You are on page 1of 5

SMK ABU BAKAR

28000 TEMERLOH, PAHANG

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2017


Tarikh

:29 Disember 2016

Hari

: Khamis

Masa

: 9.20 pagi

Tempat

: 2 Kreatif

Kehadiran:
1. Pn. Intan Safinar bt.Ghazali (GKMP Bahasa)
2. Pn. Zaleha bt. Othman (Ketua Panitia)
3. Pn. Sonah bt. Mohamad Takin (GPK HEM)
4. Pn. Manisah bt. Ishak (Setiausaha)
5. Pn. Faizah bt. Muhammad
6. Pn Nurul Hazzarita bt. Abu Shaari

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Panitia.


1.0Kata-kata aluan oleh pengerusi (KP)
1.1Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas
kehadiran guru-guru BM ke mesyuarat panitia kali pertama bg sesi
pembelajaran 2017
2.0Pengesahan minit mesyuarat
2.1 Cadangan pengesahan : Pn. Faizah bt. Muhammad
Sokongan
: Pn. Nurul Hazzarita bt. Abu Shaari
3.0Perkara berbangkit
3.1Perkara 3.0 Modul HEBAT
Pn Faizah kurang jelas mengenai Modul HEBAT tetapi Pn. Busrain yang
menghadiri kursus tersebut tidak hadir. Mesyuarat memutuskan kursus
dalaman berkaitan modul HEBAT akan diadakan semula
memandangkan guru yang mengajar di tingkatan 2 berbeza dengan
tahun lepas.
Tindakan : KP
3.2Perkara 10.0 Hal-hal lain

KP meminta pandangan guru-guru mengenai penggunaan Dewan


Siswa.
Keputusan mesyuarat mengadakan kutipan seringgit seorang daripada
pelajar bagi membolehkan penggunaan majalah Dewan Siswa secara
berterusan.
Tindakan : KP dan guru mata pelajaran BM
4.0Ucapan Ketua Bidang
4.1KB mengalu-alukan kehadiran guru-guru BM dan berterima kasih atas
kerjasama dan sumbangan guru-guru dalam meningkatkan
pencapaian akademik mata pelajaran BM terutamanya program PT3
dan SPM termasuk guru bagi kelas bukan peperiksaan.
4.2KB juga mengharapkan keputusan BM SPM pada tahun ini lebih
menyerlah.
4.3Mengucapkan terima kasih kepada setiausaha 2016 iaitu Pn Faizah
dan setiausaha baru untuk tahun 2017 iaitu Pn. Manisah.
4.4Memaklumkan bahawa Pn. Che Robiah telah bertukar menjadi guru
akademik tingkatan enam.
4.5Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru ajk Program Lestari
Bahasa 2016.
4.6Buku Rekod Mengajar
-mestilah dihantar pada masa yang ditetapkan iaitu Jumaat minggu
kedua.
-RPH hendaklah memasukkan elemen I- Think , PA 21 dan KBAT.
-RPH dan RPT mestilah ada penyelarasan, lengkap dan seragam.
Tindakan : semua ahli panitia
4.7MBMMBI
-perlu dimantapkan danselaras dengan perancangan strategik.
-Bulan Bahasa akan diadakan pada bulan Oktober dan majlis
pelancarannya akan diselitkan dalam Program pasca PT3.
Tindakan : KB dan KP
4.8PIAT(Program Intervensi Akhir Tahun)
-ambil nama dan markah murid yang gagal BM
-beri latihanyang sesuai
-sediakan fail PIA T bagi guru yang terlibat
-Pn Azni selaku penyelaras PIAT akan menguruskan fail individu bagi
guru terlibat(Tingkatan 3 dan tingkatan 5)
Tindakan : Guru BM tingkatan 3 dan 5
4.9Program Akademik
-perlu dibincangkan dan program yang baik boleh diteruskan untuk
tahun 2017
-PLC akan diadakan sebulan sekali dan guru diminta bersedia
Tindakan :Semua ahli panitia
-bagi pengurusan kewangan satu salinan perlu diberi kepada GPK 1

Tindakan : KP
4.10 PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
-guru yang terlibat ialah guru BM tingkatan 1,2 dan 3.
-sediakan laporan dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan bulan
Oktober
-murid mestilah mendapat sekurang-kurangnya Band 3
Tindakan : Guru BM tingkatan 1,2 dan 3 dan peyelaras PBS BM
4.11 Kokuria
-maklumat sebagai tuan rumah masih belum ada
-siapkan peserta lebih awal
-sekiranya guru terlibat dengan aktiviti di luar pastikan guru
meninggalkan kerja kepada murid (Program Relieffect) dan maklumkan
kepada guru kelas
Tindakan :Semua ahli panitia
4.11 ULBS
-dijalankan seperti biasa 2 kali di tingkatan 4 dan sekali di tingkatan 5
-guru-guru tingkatan 4 dan 5 diminta menyiapkannya
-fail boleh diambil di pejabat KB
Tindakan : Guru-guru BM tingkatan 4 dan 5 serta penyelaras ULBS
4.12 Borang penangguhan PdP
-borang boleh diambil di pejabat
-diisi pada setiap bulan
Tindakan : Semua ahli panitia
5.0Profil HC 2
5.1Senarai profil pelajar mengikut tingkatan iaitu markah (TOV) pelajar
bagi kelas masing-masing mestilah dilengkapkan.
Tindakan : KP dan guru BM tingkatan 3 dan 5
6.0KSSM
6.1Guru tingkatan 1 akan diberikan fail dan perlu berbincang mengenai isi
kandungan fail.
6.2Guru perlu mendapatkan buku teks lebih awal bagi membolehkan
membuat persediaan.
6.3Tema dan aktiviti pengajaran bolehlah dibincangkan sesama guru BM
tingkatan 1.
6.4Komsas masih menggunakan novel dan antologi yang sama.
6.5Masukkan Program Nilam dalam kemahiran membaca dan pendidikan
keselamatan jalan raya.
Tindakan : Guru BM tiingkatan1
7.0Sukatan Pelajaran
7.1Sukatan Pelajaran bagi tingkatan 2,3,4 dan 5 masih sama tetapi di
dalam RPT masa perlu disesuaikan.
7.2Bagi RPT tingkatan 1 perlu dibincangkan bersama-sama.
8.0Jadual waktu
8.1satu salinan jadual waktu perlu diserahkan kepada KP.
Tindakan : Semua ahli panitia

9.0Pencerapan dan pemantauan


9.1Rujuk jadual dalam handbook bagi pencerapan PdP dan pemantauan/
semakan buku latihan pelajar.
Tindakan : Semua ahli panitia
10.0

Penggubalan soalan
10.1 Akan disusun oleh KP setelah menyemak guru-guru yang mengajar
di setiap tingkatan.
Tindakan : KP

11.0

Bajet Panitia
11.1 2 buah radio telah dibeli pada tahun 2016.
11.2 Buku rujukan bagi Komsas baru akan dibeli.
Tindakan :KP

12.0

Program Kecemerlangan panitia


12.1 Akan diatur oleh KP.
12.2 Mengalu-alukan cadangan daripada ahli panitia.
12.3 PN. Sonah mencadangkan bengkel penandaan kertas 1 dan 2 SPM
bagi pelajar.
12.4 Program akan diselaraskan dengan perancangan strategik.
Tindakan : KP

13.0

Pengurusan fail panitia


13.1 Akan diuruskan oleh KP dan setiausaha panitia.
Tindakan :KP dan setiausaha

14.0

Hal-hal lain
14.1 KP akan menyusun semula guru pembimbing bagi kokuria pidato,
syair/sajak,
pantun dan pertandingan NILAM.
14.2 Kokuria mungkin masih menggunakan khidmat Pn Che Robiah
walaupun telah
menjadi guru akademik tingkatan 6.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.15 pagi.

Disediakan oleh,

(MANISAH ISHAK)

Disemak oleh,

(ZALEHA OTHMAN)

You might also like