Analisis Ujian Diagnostik BM

Saya telah menjalankan ujian diagnostik dengan murid Tahun 4 Ceria. Terdapat seorang murid ,
Cheong Seng Bin tidak hadir ke sekolah. Saya akan mendapat pandangan daripada guru subjek dan
membahagikan kumpulan untuknya.

Melalui ujian diagnostik yang telah dijalankan, saya dapati bahawa kebanyakkan murid Tahun 4
Ceria telah menguasai kemahiran mendengar. Mereka dapat mendapat markah dalam kemahiran
mendengar iaitu bahagian A, B dan C. Namum, terdapat seorang murid iaitu Ruzaini tidak dapat
menguasai kemahiran mendengar. Dia tidak dapat mendapat markah dalam kemahiran mendengar.

Selain itu, saya dapati bahawa semua murid dapat menguasai kemahiran bertatasusila dengan
baik sekali. Mereka berjaya memberi jawapan dengan betul secara lisan tetapi mereka mengalami
kemahiran menulis. Oleh itu, mereka tidak dapat mendapat markah dalam kemahiran bertatasusila iaitu
bahagian D dan E. Dalam bahagian ini hanya Farish dapat mendpat markah yang tinggi kerana dia
telah menguasai kekmahiran menulis. Dia dapat menulis jawapan yang betul dalam kertas ujian.

Dalam bahagian F iaitu menguji kemahiran prabacaan – bentuk. Kebanyakkan murid tidak dapat
membezakaan saiz bentuk yang berlainan. Antara termasuklah Yamalatha, Lazar, Farish dan Ruzaini.
Hanya Hanis yang dapat mendapat markah penuh dalam kemahiran ini.

Bukain itu sahaja, semua murid Tahun 4 Ceria belum menguasai kemahiran prabacaan – saiz.
Mereka tidak dapat membezakaan saiz bentuk yang berlainan. Ini menyebabkan mereka tidak dapat
mendapa markah dalam bahagian ini.

Dalam bahagian H iaitu menguji kemahiran prabacaan – huruf konsonan dan vokal.
Kebanyakkan murid tidak dapat menulis huruf a hingga z dengan urutan yang betul. Antara termasuklah
Yamalatha, Lazar, Hanis dan Ruzaini. Hanya Farish yang dapat mendapat markah penuh dalam
kemahiran ini. Murid-murid juga tidak dapat menyebut huruf a hingga z dalam urutan yang betul.

Di samping itu, terdapat 2 murid dapat menguasai huruf vokal dan hurf konsonan dengan baik
iaitu Farish dan Yamalatha. Murid-murid yang lain langsung tidak dapat menguasai huruf vokal dan
huruf konsonan.

Akhir sekali, hanya seorang murid iaitu Farish dapat menguasai suku kata KV dengan baik.
Murid-murid yang lain langsung tidak dapat menguasai suku kata KV.

Saya membahagikan murid-murid kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.

Kumpulan A (baik) : Farish, Yamaltha dan Hanis.

Kumpulan B (sederhana) : Ruzaini, Lazar, Cheong Seng Bin