You are on page 1of 13

PENGERUSI

:
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya ................................................... pengerusi anda pada hari ini akan bersama-
sama mengupas dan mengulas mauduk perbincangan kita
“Penghayatan Nilai Murni Sarana Pembangunan Negara”.
Bersama-sama saya 3 orang ahli panel yang bukan calang-calang orangnya akan
membincangkan secara lebih lanjut berkaitan tajuk pada hari ini.

Tanpa membuang masa.... jadi apa kata kita berkenalan dahulu dengan ahli panel
kita yang pertama, Saudara/i ............................................................. Apa Khabar
saudara/i?

Manakala disebelah kiri saya, panel kita yang kedua
saudara/i ................................................. Nampak begitu bersemangat hari ini ya

Seterusnya, tersenyum manis dihujung sana panel kita yang ketiga
saudara/i ................................................... Selamat datang saudara/i.

Para tetamu yang dihormati,
Surah Al-Maidah ayat kedua,

‘....dan bantulah kamu ke arah kebaikan dan janganlah kamu membantu ke
arah dosa dan permusuhan’

Berdasarkan ayat ini membawa pengertian yang jelas kepada kita supaya berbuat
baik dan menjauhi kerenggangan hubungan sesama manusia. Tanpa membuang
masa, apa kata kita dengar pendapat daripada panel kita yang pertama berkenaan
tajuk pada hari ini. Apakah pandangan saudara/i berkenaan dengan tajuk kita
pada hari ini Penghayatan Nilai Murni Sarana Pembangunan Negara. Silakan
saudara/i....

1 | Page

Saudari pengerusi. bertanggungjawab serta memiliki sahsiah yang seimbang.. pada hemat saya nilai murni sarana pembangunan negara dimengertikan sebagai butiran amalan atau perlakuan hidup warganegara yang 2 | Page . dibaja.. Perlakuan yang baik.. tokoh-tokoh pemikir tersebut meletakkan pembudayaan amalan nilai-nilai murni dalam membina peradaban sebagai sesuatu yang perlu ditanam. Saudari pengerusi. ekonomi mahupun sosial atau insaniah.PANEL 1 Terima kasih saudari pengerusi. Falasafah Pendidikan Negara yang disuratkan pada tahun 1987 menjelaskan kepada kita bahawa perlunya penghayatan terhadap nilai murni ke arah pembangunan negara dengan mencirikan insan dan warganegara yang baik berdasarkan indikator percaya kepada tuhan.. ahli panel seterusnya para tetamu yang dikasihi. Para tetamu yang dihormati.. disiram dan disuburkan kerana apa yang akan menentukan wajah dan citra peradaban itu sendiri adalah manusianya. Secara tuntasnya. peradaban dan tatasusila individu dalam hubungan sesama manusia. Sejarah tidak pernah berbohong Sejarah adalah ungkapan yang paling benar Dan belajarlah dari pengalaman sejarah Penghayatan nilai-nilai murni telah lama diberi penekanan oleh para ilmuan seperti Ibnu Khaldun dan al-Ghazali dalam Dunia Islam. Lao Tse dan Kung Fu Tze dalam Peradaban Cina.Assalamualaikum dan salam sejahtera Nilai murni. Pembangunan negara pula merujuk kepada transformasi negara ke arah lebih baik yang merangkumi aspek politik. berakhlak mulia. Saudari pengerusi. serta Kautilya dan Sambara dalam Tamadun India.. Secara amnya. alam dan tuhan.

.......sebagai lanjutan.. Kita beralih pula kepada pemforum kita yang kedua.... Hemat Tinggi dan Hormat Menghormati.... Saudari pengerusi. Pertamanya. Kita telah berbicara berkenaan tajuk penghayatan nilai murni sarana pembangunan negara... memahami dan memaafkan........Cantik.. Seterusnya Keadilan. yakni bertanggungjawab... sayang akan alam sekeliling............... tak kenal maka tak cinta. Sifat ini meliputi belas kasihan.................. Baik Hati yang merujuk kepada sikap sentiasa mengambil berat perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas.. swadaya dan jaya diri..... Merujuk kepada Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui bahawa 16 kata adjektif sebagai kata tonggak nilai murni .... menarik dan tertarik benar saya dengan tajuk perbincangan kita pada hari ini.... Kasih Sayang pula merujuk kepada sayang akan nyawa.. 3 | Page . Kata orang....... murah hati.... Keduanya saudari pengerusi Berdikari.... bagaimana pula agaknya kita hendak mengenalpasti bahawa seseorang itu memiliki nila-nilai murni? Apakah ciri-ciri atau klasifikasi nilai itu sendiri? Silakan saudara/i... saudara/i ......... Seterusnya..mengandungi sifat-sifat positif.. cinta akan negara dan cinta akan keamanan dan keharmonian..... atas pandangan sebentar tadi. Sekian sahaja daripada saya saudari pengerusi. bertimbang rasa. beradab dan berbudaya tinggi dalam kehidupan seterusnya berupaya menjana ketamadunan sesebuah bangsa. Terima kasih diucapkan kepada saudara/i... PENGERUSI : Tiada kata yang paling ampuh untuk dijadikan wadah pembangunan sesebuah negara melainkan penghayatan terhadap nilai murni...... PANEL 2 Terima kasih kepada saudari pengerusi.... Sesungguhnya tiada kata yang paling ampuh untuk dijadikan wadah pembangunan sesebuah negara melainkan penghayatan terhadap nilai murni..

berani kerana benar. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna.Kebebasan dan Keberanian pula diertikan sebagai berani dengan tidak membuta tuli. ekonomi mahupun sosial bertepatan dengan tajuk kita pada hari ini Penghayatan Terhadap Nilai Murni Sarana Pembangunan Negara. jujur. PENGERUSI Terima kasih kembali kepada panel kita yang kedua dengan penjelasan yang begitu jitu dan mapan. Kesyukuran. Kejujuran dan Kerajinan dimengertikan sebagai niat baik. Rasional dan Bersemangat Masyarakat yakni membawa pengertian kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Sekian terima kasih. Kerjasama. merupakan rujukan yang boleh dijadikan penanda aras dalam menentukan seseorang warganegara itu memiliki nilai murni atau sebaliknya. berani mempertahankan pendirian serta berani bertanggungjawab. Kesedaran. Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pernah mengartikulasikan “ setiap daripada kita. cekap dan berintegriti” Hadirin Hadirat yang dihormati. saya optimis pastinya individu ini dapat menyumbang sesuatu ke arah pembangunan negara tidak kira dari aspek politik. Pujangga pernah berkata. Jika. amanah ikhlas serta usaha yang berterusan dalam melakukan sesuatu perkara. Walau apapun jua bidang yang kita ceburi. ada peranan yang perlu dilaksanakan bagi membangunkan negara ini. 16 nilai ini rakan-rakan panel. Justeru kita tinjau pula pandangan daripada panel kita yang ketiga 4 | Page . Manakala yang lainnya. sesorang yang memiliki dan menghayati antara nilai-nilai yang disebutkan. laksanakanlah tugas yang digalas dengan penuh tanggungjawab. jika tidak melakukan perkara yang betul Situasi ini yang membezakan antara memahami dan menghayati.

memimpin orang buta melintas jalan dan bersalaman.. Apabila berbicara berkenaan strategi untuk menggarap nilap murni seterusnya memastikan konsep ini dihayati.... anak-anak ibarat kain putih... Kita juga boleh menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak kecil seperti membuang sampah dalam tong.. Saudari pengerusi... Pada hari ini saya ingin menyenaraikan 6 langkah yang boleh membantu usaha untuk menyebatikan nila murni dalam diri generasi yang ada pada hari ini..... contohnya dari kecil kita diasuh berjalan membongkokkan badan sedikit kehadapan apabila melintasi orang yang lebih tua.... guru........ Ingatlah..saudari ..... PANEL 3 Terima kasih saudari pengerusi. terpulang kepada ibubapa bagaimana hendak mencanting dan mencorakkannya. 5 | Page .. rakan sekerja mahupun ahli kelurga sendiri.. Memahami bermaksud mengetahui atau mempelajari secara teori kendatipun menghayati menjurus kepada memahami dan seterusnya disepadukan secara menyeluruh dari aspek kognitif. rakan-rakan panel seterusnya hadirin hadirat yang dihormati... Contohnya.... Pertama.. Mulakan hari dengan sapaan pada jiran...... apa khabar dan palbagai lagi.... yang biasa kita dengar.... secara pertuturan.. Kedua dari segi perlakuan. mengucapkan terima kasih serta bercakap benar. Apakah strategi untuk memastikan bahawa generasi yang ada pada hari ini bukan sekadar memahami apa itu nilai murni tetapi menghayati konsep nilai murni yang dapat menyumbang kearah pembangunan negara? Silakan saudari. Selamat Pagi cikgu.. pasti ada prarkarsa yang tersusun.... Justeru dalam membezakan antara sekadar memahami dengan menghayati saya rumuskan secara ringkas. indah dan tersusun. Gunakanlah bahasa yang baik. ibarat pohon tidak berbuah Begitulah .... Assalamualakum dan salam sejahter............. afektif dan psikomotor.. salam Perak Aman Jaya. Ilmu tanpa amal...

.. tidak boleh tidak elemen utama yang dilihat sangat mempengaruhi pembangunan sesebuah negara pastinya aspek kenegaraan..... Saudari pengerusi. Hadirin-hadirat yang dihormati.. nilai murni diterap merentasi kurikulum dengan adanya unsur-unsur penggarapan nilai murni dalam semua subjek yang diajar di sekolah manakala yang terakhir dari secara intepretasi yakni merupakan lanjutan daripada kefahaman dalam bentuk tafsiran sendiri untuk bertindak mengikut situasi dan keadaan. secara isyarat... menepuk tangan tanda sokongan apabila ada rakan yang berjaya... Kapal yang terumbang-ambing di lautan pastinya belayar tanpa nakhoda Manakala usaha tanpa hasil merupakan kerja yang sia-sia Justeru... senyum itu ibarat bungan dan ketawa itu kelopaknya.. nilai murni bukan sekadar difahami secara konseptual malah boleh dihayati seterusnya menjadi sarana pembangunan negara. Pada hemat saya saudari pengerusi. Sekian sahaja daripada saya saudari pengerusi.... PENGERUSI Terima kasih saudari .. rakan-rakan panel dan hadirin hadirat yang dihormati.. mantan Perdana Menteri pernah mengartikulasikan bahawa ‘budaya dan nilai murnilah yang sebenarnya menjadi kayu ukur dan mercu tanda 6 | Page . Apabila berbicara berkenaan kepentingan nilai murni terhadap pembangunan negara...... mengangkat tangan apabila berselisih dengan kenalan sewaktu memandu kenderaan atau tidak perlu berkata apa-apa. Strategi seterusnya........ Tun Abdullah Hj ahmad Badawi. Maka dengan ini kita beralih pula kepada panel kita yang pertama.. Strategi kelima adalah secara kefahaman. ke manakah arah untuk kita pacu nilai-nilai murni ini..... Kata pujangga... perlunya kefahaman mengenai konsep dan kepentingan. Apakah signifikannya penghayatan nilai-nilai murni terhadap pembangunan negara kita? PANEL 1 Terima kasih saudari pengerusi... Maka kenam-enam langkah ini jika kita berjaya amalkan saudari pengerusi saya optimis........ senyum sudah memadai.. Jika di sekolah.

rakan-rakan panel dan hadirin-hadirat yang dikasihi.. PANEL 1 Ya memang benar ya. prinsip penerimaan.. gemilang dan terbilang.. Dalam merencanakan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang mampu bersaing di pentas global.. integriti. pastinya kita tidak mahu peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berulang kembali........ sealuran... Demikianlah betapa pentingnya peranan nilai murni yang merangkumi hasrat dan matlamat yang termaktub dalam Dasar-dasar kerajaan seperti Falsafah Pendidikan Negara... Islam Hadhari dan Gagasan 1 Malaysia agar dapat mewujudkan masyarakat yang cemerlang.... Negara yang kucar-kacir dan kacau bilau tidak akan maju ke hadapan. untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. dan meraikan kemajmukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di negara ini. PENGERUSI Ya silakan saudari. Saudari pengerusi..sesebuah negara. PANEL 2 Maafkan saya saudari pengerusi.. amanah dan akauntabiliti dapat membentuk aspek keperibadian warganegara yang benar-benar bertamadun seterusnya menjadi sarana pembangunan negara...... sederap dan sejalan. kejujuran... pegangan kepada nilai-nilai murni yang menjadi warisan 7 | Page . Wawasan 2020.. Jika kita telusuri lipatan sejarah.. adil. berpaksikan keadilan sosial. Mahathir Mohamad menerusi 9 Cabaran Wawasan 2020 juga ada menggariskan kepentingan nilai murni dalam mencapai matlamat dasar ini contohnya cabaran ke-4. sebentar tadi. malah dalam Gagasan 1 Malaysia sendiri berteraskan nilai- nilai murni. PANEL 2 saya bersetuju dengan kenyataan saudara/i.. Nilai murni seperti ketulusan.... Bahkan Tun Dr.

....... tetapi sebenarnya kita pinjam dari generasi yang akan datang.. Saya bersetuju dengan pendapat panel kita yang pertama berkaitan dengan peristiwa hitam 13 Mei 1969 8 | Page .. runtuhlah bangsa Ingatlah para hadirin-hadirat. tetapi sebenarnya kita pinjam dari generasi yang akan datang. pengamalan nilai-nilai murni secara berterusan dan istiqamah akan terus menjadi benteng dan kekuatan kepada rakyat negara ini dalam menerima perbezaan dan meraikan kepelbagaian. Dalam konteks negara kita yang berbilang kaum.Perpaduan yang kita ada kini bukannya kita warisi dari generasi yang terdahulu....berzaman merupakan asas pembentukan jati diri insaniah........ Tegak rumah kerana sendi. Kita teruskan perbincangan kita yang semakin panas pada hari ini dengan panel kita yang kedua.... perpaduan yang kita ada kini bukannya kita warisi dari generasi yang terdahulu..... Begitu bermakna sekali ya pesanan daripada ahli panel kita yang pertama.. bagaimana pula dari segi impaks nilai murni terhadap pembangunan ekonomi? Silakan saudari.. perpaduan terpelihara agar dapat menjadi sarana pembangunan negara.. Terima kasih saudari pengerusi. Lestarikan nilai-nilai murni dalam kehidupan untuk memastikan dasar-dasar kerajaan terlaksana. sopan-santun dan hindari daripada bersikap prejudis antara kaum... kita tidak boleh lari daripada bersatu dan besama-sama membangunkan ekonomi negara. Kekalkanlah sikap saling hormat-menghormati.. Sebagai negara yang kukuh dengan budaya ketimuran.......... Runtuh sendi rumah binasa Sendi bangsa ialah budi Runtuh budi..... PENGERUSI Terima kasih kembali kepada saudara/i . Jika sebentar tadi saudara/i .... PANEL 2 Terima ksih saudari pengerusi... Para tetamu yang dihormati. membicarakan signifikannya nilai murni terhadap dasar-dasar dan perpaduan yang berfungsi menjadi sarana pembangunan negara.....

. Malah di pasar-pasar malam di negara ini. Penggunaan budi bahasa yang baik. nah kesenangan dan kemewahan negara dikecapi bersama. pekerjanya terdiri daripada pelbagai kaum. tidak menjadi sesuatu yang pelik bagi kita melihat Ahmad membeli Yong Tau fu. tutur kata yang sopan. penghayatan terhadap nilai murni mampu meruntuhkan benteng prejudis antara kaum yang wujud sebelum ini. PENGERUSI Benar. rakan-rakan panel dan hadirin hadirat yang dihormati. Hasilnya. PANEL 3 Izinkan saya menambah. Maka wujudnya jurang ekonomi yang begitu ketara sehinggalah Dasar Ekonomi Baru dibentuk yang mempunyai matlamat serampang 2 mata iaitu menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. PANEL 3 Pada hari ini juga ya saudari pengerusi. Situasi ini menunjukkan kepada kita.sebentar tadi. melayu. Sebagai contohnya. kita dapat melihat secara jelas adanya peniaga daripada kaum cina. malah saya sendiri merupakan penggemar cendol! PANEL 2 Saudari pengerusi.. sebelum tercetusnya peristiwa berdarah tersebut pihak penjajah telah melaksanakan pengasingan kaum berteraskan ekonomi yakni orang melayu dalam sektor pertanian. 9 | Page . berbudaya cemerlang dan berintegriti mampu menjana produktiviti negara. dalam sesebuah organisasi atau syarikat pada hari ini. Pembelinya juga tidak mengira kaum. Penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan pekerja dan majikan seperti amanah dalam melaksanakan tugas. PENGERUSI & PANEL 2 Ya silakan. ramah dan bertolak ansur mewujudkan kemesraan sesama kita. sigh dan pelbagai lagi bersama-sama mencari rezeki. india. Saudari pengerusi. Maniam gemar akan nasi lemak dan Ah Chong suka akan putu mayam. orang cina dalam sektor perniagaan dan orang india dalam bidang perladangan.

.. tidak dapat dinafikan penularan pengaruh negatif dari budaya asing yang boleh menganggu-gugat kestabilan bangsa... Apabila adanya pelaburan-pelaburan besar dari luar.. Sekian sahaja daripada saya saudari pengerusi.. Wujud pula peluang-peluang pekerjaan untuk rakyat... berlakunya perkongsian teknologi dan kepakaran sebagai pemangkin pembangunan negara.. dan kepapaan yang sebenar adalah rosaknya fikiran.. penyalahgunaan dadah. biadap..... 10 | P a g e ... penghayatan terhadap nilai-nilai murni dapat membendung kebejatan sosial pada hari ini? PANEL 3 Terima kasih saudari pengerusi..... berbahasa kesat adalah bukti yang jelas amalan leluhur telah mulai sirna dan diabaikan...... Sejauhmanakah saudari melihat....... Teringat saya kepada kata.. Kita beralih pula kepada panel kita yang ketiga..... kesepian yang sebenar adalah kagum dengan diri dan kemuliaan yang sebenar adalah akhlak yang baik Begitu pentingnya bersikap mulia dan sekiranya kita menghayati nila-nilai murni dalam kehidupan kita bukan sahaja pembangunan dari segi politik negara bahkan dapat menjamin kerancakan dan kemakmuran ekonomi.. mencuri.kata Saidina Ali bin Abu Talib Kekayaan yang sebenar adalah akal.... budi bahasa yang sopan sebagai tonggak dalam menjamin produktiviti negara yang berkualiti akan membuatkan pelabur- pelabur asing senang berurusan dengan kita.. sikap hormat-menghormati...... PENGERUSI Terima kasih kepada saudara/i.... bukankah ini mampu merancakkan ekonomi seterusnya berfungsi sebagai sarana pembangunan negara...Integriti... Yang kurik itu kendi Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa Dalam keghairahan negara untuk mencapai matlamat pembangunan negara maju yang bersendikan Sains & Teknologi.. Senario seperti pergaulan bebas......

semua pihak perlu memandang serius akan ketandusan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat pada hari ini. menghormati orang tua dan merendah diri dalam menjalani kehidupan seharian. Sambutan-sambutan berteraskan patriotisma dalam meningkatkan rasa cinta akan negara. Suatu masa dahulu. senario di sekitar pengangkutan awam pernah menggambarkan suasana kesopanan dan budi bahasa yang boleh dibanggakan. perayaan antara kaum bagi mengukuhkan perpaduan. Bak kata pepatah Kerana pulut santan binasa Kerana mulut badan merasa Tanpa nilai-nila murni. Ingatlah. Perlakuan antisosial seperti punk. penerapan 11 | P a g e . Amalan nilai murni bukanlah perkara baru bagi kita orang timur yang telah diasuh sejak kecil supaya bersopan-santun. PANEL 1 Saya bersetuju benar dengan pendapat saudari. hubungan dan keharmonian boleh porak peranda hanya kerana kekurangan budi bahasa. Kita lihat pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan dengan adanya Kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Namun sekarang. Negara akan kerugian modal insan yang sepatutnya boleh menyumbang sesuatu yang berharga kepada pembangunan negara. remaja kita akan berperangai sewenang-wenangnya seperti membudayakan vandalisme. PANEL 3 Benar ya saudari. Para tetamu yang dihormati. gangguan seksual dan pelbagai lagi perlakuan delikuen. skinhead dan blackmetal akan berleluasa. masyarakat berasa malu untuk mempraktikkan nilai-nilai murni di khalayak ramai sehingga muncul pula mentaliti mempersenda nilai-nilai yang baik. samseng jalanraya.Pada hemat saya ya saudari pengerusi. berbudi bahasa. Kebejatan sosial yang berlaku pada hari ini menunjukkan kepada kita bahawa kita semakin ketandusan penghayatan terhadap nilai murni.

tiadalah berapa lama hidupmu. PANEL 3 Ya benar........ pada hemat saya selain daripada usaha pihak kerajaan kita sendiri harus bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha melestarikan penghayatan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Setiap pihak perlu positif dalam membudayakan nila-nilai murni. PENGERUSI Terima saudari .. itulah jalan membetuli insan. ke akhirat jua kekal diammu......... Gambaran tentang peri pentingnya amalan nilai murni dalam setiap individu telah diungkapkan dengan begitu indah dalam bait-bait nukilan penyair sufi terkenal. Sesungguhnya. Hai muda arif-budiman.. Sekian sahaja daripada saya saudari pengerusi..... kehebatan sesuatu bangsa tidak sahaja diukur dengan kemajuannya tetapi juga keupayaan terhadap penghayatan nilai-nilai murni yang menjadi cerminan budaya seterusnya berfungsi sebagai sarana pembangunan negara.nilai murni merentasi kurikulum sehingglah dasar-dasar utama kerajaan seperti Gagasan 1 Malaysia.......... penghayatan terhadap nilai-nilai murni mampu membendung kebejatan sosial yang berlaku pada hari ini. hasilkan kemudi dengan pedoman... PANEL 2 Saya ingin menambah........ ialah perahu tamsil tubuhmu...... Begitu besar pengaruh nilai murni dalam dalam mencorakkan peradaban bangsa.. alat perahumu jua kerjakan. 12 | P a g e ..... Hamzah Fansuri Wahai muda kenali dirimu..

Sekian wabillah............. Terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita yang sudi berkongsi ruang dan pangdangan.... 13 | P a g e .... Ingatlah....... penghayatan terhadap nilai-nilai murni dapat membentuk masyarakat yang mempunyai jati diri dan berintegriti seterusnya menjadi sarana pembangunan negara..... dalam kesibukan kita menongkah arus globalisasi pada masa ini. kita perlu kembali kepada pengamalan nilai-nilai murni secara holistik sebagai sendi kepada pembentukan ketamadunan yang mapan............... Apa yang dapat saya rumuskan.. Para tetamu yang dihormati........ maka berakhirlah forum kita..Dengan berakhirnya pandangan dari ketiga-tiga ahli panel kita pada hari ini.