You are on page 1of 2

Guru Prasekolah

Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan


31150 Ulu Kinta
Perak Darul Ridzuan.

Pengurus Kilang Roti Gardenia,


Lot 3, Jalan Pelabur 23/1,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
KILANG PEMBUATAN ROTI GARDENIA
Merujuk perkara di atas, saya bagi pihak prasekolah Sekolah Kebangsaan Pasukan
Polis Hutan ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang tuan bagi memenuhi
keperluan pembelajaran murid-murid prasekolah seperti dalam proses pembelajaran di
kelas.
2.

Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk menambah pengetahuan

murid-murid

di samping merasai pengalaman menarik yang mungkin tidak dapat

dilupakan oleh mereka. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik dari pihak
tuan untuk melawat persekitaran kilang dan melihat proses pembuatan roti secara
komersial yang telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
3.

Berikut adalah maklumat mengenai lawatan berkenaan:


Tarikh
Masa
Bil. peserta

Bil. Guru

4.

Oleh itu, kami berharap agar permohonan ini akan dipertimbangkan dan

diluluskan oleh pihak tuan. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan amat kami hargai dan
kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih
Yang benar,

.............................................................
(MUHAMMAD KHUSAIRI BIN MOHD YUSOF)
Guru Prasekolah
Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan
31150 Ulu Kinta
Perak Darul Ridzuan.
(01132390544)

3, Jalan Pelabur 23/1, Kawasan Miel, 40300 Shah Alam, Selangor, Malaysia

You might also like