You are on page 1of 7

ORGANISASI BENGKEL DAN

KESELAMATAN

1 Organisasi bengkel dan keselamatan


adalah satu sistem pengurusan bengkel.
1. Dalam sistem ini, murid akan menjalankan tugas mereka dalam
kumpulan secara bergilir-gilir.
2. Murid perlu mematuhi jadual kerja yang disediakan dan bekerjasama
untuk memastikan peraturan-peraturan tersebut dipatuhi.

STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL

1. Ketua kumpulan dinamakan formen dan dibantu oleh penolong formen.


2. Formen dan penolong formen menerima arahan daripada guru dan
mereka akan menyelaraskan tugasan kepada setiap kumpulan.
3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan
akan menjalankan tugas masing-masing berdasarkan carta organisasi.

LANGKAH KESELAMATAN

Amalan 4M
1. Membersih

Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat


Menitikberatkan kebersihan diri dan mental
Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek
Kebersihan mental iaitu berfikiran positif
Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu :
a. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah)
- Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering
- Jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair
b. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara
semburan tekanan udara tinggi.

2. Menyusun Atur

Guna alat mengikut kegunaannya


Simpan alat di tempat yang betul

3. Menilai

Menilai diri sendiri dan tempat kerja


Melaksanakan sikap penuh bertanggungjawab
Melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan pertolongan cemas
serta penggunaan alat pemadam api.

4. Mendisiplin

Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan


diri.

Peraturan Keselamatan

Dibahagikan kepada tiga bahagian :-

1. Peraturan keselamatan di dalam bengkel:

Memberikan perhatian pada kebersihan bengkel;


Memastikan lantai bengkel sentiasa kering dan tidak berminyak;
Memastikan terdapat alat pemadam api di dalam bengkel;
Memastikan bengkel bersih dan kemas;
Memastikan bengkel mempunyai pengudaraan dan percahayaan yang
mencukupi;
Membekalkan bengkel dengan peti pertolongan cemas.

2. Peraturan keselamatan alatan dalam bengkel:


Menggunakan alatan tangan mengikut kegunaan yang betul;
Berhati-hati semasa menggunakan alatan tangan;
Menyimpan semua alatan dan bahan di tempat yang selamat;
Memastikan alatan yang digunakan adalah betul dan dalam keadaan
yang baik.

3. Peraturan keselamatan diri:

Berbaju lengan pendek atau melipat baju yang berlengan panjang;


Menanggalkan tali leher dan memasukkannya ke dalam baju;
Memakai kasut untuk mengelakkan kemalangan;
Menggunakan gogal dalam kerja-kerja tertentu;
Memakai apron jika perlu;
Mendapat kebenaran guru sebelum menggunakan mesin;
Mengikut arahan guru semasa berada di dalam bengkel
Berambut pendek atau mengikat rambut yang panjang.

Peraturan am penggunaan dan keselamatan bengkel kemahiran hidup

Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan daripada guru


Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah
Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel
Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan
penyeliaan daripada guru
Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan
Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera beritahu guru
yang berkenaan
Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika
penggunaannya dan bersih serta kemas sebelum meninggalkannya.

Keselamatan di bengkel kemahiran hidup

Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.


Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan , semasa
menggunakan dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di
bengkel
Guru dan pelajar mestilah tahu bagai mana bertindak apabila
berlaku
- Kecederaan dan kemalangan
- Kejutan elektrik
- Kebakaran

Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan
sapuan untuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan.
Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan
kepada guru bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat
Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang
berfungsi disetiap bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung
ditempat mudah dilihat dan mudah dicapai.
Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera
mengikut pelan kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian
kecemasan 999
Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis
utama terlebih dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel
Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering
untuk mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca
kejutan elektrik

Alat Pemadam Api.


Cara menggunakan alat pemadam api :-

1. Keluarkan pin picu


2. Halakan muncung pemancut alat pemadam api ke dasar api
3. Tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat
disembur.

Kotak Pertolongan Cemas


Kotak pertolongan cemas perlu juga disediakan di dalam bengkel
untuk merawat kecederaan.
Kotak pertolongan cemas mengandungi beberapa jenis bahan seperti
iodine, ubat antiseptic, kapas, gunting, plaster, pin, dan pembalut
luka.

Langkah-langkah merawat kecederaan ringan :-

1. Bersihkan luka dengan antiseptik.


2. Sapukan dengan iodin.
3. Balutkan luka dengan kain kasa dan plaster.

Aspek keselamatan dan penggunaan elektrik :-

Memastikan alatan elektrik dibumikan dengan betul;


Memastikan suis elektrik dimatikan apabila menukar mentol atau
mencabut plag;
Tidak mencuba membaiki sendiri peralatan elektrik;
Tidak menyentuh wayar elektrik yang terdedah;
Tidak menggunakan sesuatu alatan elektrik jika didapati penebat
wayarnya telah rosak;
Tidak mengendalikan alatan elektrik dengan tangan yang basah;
Tidak menggunakan alatan elektrik di tempat yang basah;
Tidak meletakkan terlalu banyak beban pada satu soket elektrik;
Memastikan tamatan plag adalah betul apabila membuat pendawaian
plag;
Sekiranya berlaku kejutan elektrik, suis utama mesti dimatikan
dengan serta merta;
Tidak menarik mangsa kejutan elektrik dengan tangan sebaliknya
asingkan mangsa dengan bahan kering atau bahan bukan logam.

Etika Dan Budaya Kerja

1. Amalkan etika dan budaya kerja yang betul semasa berada di dalam
bengkel supaya murid mengamalkannya setelah mereka menempuh alam
pekerjaan nanti.
2. Etika kerja adalah disiplin dan sikap anda terhadap kerja
manakala budaya kerja bermaksud cara peradaban yang menjadi amalan
semua pekerja dalam sebuah organisasi.
3. Contoh etika kerja adalah:
Menepati waktu;
Amanah;
Patuh pada peraturan dan undang-undang.

4. Contoh budaya kerja ialah:

Beratur ketika memasuki bengkel;


Mengucapkan salam kepada guru sebelum memulakan kerja;
Formen hendakkah memeriksa keadaan bengkel dan alatan serta
membuat laporan.