You are on page 1of 2

GURU KESIHATAN

MATLAMAT

Melahirkan warga sekolah yang sihat dan berkualiti. Situasi memberangsangkan


dapat meningkatkan proses pembelajaran di sekolah dan seterusnya dapat
membentuk warga negara yang sihat dan berketerampilan.

OBJEKTIF

1. Melahirkan murid yang berperibadi unggul menerusi pemupukan pengetahuan,


sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kesihatan.

2. Mewujudkan gaya hidup yang sihat, cergas dan cerdas dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek.

3. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Kesihatan


Sekolah.

SKOP DAN BIDANG TUGAS

1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Program Pembangunan Kesihatan


Murid:

1.1 Menentukan hala tuju program pembangunan murid selaras dengan


perkembangan fizikal, psikososial dan kerohanian murid.

1.2 Menentukan program pendidikan dan penjagaan kesihatan dilaksanakan di


sekolah.

1.3 Mewujudkan kerjasama yang menyeluruh antara sekolah dan Pejabat Kesihatan
serta agensi-agensi lain.

1.4 Menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktviti Program Kesihatan Sekolah.


1.5 Merancang keperluan kewangan dan tenaga dalam Program Kesihatan Sekolah.

1.6 Menyebarkan maklumat program secara menyeluruh, sistematik dan efisien.

1.7 Keperluan untuk menjalankan kursus dan aktiviti kesihatan bersesuaian dengan
keperluan

murid dan situasi setempat.

2. Melaksanakan dasar kesihatan yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan


murid di sekolah.

3. Membuat pemantauan Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan murid dan Program


Kesihatan Sekolah.

4. Menyedia dan membuat laporan tahunan berkala.

5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan.

6. Mewujudkan pasukan petugas khas menghadapi krisis jika perlu.