You are on page 1of 18

1.

KONSEP RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

1.1 PENGENALAN

Seseorang guru tidak boleh mengajar tanpa membuat persediaan pengajaran
terlebih dahulu. Seorang guru yang tidak bersedia untuk mengajar ibarat seorang
nakhoda yang mengemudi kapalnya tanpa arah dan tujuan tertentu. Begitulah
juga dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang tentunya
bercelaru apabila guru mengajar tanpa membuat persediaan terlebih dahulu. Oleh
itu, guru perlu membuat persediaan mengajar yang tersusun dan sistematik
dengan hasil pembelajarannya yang jelas dan boleh dicapai. Persediaan mengajar
adalah kesinambungan daripada rancangan semester yang disediakan terlebih
dahulu oleh guru bagi mata pelajaran yang diajarnya.Saya akan membincangkan
tentang Rancangan Pengajaran Harian, komponen-komponen Rancangan
Pengajaran Harian, contoh Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu.

OBJEKTIF

Pada akhir tajuk ini, diharap dapat:

I. Menjelaskan kepentingan Rancangan Pengajaran Harian bagi seorang
guru.

II. Menghuraikan komponen-komponen dalam sebuah Rancangan Pengajaran
Harian.

III. Mengetahui format Rancangan Pengajaran Harian mata pelajaran Bahasa
Melayu.

IV. Menghuraikan bidang-bidang kemahiran yang penting.

1.2 CARTA ALIRAN PERANCANGAN

Penutup .3 Rancangan Pengajaran Harian Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah satu perancangan mengajar yang disediakan oleh guru untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran dalam tempoh jangka waktu tertentu pengajaran.MERANCANG PENGAJARAN BAHASA Rancangan Komponen Rancangan Pengajaran Mikro Pengajaran Pengajaran Harian Harian Kepentingan RPH . Guru akan melaksanakan pengajarannya berdasarkan persediaan mengajar yang telah dirancang dengan teliti untuk mencapai objektif pengajarannya.Pelaksanaan .Persediaan Contoh RPH . Rancangan Pengajaran juga dikenali sebagai persediaan mengajar.Faedah . .Set Induksi 1.Penyampaian Bahasa Melayu .

Guru dapat merancang dan menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan akiviti pengajaran. RPH ini mengandungi unsur-unsur seperti butiran am. Persediaan mengajar kebiasaannya bukan sahaja menyenaraikan unsur-unsur tersebut tetapi bertindak sebagai peraturan-peraturan yang tidak boleh tidak dipatuhi dan diikuti oleh guru- guru. penilaian. 5. dan sebagainya. .4 Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian Kenapakah persediaan mengajar begitu penting kepada guru? Kepentingan persediaan mengajar kepada guru adalah seperti berikut: 1. penutup. Guru akan lebih yakin untuk mengajar dan berhadapan dengan pelajarnya di dalam kelas. Membantu guru membuat jangkaan tentang masalah. 3. Untuk mencatatkan semua perancangan mengajar dari awal hinggalah akhir pengajaran yang melibatkan aktiviti pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar. 1.Kamarudin Hj. tajuk pelajaran. induksi set. perkembangan. objektif. 2.Husin (1989) menjelaskan maksud persediaan mengajar sebagai suatu perencanaan atau perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang bakal dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. 4. dan kelemahan pengajarannya dan membuat persediaan untuk mengatasi sekiranya terdapat masalah yang timbul. kekuatan . Menentukan objektif pengajaran dan merancang aktiviti yang dapat mencapai objektif pengajaran tersebut.

Sebelum itu.5 Komponen Rancangan Pengajaran Harian Rancangan Pengajaran Harian ditulis mengikut format tertentu yang telah dipersetujui dan dipakai oleh sesebuah sekolah. Namun begitu. Rancangan Pengajaran Harian tetap mempunyai persamaan iaitu mengandungi tiga komponen penting iaitu persediaan. Bahagian ini akan membincangkan tentang ketiga-tiga komponen persediaan mengajar dengan lebih perinci. Bertindak sebagai rekod pengajaran guru untuk mengetahui sama ada sesuatu tajuk telah diajar ataupun belum. Format Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu adalah berbeza dengan format Rancangan Pengajaran Harian mata pelajaran Sains walaupun perbezaan itu tidaklah begitu ketara. 1. dan penutup. penyampaian. Bertindak sebagai senarai semak untuk mengetahui sama ada terdapat perkara penting yang tertinggal ataupun tidak. saya akan ditunjukkan contoh Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan. . 8. peringkat daerah ataupun di peringkat negeri. Selain itu format rancangan mengajar juga mungkin berbeza mengikut mata pelajaran. 7.6. Memastikan semua perkara yang hendak diajar terdapat dalam persediaan mengajar harian tersebut.

Bilangan Murid:..................................................................... Kemahiran: ..................................... Tajuk: ....................................................... .................................................................................................................................................................... Tarikh: ........................................RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Kelas: ............................................................................................................................................................................... Masa: ............................................................................................................................ Penggabungjalinan isi kandungan: ... Mata Pelajaran : ........................................................................................................................................................................................... Hasil Pembelajaran: ...............

.........................................min) 1 ....................................................... Unsur Terapi: .............................................................. Penerapan Nilai : ......... Langkah Penyampaian : Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (...................Pengetahuan Sedia Ada: ............................................................................................................ Bahan Bantu Mengajar : .................................................................................................................................... Perentasan Kurikulum: .......

.............................................min) Penutup (...................................(....................................................... ...................................................................................min) Refleksi Guru: ..min) 3 (................... ............min) 2 (..........

........Ulasan Penyelia: ...... hasil pembelajaran................. Berikut adalah perbincangan tentang komponen-komponen yang terdapat dalam sebuah Rancangan Mengajar Harian (RPH).......................... perentasan kurikulum........................ (a) Komponen Persediaan Komponen persediaan dalam RPH terdiri daripada maklumat am.......................... .................................... Format Rancangan Pengajaran Harian 2....................... pengetahuan sedia ada.................................................... kemahiran. penggabungjalinan isi kandungan................. dan bahan bantu belajar.. ................

kemahiran asas yang perlu dikuasai adalah seperti kemahiran mendengar. 2. dan menulis.3.2.2 Kemahiran Kemahiran adalah kebolehan tertentu yang diharap dapat dikuasai oleh pelajar melalui pengajaran guru. bertutur.1 Maklumat Am Maklumat am adalah butir-butir tentang tarikh. . dan tajuk pelajaran/pengajaran. Dalam pelajaran Bahasa Melayu. 2. membaca. mata pelajaran. Kemahiran yang hendak diajar pada waktu tertentu dinyatakan dengan jelas. masa.1 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara kohensif. 2. bilangan pelajar. Maklumat ini adalah penting supaya guru dapat merancang strategi pengajaran untuk pelajarnya. kelas/tingkatan.3 Penggabungjalinan isi kandungan Kandungan pengajaran terdiri daripada beberapa isi pelajaran yang digabungjalinkan dan dinyatakan dengan jelas seperti.

Aras 3 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik. dan khusus. membina sekurang-kurangnya lima perkataan berdasarkan gambar yang ditunjukkan kepada mereka.2 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. . 2.3. Aras 1 (i) Menulis maklumat mengikut prosedur yang betul 2.khusus Penulisan hasil pembelajaran yang jelas dan spesifik dapat membantu guru bergerak di atas landasan yang betul sewaktu menyampaikan pengajaran mereka.4 Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran digunakan bagi menggantikan ”objektif” dalam penulisan RPH.boleh diukur ”berdasarkan gambar” . Penulisan hasil pembelajaran hendaklah dalam bentuk tingkah laku. boleh diukur.dinyatakan dalam bentuk tingkah laku ”lima perkataan” . ”Membina” . Contoh: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat: 1.

5. 2.5.6 Perentasan kurikulum Perentasan kurikulum bermaksud pelajaran bahasa yang diajar itu merentasi atau merangkumi isi kandungan mata pelajaran lain seperti sains.2 dapat mengelak guru daripada mengulang mengajar sesuatu yang telah dipelajari atau dikuasai pelajar. 2. Penerapan nilai murni adalah bersesuaian .5. pendidikan seni.5 menjangkakan hasil pembelajaran yang diharap dari pengajarannya.5.5. 2.4 membantu guru merancang penyediaan bahan bantu mengajar. guru dapat: 2. dan pendidikan jasmani. 2. 2. Berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar. atau pengetahuan yang dimilikinya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. 2.5 Pengetahuan sedia ada Pengetahuan sedia ada adalah pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar berkaitan dengan tajuk yang telah diajar. muzik.7 Penerapan nilai Nilai murni hendaklah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.1 menentukan peringkat pembelajaran pelajarnya. 2.3 membantu guru merancang persediaan mengajar.

terapi fizikal. kad huruf. apabila guru meminta pelajar menguli doh untuk membentuk huruf-huruf atau objek tertentu. keberanian. jurnal. Persediaan mengajar yang baik akan dapat digunakan . kad imbasan.8. Terdapat 16 nilai murni yang boleh diterapkan dalam pengajaran guru. hormat- menghormati. Bahan bantu mengajar/belajar Bahan bantu mengajar atau bahan bantu belajar merujuk kepada media atau bahan yang guru gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. apabila guru mengadakan aktiviti berkumpulan dan selepas itu meminta pelajar ke depan membentangkan hasil kerja mereka. dan sebagainya. kebersihan. model . maka secara tidak langsung guru telah memasukkan unsur terapi cara kerja (motor halus) dalam pengajarannya. kerjasama.9. berhemah tinggi. Unsur terapi yang boleh dimasukkan dalam RPH adalah terapi pertuturan. Bahan bantu mengajar juga boleh berbentuk bahan sumber yang guru gunakan dalam pengajarannya atau sebagai rujukan seperti buku rujukan. Sebagai contoh. rasional. terdapat unsur-unsur yang boleh membantu pelajar mengatasi kelemahan mereka. terapi muzik. atau terapi lain yang bersesuaian. kebebasan. kesederhanaan. Misalnya. Unsur terapi bermaksud apabila guru menjalankan aktiviti pengajarannya.dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Antara bahan bantu mengajar yang guru gunakan adalah seperti kad perkataan. Komponen persediaan ini perlu dinyatakan dengan jelas dan perinci bagi mengelakkan kekeliruan. 2. kasih sayang. dan semangat bermasyarakat. perakam video. kesyukuran. kejujuran. Nilai-nilai tersebut adalah baik hati. keadilan. kerajinan. berdikari. maka guru telah menerapkan nilai kerjasama dan juga nilai keberanian (apabila pelajar ke depan kelas untuk bercakap). 2. terapi cara kerja. Guru boleh memilih mana-mana nilai murni yang hendak diterapkan sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya. gambar tunggal atau gambar bersiri. risalah. Unsur terapi Unsur terapi adalah elemen yang membezakan antara RPH Pendidikan Khas dengan RPH kelas normal. buletin. dan sebagainya.

3. serta aktiviti pengajaran yang berkesan. gerak isyarat. Bermula dari sini aliran pemikiran pelajar yang menjurus kepada pelajaran dapat dibina dengan cara menimbulkan minat serta perasaan ingin tahu mereka. Kamarudin Hj. 3.1 Induksi set Induksi set adalah permulaan pengajaran yang penting. proses. Pada peringkat ini guru hendaklah bijak memilih strategi pengajaran yang sesuai dengan isi pelajaran. Komponen penyampaian terdiri daripada induksi set. Guru boleh menarik perhatian pelajar melalui pertembungan mata. Induksi set adalah untuk memfokus atau mengorientasi perhatian pelajar terhadap pelajaran yang hendak dimulakan. penggunaan media pengajaran yang sesuai dan menarik. atau menggunakan media pandang dengar. Orientasi: Guru boleh memilih sesuatu peristiwa. dan penutup. perkembangan.oleh guru lain untuk mengajar tanpa sebarang masalah sekiranya guru berkenaan tidak dapat mengajar disebabkan sesuatu hal yang timbul. Komponen Penyampaian Komponen penyampaian adalah bahagian yang memerlukan guru berfikir dengan teliti untuk merancang aktiviti pengajaran yang hendak dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Menarik perhatian: Pastikan pelajar sudah cukup bersedia sebelum memulakan pelajaran. objek. suara guru. Induksi set hendaklah dijalankan dengan menarik dalam lingkungan 3 hinga 5 minit sahaja. atau alat .Husin (1989) memberikan lima cara untuk membina aliran pemikiran pelajar.

Berkaitan dengan perkembangan pengajaran terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru. kemahiran menerang. Guru boleh menjalankan induksi set dengan berbagai-bagai cara untuk menarik perhatian dan membina aliran fikiran pelajar. Mewujudkan motivasi: motivasi boleh diwujudkan melalui kemesraan dan semangat yang guru tunjukkan. peneguhan. Membuat perkaitan: Perkaitan boleh dilakukan dengan cara membuat perbandingan atau menyenaraikan persamaan atau perbezaan aspek yang hendak dipelajari dengan perkara yang telah dipelajari atau diketahui oleh pelajar. Peringkat ini guru akan menggunakan segala teori dan prinsip pedagogi yang dipelajarinya. serta memilih kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai. yang boleh menimbulkan minat pelajar. dan kemudian mengaitkannya dengan objektif pengajaran. Selain itu guru perlu merangsang naluri ingin tahu pelajar melalui unsur-unsur luar biasa atau sesuatu yang mencabar minda mereka. kemahiran berkomunikasi. Struktur: Induksi set boleh juga dilaksanakan secara memberi tugasan ringkas kepada pelajar dan meminta mereka menyiapkan tugasan itu dalam jangka masa yang singkat. 3. 4. Soalan guru dapat membantu pelajar melaksanakan tugasan mereka dengan cepat. memeringkat isi pelajaran. .2 Perkembangan pelajaran Peringkat perkembangan pelajaran adalah peringkat guru menyampaikan isi pelajaran . Guru akan menggunakan kemahiran seperti teknik menyoal.

Antara teknik yang digunakan dalam pengajaran bahasa adalah teknik-teknik cerita.Konsep dan isi Guru hendaklah pasti dengan isi pelajaran yang hendak diajarnya dan juga pasti segala fakta dan maklumat adalah benar. dan segera akan dapat meningkatkan tingkah laku baik yang hendak ditingkatkan atau dikekalkan di kalangan pelajar. atau berpusatkan bahan. gambaran fikiran. Guru mesti menunjukkan yang ia sudah cukup bersedia dan berilmu bagi meyakinkan pelajarnya. lakonan. Strategi pengajaran dan pembelajaran Guru hendaklah bijak memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan dalam pengajarannya. sesuai. dan sebagainya. Begitu juga guru boleh memilih kaedah dan teknik pengajaran tertentu dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. buku. nyanyian. Guru hendaklah menguasai . dan lebih berkeyakinan untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. dan lain-lain lagi. main peranan. Kemahiran peneguhan Kemahiran peneguhan adalah penting dalam proses pengajaran kerana peneguhan yang diberi dengan betul. Guru boleh memilih strategi pengajaran berpusatkan pelajar. kontak mata. pen. dan pensel atau dalam bentuk sosial seperti senyuman. pujian. Soalan-soalan guru akan membantu pelajar membentuk konsep. berpusatkan guru. Peneguhan boleh dalam bentuk material seperti makanan. Kemahiran menyoal Kemahiran menyoal adalah kemahiran yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. simulasi.

berikan peneguhan yang bersesuaian terhadap jawapan pelajar. Antara panduan menyoal yang berkesan adalah seperti berikut: i. Sebaik-baik bahan bantu mengajar adalah yang dibuat oleh guru sendiri kerana guru tahu apa yang diperlukan oleh pelajarnya. v. 3. berikan soalan yang mencabar minda pelajar. iii. sebarkan soalan kepada semua pelajar. Bahan bantu mengajar hendaklah digunakan secara maksimum ketika guru menyampaikan isi pelajaran.3 Penggunaan bahan bantu mengajar Penggunaan bahan bantu mengajar boleh menarik minat pelajar terhadap pengajaran guru di samping membantu mereka memahami isi pelajaran. iv. ii. Lingkaran soalan bermaksud soalan-soalan yang dibina berdasarkan soalan awal atau jawapan kepada soalan awal tadi. beri masa pelajar berfikir sebelum menjawab soalan.4 Penutup . soalan guru hendaklah mudah difahami. vi. gunakan lingkaran soalan untuk mencungkil pemikiran pelajar. 3.kemahiran teknik menyoal supaya soalan yang dikemukakan dapat mencungkil pemikiran pelajar.

4. Kesimpulan juga adalah sebagai peneguh kepada pelajaran bagi memudahkan pelajar mengingati apa yang telah dipelajari. Minda pelajar hendaklah difokuskan kepada perkara yang telah dipelajari terutamanya melalui kesimpulan. 3. Penilaian di sini adalah ringkas yang pada kebiasaannya dibuat secara lisan untuk mengetahui sama ada pelajar memahami apa yang telah mereka pelajari. guru perlu memberi perhatian supaya aktiviti susulan yang diberi itu tidak membebankan pelajar. penilaian juga secara tidak langsung membantu pelajar membuat kesimpulan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan aspek-aspek pembelajaran yang telah disampaikan.1 Kesimpulan Kebiasaannya guru akan menutup pengajarannya dengan membuat kesimpulan atau rumusan pelajaran. 3. Melalui kesimpulan pelajar dapat membentuk konsep serta dapat melihat perkaitan antara fakta yang dipelajari. penilaian. atau aktiviti susulan (tugasan). 3. Selain itu.4.2 Penilaian Penilaian pada bahagian penutup bukanlah seperti penilaian yang dibuat semasa pengajaran. Guru hendaklah merancang pengajarannya supaya dapat ditutup dengan baik dan berkesan. Selain itu pelajar akan berasa yang mereka telah mempelajari sesuatu dan faham apa yang dipelajari.4. Aktiviti susulan merupakan kerja tambahan yang guru berikan kepada pelajar dalam bentuk kerja rumah.3 Aktiviti susulan/tugasan Aktiviti susulan biasanya diberi oleh guru pada akhir bahagian penutup. Pengajaran guru tidak seharusnya berhenti secara tiba-tiba terutamanya ketika pelajar hendak keluar semasa waktu rehat. Guru boleh membantu pelajar membuat kesimpulan sendiri melalui soalan-soalan yang dikemukakan. Namun begitu.Guru boleh menutup pengajarannya dengan membuat kesimpulan terhadap pelajaran yang diajar. Bayangkan sekiranya guru yang mengajar setiap pelajaran yang diikuti pada hari itu memberikan tugasan dan perlu . Tugasan hendaklah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah disampaikan supaya sesuai dengan fungsinya sebagai satu bentuk aktiviti pengayaan.

penilaian. penggunaan bahan bantu mengajar. Persediaan mengajar adalah satu perancangan mengajar yang disediakan oleh guru untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran dalam tempoh jangka waktu tertentu pengajaran. menyoal. dan juga penutup. Hal ini akan menghilangkan minat pelajar terhadap pelajaran. memberi pengukuhan. Setiap aspek dalam Rancangan Pengajaran Harian hendaklah dirancang dengan teliti dengan mengambil kira keupayaan pelajarnya. 5. Sebagai contoh. . 4. 2. Kesimpulan Kesimpulannya dapat dikatakan seseorang guru yang berkesan adalah guru yang sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pelajarnya dan juga bersedia untuk mengajar dengan penuh yakin. penyampaian. Kedua-dua perkara ini hanya dapat dimiliki oleh guru sekiranya dia merancang terlebih dahulu setiap pengajarannya.disiapkan dalam masa yang singkat. Pengajaran mikro adalah suatu pendekatan pengajaran praktik yang mengambil masa dalam lingkungan lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pengajaran untuk sekumpulan kecil pelajar. Manakala setiap langkah penyampaian pelajaran pula merupakan gabungan kemahiran menyampaikan isi pelajaran. Rumusan 1. set induksi hendaklah berjaya menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran seterusnya. dan penutup. 3. Persediaan mengajar mengandungi tiga komponen penting iaitu persediaan. maka sudah pasti pelajar akan tertekan dan bosan.