LAPORAN PENGACARAAN MAJLIS PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN SUKAN MINI OLYMPICS 2009

SEBELUM Sebelum memulakan mana-mana aturcara majlis, adalah menjadi kewajipan kepada seorang pengacara majlis untuk memastikan perjalanan majlis selari dengan yang telah dirancang dan tertulis pada buku program. Tetamu kehormat perlu disapa dengan betul sepanjang majlis. Selain itu, saya juga telah memberi sedikit taklimat berkaitan majlis yang akan diadakan untuk tujuan kelancaran kepada semua yang terlibat untuk majlis perasmian pembukaan dan penutupan, khususnya untuk sesi kawad lintas hormat, bahagian audio, protokol, hadiah dan cenderahati serta Pengerusi keseluruhan penganjuran. Untuk majlis yang telah dirancang dalam masa yang singkat sebegini, adalah menjadi kelebihan kepada pengacara majlis yang boleh mengendalikan dengan skrip spontan, sesuai dengan aturcara dan suasana.

SEMASA Saya telah menggunakan skrip spontan sepanjang majlis ini dijalankan, selaras dengan aturcara yang sepatutnya berjalan. Setinggi-tinggi syukur kepada Yang Esa, kerana sepanjang majlis ini berjalan, tidak berlaku sebarang kesilapan oleh pengacara majlis yang boleh mencemarkan aturcara. Sedikit masalah berlaku apabila sistem audio mengalami kerosakan teknikal semasa majlis penutupan. Pada masa yang akan

datang, adalah menjadi keperluan untuk bahagian teknikal untuk menyediakan back-up untuk mengatasi masalah-masalah sebegini. Pengacara majlis mengacarakan majlis penutupan tanpa sistem audio yang sepatutnya pada hari tersebut.

SELEPAS Tugas pengacaraan selesai selepas majlis tamat.

Disediakan oleh, ......................................................... (MOHD. NUR ASRI BIN HAMDEN) Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan dan Penutupan, Mini Sukan Olympics 2009, PISMP Ambilan Januari 2007.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful