor ini mengandungi berbagai-bagai konsep yang bermula dengan konsep
wahdatul wujud dan seterusnya diserap kepada ajaran martabat tujuh dari karangan
Syeikh Mohammad b. Fadhlullah Al-Burhanipuri, (1029H / 1619M) melalui bukunya
al-Tohfah Ila-Mursalah Ila Roh Al-Nabi, yang diterjemah ke bahasa Jawa tahun
(1680M) kemudiannya pula disalurkan oleh beberapa tokoh Nusantara seperti Syeikh
Syamsuddin al-Sumatrani (1690M) yang mengarang buku Jauhar al-Haqaeq, Abdul
Rauf Singkel dengan kitab Daqaiq al-Huruf beliau dikatakan menuntut di Mekah
selama 19 tahun dan kembali ke Acheh tahun (1661M) dan Syeikh Hamzah Fansuri
(1606M) dalam buku-bukunya di bidang tasawuf ketuhanan terutama buku Asrar alArifin, Syarb al-Asyikin dan al-Muntahi dan berkembang pula melalui kitab al-Durr
al-Nafis oleh Syeikh Mohammad Nafis al-Banjari (1778M) yang ditulis tahun
(1200H) yang dianggap pula oleh beberapa tokoh penyelidikan sebagai mewarisi
kitab al-Tohfah al-Mursalah yang dikatakan telah ditemui di Ceribon tidak lewat dari
tahun 1668M oleh Abdul Muhyi seorang wali dari Jawa, yang menjadi guru kepada
Bagus Norjan dari Ceribon.
Kitab ini juga tersebar di Sumatera pada abad ke-17 M. Buku ini dikatakan
mempengaruhi kelanjoran buku Serat Wirid Hidayat Jati karangan Rengka Warsita
(1873M).
14

AMSU5103

Pada asasnya faktor Tasawuf Teosofi ini telah banyak mempengaruhi ajaranajaran yang dibawa oleh guru-buru ajaran sesat ditambah pula oleha buku Kasyr AlAsrar oleh Syeikh Mohammad Salleh bin Abdullah al-Mengkabu yang ditulis tahun
1922M.
5.2 Wahdatul Wujud
Menurut Prof. Dr. Abdul Fatah Haron Ibrahim bahawa tasawuf wahdatul
wujud dalam Islam dapat dikesan sumbernya daripada Hindu dan Neoplatonisma
atau seumpama kedua-duanya.
Menurut Haji Abdullah Fahim b. Hj. Ab. Rahman, pula bahawa buku Bahr alLahut iaitu kitab adunan antara kandungan al-Tohfah al-Mursalah dengan Serat Wirid
dan kandungan Bahr Al-Lahut inilah yang terdapat dalam kitab Hidayah Anwar
(Ajaran Taslim) dan Hakikat Insan (1985M) serta Tajalli Ahmad Laksamana.
Menurut Dr. Abdul Fatah Haron bahawa martabat tujuh juga bukan dari alQuran dan Hadis Sahih, tetapi dari falsafah Neo Platonism yang dikenal dengan teori
immanasi atau as-Sudur dari Kitab al-Durr al-Nafis.
Fahaman Wahdatul Wujud menganggap alam ini adalah penyataan Allah swt
yang qadim Azali lagi abadi. Alam ini seperti ombak dan Tuhan seperti laut. Ombak
itu kekal ada selagi laut itu kekal.
5.3 Martabat Tujuh
Martabat Tujuh adalah satu perbincangan mengenai asal usul mula kejadian
alam semesta ini. Ilmu ini termasuk dalam bidang iktiqad Tasawuf Falsafah Wahdatul
Wujud.
Penjelasan maksudnya ialah bahawa Allah Yang Maha Esa Mentajalli
(menampak) alam semesta daripada Dzat-Nya sendiri.
Pertama: Ahadiyah iaitu Martabat zat qadim, azali, abadi, martabat La Taayun ertinya
martabat tidak nyata. Ahadiyah iaitu seperti menilik cermin, wahdah seperti cermin,
wahdiyah seperti rupa dalam cermin, martabat La Taayun belum nyata Tuhan dengan
hamba.
15

AMSU5103

Kedua: Wahidiyah Martabat Aliah Wahdah Qadim, azali, abadi, roh Qudsi yakni
nyawa Muhammad, martabat Taayun Awwal iaitu nyata yang pertama, kelakuan dzat:
Syuun, Martabat Muhammad. Ertinya nyawa Muhammad pada pihak pengetahuan
Allah swt.
Ketiga: Wahdiyah, Martabat Taayun thani, nyata yang kedua iaitu Roh Adam dan
Aayanthabitah namanya iaitu Kenyataannya telah ada bagi ilmu Allah bagi zat dan
bagi sekalian yang maujud iaitu jalan tafsil. Tajalli hak Allah kepada martabat ini
dengan nama Ar-Rahman bersifat pemurah.
Keempat: Alam Arwah iaitu alam segala nyawa dan alam roh aayan kharijah ertinya
kenyataan yang sudah terbit daripada ilmuNya dan roh itu daripada kehendak Allah
Taala yang dibangsakan keadaannya dengan martabat terbit daripada suruhan Tuhan
kita dengan berantara sesuatu daripada pergantung.
Kelima: Alam Mithal ialah kalbu sanubari bererti tempat hati. Inilah alam segala rupa
namanyaa iaitu daripada kehendak Allah Taala yang rapat terus daripada segala suku
yang halus dan tiada menerima suku ertinya tiadalah menerima akan tegahan dan
tiadalah menerima berciri-ciri setengahnya daripada setengahnya dan tiadalah
menerima akan tebusan dan tiada menerima zakat kerana halus.
Keenam: Alam Ajsam ialah alam syahadah, alam yang dipandang, alam segala
martabat yang terus daripada anasir empat, air, tanah, udara dan api dan yang tersebut
daripada itu lima perkara iaitu segala batu, tumbuhan, binatang dan segala jin yang
tersusun dari segala unsur, nyata Allah taala itu dengan zahir dan Muhammad
namanya Mazhar.
Ketujuh: Alam Insan disebut Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya martabat yang
dihimpunkan segala martabat ini.
5.4 Nur Muhammad
Nur Muhamad ialah cahaya yang dihubungkan dengan Nabi Muhammad
SAW. Dari segi istilah ialah ciptaan Allah swt yang pertama, sebelum Dia mencipta
makhlukNya yang lain. Cahaya ini dicipta dari Nur Allah, pada asal kewujudannya.
Nur ini sama dengan rupa kejadian Nabi Muhammad s.a.w.
16

AMSU5103

Istilah yang lain dipakai juga oleh penggemarnya iaitu al-Aql al-Awwal, alInsan al-Kamil, Qutub, Ghaus dan lain-lain. Kaitannya dengan Martabat Tujuh, ia
terletak di martabat kedua.
Pemikiran ini tidak ada dalam al-Quran dan hadis sahih, lebih-lebih lagi ia
disifatkan sebagai qadim dan semua perkara yang ada dalam alam ini bersumber
darinya. Bagi syiah, menggunakannya untuk meluluskan akidah mereka terhadap alImamah.
Manakala kaum Sufi untuk meluluskan Konsep al-Wilayah atau Kewalian,
yang ada persamaannya dengan al-Imamah dalam Syiah. Orang Islam yang awal
membincangkan Konsep Nur Muhamad ialah Ibnu Arabi (638H/240M) dan Abdul
Karim al-Jili (832H). Ini disebutkan dalam kitab-kitab karya mereka seperti alFutuhat al-Makiyyah, Fusus al-Hikam dan al-Insan al-Kamil fi Maarifah al-awail
wa al-Awakhir.
Bagi Ibnu Arabi, Nur Muhamad merupakan asal usul kejadian semua makhluk
yang hidup dan sumber yang terpancar daripada ilmu para Nabi dan wali atau dengan
kata lain Nur Muhamad ialah roh yang nyata dengan rupa para Nabi dan wali sejak
Nabi Adam a.s. diutus hingga Nabi Muhamad s.a.w. dan sejak wujud Martabat alWilayah atau kenabian dalam pemikiran Sufi.
Ilmu para nabi dan wali menurut Kaum Sufi adalah suatu pancaran dari Nur
Muhamad yang merupakan induk kepada segala yang wujud ini. (lihat Muhamad Ali
al-Junid, Nazdariyyah, al-Imamah, al-Imamah, hal. 128) dan bandingkan dengan
artikel Prof. Madya Dr. Abdul Hayei bin Abdul Shukor (UM) Nur Muhamad: Satu
Pencemaran Terhadap Akidah (Utusan Zaman 9 Jun 1996).
Orang yang terlibat dengan kumpulan ini dipercayai banyak memalsukan
hadis bagi meluluskan teori dan cita-cita ini. Sedangkan menurut pandangan ahli
Sunnah Wal Jamaah, asal kejadian Nabi Muhamad SAW. adalah jelas seperti
dinyatakan dalam ayat 110, surah al-Kahfi, yang bermaksud;
Katakanlah (wahai Muhamad) sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti
kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah satu.

17

AMSU5103

Bagi ahli Sunnah, kepercayaan Nur Muhamad ini adalah khurafat dan tidak
bersandarkan mana-man dalil yang layak menjadi sumber hukum.
Tetapi setengah kaum Sufi yang keterlaluan mendakwa bahawa ilmu mereka
kasyaf, kadang-kadang dikatakan diambil terus dari Allah swt atau Rasulullah SAW.
Menurut Prof. Dr. Abdulfatah Haron bin Ibrahim, bahawa Nur Muhamad tidak
lebih daripada lagenda. Ia tidak ada dalam ajaran akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
(Asyariah, Maturidiah dan Salafiah, tetapi terdapat dalam Ajaran Tasawuf Wahdatul
Wujud).
Dalam kitab al-Dur al-Nafis disebutkan sebuah hadis yang bermaksud:
Mula pertama Allah jadikan ialah Nur Nabimu, hai Jabir, maka Allah jadikan Nur
itu segala sesuatu dan engkau adalah daripada sesuatu itu.
Hadis ini adalah hadis mauduk (rekaan dan palsu) seperti disebut dalam Kitab
al-Mawahib dalam Kasyaf al-Khifa Wa Mazil al-Albas.
6. Mengenal pasti tariqat tasawuf yang diisytiharkan sesat di Malaysia.
Merujuk kepada Portal Rasmi Fatwa Malaysia (2016), di senaraikan beberapa tariqat
tasawuf yang diisytiharkan sesat di Malaysia seperti di bawah:
6.1 Tariqat Naqsyabandiah Kadirun Yahya
Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya adalah menyeleweng dari Akidah Islam
yang sebenar amalan-amalannya bertentangan dengan Syariat Islam. Oleh itu
mengamalkan ajaran Tarikat ini adalah sesat lagi menyesatkan, mengamalkannya
hukumannya haram.
Antara dakwaan yang dibuat oleh pembawa ajaran ini:
1. Tarikat ini didakwa kononnya diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad
sebelum baginda menjadi Rasul. Melalui tarikat ini Allah menurunkan Nur (cahaya)
ke dalam badan Nabi Muhammad. Nur Muhammad ini diturunkan kepada salsilahsalsilah hingga kepada Prof. Kadirun Yahya sendiri.

18

AMSU5103

2. Pengikut-pengikut ajaran ini dikehendaki menggambarkan / membayangkan wajah


guru ajaran ini semasa beribadat supaya segera dikabul oleh Allah.
3. Sebelum pengikut-pengikut ajaran ini naik haji ke Mekah, maka terlebih dahulu
datang bersuluk di Pancabudi di Medan. Kalau tidak mampu ke Mekah, cukuplah
datang ke Medan sahaja.
4. Ahli tarikat ini tidak boleh menghisap rokok kerana sesiapa yang menghisap rokok
tidak masuk syurga
6.2 Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim A-Haqqani
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-48 yang bersidang pada 3 April 2000 telah membincangkan
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. Muzakarah telah
memutuskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh
Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan
menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.
Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat
Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak
boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang
sebenar.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 27
September 2000 telah membincangkan mengenai Tariqat Naqsyabandiah Al Aliyyah.
Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara mengharamkan tareqat ini.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 4/2010 yang bersidang
pada 23 Muharram 1432H bersamaan 29 Disember 2010 telah membincangkan
mengenai Pengharaman Tarikat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Di Bawah Pimpinan
Syeikh Nazim Al-Haqqani Di Negeri Melaka. Mesyuarat telah membuat keputusan
seperti berikut:
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim
bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng
daripada ajaran Islam. Pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat.
19

AMSU5103

6.3 Tariqat Naqsyabandiah Al-Kholidiah


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-29 yang bersidang pada 19 Feb 1992 telah membincangkan
Amalan Suluk(Bertapa) & Rabitah (Menghadirkan Wajah Guru) Dalam Tariqat
Naqsyabandiah Khalidiah. Muzakarah telah memutuskan bahawa "Amalan suluk dan
rabitah dalam tariqat Naqsyabandiah Khalidiah pimpinan Tuan Haji Ishak bin Mohd
'Arif adalah terkeluar daripada syariat Islam.
Muzakarah mengambil keputusan mengenai amalan suluk dan rabitah
dalam Tariqat Naqsyabandiah adalah terkeluar dari syariat Islam. Ini adalah
berdasarkan hujah seperti berikut:
i. Menunaikan sembahyang Jumaat adalah fardhu yang jelas nasnya melainkan bagi
orang yang menghadapi uzur syarie dan imam-imam yang mujahadah tidak ada yang
berpendapat bahawa orang yang sakit bathin termasuk dalam uzur syarie.
ii. Perbuatan menggambarkan wajah guru adalah bidah dalalah. Amalan ini tidak ada
di dalam syariat Islam dan tidak pernah dilakukan oleh Rasulallah (S.A.W) dan para
Sahabat, Rasulallah (S.A.W) juga tidak pernah menyuruh para Sahabat
menggambarkan wajah Baginda semasa berzikir dan beribadat. Oleh itu perbuatan
menggambarkan wajah guru semasa berzikir dan beribadat adalah termasuk dalam
perkara bidah dalalah berdasarkan hadith:
Saya menasihatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah. Dengar dan patuh
walaupun kepada hamba habshi. Sesiapa di antara kamu yang masih hidup selepas
Ku, ia akan melihat perselisihan faham yang banyak, maka hendaklah kamu
mengikut sunnah Ku, sunnah khalifah Ku yang mendapat petunjuk yang betul.
Berpeganglah dengannya dan kaciplah sekuat-kuat dengan gigi geraham kamu
(berpegang teguh) dan ingatlah kamu terhadap ciptaan-ciptaan baru dalam agama
bahawa setiap ciptaan yang baru dalam agama adalah termasuk dalam bidah dalalah
dan setiap bidah dalalah adalah sesat.
iii. Memohon keberkatan guru adalah perbuatan syirik.

20

AMSU5103

6.4 Tariqat Zikrullah Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin


Bahawa ajaran Tariqat Zikrullah Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin didapati
menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, orang Islam dilarang
mengamalkan ajaran itu dan menyebarkannya; dan Orang Islam yang telah
mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Tariqat Zikrullah Hasan Anak Rimau dan
Ayah Pin di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat dan kembali kepada
ajaran Islam yang sebenar.
7. Kaedah untuk membendung perkembangan tariqat tasawuf yang sesat.
7.1 Iman Asas Kualiti Iman
Iman mempunyai kaitan yang padu dengan kualiti insan. Ia adalah asas atau
permulaan bagi setiap perilaku dan tindakan manusia yang akan menghasilkan
kesempurnaan seseorang yang benar-benar bersyahadah dengan keimanannya. Oleh
kerana itulah al-Quran tidak memisahkan antara iman dan amal seseorang itu. Firman
Allah swt:
Yang Bermaksud, Sesungguhnya orang- orang yang sebenar-benarnya beriman
hanyalah orang-orang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus
percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan
jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan
imannya).
Melalui konsep iman, tunggak kekuatan seseorang muslim akan menjadi teguh,
berupaya melaksanakan titah perintah Allah, meninggalkan segala larangan dengan
cekal hati, mampu menghindari belenggu kejahilan dan penyelewengan.
Melalui iman juga manusia akan terselamat daripada sebarang ancaman sama ada
yang datang dari luar mahupun runtunan hawa nafsuyang muncul dari dalam diri.
Mereka tidak akan tunduk kepada ancaman-ancaman tersebut kerana telah dibentengi
oleh iman yang teguh. Beriman kepada Allah swt dengan sebenar-benarnya akan
memberi kepuasan dan kebersihan hati dan fikiran. Ia akan melahirkan sifat taqwa
dan dapat memandu seseorang itu menjalani kehidupan ini dengan mengikut jalan
yang lurus, dapat mengawal daripada segala macam kelemahan kemungkaran dan
21

AMSU5103

penyelewengan serta dapat mengeluarkan dirinya daripada segala perkara yang


menyusahkan. Firman Allah swt:
Yang bermaksud, Dan (ingatlah!) sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya
Allah memudahkan baginya segala urusan.
Dengan iman, seseorang itu akan dapat mengenal dan membezakan antara yang
benar dengan yang salah dan tidak mudah terpengaruh serta terikut dakyah
penyelewengan yang disampaikan kepada mereka.
7.2 Syariah Asas Setiap Ajaran
Ukuran yang tepat untuk memastikan sesuatu ajaran, pemikiran, istiadat dan tindakan
itu salah atau benar, sesat atau batin, sesuai atau bercanggah dengan Islam ialah
sejauh mana ianya bersesuaian dan serasi dengan Islam, sejauh mana ianya bertepatan
dengan kehendak syariah dan mutabaqah dengan al-Quran dan al-Sunnah.
Pada kebiasaannya ajaran salah atau sesat ini dihubungkan dengan perjalanan
tasawwuf dan tariqat demi untuk menarik minat masyarakat Islam. Jika diperhatikan
dengan teliti berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap beberapa ajaran salah dan
sesat, ternyata ianya terpengaruh oleh ajaran batiniah yang cuba meruntuhkan Islam
dan aqidahnya, menggugurkan taklif dan syarak, menafikan Muhammad Rasulullah
SAW dan syariat, dengan mendakwa kesempurnaan dirinya kerana adanya hakikat
Muhammad yang batin dalam dirinya. Ada yang menafikan ketuhanan Allah swt
dengan idea bertuhankan diri sendiri dengan mengaku dirinya tuhan bertujuan untuk
membebaskan diri dari larangan dan ikutan syarak supaya dapat mengamalkan
kepuasan hawa nafsu terutama berhubung tentang seks dan wang. Demikianlah inti
pati ajaran batiniah yang banyak mempengaruhi ajaran sesat di negara ini.
Di dalam hubungan ini, ulamak sufiah telah menegaskan bahawa jika kamu melihat
seseorang berjalan di atas air sedangkan dia melakukan larangan dan tegahan syarak,
ketahuilah bahawa dia adalah syaitan. Kata-kata ini dibenarkan oleh Imam al-Ghazali.
Menurut al-Syeikh Ahmad Fathullah Jamiy, apa yang dituntut pada setiap orang
mukmin ialah berpegang dengan syariah. Manakala tariqat itu sebahagian daripada
22

AMSU5103

syariat. Beliau menegaskan lagi, syariat itu adalah asal dan tariqat cabang baginya,
hakikat pula gabungan antara syariat dan tarikat.
7.2 Wadah Islam Menghapuskan Kejahilan
Mencari dan menuntut ilmu pengetahuan adalah suruhan yang wajib dilaksanakan
oleh setiap individu muslim. Seseorang yang jahil tidak dapat membezakan antara
kebenaran dengan kebatilan. Kebenaran dan kebatilan amat berbeza. Untuk
mengenalpasti mengenainya, seseorang itu mesti mempunyai ilmu dan menghayati
kebenaran itu. Di samping dapat mengenalpasti kebenaran, seseorang itu hendaklah
juga mengetahui ciri-ciri kesesatan supaya tidak tergelincir ke dalamnya.
Allah swt telah menyatakan Islam sebagai agama kebenaran, jalan yang lurus dan
jalan yang boleh menyampaikan kepada keredhaan-Nya. Jalan ini mestilah dilalui
oleh setiap hamba Allah yang ingin mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Allah
juga menerangkan bahawa selain Islam, semua jalan lain adalah sesat belaka dan
membawa kecelakaan di dunia dan di akhirat. Bagi membezakan antara jalan yang
benar dan sesat ini, seseorang itu hendaklah melengkapkan dirinya dengan ilmu
pengetahuan dan mengkaji mengenainya dengan penuh keinsafan.
Baginda Rasulullah SAW telah mengajarkan umatnya satu doa supaya menetapkan
hati dan pegangan terhadap ajaran Islam dan menjauhi diri dari kesesatan. Doa
baginda Rasulullah SAW, yang bermaksud:
Wahai Tuhanku tetapkanlah hatiku di atas agama mu dan ketaatan kepadamu.
Dalam hal ini, ilmu yang benar adalah penting untuk diikuti bukan yang mengelirukan
dan bukan meragukan. Pengertian ilmu dalam konteks ini dijelaskan oleh imam alGhazali sebagai berikut:
Ilmu yang sesungguhnya ialah tersingkapnya sesuatu yang jelas, sehingga tidak ada
lagi ruang untuk ragu-ragu, tidak mungkin salah atau keliru; tidak ada tempat di hati
untuk itu. Keimanan dari bahaya salah atau keliru harus diperkuat dengan keyakinan
demikian rupa sehingga andaikata disangkal oleh seorang yang mempunyai kesaktian,
23

AMSU5103

yang misalnya dapat merubah tongkat menjadi ular, namun demikian itu tidak akan
menimbulkan ragu-ragu sedikitpun juga terhadap keyakinan tadi. Apa yang diketahui,
bila tidak seyakin itu maka yang demikian bukanlah ilmu yang patut menjadi
pegangan dan tidak ada rasa aman di dalamnya. Dan setiap ilmu yang tidak memberi
rasa aman bukanlah ilmu yang yakin.
7.4 Pendekatan Undang-Undang
Usaha untuk membasmi dan membanteras ajaran sesat adalah satu usaha berterusan
yang telah dipelopori oleh generasi awal Islam, para ulama dan diteruskan oleh pihak
berkuasa agama negara dan negeri sehingga kini jika dahulu para ulama seperti Imam
Al-Ghazali berusaha mempertahankan aqidah Islam daripada dipengaruhi oleh
pemikiran falsafah Greek melalui kitabnya alMunqiz min Dhalan dan Tuhufatul alFalasafah. Maka kini digubal undang-undang bagi membanteras penyelewengan
akidah yang sedang berlaku. Pemikiran-pemikiran Muktazilah, Qadariah dan
penyelewengan akidah lain yang berlaku dahulu, sebenarnya kini masih berleluasa di
dalam masyarakat dalam bentuk yang baru, ia perlu ditangani dengan dakwah dan
penerangan mengenai aqidah Islam yang sebenar.
Dalam keadaan tertentu tindakan undang-undang perlu diambil terhadap golongan
yang berdegil dan masih mengamalkan akidah Islam yang menyeleweng. Usaha untuk
menjaga keharmonian akidah Islam adalah satu usaha yang perlu di jalankan dengan
penuh rasa tanggungjawab dan bukannya sekadar untuk memenuhi kehendak undangundang sahaja. Tidak dapat di nafikan bahawa pengamalpengamal ajaran sesat boleh
di dakwa di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah yang boleh dijatuhkan hukuman jika
disabitkan kesalahannya. Apa yang lebih penting ialah di dalam undang-undang
berkaitan dengan ajaran sesat bagaimana ia boleh digunakan bagi memberi peluang
kepada mereka yang telah tersesat kembali ke pangkal jalan. Ia bukan mengutamakan
hukuman kepada pesalah tetapi yang lebih mustahak umat Islam tidak terpengaruh
dan dipengaruhi oleh ajaran sesat tersebut dan mereka yang telah terlibat akan
bertaubat oleh sebab itu para pegawai penguatkuasa agama dan pegawai pejabat
agama yang lain seharusnya berusaha di dalam tindakan mereka untuk memberi
peluang kepada pengikut ajaran sesat untuk menyedari kesilapan mereka dan
bertaubat. Dalam erti kata lain pendekatan ajaran sesat ini tidak boleh disamakan

24

AMSU5103

dengan kesalahan-kesalahan jenayah Syariah yang lain seperti zina, minum minuman
keras dan tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan.
8. Kesimpulan (4M)
Gagasan kesimpulan yang menyeluruh dan penjelasan relevan dengan penerangan
bahagian isi serta menjelaskan penambahan idea.
Kajian ini menemukan kita beberapa kesimpulan sebagai rumusan keseluruhan.
Antaranya ialah:
a) Kita perlu berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah, iaitu menggunakan
disiplin dan metodologi yang jelas dalam memahaminya. Sebarang pentafsiran al-Quran
perlu merujuk mufassirin. Manakala huraian hadith perlu merujuk kepada muhaddithin.
b) Umat Islam perlu menambah nilai iman dan taqwa setiap masa bagi menghadapi apa
jua bentuk cabaran yang mendatang.
c) Setiap individu sewajarnya menghindarkan diri daripada terlibat dengan ajaran
salah/sesat. Bahkan perlu bertindak sebagai mata dan telinga pemerintah dalam usaha
menanganinya kerana tanggungjawab agama adalah tanggungjawab semua individu
muslim.
d) Kita perlu merujuk pihak berautoriti agama bagi menentukan kesahihan sesuatu
fahaman, amalan atau pegangan. Pendapat individu bukanlah sesuatu yang muktamad.
Bahkan tidak boleh dijadikan mekanisme pemutusan terhadap sesuatu ajaran.
e) Semua pihak perlu prihatin dengan isu fahaman atau ajaran yang menyeleweng dari
landasan Islam. Hal ini penting supaya isu-isu berkaitan dapat ditangani dengan baik
dan berhikmah demi kesucian agama, maruah bangsa dan keperluan negara.

25

AMSU5103

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Mohammad Nidzam Abd. Kadir. (2010). Tasawuf Kontemporari. Kuala Lumpur:
Telaga Biru Sdn. Bhd.
Shamsul Mohd Nor. (2012). Menyelami Samudera Tasawuf. Selangor: Yamani Angle
Sdn. Bhd.
Yusri Abd. Karim. (2011). Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi. Selangor: Yamani Angle
Sdn. Bhd.
Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2009). Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf Tapi Anda
Tiada Tempat Untuk Bertanya.... Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Portal Rasmi Fatwa Malaysia (2016). Retrieved from http://www.e-fatwa.gov.my/

26

You might also like