You are on page 1of 2

Tekanan atau juga disebut sebagai stres merupakan satu bentuk kecelaruan emosi

yang kerap berlaku pada masa kini. Individu yang menderita akibat tekanan
biasanya menunjukkan pemikiran yang negatif, enggan melibatkan diri dalam
aktiviti dan kesukaran berinteraksi secara interpersonal (Abbas & Lida, 2013).

Satu kajian telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2006, iaitu
Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia mendapati masalah kesihatan
mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3%, meningkat sebanyak
13% berbanding tahun 1996 (Utusan Melayu, 2011). Ternyata dapatan kajian ini
amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian dengan lebih serius. Malahan
tiada kajian lanjutan yang menunjukkan masalah ini mengalami penurunan.

Saya tidak setuju bahawa isu kesejahteraan pelajar di Malaysia ditangani lebih baik
daru negara-negara maku di Barat. Hal ini kerana, isu ini dipandanag remeh dan
setakat ini masih tiada penyelesaian untuk menangani isu tekanan dan nescaya ia
akan memberikan kesan jangka panjang yang memudaratkan.

isu kesejahteraan pelajar di Malaysia ditangani lebih baik dari negara-negara maju di
Barat Hasil kajian Kementerian Kesihatan mendapati pelajar di negara ini
mengalami tahap stres yang tinggi.

Dapatan itu diperoleh menerusi projek rintis Program Minda Sihat Menangani Stres
Dalam Kalangan Murid sekolah bagi mengenal pasti tanda-tanda stres, keresahan
dan kemurungan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada 6,540 orang murid
yang telah disaring, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan
yang teruk, 5.2 peratus kemurungan yang teruk dan 4.8 peratus stres yang teruk.

Daripada jumlah semua pelajar yang disaring itu juga, kata beliau, seramai 2,345
iaitu 36 peratus murid telah mengikuti intervensi latihan kemahiran daya tindak
kesihatan mental.

Sejumlah 279 guru pula dilatih untuk mengenal pasti dan mengendalikan masalah
emosi, tingkah laku dan permasalahan mental di kalangan murid.
Bilangan tersebut cukup tinggi, oleh yang demikian kementerian sedang berusaha
untuk meningkatkan latihan dan kemahiran Gaya Daya Tindak ke atas pelajar di
seluruh negara.

Banyak sebab yang menjadi penyumbang kepada masalah pelajar dalam hal ini
terutama sekolah, peperiksaan, keluarga dan sebagainya tetapi apa yang penting
ialah melakukan persediaan awal mengenai kemahiran menangani stres, katanya
kepada pemberita di sini hari ini.

Projek rintis kementerian dengan kerjasama Kementerian Pelajaran itu bermula


pada Mac lalu dan dijalankan di enam buah sekolah di enam negeri.

Sekolah-sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Datuk Haji


Ahmad Badawi, Pulau Pinang; SMK Simpang Bekoh, Jasin, Melaka; Sekolah
Menengah Sains Teluk Intan, Perak dan Sekolah Menengah St Michael, Penampang,
Sabah.

Dua lagi ialah Maktab Rendah Sains Mara, Gemencheh, Negeri Sembilan dan
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya.

Menurut Tiong Lai, kementerian akan memperluaskan projek itu di semua sekolah
dalam usaha meningkatkan kesejahteraan di kalangan murid dan warga sekolah
serta sebagai persediaan mengelakkan perkara lebih serius berlaku