Elemen 1

Elemen 2

SENARAI KANDUNGAN
ASPEK 1.TAJUK KAJIAN 2.SENARAI KANDUNGAN 3.PENGHARGAAN 4.OBJEKTIF KAJIAN 5.KAEDAH KAJIAN 6.HASIL KAJIAN 7.RUMUSAN 8.LAMPIRAN 9.RUJUKAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para alim ulama sehinggalah kepada sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka

Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Surimin Bin Giman selaku pengetua SMK Jalan Tiga yang banyak memberi sokongan kepada para pelajarnya.

Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan kepada Puan Hasliza Hasan Basri selaku guru matapelajaran sejarah saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan KERJA KURSUS Sejarah ini. Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.ucapan penuh kasih sayang juga saya tujukan buat ayah saya, Khairul Anwar Bin Mustafa dan ibu saya, Norasmah Binti Zamidin, terima kasih atas segalanya

Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan KERJA KURSUS SEJARAH sebaik ini..

Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan KERJA KURSUS ini.

Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hamba-hamba-Nya yang banyak membantusaya dala menyiapkan KERJA KURSUS ini. Amin.

OBJEKTIF KAJIAN

1.

Kajian yang saya lakukan ini dapat menjadikan saya seorang insan dan manusia yang menghargai dan bersyukur kepada ALLAH terhadap apa yang dikurniakan kerana HARI RAYA AIDILFITRI adalah hari kemenangan umat Islam seluruh dunia.

2.

Melalui kajian ini juga saya mengetahui jenis-jenis perayaan tradisi pelbagai kaum yang terdapat di negara Malaysia ini seperti hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Depavalli dan Cristmast.

3.

Melalui kajian ini juga saya mengetahui sejarah Hari Raya dalam Islam dan konsep Hari Raya dalam Islam yang jelas menunjukkan bahawa ia perayaan keagamaan dan ia disambut sebagai satu ibadat.

4.

Melalui kajian ini juga dapat melahirkan kerjasama antara saya dengan guru, ibu bapa dan rakan-rakan dan mereka yang terlibat dengan kajian ini.

KAEDAH KAJIAN

1.

Kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet. Bahan-bahan untuk kajian ini saya perolehi daripada internet dengan melayari laman-laman web yang berkenaan dan berkaitan dengan tajuk kajian.

2.

Kaedah kajian perpustakaan. Saya mencari tajuk kajian daripada bukubuku ilmiah yang saya pinjam dan perolehi daripada perpustakaan sekolah ini dan sekolah-sekolah lain.

3.

Kaedah temubual juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya menemubual ibu dan ayah saya berkenaan dengan perayaan ini. Mereka sebagai orang sumber yang menjadi rujukan utama saya semasa menyiapkan kajian ini.

4.Kaedah majalah. Saya juga mencari bahan-bahan berkenaan tajuk kajian ini melalui majalah-majalah yang berkaitan.

HASIL KAJIAN

HARI RAYA AIDILFITRI

1. PERAYAAN TRADISI: HARI RAYA AIDILFITRI

Nama hari Raya Aidilfitri berasala daripada bahasa Arab iaitu Ayd al-Fitr.Nama lain bagi Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran. Ia juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia), Shemai Eid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki)

Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat Islam di seluruh dunia.Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum Melayu yang beragama Islam.

Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.Perayaan ini bermula selepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.Hari raya bermula melalui dua cara iaitu melalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisap( kiraan). Sekiranya melalui rukya, Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan syawal, iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapa tempat yang strategik.

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.

Kalimat “FITRI” itu yang bermaksud fitra iaitu dengan kemenangan manusia balik kepada fitra yang asal.Fitra asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih dari noda dan dosa

2. LATAR BELAKANG

sejarah/asal usul perayaan

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu. Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.” Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya. Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan. Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita. Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan

prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil. Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat. Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN SEBELUM Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusatpusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri. Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

BULAN RAMADHAN Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan." Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

• •

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

• •

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain. Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

• Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan. • Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

SEMASA

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah. Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikatsyarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiahhadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini. Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." , dan juga riwayat dari Umar (‫ )رضى ال عنه‬menyebutkan bahawa: "Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga

sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.

PAKAIAN Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

AMALAN SAMPINGAN ATAU SUNAT

Amalan sunat di bulan Syawal : • Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :

a) b) c) d) e)

Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik Mendi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan

yang lain f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal g) hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut. • Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal) Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

SELEPAS

Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan merayakannya dengan penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut kedatangan bulan Islam seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.

BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.

BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah

menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu : • Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah • Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat. • Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah • Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan. • Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur • Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabinabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat • Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya • Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih

anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah • Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya. Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai b) menunaikan solat Adha Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan c) yang lain d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam

e)

matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)

• Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat

Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

KESAN PERAYAAN

KELUARGA

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim sesama keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik.Semasa hari raya biasanya sanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan hari kemenangan ini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.

PERPADUAN

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masingmasing.Di Hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi menjadi amalan rutin.perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama, Juster itu perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram.

PELANCONGAN

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana mereka datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.secara tidak langsung menyumbang sumber perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan negara.

KEAGAMAAN Kesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan Hari kemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan Ramadhan.

RUMUSAN

Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi.Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini menjadikan saya seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya. Saya juga berasa bangga dengan perayaan ini kerana ia merupakan perkara istimewa dalam hidup saya.

Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan yang ada di Malaysia ini.Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India. Perayaan tradisi ini

melahirkan perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormatmenghormati antara kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa perayaan. Kegembiraan dikongsi bersama.

Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.Saya amat menyayangi Negara Malaysia. Salam Satu Malaysia.

LAMPIRAN

Diatas adalah contoh sampul duit raya

Kad raya yang digunakan untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’

Umat Islam Bersambahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri

Kuih Raya

Baju Melayu

Baju Kurung

RUJUKAN

1. Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidil_Fitri http://www.scribd.com/ http://cikgumahfuzah.wordpress.com/2010/02/13/kerja-kursus-sejaraht-3-2010/

2. Majalah

-

Majalah Wanita, Halaman 32,33.36,37,39

Elemen 3

TUGASAN 2;

SOALAN:

BAGAIMANAKAH SAMBUTAN PERAYAAN TRADISI PELBAGAI KAUM DAPAT MEMPERKUKUHKAN DAN MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA?

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh kaum-kaum yang ada di Malysia ini.Seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum Melayu.Tahun Baru Cina oleh kaum Cina,Depavalli oleh kaum India, Cristmast oleh kaum India atau Cina yang menganut ajaran Kristian.

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum yang ada di Malaysia ini sama-sama menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa masing-masing.Rumah terbuka antara kaum mengalakkan mereka saling kunjung mengunjungi di antara satu sama lain.Bersama- sama berkongsi kemeriahan dan kegembiraan semasa menyambut hari perayaan.Melalui Majlis rumah terbuka ini sifat muhibah dan semangat bermasyarakat dapat lahir dengan sendirinya.

Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan bangsa dan agama.Ini juga mencerminkan mereka adalah insan atau masyarakat yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat menghormati terhadap kaum-kaum lain.Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyokong Konsep Satu Malaysia yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malysia yang disanjungi.

Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersefahaman dan bermuafakat di antara satu sama lain.Masyarakat perlu bertolak ansur , bekerjasama dan tolong menolong sama ada semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung menyambut perayaan atau menolong ketika membuat persiapan untuk menyambut perayaan kerana semasa musim perayaan semua rakyat Malysia akan bercuti walaupun kaum yang tidak menyambut perayaan ketika itu.

Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab kepada bangsa dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-masing.Justeru itu Semasa perayaan tradisi kita perlu lebih bersatu padu dan berharmoni.Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Semua kaum diminta menyayangi negara dan bangga kepada negara Malaysia kerana dengan cara ini dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful