You are on page 1of 1

SMK.

Segambut Jaya

18 Januari 2017

Mesyuarat Jawatankuasa Aset Sekolah kali 1/2017

1. Pergerakan Aset Alih Kerajaan

Setiap pergerakan aset alih kerajaan di perkhidmatan perlu dilaporkan kepada Unit
Pengurusan Aset Sekolah untuk tujuan pemantauan. Guru-guru yang menggunakan aset
alih sekolah perlu merekod pada KEW.PA 6 supaya pergerakan harta modal dan inventori
dapat didaftar.
Makluman : Semua Guru

2. Penyimpanan Daftar / Rekod Aset

Unit Pengurusan Aset Sekolah akan menyimpan daftar asal dan salinan dokumen perlu di
simpan di lokasi penempatan. Setiap bahagian dan unit yang terlibat dengan
penerimaan aset perlu mendaftar dan menyelenggarakan maklumat aset tersebut bagi
memudahkan pemeriksaan aset dilakukan.

Tindakan : Guru-guru

3. Penempatan Aset
Semua aset perlu berada di lokasi yang telah dinyatakan di dalam daftar aset agar
pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebarang pergerakan perlu
dilaporkan kepada Unit Pengurusan Aset Sekolah dengan segera.
Makluman

4, Pelabelan Aset
Unit Pengurusan Aset Sekolah akan menyediakan sistem pelabelan yang sistematik
supaya harta aset sekolah tidak dicicir dan tiada rekod. Ini bertujuan untuk memudahkan
proses mengenal pasti kewujudan dan penempatan aset sekolah semua warga sekolah.

Tindakan : Guru-Guru