You are on page 1of 11

Lampiran DPP C2(c)-1

Institut Kemahiran MARA


Sungai Petani, Kedah

INFORMATION SHEET

PROGRAMME: SLS
SESSION : JUL DIS 2013 SEMESTER : 1
KCS 1032
CODE/COURSE: SHEET NO :
CONSTRUCTION TECHNOLOGY 1
LECTURER : NORAIDA WASHIFA BT. AHMAD WEEK :

TOPIC : 5.0 ROOF STRUCTURE AND FINISHES

5.1 Introduction of roof


SUB-TOPIC :
5.2 Timber roof.

Di akhir pembelajaran pelajar mesti boleh:

LEARNING a) Menerangkan tentang kepentingan bumbung untuk


OUTCOME : bangunan.
b) Menyatakan jenis-jenis bumbung dan kerangka bumbung
c) Menghuraikan tentang struktur kerangka bumbung.

CONTENT :

5.0 ROOF STRUCTURES AND FINISHES

(a) (b)

Gambar Foto 5.0 : (a) Kerangka Kayu Bumbung, (b) Kerangka Keluli Bumbung

Page 1 of 11
Lampiran DPP C2(c)-1

5.1 Introduction.

Bumbung ialah komponen struktur bangunan yang paling atas. Komponen ini
menutup dan melindungi bangunan daripada kesan cuaca seperti hujan dan
panas. Bumbung terdiri daripada rangka dan penutup bumbung. Rangka
diperbuat daripada kayu, keluli atau komposit. Fungsi rangka bumbung adalah
untuk menyokong penutup bumbung. Penutup bumbung pula terdiri daripada
konkrit, kepingan zink, aluminium, genting dan poli karbonat.

5.1.1 Prinsip-Prinsip Am Reka Bentuk Bumbung.

Bumbung yang dibina mestilah memenuhi keperluan dan prinsip-prinsip


seperti berikut :

a) Perintang Cuaca.
Biasanya bumbung direka dan dibina mencuram. Ia direka
sebegitu rupa supaya dapat melindungi bahagian-bahagian
bangunan di bawahnya daripada terdedah kepada cuaca seperti
hujan, terik matahari, angin dan sebagainya.

b) Kekuatan.
Sesuatu binaan bumbung hendaklah mempunyai kekuatan yang
mencukupi untuk menyokong beban sendiri dan beban tindihan
daripada penutupnya. Selain daripada itu, faktor-faktor lain seperti
tekanan angin dan beban-beban sampingan yang mungkin
mendatang hendaklah diambil kira apabila merancang reka
bentuk sesuatu binaan bumbung.

c) Ketahanan.
Apabila membina bumbung hendaklah ditentukan binaan itu boleh
tahan lama. Rangkanya hendaklah dibina daripada bahan-bahan
yang baik dan terjamin supaya boleh digunakan bertahun-tahun
tanpa perlu membuat sebarang gantian. Penutup-penutup
bumbung juga hendaklah dipilih daripada bahan-bahan yang
tahan lasak supaya tidak mudah dirosakkan oleh pencemaran
udara.

d) Bahan Penebat.
Keupayaan sesuatu bumbung sebagai bahan penebat hendaklah
dikaji apabila mereka bentuk sesuatu bumbung. Ia hendaklah
berkeupayaan menahan haba berlebihan daripada menembusi
bahagian dalam bangunan. Tetapi sebaliknya ia hendaklah
berupaya mengekalkan haba yang normal untuk memberi
keselesaan udara di dalam bangunan.

Page 2 of 11
Lampiran DPP C2(c)-1

e) Perintang Api.
Pada sesetengah bumbung terutama sekali bumbung rumah-
rumah teres dan rumah-rumah berbandung, struktur binaannya
hendaklah disertakan dengan langkah-langkah perintang api.

f) Rupa Bentuk.
Jalinan sesuatu reka bentuk bumbung membawa pengaruh yang
besar kepada bangunan. Hal ini termasuklah faktor-faktor seperti
curam bumbung, jenis penutup yang digunakan dan juga tekstur
serta warna bahan penutup bumbung itu.

5.1.2 Jenis jenis Bumbung.

Pembinaan bumbung boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu :

a) Bumbung rata.
b) Bumbung curam.

5.1.2.1 Bumbung Rata.

Gambar Foto 5.1 : Bumbung Rata

Bumbung rata ialah bumbung yang mempunyai kecerunan kurang


daripada 10. Bumbung jenis ini selalunya sesuai untuk bangunan
yang besar seperti kompleks membeli belah, rumah pangsa,
sekolah dan lain-lain. Bumbung rata boleh dibina dengan
menggunakan kayu, konkrit, logam dan komposit.

Cara pembinaannya hampir sama dengan pembinaan lantai atas.


Membran kalis air akan diletakkan pada bahagian atas bumbung
rata bagi mengelakkan air daripada meresap masuk ke dalam
bumbung. Membran kalis air yang biasa digunakan ialah kepingan
fel bitumen.

Page 3 of 11
Lampiran DPP C2(c)-1

Selain berfungsi melindungi bangunan daripada kesan cuaca,


bumbung rata juga boleh berfungsi sebagai tempat meletakkan
tangki air dan tempat meletakkan kenderaan.

5.1.2.2 Bumbung Curam.

Gambar Foto 5.2 : Bumbung Curam

Bumbung curam ialah bumbung yang mempunyai kecerunan


melebihi 10. Ia dibina bg memudahkan air hujan mengalir.
Bumbung jenis ini sesuai untuk bangunan kecil seperti rumah
kediaman, dewan orang ramai, surau dan kedai. Walau
bagaimanapun, bumbung curam selalu juga digunakan untuk
bangunan yang besar kerana nilai estetikanya yang tinggi. Contoh
seperti Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dan Istana Budaya.
Bangunan-bangunan ini perlu mempunyai nilai estetika yang tinggi
kerana melambangkan seni bina negara.

Bumbung curam biasanya berbentuk simetri dengan


permukaannya mempunyai kecuraman yang sama dan condong
ke arah tulang perabung. Bumbung curam didapati dalam
berbagai-bagai rekabentuk, antaranya ialah (Rajah 5.0) :

a) Bumbung Tebeng Layar (Gable Roof)


b) Bumbung Limas (Hipped Roof)
c) Bumbung Gambriel (Gambiel Roof)
d) Bumbung Layang (Pitch Roof)
e) Bumbung mansard (Mansard Roof)
f) Bumbung Limas Belanda (Dutch Hipped Roof)
g) Bumbung Pisang Sesikat (Lean to Roof)
h) Bumbung Minangkabau.

Page 4 of 11
Lampiran DPP C2(c)-1

Bumbung Rata

Bumbung Tebeng Layar


Melandai Sebelah
Bumbung Pisang Sesikat

Bumbung Minangkabau

Bumbung Linas

Bumbung Tebeng Layar


Bumbung Mansard

Bumbung Limas Belanda Bumbung Gabriel

Rajah 5.1 : Jenis Bumbung

Bumbung Layang
5.1.3 Faktor Pemilihan Bumbung.

Pemilihan jenis bumbung untuk sesuatu bangunan itu bergantung kepada


beberapa faktor seperti:

Page 5 of 11
Lampiran DPP C2(c)-1

a) Saiz.
b) Bentuk bangunan.
c) Rupa bentuk.
d) Ekonomi.

5.1.3.1 Saiz.
Bumbung curam sesuai dibina pada bangunan kecil seperti rumah
kediaman dan sekolah manakala bumbung rata yang
kecuramannya tidak lebih daripada 10 sesuai dibina pada
bangunan bersaiz besar seperti pusat membeli-belah dan
bangunan pejabat.

5.1.3.2 Bentuk bangunan.


Bangunan yang berbentuk ringkas seperti bentuk segi empat
sesuai menggunakan bumbung curam. Namun bagi bangunan
yang berbentuk kompleks, bumbung rata lebih sesuai digunakan.

5.1.3.3 Nilai Estetika.


Pemilihan jenis bumbung boleh mempengaruhi nilai estetika
sesebuah bangunan. Pada kebiasaannya, bumbung curam
mempunyai nilai estetika yang lebih tinggi berbanding bumbung
rata. Bangunan-bangunan berprestij seperti Muzium

5.1.3.4 Ekonomi.
Ekonomi merupakan faktor penting dalam pemilihan jenis
bumbung. Kos pembinaan dan penyelenggaraan perlu diambilkira
dalam pemilihan ini. Bumbung curam biasanya memakan belanja
yang lebih mahal pada peringkat pembinaan.

5.1.4 Kerangka Bumbung.


Dalam pembinaan kerangka bumbung terdapat beberapa bahagian kayu
yang berlainan jenis dan fungsinya.

5.1.4.1 Kasau Betina ( Common Rafter )

Page 6 of 11
Lampiran DPP C2(c)-1

Kasau ini diunjurkan dari perabungnya ke tutup tiang. Ia berfungsi


menyokong penutup bumbung, beroti dan gulung-gulung ( bagi
penutup kepingan berombak seperti asbestos, zink dll)

5.1.4.2 Kasau Limas ( Hipped Rafter )


Ia merentang di antara papan perabung pada bahagian atas
dengan tutup tiang di bahagian bawah menyokong persilangan
dua landaian limas.

5.1.4.3 Kasau Lurah (Valley)


Kasau ini dipasang dilurah bumbung, tempat pertemuan dua
bumbung di bahagian dalamnya.

5.1.4.4 Kasau Pendek ( Jack Rafter )


Kasau pendek ini didapati pada tiga (3) temapat iaitu :
a) Kasau pendek limas terletak pada tutup tiang di
bahagian bawah dan kasau limas di bahagian atas.
b) Kasau pendek lurah dipasangkan di antara kasau lurah
dengan tutup tiang.
c) Kasau cripple dipasangkan di antara kasau limas dengan
kasau lurah.

Rajah 5.2 : Bahagian Kerangka Bumbung

5.1.5 Istilah-istilah Bumbung.

5.1.5.1 Penutup Bumbung ( roof covering )


Bahagian yang paling atas dalam sesuatu binaan bumbung
yang bertugas sebagai perlindung, penebat dan bahan kalis air.
Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah seperti papan cam,

Page 7 of 11
Lampiran DPP C2(c)-1

genting rata, genting lengkung S, barkait panca, kepingan


logam, kepingan-kepingan bergelugur dan sebagainya.

5.1.5.2 Rentang ( span )


Rentang bangunan ialah jarak mengufuk yang direntangi oleh
kasau antara dua tembok dalam sesuatu binaan bumbung.
Larian kasau ialah jarak mengufuk yang dilalui oleh setiap
kasau.

5.1.5.3 Naik ( rise )


Naik ialah ukuran pugak yang dikira dari paras plat tembok
dengan bahagian yang tertinggi sekali yang dilalui oleh sesuatu
kasau.

5.1.5.4 Plat Tembok ( wall plate )


Plat tembok ialah alas yang diperbuat daripada beroti panjang
yang diletakkan di atas tembok. Ia berfungsi sebagai tapak
untuk memaku kaki-kaki kasau dan pengagih beban ke atas
tembok dengan sama rata.

5.1.5.5 Cucur Atap / bumbung ( Eaves )


Cucur atap merupakan bahagian bawah bumbung yang
mengunjur disepanjang tepi sebelah luar bangunan.

5.1.5.6 Curam bumbung( pitch )


Curam bumbung merupakan kecerunan atau kecondongan
sesuatu binaan bumbung yang diukur dari garis mengufuk.
Kecerunan bergantung kepada beberapa pada faktor-faktor
seperti jenis penutup bumbung yang akan digunakan, aspek
kecantikan , saiz bangunan dan kesesuaian dengan bangunan
yang dibina.

5.1.5.7 Lurah Bumbung.


Ini terjadi apabila dua permukaan bumbung bertemu dan
menghasilkan satu sudut luar yang kurang dari 180. Pada
bahagian ini dipasangkan kasau lurah.

5.1.5.8 Garisan Limas.


Garisan limas ialah satu garisan condong yang terjadi apabila
dua permukaan bumbung yang mencuram berlainan arah
bertemu dan menghasilkan satu sudut luar lebih daripada 180.
Pada bahagian ini, dipasang dengan kasau yang dinamakan
kasau limas.

5.1.5.9 Tulang Bumbung/ Perabung ( Ridge Board )


Tulang bumbung atau perabung merupakan sekeping papan
atau kayu yang dipasang disepanjang puncak bumbung dimana
bahagian atas kasau-kasau betina dipasang. Dengan
kewujudan tulang bumbung ini, pemasangan kepala-kepala
kasau dapat dilakukan dengan mudah di samping dapat
menghasilkan suatu puncak yang lurus.

Page 8 of 11
Lampiran DPP C2(c)-1

5.1.5.10 Kekuda Bumbung ( Roof Truss )


Kekuda bumbung merupakan suatu kerangka bumbung yang
siap dipasang terdiri dari sepasang kasau, galang pengikat dan
tupang yang dirangkaikan menjadi satu kerangka bumbung
yang kukuh.

Rajah 5.3 : Istilah-istilah Binaan Bumbung

Page 9 of 11
Lampiran DPP C2(c)-1

EXERCISE :

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kejuruteraan pembinaan?


____________________________________________________________
____________________________________________________________

2. Senaraikan peringkat-peringkat yang terlibat dalam proses pembinaan?


____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

3. Terangkan peranan Jabatan Bomba Dan Penyelamat dalam proses


pembinaan ?
____________________________________________________________
____________________________________________________________

4. Jelaskan perbezaan tugas antara jurutera awam dan jurutera mekanikal


dan elektrikal?
____________________________________________________________
____________________________________________________________

REFERENCE:

1. Jahiman Bin Badron, 2007 Teknologi Binaan Bangunan.


2. Tan Boon Tong, 2000 Teknologi Binaan Bangunan.
3. Yusop Bin Paal, Werdah Binti Abdul Halim, Sarifah Binti Daud, 2003 Pengajian
Kejuruteraan Awam Tingkatan 4

Page 10 of 11
Lampiran DPP C2(c)-1

Page 11 of 11