You are on page 1of 5

KERTAS KERJA KEMPEN BERBUDI BAHASA DAN NILAI MURNI

SMK TAMAN DAMANSAEA ALIFF, JOHOR BAHRU

1.0 PENGENALAN

Golongan remaja menjadi pewaris pemimpin dan kehidupan akan datang. Justeru peribadi
mereka perlu dilentur supaya rohani, intelek, emosi dan jasmani terbina seimbang dan subur.
Remaja adalah berlian yang akan terus bersinar sekiranya kendiri positif mereka dapat
dibangunkan. Berasaskan kesedaran bahawa perlunya kita memiliki sekumpulan remaja yang
memiliki kesantunan budi pekerti yang tinggi dengan nilai murni menjadi amalan hidup mereka.
Lantaran itu Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan
Panitia Pendidikan Moral menganjurkan kempen Berbudi Bahasa dan Nilai Murni.

2.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang mempunyai kesantunan budi yang tinggi dengan menjadikan nilai murni
sebagai tunggak kehidupan hakiki.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membentuk individu pelajar yang berbudi bahasa serta bersopan santun.
3.2 Mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian sebagai budaya mereka.
3.3 Membantu pihak sekolah mengatasi masalah salahlaku di kalangan pelajar.
3.4 Memupuk budaya positif di kalangan pelajar di sekolah yang baru beroperasi

4.0 ANJURAN BERSAMA

4.1 Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Taman Damansara Aliff


4.2 Panitia Agama Islam, SMK Taman Damansara Aliff
4.3 Panitia Pendidikan Moral, SMK Taman Damansara Aliff

5.0 TEMPAT PROGRAM

5.1 Dewan SMK Taman Damansara Aliff, Johor Bahru

6.0 TARIKH

6.1 Pelancaran kempen 14 Januari 2013 ( Isnin )

6.2 Penilaian dibuat bermula 14 Januari hingga 31 Januari 2013


6.3 Pemenang akan diumumkan pada 18 Februari 2013

6.4 Berlangsung sepanjang tahun

7.0 KUMPULAN SASARAN

Semua warga SMK Taman Damansara Aliff

8.0 KOS PERBELANJAAN

RM 50.00 untuk hadiah Pelajar Contoh ( seorang bagi setiap Tingkatan )

9.0 SUMBER PERBELANJAAN

Peruntukan Bimbingan dan Kaunseling

10.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat :Tuan Hj Buni bin Sunade


( Pengetua SMK Taman Damansara Aliff )
Pengerusi :Enik Kamalrudin bin Ali
( Penolong Kanan HEM )
Naib Pengerusi : Encik Kamil Firdaus bin Tarmizi
( Penolong Kanan Pentadbiran )

( Penolong Kanan KoKurikulum )


Penyelaras : Puan Hjh Hanita Binti Mohd Yusoh
Setiausaha : Puan Hjh Naimah binti Daud
AJK : Panitia Agama Islam
Panitia Pendidikan Moral
P.A Sistem : Puan Norzila binti Md.Hamzah
Pengacara majlis : Puan Puan Hjh Hanita Binti Mohd Yusoh
Pemilihan Pelajar : Puan Suguna a/p Appalanayuda
Hadiah : Puan Chong Lai Ying
Dokumentasi : Puan Puan Hjh Hanita Binti Mohd Yusoh
11.0 TENTATIF PRROGRAM

Tarikh/ Masa Aktiviti Personalia


14 Januari 2013
( Isnin )
7.15 am 7.30 am - Perhimpunan Tidak Guru Bertugas
Rasmi dijalankan seperti Mingguan
biasa
- Bacaan Yassin
-
7.30 am 7.35 am - Laporan Guru Bertugas

7.35 am -7.45 am - Taklimat program. Puan Hjh Hanita binti


Mohd Yusoh

7.45 am 7.55 am - Ucapan perasmian dan Tuan Hj Buni bin


Pelancaran Kempen Sunade
Berbudi Bahasa dan
Nilai
Murni
7.55 am 8.00 am - Nyanyian Lagu Budi Puan Norzila binti Md
Bahasa Budaya Kita Hamzah
berama-ramai.

8.00 am 8.05 am - Nyanyian Lagu Negaraku Pengawas bertugas


Bersurai

12.0 PENUTUP

Hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat diharapkan kempen ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya serta mencapai objektif dan matlamat yang telah diinginkan.

Disediakan Oleh; Disahkan Oleh;

.
( Hjh Hanita binti Mohd Yusoh )
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
SMK Taman Damansara Aliff
Johor Bahru.

CARA PEMILIHAN PELAJAR CONTOH DIJALANKAN:

1. PELAJAR CONTOH AKAN DIPILIH SEORANG DARIPADA SETIAP TINGKATAN


TINGKATAN 1 : BEBERAPA CALON PILIH SEORANG SAHAJA
TINGKATAN 2 : BEBERAPA CALON PILIH SEORANG SAHAJA
TINGKATAN 3 : BEBERAPA CALON PILIH SEORANG SAHAJA
TINGKATAN 4 : BEBERAPA CALON PILIH SEORANG SAHAJA
TINGKATAN 5 : BEBERAPA CALON PILIH SEORANG SAHAJA

2. PELAJAR CONTOH INI BOLEHLAH DICADANGKAN OLEH GURU TINGKATAN


ATAU GURU MATA PELAJARAN

3. PELAJAR CONTOH INI AKAN DIPILIH OLEH GURU-GURU PANITIA PENDIDIKAN


ISLAM DAN PENDIDIKAN MORAL ATAS CADANGAN DARIPADA GURU-GURU
MATAPELAJARAN YANG LAIN.

4. PEMENANG AKAN DIUMUMKAN DALAM PERHIMPUNAN RASMI PADA 18


FEBRUARI 2013.

PENILAIAN DIBUAT BERDASARKAN:


NAMA PELAJAR :
TINGKATAN :
NO I/C :

BIL BUDI BAHASA DAN NILAI MURNI YANG DIMILIKI TANDAKAN


/
1. Sentiasa menghormati guru dan bersopan santun
2. Sentiasa mengucap salam/selamat sejahtera kepada guru
3. Sentiasa memberi bantuan tanpa diminta contohnya membawa beg atau buku
guru
4. Sentiasa memberi tumpuan semasa berada di dalam kelas
5. Tidak bercakap semasa guru sedang bercakap/mengajar
5. Sentiasa menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru
6. Sentiasa berpakaian kemas dan bersih
7. Sentiasa mematuhi peraturan sekolah pada setiap masa
8. Sentiasa menepati masa datang sekolah dan balik sekolah
9. Sentiasa amanah dan jujur terhadap tanggungjawab yang diberi kepadanya
10. Sentiasa memberi kerjasama dan komitmen terhadap tanggungjawab yang
diberikan
11. Sentiasa berfikiran terbuka dan mudah mendengar nasihat yang diberikan
12. Atau apa sahaja yang difikirkan baik
( nyatakan.)
13.
14.
15.

You might also like