You are on page 1of 3

1

Aktiviti

1. Perangainya yang keanak-anakan (seperti anak-anak) itu membimbangkan


hati ibunya.
2. Buku yang tertebal itu berkulit hitam.
3.. Gadis yang sungguh cantik itu dipersunting oleh seorang pegawai bank.
4.. Nama murid yang paling tinggi itu ialah Zurina.
5. Sejak menderita diserang penyakit itu, badan orang tua itu kurus sekali.
6. Makanan di atas meja bulat itu semuanya pedas.
7. Majlis perkahwinan yang diadakan itu besar-besaran.

Pengayaan (BT. Hlm. 39)

Makna Kata (BT. Hlm. 39)

(a) baik-baik - banyak yang baik


Perangai anaknya baik-baik

(b) mahal-mahal - banyak yang mahal (berkenaan


harga)
Barang yang dijual di pasar malam itu mahal-mahal.

(c) tinggi-tinggi - banyak yang tinggi


Badan pemain bola jaring pasukan itu tinggi-tinggi.

(d) jinak-jinak - banyak yang tidak liar (berkenaan


binatang)
Burung merpati di padang permainan itu jinak-jinak.

2
(e) alim-alim - banyak yang pandai dalam hal
agama (berkenaan jumlah orang)
Pelajar yang menuntut ilmu agama di pusat latihan itu alim-alim.

(f) cantik-cantik - banyak yang cantik (berkenaan


dengan jumlah wanita yang cantik)
Wanita yang bertudung di pusat pengajian tinggi itu cantik-
cantik.

(g) besar-besar - banyak yang besar (berkenaan


dengan saiz)
Bangunan di bandar raya Kuala Lumpur besar-besar.

2.

(a) compang-camping - koyak-koyak (tentang kain baju)


Pakaian yang dipakai oleh orang gila itu compang-camping.

(b) gundah-gulana - tersangat sedih sehingga badan


menjadi lesu
Apabila mendengar berita itu, perasaannya gundah-gulana.

(c) hingar-bingar - bising sekali


Suasana di pesta keramaian itu hingar-bingar.

(d) lekak-lekuk - tinggi rendah


Jalan raya di kawasan pedalaman itu lekak-lekuk.

(e) serbah-serbih - tidak kemas pakaiannya


Pakaian pegawai yang serbah-serbih itu ditegur oleh
majikannya.

(f) segar-bugar - sihat benar (masih baru benar)


Badan setiap peserta pertandingan angkat berat itu segar-
bugar.

(g) ramah-tamah - sangat ramah


Anak-anak Puan Hamidah ramah-tamah.

You might also like