You are on page 1of 1

Falsafah pendidikan barat banyak mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Antara ciri pendidikan barat ini ialah progresivisme, eksistensialisme, essensialisme dan
parennialisme. Menurut falsafah ini, mereka lebih menekankan kepada kaedah-kaedah
saintifik bagi menimba ilmu. Tidak ketinggalan juga, melalui pembacaan buku serta
meneroka mampu meningkatkan pengetahuan mereka. Mereka juga menjadikan matlamat
sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat yang harmoni dan
makmur. Falsafah ini juga mengutamakan hak individu, ilmu sains dan menggalakkan
perubahan. Perkara ini telah mendorong FPK untuk melahirkan individu yang
berpengetahuan dan berkemahiran.FPK mengandungi ciri-ciri Falsafah Pendidikan Barat. Di
mana, falsafah mereka ini dapat diterapkan dalam kurikulum di sekolah. Peranan guru
sebagai model dan penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran. Oleh itu,secara
tidak langsung kita dapat melihat perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan.

Bagi falsafah pendidikan Islam pula, mereka berdasarkan kepada al-Quran as-
Sunnah. Di mana, falsafah ini membentuk kehidupan sesuai dengan nilai-nilai yang diyakini
bagi menghasilkan manusia yang berguna dalam masyarakat. Falsafah ini juga bersifat nilai
murni yang mana mereka menghindari diri daripada nilai yang tidak diingini. Dalam FPK, kita
ingin menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. FPK
juga telah menitikneratkan unsur-unsur yang diterapkan oleh falsafah islam.

Akhir sekali dalam falsafah timur, mereka mengamalkan pendidikan moral dan
undang-undang. Pendidikan di Malaysia juga telah terdapat matapelajaran sival dan
pendidikan moral bagu melahirkan pelajar yang tinggi akhlaknya. Falsafah timur
mementingkan dan mengamalkan tingkah laku yang sopan,bertimbang rasa,ikhlas dan lain-
lain. Mereka tidak menggunakan kekerasan. Pendidikan di Malaysia juga tidak bersifat
paksaan.

Oleh itu, kesemua falsafah ini banyak mempengaruhi falsafah pendidikan Malaysia
berdasarkan FPK dan matlamat. Pembentukan falsafah pendidikan di Malaysia menerapkan
pelbagai aspek positif yang diambil daripada falsafah-falsafah ini.