You are on page 1of 2

Apa Itu Bitcoin ?

Bitcoin adalah matawang digital yang digunakan di internet dan sistem pembayaran digital yang
pantas. Ia boleh dihantar dari satu individu kepada individu lain melalui website di internet tanpa
melalui bank (seperti p2p) . Ini bermakna kos penghantaran wang adalah lebih mudah, cepat
dan murah.

Matawang digital tunggal ini boleh digunakan di seluruh dunia oleh sesiapa saja tanpa perlu
tertakluk kepada sebarang jenis matawang dunia. Matawang ini juga tidak boleh dibekukan
kerana ia tidak melalui mana-mana bank.

Bagaimana Bitcoin Bermula ?

Matawang ini dicipta oleh seorang yang hanya dikenali dengan nama Satoshi Nakamoto yang
dipercayai berbangsa Jepun. Ada yang menyatakan Satoshi Nakamoto adalah satu watak yang
tidak wujud sebenarnya. Watak ini diwujudkan untuk melindungi individu atau kumpulan sebenar
yang mewujudkan matawang ini.

** BELI BITCOIN DENGAN BITX.CO **

Bagaimana Mendapatkan Bitcoin ?

Bitcoin ini boleh dicipta melalui satu aplikasi yang dipanggil Bitcoin Miner. Dengan membuat
‘kerja’ di situ anda akan diberikan Bitcoin. Kerja bermaksud membuat aktiviti teknikal yang
memakan masa.

Bagaimana Bitcoin disimpan ?

Bitcoin disimpan dalam Bitcoin Wallet, website seperti bank online atau paypal yang biasa anda
gunakan. Anda juga boleh gunakan Bitcoin Wallet ini untuk menghantar dan menerima duit.
Penghantaran dan penerimaan adalah berdasarkan kepada alamat email dan password anda.

Apa Yang Boleh Dibeli dengan Bitcoin ?

Kebanyakkan kedai-kedai online di internet sudah mula untuk menerima pembayaran melalui
Bitcoin. Buat masa ini anda boleh membeli games, t-shirt, alat musik, alat mainan, ebook dan
jutaan barangan lain.

Berapa Nilaian Bitcoin ?

Adakah Bitcoin bakal mengubah kewangan dunia sepertimana internet / email mengubah industri penerbitan ? . Harga semasa Bitcoin adalah USD 14.00 (RM53). Ia pernah turun serendah USD 2 dan pernah naik setinggi USD 6. Persoalan paling utama di sini.Nilai Bitcoin buat masa ini belum lagi stabil. Trend semasa menunjukkan matawang ini akan menjadi stabil dalam tempoh masa beberapa tahun lagi.