You are on page 1of 11

Lampiran DPP C2 (b)-1

Institut Kemahiran MARA


Sungai Petani, Kedah

INFORMATION SHEET

PROGRAMME: SLS
SESSION : JAN DIS 2013 SEMESTER : 1
KCS 1032
CODE/COURSE: SHEET NO : IS 4
CONSTRUCTION TECHNOLOGY 1
LECTURER : NORAIDA WASHIFA BT. AHMAD WEEK : 5

TOPIC : 2.0 CONCRETE MATERIALS

SUB-TOPIC : 2.7 Concrete test.

Di akhir pembelajaran pelajar mesti boleh :

LEARNING 1. Senaraikan jenis-jenis ujian konkrit.


OUTCOME : 2. Terangkan tentang tujuan setiap ujian konkrit tersebut.
3. Nyatakan peralatan yang digunakan dalam setiap ujian konkrit.
4. Huraikan langkah-langkah bagi setiap ujian konkrit.

CONTENT :

2.8 UJIAN KONKRIT

2.8.1 Penerangan

Tujuan utama ujian dilakukan ke atas konkrit adalah untuk mengetahui


kekuatan sesuatu konkrit.Dengan ini kekuatan konkrit sebelum dan
selepas digunakan dapat ditentukan supaya mencapai kehendak yang
diperlukan. Konkrit adalah sejenis bahan yang mempunyai kekuatan
mampatan untuk menanggung daya bebanan. Jenis-jenis ujian konkrit
adalah seperti berikut:

a) Ujian Kiub ( Cube Test )


b) Ujian Penurunan ( Slump Test )
c) Ujian Angkadar Kepadatan (Compacting Factor Test)

1
Lampiran DPP C2 (b)-1

2.8.2 Ujian Kiub ( Cube Test )

Ujian kiub merupakan ujian yang penting bagi konkrit. Tujuan ujian ini
dijalankan adalah untuk menentukan kekuatan mampatan yang mampu
ditanggung oleh konkrit apabila dikenakan beban ke atasnya. Keputusan
ujian juga akan menunjukan kesebatian campuran konkrit dalam
menghasilkan kekuatan yang dikehendaki.

2.8.2.1 Peralatan Yang Digunakan.

a) Kiub keluli berdimensi 150mm panjang x 150mm lebar x


150mm tinggi.
b) Rod besi berdimensi 16mm dan 600mm panjang.
c) Minyak gris untuk mengelakkan konkrit melekat di dalam
mould.

Gambar foto 2.2 : Peralatan Ujian Kiub

2
Lampiran DPP C2 (b)-1

2.8.2.2 Prosedur Ujian Kiub

a) Minyak gris disapukan di permukaan dinding acuan untuk


mengelakkan konkrit melekat apabila mengeras.

Gambar foto 2.3: Acuan di sapu dengan minyak gris.

b) Konkrit dituangkan ke dalam acuan secara berperingkat.


Mengandungi tiga lapisan yang hampir sama ketebalannya.

Gambar foto 2.4: Bancuhan konkrit sedang dimasukkan ke


dalam kiub keluli.

3
Lampiran DPP C2 (b)-1

c) Tiap-tiap lapisan hendaklah dipadatkan dengan menggunakan


rod besi sebanyak 35 kali hentakan.

Gambar foto 2.5: Proses pemadatan menggunakan rod besi.

d) Konkrit yang telah memenuhi ruang acuan dikemaskan


permukaannya dan kerja-kerja melabelkan dijalankan. Kiub
dilabelkan mengikut jenis strukturnya dan tarikh ia dibuat.
Kemudian, konkrit dibiarkan mengeras.
e) Konkrit yang telah mengeras dikeluarkan dari acuan dan
direndamkan di dalam air. Kiub ujian dibahagikan kepada dua
fasa iaitu tempoh matang 7 hari dan 28 hari.

Gambar foto 2.6 : Kiub konkrit direndam di dalam air.

f) Ujian fasa pertama (7 hari) haruslah mencapai kekutan 75%.


Jika kekuatannya kurang dari 75%, ujian peringkat kedua
perlu dijalankan iaitu untuk fasa 28 hari tempoh matang.

4
Lampiran DPP C2 (b)-1

2.8.2.3 Contoh Kiraan Ujian Kiub

Kiub Gred yang digunakan (G25)


beban yang dikenakan 500KN
500KN = 500000N

Kiraan :

Luas kiub yang dikenakan beban 150mm x 150mm


= 22500 mm persegi
= F/A = 500000 / 22500
= 22.22 N/mm

Jenis gred (G25) Maka peratus kekuatan konkrit ialah :


22.22 / 25 Gred konkrit
= 0.88 = 88%
Ujian lulus kerana ia melebihi 75%

5
Lampiran DPP C2 (b)-1

2.8.3 Ujian Penurunan ( Slump Test )

Ujian penurunan (Slump test) bukan suatu garis pengukur kepada


kekuatan konkrit. Akan tetapi ia perlu untuk menentukan skala kepekatan
bancuhan dalam menghasilkan konkrit yang terbaik. Ujian ini dilakukan
sebelum konkrit boleh dituang kepada struktur bangunan. Ujian ini
haruslah dijalankan pada setiap lori yang membawa bancuhan konkrit ke
tapak bina.

Tujuan utama ujian ini ialah untuk menentukan kemudahan kerja


(degree of workability) bagi sesuatu campuran konkrit. Nisbah bahan-
bahan konkrit sudah ditentukan seperti yang dikehendaki. Kekuatannya
bergantung kepada cara konkrit itu dituangkan.

Oleh itu, konkrit yang hendak digunakan mestilah mudah dituang


dan berkeadaan padat. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemudahan
kerja adalah seperti:
i. Kandungan Air.
ii. Sifat batu baur - saiz, kekerasan, bentuk dan corak permukaan.
iii. Nisbah air/simen.

Gambar foto 2.7: Ujian Penurunan (Slump Test)

2.8.3.1 Alat-Alat Yang Digunakan.

a) Kon kejatuhan konkrit, diameter muncung atas bersamaan


100mm, manakala muncung bawah bersamaan 200mm tinggi
kon ialah 300mm.

b) Rod besi berdiameter 16mm dan 600mm panjang (standard


tamping).

c) Pita ukur (untuk mengukur kejatuhan konkrit).

6
Lampiran DPP C2 (b)-1

Gambar foto 2.8: Alat-alat ujian penurunan

2.8.3.2 Prosedur Ujian Runtuhan.

a) Bancuhan konkrit dimasukkan ke dalam slump cone.

b) Konkrit dimasukkan secara berperingkat sebanyak 3 lapisan.


Setiap lapisan hendaklah dimampatkan menggunakan rod.

7
Lampiran DPP C2 (b)-1

c) Setiap lapisan perlu dipadatkan sebanyak 25 kali hentakan


dengan menggunakan rod.

d) Selepas selesai 3 lapisan, slump cone diangkat secara


perlahan-lahan daripada konkrit. Perhatikan runtuhan yang
berlaku.

e) Ketinggian runtuhan yang diukur haruslah tidak melebihi


75mm, tidak kurang 25mm, barulah konkrit dibenarkan untuk
dibawa masuk ke tapak bina. Jika runtuhan melebihi 75mm,
ujian dikira gagal dan konkrit perlu ditukat.

8
Lampiran DPP C2 (b)-1

Nota : Design Slump 75mm (+/-) 25mm

2.8.3.3 Jenis-Jenis Pemendapan/ Runtuhan.

Rajah 2.1: Menunjukkan Jenis Pemendapan.

a) Pemendapan sebenar.
Pemendapan yang telah mencapai kemudahan kerja (degree
of workability) sesuatu campuran konkrit.

b) Pemendapan Ricih (shear slump).


Jika pemendapan ini terjadi, ujian hendaklah diulangi.
Sekiranya pemendapan ricih berlaku pada tiap-tiap kali ujian
ini berlaku bila campuran-campuran itu kekurangan air, ini
menunjukkan bahawa campuran itu mempunyai kurang
lekatan.

c) Pemendapan Roboh (Collapse Slump).


Campuran-campuran yang tegar pada keseluruhannya akan
mendapat pemendapan kosong. Sebaliknya, jika sesuatu
campuran itu basah (terlalu banyak kandungan air)
pemendapan roboh akan terjadi. Langkah-langkah yang perlu
untuk mengurangkan kandungan air dalam campuran itu
perlulah diambil.

9
Lampiran DPP C2 (b)-1

2.8.4 Ujian Angkadar Kepadatan (Compacting Factor Test)

Kebolehkerjaan (workability) adalah penting dalam kerja-kerja konkrit


untuk mengenalpasti tahap kesenangan kerja dan bancuhan sesuatu
konkrit. Ujian ini dapat mengukur kebolehkerjaan konkrit dengan lebih
tepat berbanding dengan ujian penurunan. Ujian ini juga biasa dilakukan
di tapak bina yang mempunyai tempat khas berbumbung atau di makmal
tapak tersebut. Gambar foto 2.2 di bawah menunjukkan ujian angkadar
kepadatan.

Contoh pengiraan seperti dibawah:

Berat selinder 6.75 kg


Berat selinder + konkrit separuh padat 19.08kg
Berat selinder + konkrit penuh padat 20.15kg
Berat konkrit separuh padat 12.33kg
Berat konkrit penuh padat 13.04kg
Faktor kepadatan 0.92

Faktor kepadatan = Berat konkrit separuh padat


Berat konkrit penuh padat

Gambar foto 2.9 : Menunjukkan Ujian Angkadar Kepadatan.

10
Lampiran DPP C2 (b)-1

EXERCISE :

____________________________________________________________
____________________________________________________________

REFERENCE:

1. Jahiman Bin Badron, 2007 Teknologi Binaan Bangunan.


2. Tan Boon Tong, 2000 Teknologi Binaan Bangunan.
3. Yusop Bin Paal, Werdah Binti Abdul Halim, Sarifah Binti Daud, 2003 Pengajian
Kejuruteraan Awam Tingkatan 4

11