You are on page 1of 2

*Ya Allah

,*
Minggu ini adalah minggu anak2 Pelajar menduduki
peperiksaan . Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak
anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi YA ALLAH
*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak anak di hari peperiksaan.
Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan
nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab
soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika
menjawab soalan peperiksaan.
*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan
sepertimana skema jawapan.
*YA ALLAH,*
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami.
Mudah- mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka
dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi,
semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba
Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada
mu ya Allah.
*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan
di akhirat, kami mohon kepada Mu Kau perbaiki akhlak anak anak
kami.
*Ya ALLAH,*

*YA ALLAH. tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak jiran jiran dan sahabat kami YA ALLAH. Jauhilah mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. *YA ALLAH* Perkenankanlah doa kami ini. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Berikanlah mereka kejyaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH. kami serahkan anak anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai. . *YA ALLAH.kami tidak mampu mengawasi anak anak kami setiap waktu YA ALLAH.* Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja.* Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.