You are on page 1of 49

UNIT 1: NOMBOR BULAT

HINGGA 100
UNIT 1.1
HASIL PEMBELAJARAN
Murid berupaya:
1. Menyebut nombor
hingga 100
2. Mengenal pasti angka
hingga 100

BAHAN BANTU
MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Petak 100 bersaiz besar
2. Petak 100
(Rujuk BBM ms. 1)
3. Pen marker
Bagi aktiviti
pengukuhan:
1. Petak 100
(Rujuk BBM ms. 1)
2. Kubus dan rod
Cuisenaire

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
1. Lekatkan Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Sebut
dan tunjukkan nombor „21‟ hingga „100‟ mengikut urutan.
Minta murid menyebutnya bersama-sama.
2. Kemudian sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid
membilang daripada nombor tersebut mengikut urutan
tanpa merujuk kepada Petak 100.
Soal jawab:
Pejamkan mata kamu.
Sebutkan nombor ... (sebutkan suatu nombor)
hingga nombor ... (sebutkan suatu nombor yang lebih

besar)

3. Ulangi langkah 2 dengan siri nombor yang lain.
4. Seterusnya tunjuk pada suatu nombor pada Petak 100
secara rawak. Minta murid menyebut nombor tersebut.
5. Ulangi langkah 4 dengan nombor-nombor yang lain.
6. Kemudian edarkan Petak 100 dan pen marker kepada
setiap murid.
7. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid
membulatkan nombor tersebut pada Petak 100 masingmasing dan menunjukkan jawapannya.
8. Ulangi langkah 7 dengan nombor-nombor yang lain.
9. Edarkan Lembaran Kerja 1.1.

PERBENDAHARAAN
KATA
Nombor
Angka
Bilang
Mengikut urutan

AKTIVITI PENGUKUHAN
1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak 100,
kubus dan rod Cuisenaire yang mencukupi kepada setiap
pasangan.
2. Sebutkan suatu nombor secara rawak. Murid pertama
diminta menunjukkan nombor tersebut pada Petak 100.
Murid kedua pula diminta menunjukkan bilangan rod
Cuisenaire yang betul.
3. Minta murid bertukar peranan sebelum menyebutkan
nombor yang lain.

1

UNIT 1: NOMBOR BULAT
HINGGA 100
UNIT
1.2
HASIL PEMBELAJARAN
Murid berupaya:
Membilang hingga 100
objek
dengan membuat kumpulan
sepuluh-sepuluh, lima-lima,
dua-dua dan satu-satu

BAHAN BANTU
MENGAJAR

LANGKAH-LANGKAH
PENGAJARAN
1. Tuliskan senikata lagu berikut pada papan
tulis.
Langkah ke kiri
Langkah ke kanan
Ke hadapan dan ke belakang
Pusing ke kiri
Pusing ke
kanan
Buat kumpulan …
(sepuluh/lima/dua/satu)
2. Lagu tersebut dinyanyikan oleh guru. Murid perlu
mendengar secara teliti nombor yang disebutkan dan
secara pantas membentuk kumpulan yang mempunyai

Bagi sesi pengajaran &

bilangan ahli yang betul. Bilang

pembelajaran:

menyemak bilangan ahli
kumpulan.

Pembilang
Bagi aktiviti
pengukuhan:
1. Jalur 10 bersaiz besar
2. Jalur 10
(Rujuk BBM ms. 2)
3. Jalur 5
(Rujuk BBM ms. 3)
4. Jalur 2
(Rujuk BBM ms. 4)
5. Jalur 1
(Rujuk BBM ms. 5)
6. Petak 100 bersaiz besar
7. Petak 100
8. Pelekat
(Guntingkan bulatan
yang
disediakan pada setiap
jalur)

bersama-sama
untuk

3. Seterusnya bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan
seratus pembilang kepada setiap kumpulan. Maklumkan
murid bahawa mereka perlu membentuk kumpulan
dengan menggunakan pembilang pula.
4. Nyanyikan lagu

di

atas. Minta

murid membentuk

kumpulan sepuluh-sepuluh melalui lagu tersebut dengan
menggunakan kesemua pembilang.
Soal jawab:
Adakah kamu menggunakan kesemua ...
(sebutkan jenis pembilang yang digunakan)?
Bilang dalam bilangan sepuluh-sepuluh.
(Bimbing murid membilang dalam bilangan
sepuluhsepuluh sambil menunjukka setiap kumpula
n
n
pembilang itu dengan jari)
Sepuluh, dua puluh, tiga puluh, ..., seratus.
5. Ulangi langkah 5 bagi kumpulan lima-lima, dua-dua dan
satu-satu.
6. Edarkan Lembaran Kerja 1.2.

2

4. Hanya nombor „10‟ yang akan kelihatan di dalam bulatan pada Jalur 10 tadi seperti berikut: II I2 I3 I4 I5 I6 I7 I8 I9 I0 20 2I 22 23 24 25 26 27 28 29 30 3I 32 33 34 35 36 37 38 39 40 4I 42 43 44 45 46 47 48 49 50 5I 52 53 54 55 56 57 58 59 60 6I 62 63 64 65 66 67 68 69 70 7I 72 73 74 75 76 77 78 79 80 8I 82 83 84 85 86 87 88 89 90 9I 92 93 94 95 96 97 98 99 I00 5. Bulatan pada jalur tersebut perlu digunting mengikut bentuknya. Edarkan Petak 100 dan pelekat kepada setiap pasangan. 3.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 PERBENDAHARAAN KATA Nombor Angka Bilang Mengikut urutan Kumpulan sepuluh-sepuluh Kumpulan lima-lima Kumpulan dua-dua Kumpulan satu-satu AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Letakkan Jalur 10 bersaiz besar di atas baris pertama Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Sebelum aktiviti ini dijalankan. Jalur 5. Soal jawab: Berapa bilangan petak pada baris pertama Petak 100 ini? Berapa bilangan petak pada Jalur 10 ini? Mari kita gunakan Petak 100 dan Jalur 10 ini untuk membilang sepuluh-sepuluh. Minta murid melekatkan Jalur 10 masing-masing di atas baris pertama Petak 100 mereka. sediakan Jalur 10. Lekatkan Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Murid duduk secara berpasangan. . Jalur 2 dan Jalur 1. 2.

3 .

4 . Jalur 2 dan Jalur 1. Kesemua nombornya berada dalam satu baris yang sama) Apa yang berbeza? (Nilai tempat puluh) Apa yang sama? (Nilai tempat sa) 8. Nota: Murid juga boleh diminta membuat lompatan pada Petak 100 sebanyak sepuluh kali. Petak 100 dan Jalur 10 tersebut akan kelihatan seperti berikut: I0 20 30 40 50 60 70 80 90 I00 7. dua-dua dan satu-satu dengan menggunakan Jalur 5. dua kali atau satu kali bagi kemahiran ini. Ulangi aktiviti ini bagi kumpulan lima-lima.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 6. Kemudian minta murid membilang hingga „100‟ dalam bilangan sepuluh-sepuluh dengan merujuk kepada nombor dalam bulatan itu tadi. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga baris terakhir. lima kali. Soal jawab: Apa yang kamu nampak pada Petak 100 ini? (Kesemua nombornya berakhir dengan „0‟.

Ahli kumpulan B menggantungkan kad nombor di leher. Dadu 2. Papan tulis individu 2. 7. Semak jawapan bersama-sama. 3. Membaca nombor dalam perkataan hingga 'seratus' 3. Edarkan Lembaran Kerja 1. Setiap kumpulan boleh bermain seberapa banyak pusingan di dalam satu sesi. 8. 2. Murid yang telah berjumpa dengan pasangannya akan duduk bersama. Radio/muzik LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Cetak papan permainan „Apa Nombornya?‟ dan Nombor Nombor dalam perkataan peraturan permainan pada kad manila. 3. 5. 9. 10. 2. Kad perkataan „dua puluh satu‟ hingga „seratus‟ 5. Laminate keduaduanya. 6. Menulis nombor dalam perkataan hingga 'seratus' BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1.3 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Peraturan permainan „Apa Nombornya?’ (Rujuk BBM ms. 6) 4. . Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. 11. Menulis angka hingga 100 2. 4.3. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan nombor-nombor lain. Butang 3. Lekatkan kad perkataan nombor tersebut di bawah kad nombor tadi. 7) pasangan nombor dan perkataannya secepat mungkin sebelum muzik berhenti. Ulangi langkah 5 dengan nombor-nombor lain.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 UNIT 1. Papan permainan „Apa Nombornya?’ (Rujuk BBM ms. Seterusnya suatu nombor dan minta murid sebutkan menulis angka dan perkataan bagi nombor tersebut pada papan tulis masing-masing. PERBENDAHARAAN KATA Angka AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Teruskan aktiviti sehingga murid berjumpa kesemua dengan pasangannya. Minta murid mengeja dan membaca perkataan beramai-ramai. Bacakan peraturan permainan kepada murid dan tunjukkan bagaimana permainan ini dijalankan. Ahli kumpulan A menggantungkan kad perkataan di leher. A dan B. Minta murid menyebut nombor yang tertera dan menulis angka tersebut pada papan tulis masing-masing. Mainkan muzik dan murid-murid bergerak untuk mencari Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Lekatkan satu kad nombor pada papan tulis. Kad nombor 21 hingga 100 4. dan kemudian menuliskannya pada papan tulis masing-masing. Bentukkan kumpulan (empat orang). Tali 6. Bentukkan dua kumpulan. Pen marker 3.

5 .

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 UNIT 1. 9. Ulangi langkah 8 dengan nombor-nombor lain. Gariskan digit puluh dan minta murid mewakilkannya dengan menggunakan rod Cuisenaire. 10. contohnya „24‟. Kad bergambar (Rujuk BBM ms.4. 8. Murid akan mendapat empat kubus dan dua rod Cuisenaire. 2. Seterusnya tuliskan suatu nombor pada papan tulis. Edarkan sepuluh kubus dan sepuluh rod Cuisenaire kepada setiap kumpulan. Rod Cuisenaire 3. Lukiskan kubus dan rod Cuisenaire dan perkenalkan nilai tempat bagi puluh dan sa dalam jadual nilai tempat seperti berikut: Kad nombor 24 1. Terangkan bahawa nilai digit ‟2‟ mewakili dua puluh dan nilai digit ‟4‟ mewakili empat sa. Edarkan Lembaran Kerja 1. Jadual nilai tempat Bagi aktiviti pengukuhan: LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. . 7. Lekatkan satu kad nombor. Ulangi langkah 2 hingga 4 dengan nombor-nombor lain. Kubus Cuisenaire 2. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Pen marker 3. 8 . 5. pada papan tulis. 3. Minta murid membilang kubus dan rod Cuisenaire mengikut bilangan tersebut. Papan tulis individu 2.4 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Mengenal pasti nilai tempat dan nilai digit bagi nombor hingga 'seratus' BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1.18) Puluh Sa 2 4 4. Gariskan digit sa dan minta murid mewakilkannya dengan menggunakan kubus Cuisenaire. 6. Seterusnya tuliskan suatu nombor pada papan tulis. Ulangi langkah 6 dengan nombor-nombor lain.

6 .

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 PERBENDAHARAAN KATA Nombor Digit Satu digit Dua digit Nilai tempat Nilai digit Puluh Sa AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Contohnya: Puluh 3 Sa 4 3. Ulangi langkah 2 dengan kad bergambar yang lain. Minta setiap murid membilang jumlah objek di dalam gambar tersebut dan menuliskan digit puluh dan sa dalam jadual nilai tempat masing-masing. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. 7 . Minta murid melukiskan jadual nilai tempat pada papan tulis masing-masing seperti berikut: Puluh Sa 2. Pamerkan kad bergambar.

5(a) HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor hingga 100 a) membilang satu-satu secara tertib menaik dan tertib menurun BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Minta kumpulan bertukar-tukar set nombor mereka. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Semak jawapan bersama-sama. Tali 3. 4. Kumpulan yang paling awal menyusun nombor mengikut tertib menaik yang betul dikira pemenang. 5. Set kad nombor dalam lingkungan 100 (nombor yang berurutan. Setiap murid diminta memilih salah satu kad tersebut.5(a). Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang satusatu secara tertib menurun.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 UNIT 1. Penyepit baju 4. . 6. Edarkan Lembaran Kerja 1. Murid perlu menggantungkan kadnya menggunakan penyepit baju sepanjang tali yang direntang tadi mengikut tertib menaik. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. sepuluh kad dalam setiap set) Bagi aktiviti pengukuhan: Wisel LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. 3. Edarkan satu set kad nombor yang berbeza kepada setiap kumpulan. 7. Wisel 2. Rentangkan di dalam kelas seutas tali bersama sepuluh penyepit baju bagi setiap kumpulan. 2.

8 .

 Apabila wisel ditiup satu kali. Ulangi aktiviti di atas bagi nombor permulaan yang berbeza. 38. 30 3. 32. 36. 32. 38. 31. 36. 35. 37. 34.  Apabila wisel ditiup dua kali. 2. 34. 34. 36. Adakan permainan „Dengar dan Bilang‟. Tunjukkan bagaimana permainan ini dijalankan iaitu:  Suatu nombor akan dituliskan pada papan tulis. Contohnya: (Tuliskan nombor „30‟ pada papan tulis. 33. 32 (Tiup wisel satu kali dan murid mula membilang secara tertib menaik) 33. 39. 35. 35. 40 (Tiup wisel dua kali dan murid mula membilang secara tertib menurun) 39. 4. 34. 37 (Tiup wisel dua kali dan murid mula membilang secara tertib menurun) 36. 33. 37. murid perlu membilang secara tertib menurun pula daripada nombor terakhir tadi. Murid boleh diminta membilang bersama-sama atau bergilir-gilir daripada murid pertama sehingga murid terakhir di dalam kelas.  Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. murid perlu membilang secara tertib menaik daripada nombor tersebut. 31. 33.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 PERBENDAHARAAN KATA Nombor Susun Satu-satu Tertib menaik Tertib menurun Selepas Sebelum Di antara AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Tiup wisel satu kali dan murid mula membilang secara tertib menaik) 30. 35. .

9 .

5(b). Petak 100 bersaiz besar LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Kad nombor dalam lingkungan 100 (nombor yang berurutan dalam gandaan dua) 2. sepuluh kad dalam setiap set) 3.5(b) HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor hingga 10 0 b) membilang dua-dua secara tertib menaik dan tertib menurun BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Minta kumpulan bertukar-tukar set nombor mereka. sepuluh kad dalam setiap set) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Wisel 2. Edarkan Lembaran Kerja 1. Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang satusatu secara tertib menurun. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. 7. Kumpulkan semula set kad nombor tadi. 3. 4. 5. Semak jawapan bersama-sama. Ulangi langkah 2 hingga 6 dengan menggunakan set kad nombor ganjil pula. 8. . 6. Murid perlu memilih salah satu kad yang berselerak dan kemudian berbaris dan memegang kad masing-masing mengikut tertib menaik. Set kad nombor dalam lingkungan 100 (nombor ganjil yang berurutan. Kumpulan yang paling awal menyusun nombor mengikut tertib menaik yang betul dikira pemenang.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 UNIT 1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). 2. Letakkan satu set kad nombor genap yang berbeza secara berselerak bagi setiap kumpulan. Set kad nombor dalam lingkungan 100 (nombor genap yang berurutan.

10 .

Kumpulan yang paling awal melengkapkan garis nombor dengan betul dikira pemenang. Kemudian minta murid membilang nombor pada kadkad tersebut secara tertib menaik. Permainan ini boleh juga dijadikan pertandingan di antara kumpulan (sepuluh orang). Soal jawab: Mari kita buat garis nombor dua-dua.. 2. Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang duadua secara tertib menurun. (Murid yang memegang kad nombor tersebut diminta melekatkan kad pada papan tulis) Siapa yang memegang kad nombor sebelumnya? Di mana kamu sepatutnya melekatkan kad itu? (Murid tersebut diminta melekatkan kad di sebelah kiri kad nombor yang pertama tadi) Sekarang. Nombor . lekatkan kad kamu di sini.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 PERBENDAHARAAN KATA Nombor Susun Dua-dua Tertib menaik Tertib menurun Selepas Sebelum Di antara AKTIVITI PENGUKUHAN Aktiviti 1 1. Edarkan set kad nombor yang berbeza kepada murid. Edarkan set kad nombor secara rawak kepada setiap kumpulan. Murid perlu memilih salah satu kad tersebut. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Aktiviti 2 1. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang pertama. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I II 2 3 4 I2 I3 I4 5 I5 6 7 8 9 I6 I7 I8 I9 I 0 2 0 . (Setiap murid perlu melekatkan kad masingmasing mengikut urutan nombor yang betul) 2.. 3. 4. (sebutkan nombornya). lengkapkan garis nombor ini. Minta murid membilang dua-dua secara tertib menaik bermula dengan „2‟.

11 .

2 juga boleh digunakan dalam aktiviti ini. .UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 3. (Murid menyebut beberapa nombor ganjil yang lain) 5. Soal jawab: Apa pola yang kamu nampak apabila kamu membilang dua-dua bermula dengan nombor ‘2’? (Nilai tempat bagi sa berakhir dengan nombor genap) Adakah nombor ‘54’ termasuk dalam urutan nombor ini? (Ya) Mengapa? (Nilai digit sa bagi „54‟ ialah nombor genap) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan nombor ini. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I II 2 3 4 I2 I3 I4 5 I5 6 7 8 I6 I7 I8 9 I9 I 0 2 0 4. Bimbing murid melihat pola yang terhasil. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang kedua. Kemudian minta murid membilang dua-dua secara tertib menaik bermula dengan „1‟. Bincangkan dengan lebih lanjut. (Murid menyebut beberapa nombor genap yang lain) Apa pola yang kamu nampak apabila kamu membilang dua-dua bermula dengan nombor ‘1’? (Nilai tempat bagi sa berakhir dengan nombor ganjil) Adakah nombor ‘68’ termasuk dalam urutan nombor ini? (Tidak) Mengapa? (Nilai digit sa bagi „68‟ bukan nombor ganjil) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan nombor ini. Nota: Jalur 2 dalam Unit 1.

12 .

Garis nombor bersaiz besar 2. 7. Markah dijumlahkan dan kumpulan yang mendapat markah tertinggi dikira pemenang. 5. 9. Di setiap stesen.5(c). 3. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. letakkan satu set kad nombor secara terlungkup dan berselerak. dan seterusnya. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Teruskan aktiviti hingga setiap kumpulan telah menyusun nombor di semua stesen. Edarkan Lembaran Kerja 1. Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang limalima secara tertib menurun. 2. Kumpulan 1 akan bermula di stesen A.7 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor hingga 100 c) membilang lima-lima secara tertib menaik dan tertib menurun LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 UNITUNIT1 . 6. Di setiap stesen. kumpulan 2 akan bermula di stesen B. Letakkan set kad nombor yang berbeza di setiap stesen. Kemudian mereka perlu menelungkupkan dan menyelerakkan kad nombor tersebut sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya. Petak 100 bersaiz besar 4. murid perlu menyusun kad secara tertib menaik. 15(c). sepuluh kad dalam setiap set ) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. . Sediakan beberapa stesen dalam bilik darjah. Lima markah akan diberikan kepada kumpulan yang paling awal menyusun nombor mengikut urutan menaik yang betul. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Set kad nombor dalam lingkungan 100 (nombor yang berurutan dalam gandaan lima. 8.

13 .

Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang limalima secara tertib menurun. minta murid membilang lima-lima secara tertib menaik daripada „0‟ hingga „100‟. Lekatkan garis nombor kosong bersaiz besar pada papan tulis dengan hanya menandakan nombor „30‟ dan „75‟ sahaja. Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang pertama. 2. Minta murid membilang lima-lima secara tertib menaik bermula dengan „5‟. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I 2 3 4 5 6 7 8 9 I0 II I2 I3 I4 I5 I6 I7 I8 I9 20 2I 22 23 24 25 26 27 28 29 30 14 . Mulakan dengan nombor yang berbeza pada garis nombor. Teruskan dengan nombor-nombor lain. Contohnya: Di antara 30 X Y 75 Soal jawab: Di mana letaknya nombor ‘60’? (Tuliskan pada garis nombor) Mengapa kamu meletakkannya di situ? Apa nombor yang betul bagi X? Apa nombor yang betul bagi Y? Bagaimana kamu tahu? 2. 3. Setelah kesemuanya ditulis pada garis nombor tersebut. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Aktiviti 2 1.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 PERBENDAHARAAN KATA Nombor Susun Lima-lima Tertib menaik Tertib menurun Selepas Sebelum AKTIVITI PENGUKUHAN Aktiviti 1 1.

5.2 juga boleh digunakan dalam aktiviti ini. Kemudian minta murid membilang lima-lima secara tertib menaik bermula dengan „4‟. Bulatkan nombo r yang berkenaan pada Petak 100 yang kedua.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 3. Bimbing murid melihat pola yang terhasil. Soal jawab: Apa pola yang kamu nampak apabila kamu membilang lima-lima bermula dengan nombor ‘5’? (Nilai tempat bagi sa berakhir dengan „5‟ atau „0‟) Adakah nombor ‘77’ termasuk dalam urutan nombor ini? (Tidak) Mengapa? (Nilai digit sa bagi „77‟ bukan „5‟ atau „0‟) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan nombor ini. Bincangkan dengan lebih lanjut. Nota: Jalur 5 dalam Unit 1. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I 2 3 4 5 6 7 8 9 I0 II I2 I3 I4 I5 I6 I7 I8 I9 20 2I 22 23 24 25 26 27 28 29 30 4. Apa pola yang kamu nampak apabila kamu membilang lima-lima bermula dengan nombor ‘4’? (Nilai tempat bagi sa berakhir dengan „4‟ atau „9‟) Adakah nombor ‘84’ termasuk dalam urutan nombor ini? (Ya) Mengapa? (Nilai digit sa bagi „84‟ adalah „4‟) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan nombor ini. 15 .

33.5(d). Ulangi aktiviti di atas bagi kemahiran membilang sepuluh-sepuluh secara tertib menurun. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan melompat dari gelung ke gelung yang berikutnya. 38. 48. Edarkan Lembaran Kerja 1. 8. 63. Murid kemudiannya berlari semula ke kumpulannya dan menepuk tangan murid berikutnya.11. Gelung rotan 2. 28. Maklumkan kepada murid bahawa bakul tersebut mengandungi kad nombor dalam gandaan sepuluh. 88. sepuluh kad dalam setiap set) 3. Seterusnya letakkan satu set kad nombor di dalam setiap bakul seperti berikut:  Set kad dalam bakul A . 31. Bakul Bagi aktiviti pengukuhan: Petak 100 bersaiz besar LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 81. Set kad nombor dalam lingkungan 100 (nombor yang berurutan dalam gandaan sepuluh. 73. Permainan diteruskan sehingga selesai. 71. 61. 5. 53. 91 4. seperti ‟Urutan Nombor‟. 2. Bentukkan kumpulan (empat orang). 68. 10.5(d) HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor hingga 100 d) membilang sepuluhsepuluh secara tertib menaik dan tertib menurun BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. 98  Set kad dalam bakul B . 58. 93  Set kad dalam bakul C . 78. 9. 43.13. 23. 83. 21.18.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 UNIT 1. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Letakkan set kad nombor yang berbeza bagi setiap kumpulan. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dengan urutan nombor yang betul dikira pemenang. Aturkan kumpulan seperti ‟Susun Atur Kumpulan‟. 3. Murid perlu mengambil satu kad nombor yang ada di dalam bakul dan meletakkan kad tersebut di luar gelung rotan yang betul mengikut tertib menaik. 1. 51. 6. Kemudian letakkan kad yang pertama di luar gelung yang pertama. Minta murid berada dalam barisan menghadap ke arah gelung rotan. 41. . 7.

16 .

Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang kedua. 2. Nilai tempat bagi sa tidak berubah dan berakhir dengan „0‟) Adakah nombor ‘90’ termasuk dalam urutan nombor ini? (Ya) Mengapa? (Nilai digit sa bagi „90‟ ialah „0‟) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan nombor ini. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I 2 3 4 5 6 7 8 9 I0 II I2 I3 I4 I5 I6 I7 I8 I9 20 2I 22 23 24 25 26 27 28 29 30 3. Apa pola yang kamu nampak apabila kamu membilang sepuluh-sepuluh bermula dengan nombor ‘9’? (Nilai tempat bagi puluh sahaja yang berubah. Soal jawab: Apa pola yang kamu nampak apabila kamu membilang sepuluh-sepuluh bermula dengan nombor ‘10’? (Nilai tempat bagi puluh sahaja yang berubah. Ini akan menghasilkan pola yang berikut: I 2 3 4 5 6 7 8 9 I0 II I2 I3 I4 I5 I6 I7 I8 I9 20 2I 22 23 24 25 26 27 28 29 30 4.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 PERBENDAHARAAN KATA Nombor Susun Sepuluh-sepuluh Tertib menaik Tertib menurun Selepas Sebelum Di antara AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Lekatkan dua Petak 100 bersaiz besar pada papan tulis. Minta muri membilang sepuluh-sepuluh secara tertib d menaik bermula dengan „10‟. Kemudian minta murid membilang sepuluh-sepuluh secara tertib menaik bermula dengan „9‟. Nilai tempat bagi sa tidak berubah dan berakhir dengan „9‟) . Bulatkan nombor yang berkenaan pada Petak 100 yang pertama. Bimbing murid melihat pola yang terhasil.

17 .

Bincangkan dengan lebih lanjut.2 juga boleh digunakan dalam aktiviti ini.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 Adakah nombor ‘76’ termasuk dalam urutan nombor ini? (Tidak) Mengapa? (Nilai digit sa bagi „76‟ bukan „9‟) Sebutkan nombor lain yang termasuk dalam urutan nombor ini. Nota: Jalur 10 dalam Unit 1. . Apa pola yang akan kamu dapat apabila kamu membilang sepuluh-sepuluh bermula dengan nombor ‘4’ pula? Mengapa? 5.

18 .

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 SUSUN ATUR KUMPULAN Ahli kumpulan 1 Bakul A Kad nombor yang pertama 8 Ahli kumpulan 2 Bakul B 3 Gelung rotan Ahli kumpulan 3 Bakul C 1 Bakul berisi kad nombor URUTAN NOMBOR 8 18 28 38 48 58 68 78 88 98 3 13 23 33 43 53 63 73 83 93 1 11 21 31 41 51 61 71 81 91 Kad nombor yang telah disusun mengikut urutan 19 .

Pembilang dalam bakul B . 3. Tunjukkan dua bakul. Minta seorang murid membilang sepuluh-sepuluh dan satu-satu bagi pembilang dalam bakul A. dan seorang murid lagi bagi pembilang dalam bakul B. Akan terdapat pembilang yang tiada „pasangan‟) Pembilang dalam bakul A dipadankan satu-satu dengan Melalui padanan satu-satu. Pembilang dalam ikatan sepuluh-sepuluh Bagi aktiviti pengukuhan: 1. objek yang tiada pasangan menunjukkan bahawa nombor tersebut lebih besar nilainya. Sehelai kain Yang mana lebih/kurang. Murid duduk secara berpasangan.6 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bagi sesi pengajaran & Soal jawab: pembelajaran: 1. Kad nombor dalam lingkungan 100 2. Pembilang dalam bakul A dipadankan dengan pembilang dalam bakul B secara berpasangan. Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang 2. dua puluh dua atau dua puluh empat? Bagaimana kamu tahu? Berapa yang lebih/kurang? (Untuk yang mana atau mengetahui lebih kurang. Pembilang satu-satu 3. masing-masing mengandungi dua puluh dua dan dua puluh empat pembilang. Kedua-dua murid tersebut menyebut bilangan pembilang kepada BAHAN BANTU MENGAJAR kelas.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 UNIT 1. berlabel A dan B. Bakul 2. mereka perlu membuat padanan satu-satu.

20 .

bandingkan nilai digit sa pula...  Jika nilai digit puluhnya sama. 7. Lima puluh lebih besar daripada dua 24 dan 51 puluh.6.. Maka „51 ‟ lebih daripada „24 ‟.. .. Bimbing murid untuk mengikuti langkah-langkah berikut apabila membandingkan dua nombor:  Bandingkan nilai digit puluh dahulu.. 5. Ulangi langkah 3 dan 4 dengan pasangan nombor-nombor berikut:  24 dan 51  22 dan 30  22 dan 27 6. 21 . Dua puluh sama nilainya dengan dua 22 dan 27 puluh. Edarkan Lembaran Kerja 1. lebih daripada . Tetapi tujuh sa lebih daripada dua sa. Maka „22 ‟ kurang daripada „30 ‟.. Edarkan pembilang yang mencukupi kepada setiap pasangan.. kurang daripada . Bimbing murid untuk menyatakan: . Tidak perlu bandingkan nilai digit sa.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 4. Maka „27 ‟ lebih daripada „22 ‟. Tidak perlu bandingkan nilai digit sa. Dua puluh lebih kecil daripada tiga 22 dan 30 puluh.

Aktiviti 2 1. Pemegang kain akan memegang semula kain tersebut dan pemain akan mengambil kad nombor yang lain. 7. Pemain mesti membandingkan kedua-dua nombor tersebut. Edarkan satu set kad nombor kepada setiap kumpulan. Dua kumpulan akan bermain pada masa yang sama. Pemain tersebut mesti memilih sekeping kad nombor dan memegang kad tersebut di dadanya supaya ianya dapat dilihat oleh pihak lawan apabila kain dijatuhkan. 3. Edarkan satu kad nombor kepada setiap murid. Setiap kumpulan diminta memilih seorang ahli kumpulan sebagai pemain. 3!” 5.. 2.  Murid yang memegang kad nombor yang lebih/kurang daripada nombor yang disebutkan tadi perlu berdiri dan mempamerkan nombor tersebut. Terangkan bagaimana permainan ini dijalankan:  Guru akan menyebutkan “Nombor yang lebih/kurang daripada . yang memegang kain akan 22 . Pilih seorang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang kain sebagai penghadang antara dua kumpulan. Pemain yang terdahulu menyebut nombor yang lebih/kurang dikira pemenang dan satu markah diberi kepada kumpulan tersebut. 2. markah dikira dan kumpulan yang menang diberi ganjaran. Ahli kumpulan yang lain akan mengambil giliran sebagai pemain. Teruskan permainan hingga selesai. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Guru akan menyebutkan “Pilih nombor yang lebih/kurang.. 8. 4. Semua ahli kumpulan perlu mengambil giliran untuk bermain. 2. 6. Murid mesti memegang kad tersebut di dadanya supaya ianya dapat dilihat oleh semua.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 PERBENDAHARAAN KATA Padan Banding Lebih daripada Kurang daripada Nilai tempat Nilai digit Puluh Sa AKTIVITI PENGUKUHAN Aktiviti 1 1. murid menjatuhkan kain. Bersedia. Pada akhir permainan. berdiri sekarang!”.  Semak jawapan bersama-sama. Aturkan kumpulan seperti lampiran „Susun Atur Kumpulan ‟. Pada kiraan „3 ‟ . 1.

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 SUSUN ATUR KUMPULAN Pemegang kain Ahli kumpulan A Ahli kumpulan B Kain Pemain Pemain kumpulan A kumpulan B Pemegang kain 23 .

. 3. Nombor yang lebih berada di sebelah kanan. semakin ke kiri kedudukannya pada garis nombor. Ulang sesi soal jawab yang serupa bagi nombor-nombor lain. Bimbing murid untuk melihat bahawa:  Semakin besar nilai suatu nombor itu. 5. dan b) meletakkan nombor tersebut pada garis nombor BAHAN BANTU MENGAJAR LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1.7.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 UNIT 1. pembelajaran: (Tiada) Bagi aktiviti pengukuhan: Set kad nombor dalam lingkungan 100 (sepuluh kad dalam setiap set. Edarkan Lembaran Kerja 1. Minta murid membandingkan beberapa nombor dan meletakkan nombor-nombor tersebut pada garis nombor tadi. tiga puluh enam atau tiga puluh lima? (Murid akan menjawab “Tiga puluh enam lebih daripada tiga puluh lima”) Di mana letaknya nombor ‘36’? Di sebelah kanan atau kiri nombor ‘35’? (Murid akan menjawab “Di sebelah kanan nombor 35”) ‘36’ lebih daripada ‘35’. Lukiskan garis nombor bersaiz besar seperti berikut pada papan tulis: 30 35 40 2. Soal jawab: Bagi sesi pengajaran & Yang mana lebih.  Semakin kecil nilai suatu nombor itu. Maka ia berada di sebelah kanan. disusun secara rawak) Apa nombor lain yang lebih daripada ‘35’? Bagaimana kamu tahu? Apa nombor lain yang kurang daripada ‘35’? Bagaimana kamu tahu? Nombor yang kurang berada di sebelah kiri. semakin ke kanan kedudukannya pada garis nombor.7 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor mengikut urutan dengan a) membandingkan nombor tersebut. Seterusnya lukiskan garis nombor bersaiz besar seperti berikut pada papan tulis: 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 4. Bulatkan nombor „35 ‟ pada garis nombor tersebut.

24 .

15.1. Letakkan set kad nombor yang berbeza seperti berikut di dalam setiap bakul:  Set kad dalam bakul A . 13. Lukiskan garis nombor berskala tanpa nombor bagi setiap kumpulan pada jarak yang sesuai. 3. 46. 38. 99  Set kad dalam bakul B .UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 PERBENDAHARAAN KATA Padan Banding Lebih daripada Kurang daripada Nilai tempat Nilai digit Puluh Sa Susun Garis nombor Kecil Besar Paling kecil Paling besar Tertib menaik Tertib menurun AKTIVITI PENGUKUHAN Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 71. 9. 74. 33. Aturkan kumpulan seperti ‟ Susun Atur Kumpulan ‟. Bentukkan kumpulan (empat orang). Ulangi langkah 3 hingga 8 dengan set kad nombor yang berbeza bagi setiap kumpulan. Semak jawapan bersama-sama. Murid perlu membandingkan nombor-nombor tersebut dan meletakkan kad nombor masing-masing pada garis nombor yang telah dilukiskan tadi mengikut urutan yang betul. 68. 25. 2. 5. 49. 27. 81. 19. 7. .7. 65. 62. 8. 30. 80. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dengan urutan nombor yang betul dikira pemenang. 95 4. 50. 56. Minta murid berada dalam barisan menghadap ke arah garis nombor. 57. Secara berkumpulan murid akan sama-sama berlari ke arah bakul dan memilih satu kad nombor. Murid kemudiannya berlari ke arah garis nombor. 23.8. 90  Set kad dalam bakul C . 40. 6. 81. 1. 77. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup.

25 .

UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 SUSUN ATUR KUMPULAN Ahli kumpulan 1 Ahli kumpulan 2 Bakul A Bakul B Garis nombor Ahli kumpulan 3 Bakul C Bakul berisi kad nombor .

26 .

(sebutkan nama murid ketiga tadi) adalah yang ketiga. Kemudian minta murid menyebut nombor ordinal dan nama rakan mereka daripada yang pertama hingga yang kedua puluh bersama-sama seperti berikut: Pertama. Soal jawab: Siapa yang berdiri di hadapan sekali? (Murid pertama akan menyebutkan namanya) ...22) 1.. Siapa orang yang kesebelas? (Murid kesebelas akan menyebutkan namanya) . (sebutkan nama murid pertama tadi) adalah yang pertama.. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: Sampul bagi surat atau bil yang telah diterima Bagi aktiviti pengukuhan: Lembaran Aktiviti Pengukuhan (Rujuk BBM ms. Minta sepuluh murid berbaris di hadapan kelas.. (sebutkan nama murid pertama tadi) adalah yang pertama dalam barisan. Siapa orang yang kedua? (Murid kedua akan menyebutkan namanya) . .. 19 .. (sebutkan nama murid kedua belas) pula yang ke berapa dalam barisan? 2.. ....UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 UNIT 1..8 HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Sebelum sesi ini dijalankan.. Menggunakan nombor ordinal dalam konteks yang berbeza membawa sampul bagi surat atau bil yang telah diterima oleh ibu bapa.. (sebutkan nama murid pertama tadi) adalah yang pertama. (sebutkan nama murid yang kedua) . Siapa orang yang ketiga? (Murid ketiga akan menyebutkan namanya) . ... sediakan atau minta murid 1. .. Teruskan hingga murid yang kedua puluh. 3. (sebutkan nama murid yang pertama) Kedua.. . (sebutkan nama murid kedua tadi) adalah yang kedua. Menyebut nombor ordinal daripada „kesebelas ‟ hingga „kedua puluh‟ 2. (sebutkan nama murid kedua tadi) adalah yang kedua.

Maklumkan bahawa nombor-nombor ordinal menunjukkan kedudukan murid dalam barisan. Seterusnya bentukkan kumpulan (empat orang). 27 .4. Teruskan hingga murid yang kedua puluh. 5. 6.

Minta murid berkongsi sampul bagi surat atau bil yang telah mereka bawa.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 7. Adakah nombor itu menunjukkan Danial ada tiga puluh lima buah rumah? Jika tidak. Lihat pada nombor rumah kamu itu. Apa yang kamu tahu tentang nombor itu? (Terima apa sahaja jawapan yang munasabah dan bincangkan) Rumah Danial (contoh) bernombor ’35’ (contoh). 8. Bawa perhatian mereka kepada nombor rumah yang tertera pada sampul surat tersebut. Edarkan Lembaran Kerja 1. nombor ’35’ itu menunjukkan apa? (Terima apa sahaja jawapan yang munasabah dan bincangkan) Nombor tersebut menunjukkan kedudukan rumah kamu supaya posmen mudah untuk mencari dan menghantarkan surat ini.8. Soal jawab: Apa yang tertulis pada sampul itu? (Murid akan menjawab ”Alamat rumah saya”) Bacakan alamat rumah kamu. 28 .

(sebutkan nama bulan) adalah bulan yang keberapa? Dalam bulan keberapa kamu menyambut . Bincangkan tentang kedudukan nama bulan dalam tahun ini dan perayaan atau sambutan yang disambut dalam bulan-bulan tersebut. Murid duduk secara berpasangan... Edarkan lembaran aktiviti pengukuhan kepada setiap pasangan. Seterusnya minta murid membilang nombor ordinal mereka bermula daripada murid yang pertama (yang duduk paling hadapan) supaya dapat mengenal pasti kedudukan mereka dalam barisan tersebut. Pamerkan kalendar bagi tahun semasa.. mengaum seperti harimau. 4. (sebutkan nama buah)? Aktiviti 2 Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.. Murid yang kesebelas. 1. 2.UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 100 PERBENDAHARAAN KATA Nombor ordinal Susun Kedudukan Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima Keenam Ketujuh Kelapan Kesembilan Kesepuluh Kesebelas Kedua belas Ketiga belas Keempat belas Kelima belas Keenam belas Ketujuh belas Kelapan belas Kesembilan belas Kedua puluh Terakhir Selepas Sebelum AKTIVITI PENGUKUHAN Aktiviti 1 1. Bentukkan kumpulan (dua puluh orang). Murid perlu mendengar arahan guru dan kemudian menyebutkan jawapan yang betul. 2. (sebutkan suatu nombor ordinal) Tempat keberapa buah . Contohnya: Sebutkan nama buah yang ke.. Contohnya: Murid yang kesembilan. Aktiviti 3 1. mengiau seperti kucing. 2. Minta murid memperihalkan tentang kalendar tersebut mengikut pemerhatian dan pengetahuan mereka. berkokok seperti ayam.. Murid perlu mendengar arahan guru dan kemudian berdiri serta melakukan seperti yang diarahkan. 3. (sebutkan nama perayaan atau sambutan tahunan)? . Soal jawab: Bulan ... Murid yang keempat belas. Minta murid beratur lurus dalam barisan masing-masing dan kemudian duduk.

29 .