You are on page 1of 6

SISTEM PARLIMEN DATA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

1. PENGENALAN

1.1 Sistem Aplikasi Secara Berkomputer (Parlimen Data) adalah


dibangunkan untuk mengesan dan merekodkan pertanyaan-
pertanyaan Parlimen. Ia adalah sejajar dengan langkah
Kerajaan dalam menuju ke arah E-Government dengan
memperkenalkan perkhidmatan interactive electronic services
yang mesra pelanggan seperti e-perolehan dan Project
Monitering System (PMS). Sebagai contoh di Kementerian
Sumber Manusia (KSM), telah diwujudkan Portal JobsMalaysia
yang berfungsi sebagai sistem penjodohan pekerjaan
automatik atas talian untuk membantu pencari kerja
mendapatkan kerja dan majikan-majikan mendapatkan calon
yang layak untuk mengisi kekosongan pekerjaan di tempat
mereka.

1.2 KSM masih belum mempunyai sistem berkomputer untuk


mengesan dan menguruskan pertanyaan-pertanyaan Parlimen
yang dapat diakses secara dalam talian (on-line). Oleh itu,
Sistem Parlimen Data telah diwujudkan sebagai suatu
database untuk menyelaraskan jawapan-jawapan pertanyaan
Parlimen dan pada masa sama meningkatkan kecekapan
pentadbiran KSM. Sistem ini diwujudkan kerana sebelum ini
1
semua pertanyaan-pertanyaan Parlimen melibatkan Dewan
Rakyat dan Dewan Negara (termasuk Usul Parlimen dan
Ucapan Penangguhan Parlimen) dilaksanakan secara manual.

1.3 Pengurusan rekod secara manual menimbulkan pelbagai


masalah dan kesulitan kerana Kementerian ini mengendalikan
lebih daripada 200 pertanyaan Parlimen (termasuk usul dan
ucapan penangguhan) dalam setahun. Rekod fail dan jawapan-
jawapan pertanyaan Parlimen yang disediakan adalah
dikategorikan sebagai Rahsia. Penyediaan rekod secara
manual membuka ruang kepada berlakunya kebocoran
maklumat-maklumat penting kerana kecuaian dan kesukaran
memantau tahap keselamatan maklumat-maklumat tersebut.

2. LAPORAN INOVASI

2.1 Tujuan pelaksanaan Sistem Parlimen Data adalah untuk


membolehkan Kementerian mengkordinasikan jawapan-
jawapan Parlimen dan memudahkan pencarian data-data yang
disimpan melalui kaedah pencarian mengikut tajuk pertanyaan,
nama Ahli Parlimen, kawasan Ahli Parlimen atau tarikh
pertanyaan. Tahap keselamatan sistem ini adalah jauh lebih
baik dan terjamin memandangkan sistem ini hanya boleh
digunakan oleh pegawai-pegawai tertentu yang mempunyai
kata laluan akses dan bertanggungjawab dalam penyelarasan
jawapan pertanyaan Parlimen. Sistem ini dibangunkan dan

2
diselenggara oleh Bahagian Pengurusan Maklumat,
Kementerian Sumber Manusia.

2.2 Dari segi penyediaan jawapan terhadap soalan pertanyaan


Parlimen (lisan dan bertulis), jawapan adalah disediakan oleh
Jabatan-jabatan / Bahagian di bawah KSM. Jawapan ini
setelah mendapat kelulusan Ketua Jabatan masing-masing
akan dihantar melalui Sistem Parlimen Data. Pada amnya,
jawapan kepada pertanyaan Parlimen akan melibatkan
kombinasi input jawapan lebih daripada satu
Jabatan/Bahagian. Pengawai Penyelaras (Bahagian Khidmat
Pengurusan) yang mempunyai akses kepada sistem ini akan
membuat semakan terhadap jawapan yang diterima. Jawapan-
jawapan yang diterima kemudiannya akan dianalisis dan
dibincangkan dahulu di peringkat Pegawai Penyelaras
(Bahagian Khidmat Pengurusan) sebelum dikemukakan untuk
kelulusan Pengurusan Atasan dan seterusnya dipanjangkan
kepada YB Menteri dan YB Timbalan Menteri.

3
Jadual 1: Proses Sebelum dan Selepas

Bil Sebelum Selepas


1. Kaedah memperolehi input Input jawapan kepada
dan maklumbalas daripada pertanyaan Parlimen dapat
Jabatan / Bahagian kepada diperolehi dan dicapai dengan
sesuatu pertanyaan Parlimen cepat dan mudah melalui
adalah melalui memo dan Sistem Parlimen Data.
mengambil masa.

2. Pencarian rekod jawapan- Pencarian rekod jawapan-


jawapan lama adalah agak jawapan lama lebih mudah
sukar dan menyulitkan. dilakukan melalui kaedah
pencarian tertentu. E.g; Tajuk
Pertanyaan, Nama Ahli
Parlimen, Kawasan Ahli
Parlimen dan Tarikh
Pertanyaan.

3. Pemantauan kepada kualiti Kualiti jawapan boleh disemak


jawapan yang dihasilkan dari masa ke semasa apabila
adalah sukar dilaksanakan. melibatkan pertanyaan isu
berbangkit yang sama.

4
4. Risiko pendedahan Kawalan keselamatan
maklumat-maklumat penting maklumat secara sistematik
kepada pihak-pihak yang melalui kata laluan akses
tidak berkenaan. kepada pihak-pihak tertentu
sahaja.

3. IMPAK

3.1 Penjanaan data-data maklumat


Sistem Parlimen Data memudahkan pemantauan dan
perbandingan jawapan-jawapan kepada pertanyaan Parlimen.
Kualiti jawapan yang diberikan dapat ditambahbaik dari masa
ke semasa dalam memenuhi kehendak stakeholders.

3.2 Penjimatan kos


Kos untuk menghasilkan sistem ini jika menggunakan khidmat
luar adalah dianggarkan mampu menelan kos sebanyak
RM200,000.00 (termasuk latihan dan penyelenggaran selama 3
tahun). Sistem Parlimen Data adalah diwujudkan dan
diselenggara secara percuma oleh Bahagian Pengurusan
Maklumat, Kementerian Sumber Manusia.

3.3 Memenuhi kepuasan stakeholders


Dengan adanya Sistem Parlimen Data, tempoh masa
mendapatkan maklumbalas terhadap sesuatu isu dan
pertanyaan dapat dikurangkan berbanding kaedah manual.
5
Setiap jawapan penting yang dihendaki oleh pihak stakeholders
(YB Menteri dan YB Timbalan Menteri) dapat dicapai dengan
mudah tanpa mengira tempat dan masa.

4. PENUTUP

Sistem Parlimen Data adalah satu inovasi Kementerian Sumber


Manusia yang memberikan pelbagai manfaat dalam memenuhi
tuntutan stakeholders dan Pengurusan Atasan KSM.

Disediakan oleh:
KHAIRUL SYIDA BT. KHALIL
Penolong Setiausaha (KP) 3
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Sumber Manusia