You are on page 1of 8

2.

0 FOKUS KAJIAN

2.1 Pemilihan Fokus Kajian

Fokus kajian yang dapat dikenalpasti oleh pengkaji ialah murid-murid
tahun 4A yang boleh membaca serta mengenal huruf-huruf Jawi tunggal
tetapi tidak dapat menulis perkataan Jawi yang mengandungi huruf-huruf
Digraf. Antara huruf-huruf Digraf ialah ‘ng’, ‘ny’, ‘sy’, ‘gh’ dan ‘kh’.
Apabila guru memberikan latih tubi untuk menjawikan perkataan rumi
khususnya perkataan yang mengandungi huruf-huruf Digraf tersebut,
terdapat beberapa orang murid telah melakukan kesalahan dalam
menulis perkataan tersebut. Hal ini disebabkan oleh murid telah terbiasa
menjawikan perkataan rumi berdasarkan sistem ejaan Jawi Lazim. Murid
cenderung merujuk kepada carta huruf-huruf jawi yang mewakili huruf-
huruf rumi. Sebagai contoh, huruf ‘A’ akan mewakili huruf ‘Alif’ dan
begitulah seterusnya.

Pengkaji juga dapat mengenalpasti beberapa faktor yang
menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya ialah disebabkan oleh
faktor masa yang diperuntukkan untuk mengajar bidang Jawi.
Peruntukkan masa selama 30 minit seminggu adalah tidak mencukupi
bagi guru untuk membantu murid menguasai Jawi. Jika dibuat
perbandingan dengan mata pelajaran lain, bidang Jawi adalah pelajaran
yang kurang penting. Mata Pelajaran lain memperuntukkan masa
sehingga 120 minit seminggu berbanding bidang Jawi. Hal ini dapat
menunjukkan bahawa tidak ada keselarasan masa dalam mata pelajaran
lain.Menurut Muzni (1995), kajian semula perlu dibuat untuk memulihkan
penguasaan mata pelajaran Jawi.

Selain itu, faktor lain yang dapat dikenalpasti ialah murid kurang
berminat untuk mempelajari bidang Jawi. Hal ini disebabkan oleh murid-
murid kurang pendedahan akan kepentingan tulisan Jawi dalam
kehidupan mereka. Murid-murid berpendapat bahawa tulisan Jawi adalah
tidak penting kerana ianya tidak juga digunakan dalam urusan seharian
mereka. Menurut Bhasah et al (1991) dalam Nazimah (2013), sikap murid
yang tidak meminati Jawi akan mengakibatkan tulisan Jawi akan semakin
ketinggalan dalam arus pendidikan.

Dan faktor lain yang dapat dikenalpasti ialah penglibatan ibu bapa
dalam bidang Jawi ini. Kebanyakkan ibu bapa pada masa kini lebih
mengutamakan mata pelajaran wajib seperti Bahasa Melayu, Matematik.
Sains dan Bahasa Inggeris sehingga menganggap mata pelajaran lain
tidak penting. Bagi kebanyakkan ibu bapa, tidak mengapa sekiranya
anak-anak mereka tidak menguasai mata pelajaran elektif asalkan dapat
memperolehi markah yang tinggi dalam mata pelajaran yang wajib. Ianya
juga berpunca daripada sikap ibu bapa yang sambil lewa terhadap bidang
Jawi ini. Ibu bapa kurang memberi galakan kepada anak-anak mereka
untuk mempelajari Jawi. Lanjutan daripada perkara tersebut telah
menurunkan motivasi murid untuk terus mempelajari bidang Jawi secara
amnya.

2.2 Pengumpulan Data Awal.

Dalam melaksanakan kajian, pengkaji telah menggunakan beberapa
instrument dalam mengumpul data awal kajian. Antaranya ialah pengkaji
telah menggunakan ujian Diagnostik terlebih dahulu. Ujian Diagnostik
telah diberikan kepada semua murid di dalam kelas 4A. Ujian yang sama
juga yang telah diberikan kepada setiap murid.

Ujian Diagnostik ialah satu alat pengukuran yang membolehkan
guru mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang
dihadapi oleh seseorang murid. Daripada ujian diagnostik yang dibuat,
pengkaji telah dapat mengenalpasti murid yang mempunyai masalah
menulis perkataan Jawi yang mengandungi huruf-huruf Digraf.

Selepas itu, pengkaji telah membuat temu bual kepada beberapa
orang guru yang mengajar murid tersebut untuk mendapatkan data awal
berkenaan dengan peserta kajian. Pengumpulan data awal juga boleh
diperolehi daripada buku latihan murid dalam bidang Jawi. Terdapat
banyak kesalahan yang berkaitan dengan masalah yang diperolehi.

Daripada data awal yang dapat pengkaji kumpulkan, timbul rasa
keprihatinan kepada pengkaji untuk menyelesaikan masalah ini
menggunakan bahan tindakan ‘Dice and Mat’.

2.3 Tindakan

Dalam melaksanakan kajian, pengkaji telah menggunakan reka bentuk
kajian yang diadaptasi daripada Model Kajian Lewin (1946) dan Laidlaw
(1992). Pengkaji memilih model kajian tersebut kerana berpendapat
bahawa model kajian tersebut bersesuaian dan bertepatan dalam
mencapai matlamat kajian tersebut. Dalam Model Kajian Lewin (1946)
dan Laidlaw (1992), terdapat lima proses yang dikenalpasti iaitu
mengenalpasti aspek amalan, merancang, tindakan, melihat kesan
tindakan dan refleksi.

Dalam proses mengenalpasti aspek amalan, terlebih dahulu
pengkaji telah mengenalpasti masalah yang dialami oleh murid-murid
tahun 4A. Masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 4A ialah murid tidak
dapat menulis perkataan Jawi yang mengandungi huruf-huruf Digraf
dengan betul. Setelah masalah telah dikenalpasti, barulah pengkaji
beralih ke proses seterusnya iaitu merancang. Pengkaji telah merancang
untuk mencari bahan tindakan yang digunakan untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Bahan tindakan yang telah pengkaji gunakan
ialah ‘Dice and Mat’. Pengkaji juga telah merancang cara-cara
pengumpulan data untuk mengkaji keberkesanan bahan tindakan.

Seterusnya, pengkaji telah melaksanakan pelan tindakan. Pengkaji
telah melaksanakan tindakan tersebut sebanyak tiga kali iaitu seminggu
sekali yang akan dilakukan selepas waktu pengajaran dan pembelajaran
pada setiap hari rabu sebelum aktiviti Ko-Kurikulum dimulakan. Ini adalah
disebabkan pada waktu tersebut adalah waktu senggang murid. Bahan
tindakan telah dijalankan selama 30 minit. Selepas itu, pengkaji telah
memberikan latihan latih tubi kepada murid.

Proses yang seterusnya ialah pengkaji melihat kesan tindakan.
Daripada data yang diperolehi selepas melaksanakan bahan tindakan,
pengkaji melihat kesan bahan tindakan tersebut terhadap murid. Data-
data yang diperolehi dikumpul dan direkodkan sebagai rujukan pengkaji.
Dan proses seterusnya ialah pengkaji telah membuat refleksi terhadap
bahan tindakan. Pengkaji telah menganalisis dan menilai peningkatan
kemahiran menulis huruf-huruf Jawi Digraf murid. Selepas itu, pengaji
juga membuat refleksi tentang keberkesanan tindakan berdasarkan data
yang dikumpul.

Mengenalpasti
Refleksi Aspek Amalan

Melihat
Kesan Perancangan
Tindakan

Tindakan/
Implementasi

Rajah 1. Model Kajian Diadaptasi Daripad Lewin (1946) dan
Laidlaw (1992)
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan bahan tindakan
yang pengkaji namakan sebagai ‘Dice and Mat’. Bahan tindakan ini
merupakan sejenis permainan yang boleh dimainkan seramai empat
hingga lima orang murid dalam satu masa. Pengkaji memilih permainan
sebagai aktiviti tindakan kerana kanak-kanak sangat suka bermain.
Permainan juga dapat mencapai strategi pembelajaran yang aktif dan
berkesan. Menurut Jasmi (2013), hakikatnya walaupun difokuskan aktiviti
bermain namun kesan aktiviti yang dilakukan murid itu sendiri yang
menjadikan murid tersebut lebih mudah menerima pembelajaran.

Bahan tindakan ‘Dice and Mat’ ini terdiri daripada sebuah dadu
gergasi yang bersaiz lebih kurang 20cmx20cm dan sebuah tikar
berukuran 150cmx130cm. Disetiap permukaan dadu tersebut terletak
huruf-huruf Jawi digraf. Sebagai contoh, permukaan pertama pengkaji
telah meletakkan huruf Digraf dalam rumi beserta huruf jawi digraf dalam
Jawi dan begitulah seterusnya. Setiap huruf-huruf digraf tersebut juga
diwakili oleh warna masing-masing.

Bil Permukaa Huruf Digraf Jawi Huruf Digraf Warna
n Rumi
1 1 nga ng
2 2 nya ny
3 3 kho kh
4 4 syin sy
5 5 ghoin gh
6 6

Jadual :

Manakala tikar tersebut pula terdiri daripada perkataan-perkataan
yang mengandungi huruf-huruf digraf yang ditulis dalam tulisan rumi.
Terdapat 25 perkataan yang mengandungi huruf-huruf digraf ditulis diatas
tikar tersebut.setiap perkataan tersebut akan mewakili warna yang telah
ditetapkan. Sebagai contoh perkataan ‘bunga’ ada ditulis menggunakan
warna biru gelap pada huruf ‘ng’. Ianya bertujuan supaya murid dapat
mengenalpasti setiap kumpulan huruf-huruf digraf berdasarkan warna
Tikar tersebut diperbuat daripada kertas keras dan dilapis oleh pembalut
buku yang berwarna jernih.
Rajah 2 : Bahan tindakan ‘Dice and Mat’

Cara menggunakan bahan tindakan ialah setiap murid bermain
secara individu mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh pengkaji.
Murid dikehendaki untuk melambung dadu tersebut. Sekiranya murid
mendapat huruf ‘‫ ‘ غ‬dan ‘ng’, maka murid tersebut hendaklah mencari
perkataan yang diwakili oleh huruf digraf tersebut. Contohnya, murid
memilih perkataan ‘bunga’. Selepas itu, murid juga dikehendaki untuk
menulis perkataan tadi dalam tulisan Jawi. Setiap permainan akan
berlangsung sebanyak tiga pusingan untuk setiap murid. Selepas aktiviti
permainan dijalankan, setiap murid telah diberikan latih tubi berbentuk
lembaran kerja.

Pengkaji menetapkan pendekatan bermain sambil belajar serta
menggunakan elemen warna dalam menghasilkan bahan tindakan.
Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada kecenderungan murid terhadap
permainan dan warna-warna yang menarik. Menurut Piaget (1962) dalam
Zahairah (2014),tujuan bermain ialah menggerakkan perkembangan
kognitif kanak-kanak disamping memperkukuhkan pembelajaran yang
baru dijalankan dalam suasana yang tenang. Melalui pendekatan bermain
dalam pengajaran dan pembelajaran akan mendatangkan keseronokan
dan kepuasan kepada murid dalam sesuatu pengajaran yang hendak
disampaikan disamping dapat menguasai perkembangan dan kemahiran
fizikal murid.
Manakala elemen warna yang diterapkan dalam pembinaan bahan
tindakan pula dapat menarik perhatian murid untuk meneruskan
permainan.. Menurut Ridzuan (2012), pemilihan warna amat penting
dimana warna yang digunakan boleh mempengaruhi minda dan
pemahaman murid. Aplikasi warna dalam kajian turut memberi kesan
kepada peningkatan murid dalam peningkatan Jawi. Menurut Baharuddin
dan Noorhaliza (2012), warna adalah lebih berkuasa untuk menonjolkan
sesuatu maklumat berbanding bentuk. Pengkaji memilih lima jenis warna
tersebut disebabkan oleh warna yang terdapat disekeliling murid.

Pada tahun 2014, kajian berkaitan dengan kemahiran menulis Jawi
Digraf menggunakan ‘Dadu Gergasi’ telah dijalankan oleh Zahairah
Mahmud. Menurut kajian beiiau, penggunaan kaedah bermain
menggunakan ‘Dadu Gergasi’ dapat meningkatkan kemahiran menulis
huruf-huruf Digraf dikalangan murid. Manakala penggunaan elemen
warna dalam bahan tindakan pula telah dijalankan oleh Muhd Ridzuan
dalam kajian beliau pada tahun 2012. Menurut kajian beliau, elemen
warna memainkan peranan yang sangat penting kerana dapat
meningkatkan daya ingatan murid terhadap sesuatu perkara.

Daripada kedua-dua kajian yang dijalankan oleh Zahairah (2014)
dan Ridzuan (2012), pengkaji telah mendapat idea untuk menggabung
serta mengubahsuai bahan tindakan yang telah digunakan. ‘Dadu
gergasi’ dan penggunaan elemen warna telah digabungkan dan dijadikan
bahan tindakan ‘Dice and Mat’ dalam kajian pengkaji. Namun begitu,
pengkaji menambah bahan seperti tikar yang dipenuhi dengan
perkataan-perkataan digraf untuk meningkatkan lagi kemahiran menulis
dalam kalangan murid.