Mandat dan Dasar-dasar KPM

MANDAT DAN DASAR-DASAR KPM

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Membangunkan sistem pendidikan berkualiti yang
bertaraf dunia (World Class) bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya
dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia.

1

Mandat dan Dasar-dasar KPM

TRANSFORMASI PENDIDIKAN
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)

ASPIRASI MURID

Kemahiran
memimpin

Kemahiran
berfikir

Kemahiran
dwibahasa

Setiap murid
akan
mempunyai..

Etika dan
kerohanian

Pengetahuan

Identiti
nasional

…sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2

Mandat dan Dasar-dasar KPM

11 ANJAKAN DALAM PPPM
1. Menyediakan

kesamarataan

akses

kepada

pendidikan

berkualiti

bertaraf

antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

3

Mandat dan Dasar-dasar KPM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

4

Mandat dan Dasar-dasar KPM

PEMBELAJARAN ABAD 21

5

Mandat dan Dasar-dasar KPM

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA &
EMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia melibatkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta
penambahbaikan terhadap pendekatan dan pembelajaran Bahasa Malaysia.
Manakala strategi memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan
kurikulum Bahasa Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi
melaksanakan kurikulum tersebut.
Rasional Pelaksanaan MBMMBI menggantikan PPSMI
 Penguasaan pelajar dalam Bahasa Malaysia berbanding dengan Bahasa Inggeris :
Keputusan peperiksaan awam menunjukkan murid akan lebih mudah mengikuti PdP
dalam BM berbanding BI.
 Pencapaian pelajar dalam Sains dan Matematik mengikut jenis sekolah : Jurang
pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam Sains dan Matematik.
 Penggunaan Bahasa Inggeris oleh guru Sains dan Matematik dalam bilik darjah adalah
sekitar 55%.
 Dapatan UNESCO menunjukkan pelajar lebih mudah mempelajari pelajaran dalam bahasa
ibunda pada peringkat awal persekolahan.
Berdasarkan pengamatan itu, KPM melaksanakan MBMMBI melalui strategi :
1.

Memartabatkan Bahasa Malaysia melalui :
 Pendekatan PdP ; Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui
pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul PdP.
 Guru Bahasa Malaysia berkualiti ; Guru yang mengajar mata pelajaran ini beropsyen
BM dan digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesional.
 Peluasan penggunaan ICT dalam PdP.
 Melaksanakan PdP Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di SK dan bahasa
ibunda di SJKC dan SJKT.
2. Memperkukuh Bahasa Inggeris melalui :
 Penambahan waktu PdP Bahasa Inggeris di SK, SJKC dan SJKT.
 Guru Bahasa Inggeris berkualiti ; Guru daripada opsyen BI mengajar mata pelajaran ini
dan digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesional.
 Pendekatan PdP ; Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris akan menggunakan
pendekatan modular. Setiap komponen kemahiran bahasa mempunyai modul PdP
tersendiri dan PdP tatabahasa akan diberi fokus dalam modul Grammar.
 Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa ; makmal komputer
akan dinaik taraf dengan perkakasan dan perisian supaya boleh turut berfungsi
sebagai makmal bahasa. Teknologi Maklumat dimanfaat dalam PdP Bahasa Inggeris
melalui penggunaan perisian yang sesuai.
Pemansuhan PPSMI adalah secara beransur-ansur (soft landing).

6

Mandat dan Dasar-dasar KPM

KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PBS merupakan pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah rendah (KSSR).
PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.
PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH

Akademik

Pentaksiran Pusat
(PP)

Bukan Akademik

Pentaksiran Sekolah
(PS)

Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan &
Kokurikulum (PAJSK)

Pentaksiran
Psikometrik (PPSi)

KOMPONEN PBS
PP
Dirancang, dibina
dan dilapor oleh
Lembaga
Peperiksaan tetapi
ditadbir, diperiksa
dan direkod oleh
sekolah.

CIRI PBS :
1. Holistik
4. Fleksibel
p&p

PS
Dirancang, dibina,
ditadbir, diperiksa dan
direkod oleh guru di
sekolah yang melibatkan
murid, ibu bapa dan
oragnisasi luar.
Pentaksiran Sekolah
dilaksanakan dalam
bentuk pentaksiran
formatif dan sumatif.

2.
5.

PPSi
Dilaksana di peringkat
sekolah dan / atau pusat
untuk mengukur
kebolehan semula jadi,
kemahiran
menyelesaikan masalah,
minat, kecenderungan,
sikap dan personalti
murid.

Sepadu
Merujuk Standard

PAJSK
Dijalankan untuk
mendapatkan
maklumat tentang
kapasiti dan potensi
jasmani, sukan,
kokurikulum yang
dikawal dan
kokurikulum.

3. Seimbang
6.
Sebahagian daripada proses

PELAKSANAAN PBS
UPSR 60 : 40 mulai 2016

PT3 100% mulai 2014

7

Related Interests