You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI 1/2017

SK LKTP Chalok Barat,


21450 setiu, Terengganu
Tarikh
Masa
Tempat

: 25.1.2016
: 02.00 petang hingga 3.00 petang
: Bilik Mesyuarat

Kehadiran:
1. En. Isyar Rasyidi bin Ishak
2. Pn. Hjh Nik Normawati bt Nik Mat
3. En. Harun bin Ismail
4. En. Wan Mohd Ropi bin Wan Nawang
5. En. Rusneyrizzal bin Rusli
6. En. Hasan bin Yaacob
7. Pn. Wan Hanem Nadia bt Wan Musa
AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN
KESIHATAN
1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan
Jasmani Kali -1 bagi sesi 2017
1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang
dirancang dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.
Tindakan : Makluman
AGENDA 2: PERUTUSAN PENGERUSI
2.1 Pengerusi majlis, Encik Isyar Rasyidi bin Ishak mengucapkan terima kasih atas
komitmen semua guru Panitia yang hadir pada hari ini
2.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan kerana dapat mengadakan mesyuarat kali pertama pada tahun ini.
2.3 Beliau mengharapkan semua AJK dapat melaksanakan program / aktiviti takwim
dengan lebih berkesan dan dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Untuk Makluman dan Tindakan Guru Matapelajaran

AGENDA 3: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE 3 2016


3.1 En. Rusneyrizzal bin Rusli mencadangkan agar minit tersebut diterima dan
disahkan. En. Wan Mohd Ropi bin Wan Nawang menyokong.
Tindakan : Makluman

AGENDA 4 : PERKARA BERBANGKIT


4.1 Tiada perkara berbangkit
Tindakan : Makluman
AGENDA 5 : RANCANGAN MENGAJAR
5.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani memaklumkan antara laporan Taklimat KSSR
semakan 2017 bagi Panitia PJK ialah :
5.1.1 Gabungan modul pengajaran Pendidikan Jasmani dengan Pendidikan
Kesihatan untuk Tahun 1.
5.2.2 Menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis dengan berpandukan
Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang terkini
dan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas iaitu [PU(A) 531 Per7&PU (A) 531 Per
8].
5.2 Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran diserahkan kepada semua guru.
5.4 Ketua Panitia menerangkan format penulisan Buku Rancangan Harian sekurangkurangnya perlu ada tunjang, tajuk, standard pembelajaran, objektif, aktiviti, BBM
dan refleksi.
Tindakan : Guru Matapelajaran
AGENDA 6 : AKTIVITI TAHUNAN
6.1 En Che Zamri bin Ali memaklumkan bermula tahun lepas telah berjalan Penilaian
PAJSK untuk murid tahun 6. Untuk tahun 2017 program ini akan diteruskan dan
murid yang terlibat adalah murid tahun 4,5 dan 6.
6.2 Untuk aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan 3 untuk
penggal pertama dan bulan 8 untuk penggal ke 2. Ujian tersebut perlu direkodkan
didalam kad rekod ujian SEGAK.

Tindakan : Semua AJK

AGENDA 7: ANGGARAN PERBELANJAAN


7.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai peralatan PJK yang
diperlukan untuk tahun ini dan diserahkan kepadanya atau boleh meminta peralatan
tersebut melalui nota minta yang boleh didapati di pejabat..
7.4 Guru-guru boleh menyemak peralatan yang ada di dalam bilik sukan untuk PdP
Pendidikan Jasmani dan menyenaraikan peralatan yang perlu dibeli.
Tindakan : Guru Matapelajaran
AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN
8.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJ dan
memastikan peralatan tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga
segala peminjaman peralatan dicatatkan dalam buku catatan peminjaman
peralatan.
8.2 Pastikan buku latihan Pendidikan Kesihatan ditanda dan digunakan sebaik mungkin
bagi mengelakkan aduan dari ibu bapa penggunaan buku tulis PJK yang terlalu
sedikit untuk setahun.
8.3 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar yang
segera untuk proses membuat tempahan barang.
Tindakan : Semua AJK
AGENDA 9 : PENUTUP
9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat dan berharap
semua perancangan dapat dilaksanakan diatas semua keputusan yang telah
dipersetujui bersama.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.
Disediakan oleh :

( Harun bin Ismail


)
Setiausaha ,
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
SK LKTP Chalok Barat

Diperakui Oleh :

Disemak oleh:

( Hasan bin Yaacob )


Ketua Panitia
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
SK LKTP Chalok Barat

You might also like