You are on page 1of 3

PERATURAN SEKOLAH

PERKARA 1:MASA PERSEKOLAHAN


1.1 Loceng Pertama
Ia akan dibunyikan pada pukul 7.10 pagi.Murid membersihkan kelas dan kawasan
sekolah.
1.2 Loceng Kedua
Ia dibunyikan pada pukul 7.20 pagi.Murid dikehendaki beratur di luar kelas sehingga
guru masa pertama masuk.Pemeriksaan kuku,rambut dan pakaian dijalankan oleh
pengawas dan guru disiplin.
1.3 Loceng Rehat
1.3.1
Waktu rehat selama 20 minit.
1.3.2
Masa Rehat: 9.55 pagi hingga 10.15 pagi
1.3.3
Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan
pengawasan guru.
1.3.4
Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas, di luar kelas dan di tangga
bangunan.Makan hanya dibenarkan di kantin sekolah sahaja.
1.3.5
Apabila loceng tamat rehat dibunyikan murid mesti berbaris di luar kelas masingmasing dan masuk ke kelas dengan arahan guru.
1.4 Waktu Balik
Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas dengan
teratur dan senyap dengan di awasi oleh guru / pengawas.

PERKARA 2:

PERHIMPUNAN MINGGUAN

2.1 Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi peringkat
sekolah.Semua murid diwajibkan hadir.
2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing.
2.3 Semasa perhimpunan murid-murid wajib menyanyi lagu kebangsaan dan lagu negeri
dengan suara yang lantang sambil menghormati bendera yang dinaikkan semasa
itu.
2.4 Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-murid harus mengambil
perhatian dengan sepenuhnya.
2.5 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.
2.6 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan
teratur dan senyap.

PERKARA 3:

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai pada hari-hari
persekolahan, menghadiri upacara upacara rasmi sekolah dan membuat lawatan
rasmi.
Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah
sehingga balik semula ke rumah.
3.1

Pakaian Murid Lelaki


3.1.1 Baju
Baju kemeja putih berkolar dan berlengan pendek.
3.1.2

Seluar
Seluar pendek / panjang berwarna biru tua.
-Dikehendaki memasukkan baju kemeja ke dalam seluar dan butang baju
hendaklah dikenakan sepanjang masa persekolahan.

3.1.3

Tali pinggang
Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya tidak
besar atau berhias.Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 inci atau 3.75 cm.
Warna tali pinggang : Samada hitam atau biru.

3.1.3

Rambut
Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan
pendek.
Dilarang menyimpan ekor dan berfesyen rambut punk.Penggunaan jel atau
mousse tidak dibenarkan.

Istilah pendek ialah :


-

Di belakang : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.


Di depan : rambut tidak menutup garis tengah dahi.
Di sebelah : rambut tidak menyentuh telinga dan sideburn tidak melebihi garis
tengah hidung.

Pelajar lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti yang
diarah oleh Kementerian Pelajaran KP(BS/HEP)8543/061/606.

3.2
3.2.1
3.2.2

Pakaian Murid Perempuan


Pakaian murid-murid perempuan adalah pinafore berwarna biru tua (navy blue)
dan labuhnya paras lutut dan tidak terlalu labuh / ketat.
Baju Kurung dan Kain Sarung

Murid perempuan beragama Islam, baju kurung berpesak yang dipakai mestilah
berwarna putih dan kain sarungnya berwarna biru tua.
3.2.3
Tudung / Mini Telekung
Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih dengan ukuran yang
sesuai.
3.2.4
Rambut / Kuku /Riben
- Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.
- Rambut tidak boleh mencecah bahu.
- Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang (plait) dengan
menggunakan riben hitam atau biru.
- Murid murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat
kuku dan sebagainya.
3.2.5

Alat-alat solek
-Murid dilarang memakai sebarang alat make-up walaupun nipis.

3.2.7 Barang-barang Kemas


Murid dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas seperti gelang,rantai
leher,anting-anting,subang yang besar,cincin dan lain-lain.
3.3

Kasut dan Sarung kaki


3.3.1 Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas yang berwarna
putih
Sarung kaki hendaklah berwarna putih.

3.4
3.4.1

Pakaian Seragam Pengawas sekolah


Pakaian Pengawas Lelaki
Seluar panjang biru tua,kemeja lengan panjang berwarna biru dan bertali leher
berwarna merah tua.

3.4.2 Pakaian Pengawas Perempuan


Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru / baju kurung berwarna biru dan
bertudung merah tua.
Gaun / blaus warna biru gelap.
3.5

Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani

3.5.1

Semua murid mesti memakai T.Shirt sekolah dan digalakkan memakai seluar panjang
(track bottom / pendek (bola sepak)