You are on page 1of 11

SULIT

SOALAN PRAKTIS BESTARI
PROJEK JAWAB UNTUK JAYA (JUJ) 2016

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 1103/2
BAHASA MELAYU
Kertas 2
Set 2

2½ jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen
Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang telah disediakan. Sekiranya buku
jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi dan Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak.

[Lihat halaman sebelah
1103/2 © 2016 Hak Cipta JUJ Pahang SULIT

masih banyak makanan kesihatan tambahan dan ubat-ubatan yang berasaskan herba dan tumbuhan dicemari logam berat. plumbum dan arsenik. Pengambilan arsenik yang tinggi pula dapat menyebabkan perubahan warna kulit atau dalam kes yang teruk. Namun begitu. terdapat juga kes di Amerika Syarikat yang melibatkan makanan kesihatan tambahan yang dikhususkan untuk individu tertentu seperti ahli bina badan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor sesetengah makanan kesihatan tambahan memberikan kemudaratan dan cara pengguna mengatasinya. Makanan kesihatan tambahan yang mempunyai bahan terlarang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan manusia jika tidak dibendung. Perkara yang menyedihkan. seekor tikus didapati mengalami kerosakan hati. mutu kesihatan dan konsentrasi belajar. Tidak dinafikan juga. Bahan mentah herba atau tumbuh-tumbuhan biasanya diperoleh secara semula jadi atau ditanam secara komersial. kebanyakan pengguna disogokkan dengan pelbagai promosi makanan kesihatan tambahan yang mempunyai 1001 khasiat yang menakjubkan. Bahan yang terkandung dalam petisid mengakibatkan kesan yang buruk kepada kesihatan manusia. Sesetengah herba yang diambil secara berlebihan juga berkemungkinan memberikan kesan toksik yang serius kepada kesihatan. Lambakan makanan kesihatan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. tetapi lebih kerap berlaku di negara Asia. Di samping itu. Logam berat yang paling kerap dikesan dalam herba ialah merkuri. Banyak produk memberikan jaminan keberkesanan kepada pengguna bagi tujuan memutihkan kulit. Selain itu. Masalah pertumbuhan organisma sering berlaku kepada produk herba yang dihasilkan atau dipasarkan di kawasan tropika dan subtropika yang bersuhu dan berkelembapan tinggi. Pada hari ini. makanan kesihatan tambahan dapat dianggap tercemar jika mengandungi sebarang bahan yang dapat membawa penyakit atau kecederaan yang berisiko tinggi dan didapati mengandungi bahan yang belum dinilai atau diuji tahap keselamatannya terhadap kesihatan manusia. kematian. Fenomena ini lazim berlaku di seluruh dunia. terutamanya di India dan China yang merupakan pengeluar dan pengguna herba terbesar di dunia. Pencemaran mikroorganisma merupakan kebiasaan bagi produk makanan kesihatan tambahan berasaskan herba. jantung dan buah pinggang setelah makan buah jering.SULIT 2 1103/2 Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti. Sebagai contoh. tumbuh-tumbuhan yang ditanam berkemungkinan diberi petisid iaitu racun yang digunakan untuk membunuh binatang perosak. Makanan kesihatan tersebut tidak dilabel komponen dadah yang digunakan dan turut mempromosikannya sebagai produk yang mempengaruhi struktur atau fungsi badan dengan membina otot. 1103/2 © 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah SULIT . kanak-kanak yang berumur empat hingga lapan tahun dan kanak-kanak dalam keluarga berpendapatan tinggi menunjukkan kecenderungan dalam pengambilan makanan kesihatan tambahan. Terdapat pelbagai isu yang membimbangkan berhubung dengan makanan kesihatan tambahan. iaitu dapat menyebabkan masalah pembelajaran dan masalah tingkah laku. meningkatkan tenaga. Paras plumbum yang tinggi dalam darah sangat berbahaya kepada kanak-kanak. Pengambilan merkuri yang berlebihan dapat mengakibatkan kerosakan sistem saraf dan buah pinggang yang serius. melangsing.

(i) Nyatakan dua matlamat pengambilan makanan kesihatan tambahan yang diuar- uarkan. Dewan Masyarakat. Nyatakan kebaikan-kebaikan jika pengusaha makanan kesihatan tambahan mengelakkan kewujudan beberapa bahan logam dalam makanan tersebut. [2 markah] (ii) Dalam petikan terdapat beberapa bahan logam tertentu yang terdapat dalam herba dan tumbuh-tumbuhan yang perlu dielakkan oleh pengusaha makanan kesihatan tambahan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘ Makanan Kesihatan Tambahan : Madu atau Racun?’ oleh Radhiah Shukri. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda. jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.SULIT 3 1103/2 Penggunaan Internet sebagai medium pemasaran dan penjualan memudahkan peniaga memanipulasikan pengguna dengan tidak mendedahkan sebarang maklumat tentang risiko pengambilan ubat-ubatan dan herba. Realitinya. apakah sebab-sebab ibu bapa daripada golongan berpendapatan tinggi gemar memberikan makanan kesihatan tambahan kepada anak- anak mereka? [4 markah] 1103/2 © 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah SULIT . Disember 2015 Soalan 2: Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan 1. pengguna harus memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan diri kerana kesihatan tidak boleh dijadikan taruhan.

kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.Petikan Prosa Moden Baca petikan drama di bawah dengan teliti. hasil daripadanya dah banyak yang abang nampak. Untuk orang susah bolehlah. POSMEN Kami ada : Memanglah abang tak pernah sertai program itu. Bagus program itu. Siap dapat RM 50. dapat makan percuma enam kali sehari. AIMAN : Abang ini cakap banyak pula. banyak kesan positif yang akan wujud dalam diri mereka. Maklumlah. semua boleh dapat. Memang bagus program itu.00 lagi….ha. Buat apa nak bersusah payah sertai program macam ini. sayalah orangnya. Kalau balik rumah cuma tahu tidur dan makan saja. Tapi selepas tamat program itu. macamlah abang pernah sertai program tu.Tapi. adik terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Anak jiran abang dulu pemalas. POSMEN : Tak baik cakap macam itu. bang. POSMEN : Maksud abang. Apa yang saya nak. Kalau umur abang macam adik. Dipetik daripada drama 'Berkhidmat untuk Negara' oleh Affix Zulkarnaen Adam dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Dewan Bahasa dan Pustaka 1103/2 © 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah SULIT .SULIT 4 1103/2 Soalan 2(b) . banyak faedahnya program seperti ini. Saya tak berminat langsung. POSMEN : Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini? AIMAN : Ada. Hasil yang paling dekat dengan diri abang ialah adik abang sendiri. Buang masa dan tenaga saja program macam ini. AIMAN : Abang buang sahaja surat ini. pasti abang tak akan lepaskan peluang macam ini. Cuba fikirkan tentang kemahiran dan pengalaman yang akan diperoleh nanti. Ayah saya banyak duit. AIMAN : Tak fahamlah saya. remaja yang dah menyertai program ini. Banyak perubahan positif dalam diri dia. ha…. tempat tidur dan pakaian semua diberikan. Cuba jangan fikir tentang duit dan makan minum tu. ha…. Ini bermakna. Surat apa ini? POSMEN : Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. abang tengok dia dah rajin tolong keluarganya dan baru nampak rasa hormat kepada orang tua. apabila tamat latihan.

SULIT 5 1103/2 (i) Nyatakan faedah-faedah yang diperoleh daripada menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). [4 markah] 1103/2 © 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah SULIT . Berikan pendapat anda tentang cara-cara PLKN dapat membentuk jati diri dalam kalangan remaja. [3 markah] (iii) Jelaskan satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [2 markah] (ii) PLKN merupakan antara program yang dirancang untuk membentuk jati diri remaja.

Maka ia pun pergi ke atas bukit itu. maka Kertala Sari pun dilihat pula perihal penghadapan dan tempat orang bertunggu raja itu. Setelah dilihatnya ratalah. [3 markah] 1103/2 © 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah SULIT . Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampai ke Melaka. kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.SULIT 6 1103/2 Soalan 2(c) . Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. maka ia pun fikir dalam hatinya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Kerma Vijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana. Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan' dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul. Maka ia pun berjalanlah turun dari Bukit Cina itu. maka ia pun berjalanlah mencari tempat akan menaruh harta. apakah tindakan yang akan anda ambil untuk menuntut bela atas kematian ayahanda anda? Nyatakan dua tindakan tersebut. Maka dilihat oleh Kertala Sari ada sebuah bukit di luar kota itu. Maka dilihatnya tempat itu terlalu baik menaruh harta. maka Kertala Sari pun kembali pada tempatnya singgah itu. maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma Vijaya.Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Apakah pandangan Kertala Sari terhadap Laksamana? [2 markah] (ii) Nyatakan strategi yang digunakan oleh Kertala Sari untuk memastikan perjuangannya di Melaka tercapai. Setelah diketahuinya. sungguhlah ia dapat membunuh bapaku. [3 markah] (iii) Sekiranya anda Kertala Sari. “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu Jikalau demikian lakunya. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.” Setelah sudah ia fikir demikian. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu.

MOHD. kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. HAIKAL AMINUDDIN Antologi Sejadah Rindu Dewan Bahasa dan Pustaka. 1103/2 © 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah SULIT .Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti. Ungkapan doa pada Yang Esa izinkan aku menjadi manusia yang taat sentiasa pada perintah Maha Kuasa agar aku tidak lupa dunia ini hanya bersifat sementara. Hati ini luluh Jiwa yang kaku tersentuh ayat-ayat disusun kukuh di sejadah rindu yang lusuh kemaafan yang kupohon sungguh dari Pencipta dalam gemuruh.. SEJADAH RINDU Terkedu aku di sejadah rindu mengungkap kalimah syahdu bait bicara tersentuh kalbu merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang terdahulu. Berbekal pancaindera anugerah Tuhan kupohon kembali nafas kehidupan dalam keterhadan dan keterbatasan insan moga terbuka ruang keampunan sebelum saat aku dinisankan di masa yang Kautetapkan. Air mata menjadi saksi keikhlasan menjadi bukti akhirnya aku sujud menghadap Ilahi di keheningan yang sepi lafaz taubat yang mengiringi nafas sebak kian mengikuti.SULIT 7 1103/2 Soalan 2(d).

[4 markah] 1103/2 © 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah SULIT . nyatakan tindakan penyajak dalam menyatakan keinsafannya. [2 markah] (ii) Terdapat pelbagai kelebihan apabila seseorang itu sentiasa mengingati Tuhan dalam kehidupannya. Nyatakan dua kelebihan tersebut.SULIT 8 1103/2 (i) Berdasarkan sajak di atas. [3 markah] (iii) Huraikan dua pengajaran yang terkandung dalam sajak tersebut.

(ii) Kami meminta pertolongan daripada dia oleh sebab kepakarannya dalam bidang itu. (iii) Sektor pertanian negara akan dimaju dengan penggunaan peralatan moden agar lebih komersil dan berdaya saing. (i) Warga sekolah disarankan untuk menghayati motto sekolah agar dapat bertindak mengikut hasrat yang diharapkan. (iii) Guru-guru dari seluruh daerah telah menghadiri satu taklimat khas untuk merancang modul kecemerlangan SPM tahun ini.SULIT 9 1103/2 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Bagi setiap ayat. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. menukarkan atau menggugurkan imbuhan atau menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau nama khas. (ii) Khemah-khemah didirikan di perkarangan rumah sempena majlis perkhawinan kakak sulung kami. Anda tidak boleh menambahkan. (i) Saya membaca buku itu untuk menambahkan pengetahuan di dada. terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. (i) proaktif (ii) antibiotik (iii) jurujual (iv) tatarias (v) automatik (vi) dwibahasa [6 markah] (b) Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud ayat. [6 markah] 1103/2 © 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah SULIT . anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(ii) Perpisahan kedua-dua ibu bapanya menyebabkan ibunya kecewa sehingga membawa diri ke luar negara. (i) Hadiah kemenangan tempat pertama itu dibahagi secara adil kepada semua ahli kumpulan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.SULIT 10 1103/2 (d) Dalam setiap ayat di bawah. terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. (iii) Segelintir peniaga sesuka hati menaikkan harga yang tinggi pada barangan jualan mereka tanpa mengambil kira kesusahan masyarakat. anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Bagi setiap ayat. (i) Tujuan abang disoal selidik oleh pihak polis ialah untuk membantu siasatan kes kemalangan maut kelmarin. (iii) “Yang bertali leher biru itu pegawai dari manakah?” tegur Azizah kepada rakan perniagaannya. [6 markah] (e) Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi yang diberi. (ii) Emak menggunakan satu setengah kilogram gandum untuk menghasilkan ramuan roti yang lembut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. [6 markah] 1103/2 © 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah SULIT .

SULIT 11 1103/2 Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut : (i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor (iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Matdarin (iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (v) Tirani karya Beb Sabariah (vi) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd (viii) Silir Daksina karya Nizar Parman (a) Tajuk sesebuah novel mempunyai kaitan dengan cerita yang ingin disampaikan oleh pengarang. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT 1103/2 © 2016 Hak Cipta JUJ Pahang [Lihat halaman sebelah SULIT . [7 markah] (b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari. Nyatakan dua sebab tajuk sedemikian dipilih berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari. jelaskan satu sikap positif watak utama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.