You are on page 1of 15

KAHWIN CAMPUR DI MALAYSIA

1.0 Pengenalan
Secara umumnya, aspek perkahwinan merupakan salah satu aspek asas yang membentuk
kehidupan berkeluarga. Pelbagai takrif telah diberikan kepada istilah kahwin. Salah satunya ialah
kahwin didefinisikan sebagai satu ikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan yang
kemudiannya menjadi suami isteri (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005). Dari sudut Islam pula,
kahwin ini telah menjadi satu elemen penting dan dituntut. Hal ini demikian kerana kahwin ini
sememangnya membantu Umat manusia untuk bersatu padu dan mengeratkan hubungan
silaturahim antara manusia.

Terdapat pelbagai bentuk perkahwinan yang diamalkan di dunia ini. Salah satunya
ialah kahwin campur. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2005), kahwin campur ini merujuk
kepada satu perkahwinan diantara dua orang yang berlainan bangsa atau agama. Kahwin campur
ini sebenarnya tidak terikat kepada agama tertentu sahaja. Kahwin campur ini turut merentasi
nilai dan budaya kedua-dua pihak yang berkahwin.

Perkahwinan

campur

telah

lama

dipraktikkan

dalam

sejarah

terutamanya

untuk mengeratkan hubungan antara negara, contohnya perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan
SultanMansur Shah. Oleh itu, perkataan kahwin campur adalah tidak asing bagi rakyat
Malaysia.Masyarakat majmuk di Malaysia adalah kesan daripada perkahwinan campur di
Malaysia sejak dulu hingga kini. Islam juga tidak melarang sebarang bentuk perkahwinan

termasuklah perkahwinancampur asalkan ianya menurut kehendak syarak, seperti dinyatakan


dalam ayat al Quran,
Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuanlain dua,
tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antaraisteri-isteri
kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja. (Surah An-Nisaa - ayat 3)
Kahwin campur moden kini terbahagi kepada tiga kategori iaitu kahwin campur antara
kaum, kahwin campur antara negara dan kahwin campur antara agama. Ada keistimewaannya
apabila berkahwin campur ini.

2.0 Permasalahan Kajian

Masih wujud pemikiran yang tertutup yang mengganggap kahwin campur ini adalah

sesuatu yang fatal ataupun tidak baik.


Kesan negatif yang disebabkan oleh perkahwinan campur seharusnya dipandang

serius.Masalah- masalah ini patut dikaji dan diselesaikan.


Perhubungan kaum atau kesepaduan kaum itu semakin terjejas dan hilang sikap untuk
saling menghormati sesama sendiri.

3.0 Objektif Kajian

Mengenal pasti perkahwinan campur antara etnik.


Mengkaji kebaikan dan keburukan kahwin campur

4.0 Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan. Kami
menggunakan jurnal hasil kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu untuk
melengkapkan kajian ini. Jernal-jernal ini digunakan sebagai bahan rujukan yang utama kepada
pengkaji. Selain itu, kami juga menggunakan medium internet untuk menambahbaik hasil kajian
kami. Kami cuba mendapatkan bahan dari sumber yang sesuai untuk dimasukkan dalam kajian.
Akhir sekali, kami menggunakan buku yang berkaitan dengan hubungan etnik sebagai bahan
kajian kami.

5.0 Batasan Kajian


Kajian ini hanyalah terbatas kepada kajian perkahwinan campur antara etnik di Malaysia.

PERKAHWINAN CAMPUR
DEFINISI KAHWIN CAMPUR

Kahwin campur asalnya digunakan oleh pihak gereja Katholik untuk menyatakan
sebuah perkahwinan antara seorang Kristian dan seorang bukan Kristian. Tapi, pada hari ini,
perkataankahwin campur bermaksud sebuah perkahwinan yang melibatkan dua orang yang
mempunyaiagama, kewarganegaraan dan bangsa yang berlainan. Oleh itu, kahwin campur boleh
dikelaskankepada 3 kategori, iaitu, kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara
dan kahwincampur antara agama.Kahwin campur antara kaum melibatkan dua individu yang
berlainan kaum, sebagaicontoh, seorang lelaki India berkahwin dengan seorang perempuan Cina.
Kahwin campur antaranegara melibatkan kewarganegaraan, sebagai contoh, seorang muslim
yang berbangsa Melayu berkahwin dengan seorang muslim yang berbangsa Arab . Kahwin
campur antara agamamelibatkan dua idividu yang menganut agama yang berbeza, sebagai
contoh, seorang seorangHindu berkahwin dengan seorang Buddha. Terma perkahwinan campur
sebenarnya telah diperkenalkan oleh pihak Gereja Katholik untuk menggambarkan perkahwinan
antara penganut Katholik dan bukan Katholik. Tapi kini terma perkahwinan campur juga
membawa maksud perkahwinan antara dua pihak yang berlainanagama, bangsa dan
warganegara. Perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan darigolongan berbeza
sama ada berlainan agama atau bangsa juga dipanggil eksogami. Dapat disimpulkan bahawa
perkahwinan campur dalam Islam adalah perkahwinan diantara dua pihak yang berlainan latar
belakang bangsa,agama atau kewarganegeraan. Sebaga contoh, sekiranya seorang muslim
melayu berkahwin dengan seseorang yang berbangsa Inggeris yang pada asalnya merupakan
penganut agama lain, perkahwinan itu bolehlah dikira sebagai perkahwinan campur.Perkahwinan
campur boleh terjadi dalam 3 kategori yang berbeza seperti yang dinyatakan berikut beserta
dengan contohnya sekali.
Antara Kaum

Perkahwinan antara seorang muslim berbangsa Melayu dengan

seorang

muslim berbangsa Cina.


Antara Negara

Perkahwinan antara seorang muslim berbangsa melayu dengan

seorang

Antara Agama

muslim berbangsa Arab yang berasal dari Qatar


Perkahwinan antara seorang muslim dengan seseorang yang beragama
Kristian.

SEJARAH
Kahwin campur di Malaysia dipraktikkan lama lagi sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.
Pada masa itu, Malaysia masih dikenali sebagai Tanah Melayu. Pada kurun ke-15kesultanan
Melaka, Sultan Mansur Shah telah menjalin hubungan diplomatik dengan China, danmaharaja
Yongle telah menghadiahi puterinya, Li Po untuk dijadikan isteri sultan. Hang Li Podatang ke
Tanah Melayu bersama dengan Laksamana Cheng Ho dan 500 pengiring perempuan.Pengiring
puteri menetap di Bukit Cina dan akhirnya berkahwin dengan pengawai Sultan Mansur Shah.
Maka, hasil kahwin campur antara kaum melayu dan kaum cina pada masa itu dikenali sebagai
baba-nyonya. Penghijrahan kaum India dalam jumlah yang besar ke Tanah Melayu adalah
pada akhir kurun-19 semasa Tanah Melayu dijajahi oleh orang Portugal dan Belanda. Menurut
Datuk HajiOmar Hashim, pengerusi Jawatakuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM)
dalam temu ramahnya yang bertajuk Rentetan Sejarah Kedatangan Kaum India, kaum India
datang secara suka rela kerana India ketika itu menghadapi masalah kemiskinan, oleh itu mereka
datang sebagai buruh dan telah melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan,
pertahanan dan perdagangan. Kahwin campur antara kaum India dan kaum cina juga amat
dikenali dalam Malaysia, malah, generasi yang dari keluarga kahwin campur ini dikenali sebagai
Chindian.Sejak tahun 1882, orang Sikh telah menjejak kaki ke Sabah apabila pasukan

polisditubuhkan ketika Kompeni Borneo Utara menubuhkan Constabulari Bersenjata Borneo


Utara. Oleh sebab kaum Sikh amat pegang kuat kepada agama, maka pihak yang ingin
berkahwin dengan kaum Sikh mestilah memahami serta memeluk agamanya. Perkahwinan
campur antara orang Sikh dengan orang Cina dan Kadazan telah mewujudkan sebuah komuniti
yang dikenali sebagai komuniti peranakan Punjabi. Selain daripada yang atas, di Malaysia juga
terdapat komuniti India muslim di Pulau Pinang yang membentuk Jawi Peranakan hasil daripada
perkahwinan antara lelaki India Muslim dari Selatan India dan perempuan Melayu di Pulau
Pinang. Seterusnya komuniti Ceti yang menganut agama Hindu di Melaka hasil daripada
perkahwinan pedagang India Selatan dengan wanita pribumi.

IMPLIKASI PERKAHWINAN CAMPUR


Perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat di Malaysia meninggalkan impak bukan
sahaja terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung, tetapi juga terhadap masyarakat
sekeliling dan keadaan sosiologi sesebuah negara. Impak tersebut dapat dilihat daripada
duasudut, iaitu sudut positif dan sudut negatif.

Kesan postif perkahwinan campur


Secara individu, pasangan dan ahli keluarga yang terlibat dapat mengetahui dan mempelajari
bangsa dan budaya lain. Selain itu, kadar maksiat seperti bersekedudukan juga dapat
dikurangkan. Dari aspek masyarakat pula, kahwin campur dapat menyebarkan dakwah
keagamaan, misalnya agama Islam. Ini kerana, apabila seseorang yang bukan Muslim
ingin berkahwin dengan seorang Muslim, beliau mesti menukar agamanya kepada agama Islam.
Dengan itu, dapatlah ajaran Islam yang murni dapat diajarkan kepada bukan Muslim tersebut
dengan harapan beliau akan mendapat hidayah daripada Allah. Secara tidak langsung, anakanak yang lahir dari hasil perkahwinan itu juga beragama Islam. Tambahan lagi, generasi yang
lahir dari perkahwinan campur juga tidak bersikap perkauman dan berfikiran terbuka terhadap
budayalain. Disebabkan terdapatnya variasi dalam keluarga, baka yang dihasilkan akan lebih
berkualitidari segi fizikal dan mental. Dari aspek negara, kahwin campur dapat memupuk sikap
perpaduan dan keharmonian di antara kaum-kaum di negara ini. Di samping itu, ekonomi juga
dapat dijana melalui pelbagai upacara perkahwinan yang dijalankan.

Kesan negatif perkahwinan campur


Secara idealnya, perkahwinan campur dapat memupuk persefahaman antara pelbagai kaum
namun

realitinya

konflik

kadang-kadang

terjadi

sekiranya

pasangan

tidak

dapat

mengadaptasi perbezaan budaya, di tambah pula dengan tiadanya tolak ansur di antara kedua-dua
belah pihak.Pegangan agama juga mudah goyah dan sesat disebabkan terikut-ikut budaya asing

yang lebihterbuka. Berkemungkinan juga akan timbulnya masalah komunikasi antara pasangan
dan ahlikeluarga dan kadangkala akan timbul pula masalah, khususnya bagi kita umat Islam. Jika
pasangantersebut bukan Muslim tentulah sukar bagi kita untuk menerima sesetengah adat serta
amalan yang mereka lakukan. Misalnya, meminum arak, pergaulan bebas, berzina, berjudi
adalah di antaraamalan biasa dalam era globalisasi ini. Dari aspek masyarakat, akan wujud
masalah perbalahan kaum disebabkan oleh sikap etnosentrik dan prejudis terhadap kaum lain.
Tambahan lagi, jika terdapat halangan keluarga, dimana keluarga pasangan tidak mahu pasangan
bertukar agama. Contohnya, hubungan kekeluargaan yang erat dianggap penting dalam
masyarakat Melayu justeru, mereka lebih gemar membina hubungan perkahwinan dalam
kelompok mereka sendiri. Masyarakat Melayu tidak menggalakkan anak mereka mengahwini
orang luar seperti bangsa India atau Serani kerana dikhuatiri akankehilangan anak serta sering
dipukul atau didera. Mereka juga khuatir jika anak-anak mahu berkahwin dengan orang yang
bukan beragama Islam. Mereka tidak mahu anak-anak ini terpengaruh dengan ajaran agama lain
dan yang paling membimbangkan mereka ialah anak-anak akan hilang akidah lalu menganut
agama lain. Antara risiko yang mungkin dihadapi juga adalah, peningkatan kadar penceraian dan
masalah sosial, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk SeriDr. Rais Yatim
berkata, kajian ilmiah yang dilakukan oleh beberapa ahli sosiologi di negara ini antara 1995
hingga 1998 mendapati dalam setiap perkahwinan campur, hanya tiga berjaya. Ringkasnya,
bertambahnya kesedaran terhadap bangsa lain, warna kulit tidak lagi dilihat sebagai
adanya perbezaan. Perkahwinan

antara bangsa

berlainan adat,

budaya

dan agama

ini

semakin diterima rakyat secara keseluruhan. Ikatan perkahwinan tidak kira sama ada yang
sebangsa

atau

pun tidak,

masalah

biasa alam

perkahwinan

tetap

timbul. Setiap

individu perlu bersikap rasional dalam menangani masalah tersebut serta mencari jalan
penyelesaian yang terbaik.

Kesan kepada masyarakat


Perkahwinan campur adalah permulaan budaya baru untuk sesebuah keluarga. Ini kerana
keluarga antara pasangan masing-masing akan mempelajari dan menghormati pegangan dan adat
sesuatu kaum lain dengan lebih mendalam kerana ia melibatkan kehidupan seseorang ahli
keluarga mereka. Sebagai contoh, apabila orang india berkahwin dengan orang cina sudah tentu
pemahaman tentang budaya yang berlainan dapat difahami dengan jelas disebabkan sudah ada
pertalian perkahwinan (Idrus, et.al.,2011). Kedua-dua

keluarga

pasangan

juga

dapat

mengenali, memahami dan menghormati budaya masing-masing dan secara tidak langsung
dapat menjalin dan mengekalkan jaringan social dengan keluarga dan masyarakat. Rohana
yusof, 2010

menyatakan

bahawa

keluarga memainkan peranan yang penting untuk

pembentukan sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan aset untuk meneruskan


kebudayaan dalam sesebuah masyarakat. Perkahwinan antara dua kaum yang berbeza akan
melahirkan budaya baru dan permulaan kepada sesuatu kehidupan baru dalam erti kata lain
membina sesebuah masyarakat. Menurut Haji Ishak Saat, 2009, perkahwinan campur melahirkan
beberapa etnik baru contohnya etnik Cina Peranakan yang lebih dikenali dengan masyarakat
Baba dan Nyonya, masyarakat chite, masyarakat portugis, masyarakat Begus, masyarakat Syed
dan sebagainya. Proses integrasi dalam sesebuah budaya berlaku dan mewujudkan beberapa ciri
baru dalam amalan budaya mereka tanpa menghilangkan ciri-ciri asal budaya mereka
(Osman,

1981) Kerjasama dan tolak ansur antara kaum mampu melahirkan suasana harmoni

dalam kalangan rakyat di Malaysia. Perkahwinan campur dapat mengeratkan hubungan pelbagai
kaum dan mengukuhkan semangat perpaduan. Perpaduan

adalah satu proses

untuk

menyatukan anggota masyarakat melalui ideologi negara supaya anggota masyarakat


tersebut
Kerajaan

dapat
telah

membina
berusaha

satu

identity bersama

memupuk

dalam

memacu

kestabilan

negara.

semangat perpaduan dalam membina kesejahteraan

negara kita. Apabila perpaduan kaum dapat dicapai, kemajuan Negara juga dapat ditingkatkan
dan dikekalkan. Malah, salah satu daripada dasar-dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan
adalah perpaduan boleh dicapai dengan perkahwinan campur. Perkahwinan campur merupakan
satu cara untuk merapatkan hubungan etnik dan dalam kotenks

Malaysia,

ia

adalah

langkah yang positif kerana perkahwinan campur semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Perkahwinan campur amat digalakkan di negara kita untuk membuang perasaan prejudis antara
kaum dan agama, seterusnya dapat mewujudkan negara yang mempunyai rakyat yang bersatu
padu, aman dan harmoni.

PERKAHWINAN CAMPUR MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM

Perbezaan dari segi Kaum (bukan muslim)

Di Malaysia, perkahwinan antara kaum banyak didengari dalam kalangan masyarakat.Malaysia


sendiri merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Perkahwinan sebegini sama
ada antara Melayu dengan Cina, India atau bangsa lain senegara melahirkangenerasi kacukan
yang dibesarkan dalam pertembungan dua budaya.Perkahwinan campur yang melibatkan
perbezaan bangsa (bukan muslim) dilihat menjaditrend pada masa kini. Ini kerana ia melibatkan
kebebasan terhadap dua pihak yang berkahwinserta anak-anak mereka. Salah satunya adalah
kebebasan beragama dan bangsa. Kedua-dua pasangan yang berkahwin boleh memilih dan
meneruskan agama dan budaya bangsa yangmasing-masing. Sementara itu, nama individu yang
hendak berkahwin tidak perlu diubah.Lantaran itu, perkahwinan campur jenis ini diterima baik
oleh kedua-dua pihak keluarga yang berkahwin. Kebiasaannya kedua-dua budaya bangsa dan
agama diamalkan dalam keluarga mereka. Jadi terpulanglah kepada anak-anak individu terbabit
untuk memilih agama yang sesuai dengan mereka. Dari segi bahasa, kedua-dua jenis bahasa
diamalkan dalam keluarga mereka. Anak-anak pula lebih bersikap berfikiran terbuka dan dilihat
memperolehi gen-gen yang baik daripada ibu bapa mereka. Yang menariknya, dilihat
pengambilan kedua-dua budaya turut diamalkan kedua-dua pihak pasangan dan anaknya. Hal ini
dapat dilihat melalui sambutan perayaan yang disambut oleh kedua-dua pasangan yang berlainan
bangsa atau kaum. Ini membuktikan indentiti atau jati diri sebuah bangsa dan kaum tidak
terhapus walaupun telah berkahwin campur.Perkahwinan campur seharusnya sudah menjadi
gejala sosial yang biasa di Malaysia,memandangkan perlunya interaksi dan saling bergantungan
sesama kaum, lebih-lebih lagi setiap kaum itu perlu hidup aman damai, selain ia juga boleh
menjadi faktor penting dalam mengikis perasaan perkauman. Pendek kata, dari perkahwinan
campur diharap akan terbentuk generasi baru dengan sikap yang lebih terbuka terhadap
perbezaan antara kaum, maka dapat memahami dan menerima budaya lain dengan lebih mudah.

Itulah juga yang diharapkan daripada golonganperanakan kerana mereka dijangka sudah
memiliki perwatakan yang unik, selain mempunyai pendirian yang lebih liberal. Pendek kata,
mereka

tidaklah

rigid

kepada

satu

jenis

kebudayaansahaja

setelah

mengamalkan

percampuran budaya yang diwarisi.

Antara Agama
Kebelakangan

ini

kita

melihat

bilangan

perkahwinan

campur

semakin

bertambah

dalammasyarakat kita. Perkahwinan campur di sini merujuk kepada seorang yang asal Islam
ingin berkahwin dengan seorang yang bukan Islam dan kemudiannya, pihak yang bukan Islam
tersebuttelah memeluk Islam sebelum perkahwinan dan dikenali sebagai saudara baru. Saudara
barutersebut boleh jadi dari pelbagai bangsa dan agama. Secara lazimnya, golongan berbangsa
lainyang kebiasaannya merupakan penganut agama lain akan memeluk agama Islam
untuk membolehkan beliau berkahwin dengan seorang muslim. Jabatan Kefahaman Islam
Malaysiadan beberapa badan bukan kerajaan seperti PERKIM memberikan bantuan dalam
soal pemahaman Islam dan bimbingan untuk tujuan tersebut Perkara seperti ini sebenarnya
diterima dan ia selari serta tidak bercanggah dengan ajaranIslam yang tidak membezakan di
antara bangsa dan warna kulit. Ini kerana perkahwinan ini telahmemenuhi syarat utama di dalam
Islam iaitu pasangan tersebut mestilah beragama Islam.Larangan hanya terdapat di dalam
perkahwinan dengan mereka yang bukan Islam. Pada dasarnyaIslam tidak melarang perkahwinan
seumpama ini jika sekiranya pasangan tersebut sudahmemeluk Islam. Sebab pertamanya
ialah pasangan itu berpeluang untuk berkenalan di antarasatu sama lain. Bukan sahaja dengan
pasangannya bahkan seluruh keluarga yang terlibat dan ini bertepatan dengan hikmah atau tujuan
Allah mencipta manusia dari berbilang bangsa, puak dankaum. Namun dari segi perkahwinan

campur yang melibatkan agama iatu di antara non muslimdan muslim berkait rapat dengan
persepsi dalam masyarakat. Walaubagaimanapun terdapat perubahan persepsi dalam masyarakat
dahulu dan sekarang terhadap perkahwinan campur yangmelibatkan perbezaan agama iaitu
agama Islam. Berikutan hal demikian, perkahwinan campur berbeza agama kian diterima oleh
masyarakat.Di Malaysia, orang Islam di sinonimkan sebagai Melayu. Manakala orang Melayu
adalahdiwajibkan beragama Islam. Rata-rata masyarakat dahulu, mempunyai strereotaip
terhadap bangsa lain. Masyarakat Cina menganggap orang Melayu adalah bangsa yang malas
berusaha.Melayu juga disinonimkan layu, maka berkahwin dengan orang Melayu dikatakan
masuk Melayu bukannya masuk Islam. Selain itu, tanggapan bahawa berkahwin dengan agama
lainhanya akan menghapuskan tradisi dan identiti bangsa itu contohnya, nama keluarga.Malahan
nenek moyang mereka akan marah pada si terbabit dan keturunannya.Tambahan pula,
masyarakat zaman dahulu kurang terdedah dan kurang bergaul dengan masyarakat yang berbeza
agama dan bangsa. Tahap pendidikan yang terbatas meyempitkanfikiran mereka. Sekaligus
menghalang usaha perkahwinan campur yang melibatkan perbezaaniaitu agam Islam.
Walaubagaimanapun, pada zaman abad ke 20 ini, perkahwinan campur berbeza agama tidak
asing di kalangan masyarakat. Masyarakat lebih terdedah dengan budayadan memahami sedikit
sebanyak mengenai agama Islam. Masyarakat semakin memahami bahawa bangsa dan budaya
mereka tetap sama. Cuma yang berubahnya adalah agama yangdianuti.Jika galakan perkahwinan
campur dimulakan dari sekarang dengan matlamat akanlahirkan rakyat yang sedarah sedenyut
nadi, maka dalam tempoh 50 tahun akan datang, Malaysiaakan mampu mewujudkan bangsa
Malaysia. Namun, perkara yang perlu diberi perhatian seriusdi sini ialah tentang komitmen
suami terhadap isteri yang baru memeluk Islam. Isteri seharusnyadiberi kefahaman sebenar
tentang Islam. Niat mereka perlu diperbetulkan. Memeluk Islam bukankerana ingin berkahwin

tetapi kerana keyakinan dan kebenaran Islam yang telah mula dilihat.Keyakinan, keikhlasan di
dalam memeluk Islam adalah amat penting bagi menjamin seseorangyang memeluk Islam kekal
berada di dalam agama yang suci meskipun jodoh merekakadangkala tidak kekal.Ramai yang
memeluk Islam hanya kerana cinta dan ingin berkahwin tetapi apabila berpisah lantas kembali
kepada agama asal. Suami di dalam hal ini perlu memainkan perananmereka di dalam mendidik
isteri agar benar-benar faham akan agama Islam yang suci ini.Sememangnya di dalam
perkahwinan, perceraian adalah antara perkara yang lumrah berlaku. Namun, perkara seperti ini
perlulah dijauhi. Amalan talak atau cerai adalah satu amalan yangdibenci oleh Allah meskipun ia
adalah harus pada hukum syarak