You are on page 1of 13

1

Set 1

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BENDAHARA: Budak serupa itu dibawa menghadap sultan? Pakaiannya itu, cuba
Laksamana tengok, bertampal-tampal. Buruknya...
LAKSAMANA: Benar sebagaimana kata tuan hamba itu. Budak serupa itu apalah
yang dia tahu, umur pun baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang.
Ada hati hendak mengubati penyakit Tuan Puteri Bunga Tanjung, apa yang dia
tahu? (Ketawa kecil).
BUYUNG (Buyung terlepas daripada pegangan pengawal-pengawal lalu menyembah
dengan menggeletar): Ampun tuanku, sembah patik harapkan diampun.
Apakah salah patik hingga patik dibawa menghadap ini...tuanku? Patik tidak
pernah lakukan apa-apa kesalahan, percayalah tuanku. Kalau patik dihukum,
siapalah nanti yang akan menjaga ibu patik yang sudah tua. (Buyung kelihatan
bersedih).
RAJA (Bangun dari takhta lalu turun mendapatkan Buyung dan memegang bahu
Buyung): Wahai orang muda, usahlah kamu takut dan khuatir. Tiada apa-
apa kesalahan yang telah kamu lakukan. Kamu dibawa menghadap beta ini
hanyalah untuk mengubati penyakit puteri beta.
BUYUNG (Menyembah sultan): Ampun tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik
harapkan diampun. Patik ini bukannya dukun atau bomoh yang tahu mengenai
jampi serapah. Macam mana patik dapat mengubati penyakit Tuan Puteri?
Ramai lagi dukun yang lebih bijak daripada patik dalam negeri ini. Tentu sahaja
mereka dapat mengubati penyakit puteri tuanku.
RAJA (Kembali duduk semula di atas singgahsana dan bertitah dengan suara yang
nyaring): Wahai orang muda, kamu mesti berbuat sesuatu yang boleh
menyembuhkan penyakit puteri beta ini. Kalau kamu enggan, beta akan jatuhkan
hukuman.
BUYUNG (Menyembah sultan dalam keadaan ketakutan): Ampun tuanku,sudah
patik katakan tadi bahawa patik tidak tahu tentang jampi serapah. (Buyung
berfikir sejenak) Tapi... kalau setakat bercerita itu boleh jua patik ceritakan.
Hanya itu yang patik tahu. Izinkan patik bercerita kepada Tuan Puteri (Tunduk
layu)
RAJA (Tersenyum panjang): Wahai orang muda, kalau begitu berceritalah kamu
biar Tuan Puteri beta dan sekalian yang ada di balairung ini mendengarnya.
BUYUNG (Duduk lalu memandang kepada Tuan Puteri): Ampun Tuan Puteri.
TUAN PUTERI(Masih lagi bermuram. Tidak mempedulikan):

2
BUYUNG: Begini ceritanya. Pada zaman dahulu ada seorang budak lelaki yatim
piatu bernama Ujang. Dia tinggal seorang dia di pondoknya yang berhampiran
dengan pantai. Kerjanya setiap hari mencari kayu api dan mengambil upah
padi. Kedua-dua orang ibu bapanya tidak meninggalkan sebarang harta lain,
melainkan sebuah pondok buruk, sebilah parang puting, sebatang jarum
berkarat... Suatu hari sebuah kapal berlabuh berhampiran dengan pantai tempat
Si Ujang. Nakhoda kapal itu seorang yang baik hati. Dia sanggup mengambil
Ujang sebagai anak angkatnya kerana kasihan melihat Ujang yang yatim piatu.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Johana Alias. Buyung dlm.


Antologi Seuntai Rasa untuk Dirasa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.)

7. Buyung dibawa menghadap sultan dengan tujuan

A untuk dijatuhi hukuman atas kesalahannya.


B untuk memujuknya mengahwini tuan puteri.
C untuk memintanya mengubati penyakit tuan puteri.
D untuk menguji kebolehannya mengubati penyakit.

8. Seandainya Buyung enggan mematuhi perintah sultan, apakah akibatnya?

A Buyung akan dibunuh pada keesokan harinya


B Buyung akan dijatuhi hukuman oleh sultan
C Buyung akan dihalau dari negeri itu
D Buyung tidak akan dijatuhi apa-apa hukuman

9. Rangkaian kata ampun tuanku, sembah patik harapkan diampun


merupakan unsur

A bahasa klasik.
B bahasa asing.
C peribahasa.
D bahasa istana.

10. Dengan berdasarkan watak Buyung dalam petikan drama ini, jelaslah bahawa
Buyung mempunyai watak

A jujur dan berbudi bahasa.


B penakut dan amanah.
C berterus terang dan bijak.
D merendah diri dan berani.

11. Bagaimanakah drama Buyung berakhir?

A Buyung berkahwin dengan Tuan Puteri Bunga Tanjung selepas berjaya


mengubati penyakit puteri itu.
B Buyung diiatuhi hukuman kerana gagal mengubati penyakit Tuan Puteri
Bunga Tanjung.

3
C Tuan Puteri Bunga Tanjung murka kerana Buyung membohonginya.
D Raja Alam Syah mengambil Buyung bekerja di istana.

12. Latar masyarakat yang bagaimanakah yang digambarkan dalam drama


Buyung?

A Masyarakat bandar
B Masyarakat zaman feudal
C Masyarakat kampung
D Masyarakat moden

4
Set 2

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

23 November, Isnin
Petang ini Hamzah dan Pak Cik Sani mengajak aku ke surau di hujung kampung. Kata
Pak Cik Sani, malam ini ada ceramah agama. Penceramahnya, seorang pensyarah
dari Kuala Lumpur. Kata Pak Cik Sani lagi, ceramah itu akan diadakan selepas
sembahyang Isyak.
Hamzah sudah bersiap sedia. Dia berbaju teluk belanga, berkain sarung dan
bersongkok hitam. Pakaiannya kemas. Aku berada dalam keadaan serba salah. Mama
cuma menyediakan kain dan seluar sahaja untukku tempoh hari. Aku tidak membawa
songkok dan baju Melayu. Sebenarnya, aku juga mempunyai sehelai baju teluk belanga
di rumah. Baju itu kujadikan baju tidur.
Kenapa belum siap lagi, Rid? soal Pak Cik Sani setelah melihat aku termenung
panjang di muka pintu. Aku menjadi serba salah. Aku mengerti, Pak Cik Sani dan
Hamzah hanya menanti aku saja.
Saya tak ada baju Melayu dan songkok, sahutku berterus terang.
Pak Cik Sani memanggil Mak Cik Som. Dia menyuruh Mak Cik Som mengambil
baju teluk belanga Hamzah di dalam almari. Aku cuba memakai baju yang ditunjukkan
oleh Mak Cik Som. Baju itu agak sempit. Aku tahu, badanku agak besar daripada
badan Hamzah.
Ketat pun ketatlah! Aku berseloroh apabila melihat baju yang kupakai itu seperti
sarung nangka saja layaknya.
Bolehlah itu, Hamzah mengusik
Songkok? Aku memberanikan diri untuk menyoal dan meminta.
Pakai ketayap sajalah, Rid. Hamzah tak ada songkok lebih, Mak Cik Som pula
berjenaka.
Malam itu, kurasakan diriku macam pelawak di pentas bangsawan saja. Berbaju
ketat, berkain pelekat yang berkedut-kedut dan ketayap putih macam roti kirai.

24 November, Selasa

Sekembali dari surau malam tadi, aku berasa risau. Telingaku terasa panas. Aku terasa
diriku menjadi tontonan orang ramai. Dibandingkan dengan teman-teman Hamzah di
surau itu, akulah yang ganjil sekali.
Aku mulai membayangkan wajah Mama dalam pembaringanku. Kalaulah Mama
membekalkan songkok dan baju teluk belanga kepadaku, tentu aku tidak akan menjadi
barang tontonan malam tadi.
Banyak lagi perkara yang menyebabkan aku resah gelisah malam ini. Aku hanya
mengikut setiap gerakan yang dibuat oleh orang-orang yang bersembahyang di surau
itu. Mereka membongkok, aku pun membongkok. Mereka berdiri, aku pun berdiri. Aku
mendengar mereka membaca sesuatu semasa sujud dan rukuk. Aku diam saja. Aku
tidak tahu apa yang patut kubaca.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Mohd. Tajuddin Abd. Rahman. Buku Catatan Farid
Badrul dlm. Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa. Kuala Lumpur.)

5
7. Nyatakan tujuan Hamzah dan Pak Cik Sani mengajak aku ke surau

A untuk mengikuti kelas bimbingan agama selepas sembahyang Isyak


B untuk mendengar ceramah agama selepas sembahyang Isyak
C untuk menghadiri kenduri yang diadakan selepas sembahyang Isyak
D untuk memperkenalkan aku kepada orang-orang kampung

8. Mengapakah aku berasa serba salah?

A Kerana aku tidak suka pergi ke surau atau masjid


B Kerana aku tidak biasa mendengar ceramah agama
C Kerana aku tidak tahu cara-cara bersembahyang
D Kerana aku tidak mempunyai baju Melayu dan songkok

9. Frasa macam pelawak di pentas bangsawan ialah bentuk gaya bahasa

A personifikasi.
B metafora.
C peribahasa
D simile.

10. Teknik plot yang digunakan dalam perenggan akhir petikan cerpen tersebut
ialah

A teknik monolog dalaman.


B teknik imbas kembali.
C teknik pemerian.
D teknik saspens.

11 Apakah latar masyarakat yang digambarkan dalam cerpen ini?

A Masyarakat kota yang mempunyai masa yang terhad untuk bersama-


sama dengan keluarga kerana sibuk bekerja.
B Masyarakat berbilang bangsa yang hidup secara aman dalam sebuah
negara.
C Masyarakat penghuni rumah setinggan yang gigih bekerja mencari rezeki.
D Masyarakat yang masih mengamalkan nilai-nilai tradisi.

12. Yang berikut adalah persoalan-persoalan yang terdapat dalam cerpen ini,
kecuali

A peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan agama kepada


anak-anak.
B perbezaan pendapat antara generasi tua dengan generasi muda
C perbezaan hidup di kampung dengan kehidupan di bandar
D kesedaran untuk mengatasi kelemahan dan menambah ilmu.

6
Set 3

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

SI ANAK: Mamanda! Sudah siapkah istana beta?


NELAYAN TUA: Sudah, tuanku! Sudah siap segalanya!
SI ANAK: Istana daripada emas dan suasa dan bertiangkan tembaga? Atapnya
daripada suasa bertatah yang diimport?
NELAYAN TUA: Seperti yang dirancang, tuanku!
SI ANAK: Bagus! Tiap satunya harus diteliti. Jangan sampai berlaku kesilapan di
mana-mana. Balai anjungnya harus dibuat dengan cermat. Taruhkan marmar
berkilauan, hamparkan permaidani tercantik. Sudah dilakukan itu?
NELAYAN TUA: Sudah tuanku. Malah lebih daripada itu. Malah sengaja didirikan
sebuah arca wajah tuanku di balai agung. Para pelawat pasti kagum dengan
bikinan itu. Tidak cukup dengan itu, jam nadi yang tersergam di balai itu pasti
menghairankan semua pelawat. Tiap detik jam itu adalah detik nadi tuanku.
SI ANAK: Ah! Bagus! Bagus itu!
NELAYAN TUA: Usahlah tuanku khuatir. Cuma harganya melambung tinggi, tuanku.
Biayanya di luar dugaan sama sekali.
SI ANAK: Persetan dengan harga. Asal saja istana itu terbina. Kerahkan pekerja
itu bekerja dengan lebih rajin! Hukum mereka yang ingkar!
NELAYAN TUA: Tapi, seluruh khazanah negara sudah tercurah pada projek istana
itu, tuanku! Perbendaharaan hampir kering, tuanku!
SI ANAK: Naikkan cukai!
NELAYAN TUA: Sudah dilakukan, tuanku! Tapi masih belum memadai. Dagang
senteri sudah enggan singgah di pelabuhan kita kerana cukai yang terlalu tinggi.
Para peniaga sudah enggan berjual beli.
SI ANAK: Persetan! Paksa mereka berniaga semula. Paksa rakyat membeli juga!
NELAYAN TUA: Tapi bagaimana, tuanku? Sedangkan untuk makan pun
mereka tak termampu.
SI ANAK: Takluk jajahan lain, rampas harta mereka!
NELAYAN TUA: Sudah dilakukan, tuanku.
SI ANAK: Hasilnya?

(Dipetik dan diubahsuai daripada Johan Jaafar. Baju Emas Sang


Maharaja dlm. Antologi Sehijau Warna Daun. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.)

7. Pilih penyataan yang tidak benar tentang istana itu?

A Dibuat daripada emas dan suasa


B Tiangnya dibuat daripada tembaga
C Atapnya dibuat daripada perak yang diimport
D Lantainya dibuat daripada batu marmar yang diimport.

7
8. Nyatakan tindakan yang diambil untuk menampung kos pembinaan istana yang
terlalu tinggi itu.

A Mengenakan kadar cukai yang lebih tinggi kepada rakyat


B Meminjam wang daripada kerajaan asing
C Memaksa rakyat bekerja tanpa upah
D Menjual semua harta negara yang ada

9. Dalam petikan drama ini, si anak digambarkan mempunyai perwatakan

A gigih berusaha untuk berjaya.


B boros tetapi bijak mendapatkan wang.
C mementingkan pembangunan material saja.
D menghargai rakyat yang rajin dan gigih bekerja.

10. Yang berikut contoh gaya bahasa istana yang terdapat dalam petikan tersebut,
kecuali

A beta.
B arca.
C tuanku.
D balai rung.

11. Drama Baju Emas Sang Maharaja mempunyai tema

A kekejaman seorang raja yang mementingkan diri untuk kejayaan dirinya.


B kelemahan sifat manusia yang sentiasa tidak bersyukur terhadap apa-
apa yang dimiliki.
C kekecewaan seorang raja yang tidak dapat membangunkan negerinya.
D kegigihan rakyat di sebuah negeri yang zalim pemerintahnya untuk
memajukan negeri.

12. Klimaks dalam drama ini dapat digambarkan dengan peristiwa

A Si anak menjadi begitu angkuh dan sombong apabila menjadi raja.


B Si anak tidak mengaku bahawa Nelayan Tua itu, ialah bapanya.
C Si anak ingin memukul Nelayan Tua tetapi tiba-tiba sahaja tangannya
menjadi kaku.
D Pertapa mengambil semula baju emas Sang Maharaja kerana syarat-
syarat yang disetujui tidak dipatuhi.

8
Set 4

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Ungin semakin mendekat. Indusai juga turut memerhatikannya penuh teliti.


Busut mati? jerit Indusai terkejut besar. Busut mati, mak? Kasihan. Umurmu
tak panjang, Busut! jerit Ungin, terkejut dan sedih. Tubuh mawas yang terkulai itu
ditatap sayu. Tengok ni, anaknya pun lemah juga. Tentu ia menangis, celah Indusai
sambil menguis-nguiskan kayu di tangannya ke arah Cendawan. Agaknya, Busut tu
mati sebab lukanya parah. Kelmarin semasa abang bawa balik, banyak darah di
kaki kanannya. Agaknya banyak darah keluar tak?
Kalau emaknya mati, lama-kelamaan Si Cendawan ini tentu mati sebab tidak
lalu makan, sela Puan Antagi memberikan gambaran buruk.
Kalau Cendawan mati, ah... sedihnya! Lagipun, kata abang, kami nak pelihara
dua beranak ni sementara saja. Lepas tu, abang nak tulis surat kepada Pak Cik
Piyot yang bekerja di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Lanjak-Entimau. Suruh pihak
mereka ambil. Lagipun kami tahu, memelihara binatang yang dilindungi menjadi
satu kesalahan. Err, melanggar Akta Perlindungan Hidupan Liar. Tapi... belum sempat
kita pulihkan mereka ..., ujar Ungin pula, dia tidak meneruskan kata-katanya.
Ungin segera masuk ke dalam kandang. Dia kian mendekati Busut dan
Cendawan. Tangannya merasa-rasa nadi di lengan Busut. Ah, masih ada!
Jangan bimbang, tuah Ungin sedikit tersenyum. la cuma pengsan saja. Mari
kita buka ikatan yang membelit kakinya. Tak perlulah diikat. Ia tak akan mengganas.
Kita hendak tolong ia dan anaknya. Tentu ia tahu. Lepas tu, buka ikatan pada kaki
Cendawan. Tentu rimas kalau hidup tak bebas. Sudahlah dikurung, diikat pula.
Puan Antagi beredar setelah melihat anaknya terkial-kial hendak membuka
tali kulit kayu yang mencerut kuat pangkal kaki Busut.
Tunggu, mak ambilkan parang, ucap Puan Antagi sambil beredar.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Rohana Hassan. Erti Kasih Makna Sayang dlm.
Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.)

7. Yang berlaku kepada Busut apa?

A Tidak dapat menggerakkan kaki dan badannya yang cedera


B Pengsan kerana kecederaan yang dialaminya agak serius
C Sudah mati kerana kehilangan banyak darah
D Tidak lalu makan kerana kecederaannya serius

8. Nyatakan bukti yang menunjukkan bahawa Busut masih hidup?

A Nadinya masih berdenyut


B Darahnya masih mengalir
C Matanya masih terbuka.
D Badannya masih panas

9
9. Yang berikut adalah teknik plot yang terdapat dalam petikan cerpen ini,
kecuali

A dialog.
B monolog.
C pemerian.
D kejutan.

10. Terangkan mesej yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen ini?

A Kita mesti meninggalkan tabiat buruk yang dilakukan sebelum ini.


B Janganlah mudah terpedaya oleh tipu muslihat haiwan yang cerdik.
C Setiap orang haruslah memainkan peranan penting untuk menjaga
hutan.
D Kita hendaklah membantu makhluk Tuhan yang memerlukan
pertolongan.

11. Apakah tema cerpen Erti Kasih Makna Sayang?

A Kasih sayang dan keprihatinan manusia terhadap haiwan


B Kasih sayang haiwan terhadap anaknya sendiri
C Kasih sayang sesama haiwan yang tinggal di dalam hutan
D Kasih sayang antara manusia dengan hutan

12. Latar masyarakat yang digambarkan oleh pengarang dalam cerpen ini ialah

A masyarakat yang suka memelihara haiwan liar.


B masyarakat luar bandar yang bersimpati kepada haiwan.
C masyarakat yang menghargai persahabatan.
D masyarakat petani yang benci akan haiwan.

10
Set 5

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang


berikutnya.

Tidak ada barang-barang yang berharga yang dapat saya hadiahkan


kepada cikgu sempena Hari Guru pada tahun ini, selain dari daun-daun yang
dapat saya cari di kampung saya. Daun ulam itulah yang selalu saya berikan
kepada cikgu selama ini. Saya tahu cikgu suka makan makanan tradisi kita.
Saya orang miskin cikgu. Ibu saya sedang sakit. Ayah saya telah lama
meninggal. Semalam bila saya minta hadiah pada ibu saya, dia menangis.
Kami tidak dapat beri barang-barang yang berharga untuk cikgu, sedangkan
cikgu sangat baik pada saya. Budi dan jasa cikgu tak dapat saya balas.
Emak saya hanya dapat mengirimkan salam pada cikgu. Terimalah
hadiah yang ikhlas dan jujur dari saya, yang tidak berharga itu. Itulah saja yang
dapat saya hadiahkan pada cikgu. Maafkan saya, cikgu. - Ramli.
Tiba-tiba berjurai air mata mengalir keluar mengaliri pipi Cikgu Fatimah
sebaik sahaja habis membaca surat tersebut. Cikgu Faridah dan Cikgu Noriah
turut terharu ketika sama-sama membacanya. Cikgu Fatimah menundukkan
mukanya ke meja dan menangis teresak-esak.
Eh! Tadi Cikgu Darus ketawa. Tiba-tiba Cikgu Fatimah menangis pula.
Ada apa ni, mari saya baca, minta Cikgu Harun. Dia kehairanan melihat
keadaan tersebut.
Cikgu Harun selesai membaca. Dia merenungi hadiah tersebut. Benar! Inilah
hadiah yang paling murni. Hadiah yang ikhlas dan jujur. Lebih baik dari hadiah-
hadiah yang mahal-mahal tu jika untuk bermuka-muka, katanya, turut terharu
apabila melihat hadiah tersebut.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Rejab F.I Hadiah Hari Guru dlm. Antologi
Sehijau Warna Daun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.)

7. Ulam dihadiahkan Ramli kepada Cikgu Fatimah kerana

A ulam tersebut merupakan makanan tradisi.


B ulam tersebut sering diberikan kepada cikgu.
C ulam mudah didapati di kampung tersebut.
D ulam sahaja yang mampu dijadikan hadiah.

8. Sebaik-baik sahaja selesai membaca surat itu, bagaimanakah reaksi


Cikgu Fatimah?

A Hina
B Malu
C Sayu
D Kecewa

11
9. Petikan di atas memberikan pengajaran bahawa

A orang ramai perlu diberitahu tentang kemiskinan hidup yang kita


alami.
B terimalah apa-apa juga pemberian daripada seseorang dengan
ikhlas.
C elakkan daripada memberikan sesuatu yang tidak berharga
kepada seseorang.
D budi baik seorang guru perlulah dibalas dengan sesuatu yang
berharga.

10. Berdasarkan surat yang ditulis oleh Ramli jelaslah menunjukkan bahawa
dia seorang yang

A bertanggungjawab terhadap gurunya.


B suka mengambil kesempatan atas kebaikan gurunya.
C berani menyatakan kebenaran.
D bijak berkata-kata.

11. Sifat-sifat yang berikut ada pada Ramli, kecuali

A penyayang.
B tabah.
C jujur.
D malas.

12. Antara yang berikut, yang manakah yang menjadi persoalan yang terdapat
dalam cerpen ini.

A Pengorbanan seorang ibu.


B Kepentingan ilmu.
C Ikatan persahabatan yang kukuh.
D Tanggungjawab seorang guru.

12
JAWAPAN

Set 1 Set 2
7. C 7. B
8. B 8. C
9. D 9. D
10. A 10. C
11. A 11. A
12. B 12. B

Set 3 Set 4
7. C 7. B
8. A 8. A
9. C 9. C
10. D 10. D
11. B 11. A
12. C 12. B

Set 5
7. D
8. C
9. B
10. C
11. D
12. D

13